walk on wings, tread in air: A weekend of food <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

A weekend of food
2014-08-03

Jumaat and Sabtu bermulalah hari tak-memasak sedunia.
Sebab belen-belen bahan mentah yang nak dimasak dah sendu-sendu je dalam esbok.
Memang sengaja tak beli barang pasar hari tu sebab nak khaskan freezer untuk letak barang-barang yang nak dimasak on hari raya. Penyudahnya, Jumaat dah takde apa yang tinggal untuk dimasak. Ditambah pulak dengan rasa sangap tak tau nak buat apa kat rumah, maka Jumaat malam lepas Maghrib kitorang pi Serai kat Empire Subang. Aku belum penah masuk lagi Serai sini. Kalau Serai Shah Alam penah dah. Tak sure pulak if 2 Serai ni ada connection ke tak. Tengok menu macam sama je.

Tapi sebenornya aku nak pi Empire sebab nak beli barang kat Shu Uemura.
Pastu konon nak beli blouse. Aku perasan macam ada satu baju warna biru cantik sangat. Alih-alih bila tengok balik kelmarin, baju tu dah takde. Frust sangat. Awat la cepat sangat sold out? Pastu bila aku ingat-ingat balik, kali terakhir aku jejak Empire was beberapa hari before puasa. Memang patut la baju tu dah takde kat situ. Perasaan aku macam baru je last week aku gi sana. Takpela, jimat sikit takyah shopping.



Sebulan sebelum puasa, aku blaja-blaja makan cokelat Toblerone.
Aku try makan yang dark choc punya. Mak oiiii, sedap rupanya Toblerone ni.
Try makan yang kuning and putih, tak jalan. Nak muntah.
Since that day aku dok mencari Toblerone dark choc tak jumpa-jumpa. Kat KLIA2 pun takde! Gamaknya sedap gila sampaikan merata cari pun tak jumpa.

Kelmarin lalu depan kiosk cekelat timbang kati ni, terpandangkan dark choc.
RM38/100g. Jadiklah, buat rasa-rasa.
Tapi tu la, tak ramai kot yang makan dark choc. Sebanyak-banyak cokelat kat kiosk ni, satu je dark choc yang available. Aku rasa, aku dah boleh makan cokelat semula. Tapi kena dark choc. Kalau selain dari tu konfem terbelahak.



Sebelum Maghrib tu aku call Serai nak make reservation. Dia kata takyah reserve, walk in je.
Aku ingatkan takde orang, sebab tu takyah buat booking.
Sekali kau, berderettttttttt.
Memang sepanjang aku pi Empire, tak pernah aku tak nampak orang beratur depan Serai. Manjang je ada orang queue. Ingatkan raya-raya ni takde la orang nak makan Serai. Rupanya penuh jugak. Agaknya dorang pun sepesen macam aku, stok-stok yang takde bahan nak dimasak kat rumah. Semua pakat makan kat luar. Tapi tak lama kitorang queue, dalam 20 minit je.

Sementara nak tunggu turn tu aku pi Shu Uemura dulu.
Kebetulan Alex (aku selalu beli ngan salesman ni) keje time tu.
Alex ni cam auw auw gitu. Biasa la kan, keje kat kedai kosmetik. Kulit dia lagi floless dari kita yang pompuan-pompuan ni. Dia punya kening kemain cantik terbentuk. Malam tu Alex pakai eyeliner Shu Uemura yang baru.


Ni drawing pencils Shu Uemura yang baru, smudge-proof. Cantik gila!!!!

Aku just beli powder je.
Masa nak bayar kat kaunter tu Rayyan datang dekat pastu lagi 5 tapak dia stop.
Aku panggil dia "Adik, meh sini"

Dia tunjuk kat Alex "Taknak lah. Adik takut tu"

Ya ampun, aku tak tau nak kesian kat sape. Kesian kat Rayyan or kesian kat Si Alex tu.
Tapi sebenarnya memang aku pun takut tengok Alex. Ada la kot 3-4 color eyeliner dia tenyeh kat mata. Lebih kurang macam mata model kat dalam gamba. Memang la cantik tapi sebab kau laki jadi aku tak tau itu dipanggil gojes ke goblok. Selisih.
Itu la agaknya first time Rayyan nampak hantu.


Masuk Serai takyah order desert. Sebab dah ada cokelat.


Kerabu mangga - a must!


Crispy squid


Aku punya ABC.
Memang sedap! Not so sweet.


Clear seafood tomyam


Butter prawn



Another shawl dari Ariani.

Malam nak pi Serai ni baru aku tanggalkan harga. Punyalah lama dah beli tapi tak pernah pakai. Rupa-rupanya shawl yang melambak-lambak aku beli from Ariani dulu nak mintak aku pakai time raya. Yang tanya kat FB apa material shawl Ariani yang aku pakai pagi raya tu, material dia bukan georgette chiffon, tapi silk. Material shawl yang aku pakai dalam gamba ni pun sama, silk. Harga kalau tengok memang tak masuk akal, RM250/pc. Tapi kena beli dulu and pakai, pastu baru cerita lojik ke tak harga tu. 

Inner, aku beli kat Inner Magic (FB). Murah kauuu, selai RM10 je. Tapi kalau masuk pos jadi RM16.



Aku pernah dah buat shawl macam Ariani tu tahun lepas, dwi tone macam dalam gambar atas ni, tapi pakai material chiffon biasa. Ok jugak hasilnya, cuma takde la secantik Ariani. Lagipun aku produce bukan sebab nak saing Ariani. Aku produce sebab nak adakan pilihan. Bukan semua orang mampu beli shawl Ariani. Kalau mampu pun, tak kuasa nak spend beratus kat sehelai shawl je. Sebab tu aku produce shawl dwi tone ni dulu. Tapi sebab nak dijual dengan harga murah tak dapatla aku pakai silk kan. Kena pandai-pandai pilih material. Alhamdulillah, habis jugak shawl ni. Eh tak, tinggal 2 helai je lagi kalau tak salah aku.


Bergambar kat Empire Subang.
Anak dah kena sangat pakaian ngan backdrop. Pakai selipar jepun, seluar pendek.
Bapak pulak tak kena. Patut bapak pi Empire pakai kain pelikat je hari tu.


Agenda menghasut.

Aku sebenarnya nak beli refill compact power aku. Sekali dorang dah discontinued casing lama. Tak memasal kena beli yang baru. Now, compact powder and 2-way cake Shu Uemura semua bentuk bulat. Ni pun aku tak tau la sampai bila bertahan. Terus aku beli refill siap-siap. Kang tetiba time aku nak beli refill dia pi tukar casing baru lagi tak pasal je. Saje nak menghabiskan duit aku.

Aku rasa aku serasi dengan 2-way cake Shu-Uemura.
Dah try pakai Clinique, MAC, Dior and SKII, tetap aku rasa Shu Uemura lagi best. Ada rezeki aku nak try Rona Sutra, tengok ok ke tak. Ada sesape dah pernah try Rona Sutra?

Sponge cleaner tu takde dalam agenda pun.
Biasa la kan kalau dah nama masuk kedai, memang tak banyak sikit termakan hasutan.


But it works!

Just a few drops of sponge cleaner pastu genyeh-genyeh ngan air sikit, dia dah jadi bersih semula.
Tapi aku test ni kat SKII punya sponge. Disebabkan aku nak stop jap pakai SKII, jadi aku genyeh lebih kurang je, malas nak beria. Cukup untuk aku tengok bukti dia jadi bersih, ok done. Esok kalau sponge Shu Uemura dah berkepam, akan aku genyeh betul-betul. So, korang boleh la try beli sponge cleaner ni. Harga lupa.


Sponge terbaru ni katanya boleh dua-dua belah.
Yang belah nampak cam kasar tu untuk sapu powder kat muka. 
Yang belah licin tu katanya untuk ratakan bawah-bawah mata.
Tapi aku tak kuasa nak try. Aku pakai sebelah je.




Ini lah sebab musabab kenapa kitorang selalu nak tercekik bila nak makan.
Time aku nak makan tu la time dia nak blaja banyak benda.
"Ma, tu apa?"..."Pa, ni apa?"

Tang "Bulat bulat bulat" tu, sape ada anak mesti tau apa dia. Tu petanda anak aku terlampau banyak tengok Upin Ipin sampai boleh ingat cara-cara nak gosok gigi - gosok secara membulat.



Bukti jelas lagi nyata memang fridge and freezer aku dah kekeringan bahan untuk dimasak.
Bangun pagi semalam ingatkan nak buat cekodok udang tapi bibik kata udang dah habis.
Tepung je ada. Disebabkan aku sangat kreatif, sepantas kilat aku tukar menu ke lempeng with sardin.
Yes, kreativiti aku memang ke arah perkara-perkara mudah dan murah je. Tahap kreatif aku takkan pegi ke lauk-pauk yang menyusahkan aku nak masak.
Hoh, habis jugakkkkkkk.



Ni lagi satu kreativiti aku. Ni namanya Jawa-style punya kreativiti. Bukan kreativiti memasak lauk, tapi kreativiti mengubah lauk. Aku blaja ni dari nenek Muar aku.

Tau tak, daging yang aku buat dendeng ni bukan daging fresh?
Tapi daging yang aku basuh balik dari belen lauk kari daging yang dimasak pada 3-4 hari sebelum raya. Takut tak nak makan masakan aku agak-agak? Hahahahahah. 
Kari daging tu ada belen, jadi aku simpan. Plannya nak makan for sahur, ntah camana boleh terlupa lauk tu tersimpan dalam freezer. Sampailah semalam tak tau apa nak dimasak, bukak-bukak freezer nampak lauk beku. Terus aku thaw, basuh balik daging and tadaaaaaaaaaaaaa - Daging Dendeng. Licin okehhhhhh.
This is Jawa!
Sesape yang rasa ada belen lauk taknak pakai tu, jangan buang ya. Try basuh and masak lain. Best!


Lepas masak, gi IOI.
Pegi sebab nak carik alas kaki untuk bathroom je sebenarnya. Tapi bukan nak cakap pasal pi IOI, nak tunjuk another shawl from Ariani. Pun, baru nak pakai semalam. Aku rasa memang telah ditakdirkan shawl-shawl ni aku beli semata-mata nak pakai on hari raya. Tapi macam tak kena je kulit aku pakai kaler biru ni. Lebam.


Petang semalam Mak Aji and Pak Aji datang beraya kat rumah aku. Tapi aku tak hidangkan pun kuih, sebab kuih raya aku pun aku rembat dari rumah dia. Hahaha. Lepas Maghrib, kitorang pi Main Place kat USJ21.


Kitorang makan kat Absolute Thai. Bestnya la hai Absolute Thai ada kat Main Place. Takyah aku redah jem nak ke 1-U semata-mata nak makan kat restoran ni. Tapi semalam full house. But aku tunggu gak, tak kira. 15 minit pastu dapat seat dah.


Si kembang dan si kurus. 
Si kembang memakai shawl cotton Ariani jugak. Shawl ni lagi teruk aku buat. Aku beli dari raya tahun lepas kat Terengganu. Semalam baru pakai untuk kali kedua.


Ayam pandan, tapi daun pandannya takde.


Red seafood tomyam.


Crispy prawn.


Kerapu sweet n sour.


Takde yang lebih best dari belanja orang makan, kan?


Masa nak balik kitorang lalu depan satu kedai nama DAPHNE. Cantik-cantik kasut and henbeg kat dalam tu!!!! Ada satu beg tu macam Balenciaga kaler putih. Bukan imitation, but inspired. Contoh macam beg yang aku pegang ni. Aku lupa dia inspired dari brand apa tapi aku pernah nampak pesen-pesen beg macam ni. Murah je, after 50% diskaun cuma RM100+ je. Tapi aku tak beli. Eksen nak bergamba je.


Mak Aji beli. Ni macam Dior inspired kan? Tapi tang bunga tu macam Chanel inspired la pulak. Murah je, lepas 50% diskaun baru RM105. Sesape yang nak kawen nak carik henbeg untuk hantaran, boleh consider datang Daphne kat Main Place Subang Jaya.



posted by aveo757 @ 1:25 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER