walk on wings, tread in air: Raya 2014 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Raya 2014
2014-07-31

Selamat Hari Raya All!!

Aku dah start keje.
Boring la cuti lama-lama tak tau nak buat apa. Ingat malam kang aku nak merayap pi IOI cari sushi.
Pagi tadi masih lagi breakfast belen-belen rendang lemang and ketupat. Orang lain semua selera gila makan. Aku dah tak lalu. Nak telan sekeping lemang pun terpaksa tolak ngan air.

Tahun ni pagi raya 1 Syawal aku masih di rumah sendiri.
Selalunya kalau turn beraya kat Bangi, 2 hari sebelum raya aku dah balik. Sama naik aku memenuhkan jalan raya nak ambik semangat beraya walaupun tetiap minggu aku balik Bangi. Tapi tahun ni pecah rekod adik aku yang duduk kat JB 2 hari before raya dah sampai Bangi, aku yang duduk kat Subang Jaya ni pagi raya pun belum sampai Bangi lagi.

Tahun ni mak mertua aku pun tak balik beraya kat Terengganu sebab raya kedua kitorang dah nak berangkat ke JB untuk majlis bertunang anak sedar En Wan. Memandangkan En Wan ketua rombongan merangkap tukang pinangkan anak dara orang, maka raya pertama aku kena pulun beraya supaya tak kacau program meminang. Orang Terengganu pun petang raya dah berangkat slow-slow nak masuk JB. Boleh dikatakan tahun ni orang Terengganu tak berapa nak raya la sebab semua persiapan bertumpu kat persiapan bertunang. Aku sebagai tukang gubah hantaran seminggu sebelom puasa lagi dah siapkan 7 dulang. Settle. Kena siapkan awal-awal sebab selalunya bulan puasa aku jadi pemalas.

Sabtu malam, jiran-jiran semua pakat balik kampung lepas terawikh.
Aku anak-beranak lepas terawikh layan Braveheart sambil makan kuih gunting. Nak tunggu raya lambat nau, meh aku perabiskan kuih raya sendiri. Rasa best pulak sesekali beraya kat rumah sendiri. Maybe sebab takde apa yang nak dikejar. Mak mertua ada dok sekali. Mak sendiri pun dekat je 30 minit drive dah sampai. Takde apa nak ribut-ribut sangat.

Ahad tengahari (last day puasa), aku anak-beranak balik Bangi nak tolong-tolong persiapan.
Takde tolong apa pun. Tolong penuhkan dapur je. Sebab by the time aku sampai, rendang dah siap masak, sambal goreng tinggal nak digoreng je. Bahan semua dah tersedia. Nasik impit pun dah siap rebus. Ketupat dah siap bertenggek dalam rice cooker. Apa kau nak buat lagi kan? Mengangkang la adik-beradik kat hall bersembang. Laki masing-masing semua bantai membuta kat dalam bilik. Mak mertua ngan bibik taknak ikut ke Bangi sebab dorang pun nak masak-memasak gak kat rumah. Serba-salah pun ada raya kali ni. Sebab nak balik tolong Mak Aji kat Bangi memasak, tapi kat rumah mak mertua memasak sape pulak nak tolong? Pastu nak balik pagi-pagi raya sangat pun tak boleh sebab memandangkan mak mertua raya kat sini jadi kakak En Wan mesti 'balik beraya' kat rumah kitorang untuk jumpa mak dia. Seb baik Mak Aji sporting. "Takpe..takpe..ko beraya dulu ngan adik-beradik Wan, dah settle semua baru balik Bangi. Malam pun takpe". Lega...


Sambal goreng yang tak berapa nak Jawa sebab aku tak kasik letak su'un (camne nak eja pun aku tak tau), and no sayur pelis.


Ketupat beli siap sebab sorang pun tak reti anyam ketupat and tak kuasa nak blaja menganyam.
Tinggal nak masukkan beras and rebus. Rebus pun dalam rice cooker je.


Rendang paru my favourite.
Rendang paru ni tetiap kali turn beraya kat Bangi, aku akan request from Mak Aji.
Selalunya Mak Aji campur paru ngan daging. Tapi ujung-ujung semua bedal paru je, daging semua tak sentuh. Maka tahun ni memang Mak Aji buat rendang paru only.
Rendang daging tetap ada, tapi order dari orang. Disebabkan Ima dah beraya sejak hari Rabu, jadi rendang Mak Aji cukup rasa :)


Nasi impit dah standy untuk dikekah oleh aku.


Upacara wajib penutup Ramadhan.

Setiap tahun sebelum berbuka last day of puasa, kul 6.30pm kitorang dah start bacaan Yasin and tahlil sikit. Selalunya anak-beranak je. Tapi tahun ni ramai sikit sebab tahun ni tahun pertama beraya tanpa arwah nenek (mak kepada Mak Aji), jadi some aunty berkumpul kat Bangi untuk join tahlil.
Lauk berbuka malam tu adelah lauk nak makan raya esok hari. Cuma tambah lauk asam pedas je kot-kot ada yang nak save the rendang for the next day.

Kiranya malam tu rumah Mak Aji dah macam hari raya. Sebab semua pun makan lauk-pauk raya. Belum apa-apa rendang dah settle setengah periuk. Nasik impit lichennnn. Kuih tart tinggal 2 layer. Dah tak payah susun kuih atas meja dah. Main ambik je balang kuih terus bawak depan tv. Malam tu kitorang lepak sampai pukul 9.30pm sebab esok paginya aku sah-sah sampai lewat. Jadi biorlah lepak lama sikit malam tu kat Bangi. Kalau tak, memang nak stay sampai midnite, tapi kitorang ada misi yang perlu diselesaikan sebelum subuh menjelma. Nak tau apa dia?

Cari ikan aya!

Ikan nak buat nasik dagang pagi raya tak beli-beli lagi.
Sampai dah malam raya masih berpusing-pusing laki bini cari ikan aya. Pergi pasar borong Selangor malam-malam buta nak carik ikan. Padahal gate pasar tu berpalang, kitorang redah jugak masuk kedalam. Walhal tau dah sape dia nak menjual malam-malam raya ni kan. Tapi nak puaskan hati biar mata sendiri nampak memang takde orang jual dah. Takde kat pasar borong, masuk pulak Giant. Pun takde. Aku cakap worst come to worst pakai je la ikan tenggiri. Aku pun boleh join makan sekali. Kalau ikan aya aku takleh makan sebab nanti jadi resdung. En Wan mati hidup balik nak ikan aya jugak. Last-last jumpa jugak kat AEON Puchong. Beli 3 ekor. 

Esok pagi kul 4am aku, mak and bibik dah bersilat kat dapur.
Tapi aku bunga silat je la. Sipi-sipi je. Saje jangankan tidak nak buat kecoh kat dapur pagi-pagi buta. Padahal tolong potong timun je.
Akhirnya lepas Subuh aku tewas jugak. Sedar-sedar dengar orang takbir.

Orang tengah bertakbir kau!
First time aku bangun pagi di rumah sendiri dengar takbir raya dari kampung sebelah.
Syahdu memang tak la, cuma excited. Sebab...takbir tuuuuu. Kat tepi rumah je pulak. Wow. 
Seronok bangun pagi raya kat rumah sendiri. Takyah berebut bilik air, takyah tunggu turn nak masuk toilet, takyah berebut plug nak gosok baju. Mak oii best kauuuuu. Tetiba masuk bilik air nak mandi terasa syahdu pulak sebab pagi raya dapat mandi kat bilik air sendiri. Kalau tak, mesti kena tunggu turn. Tahun ni ambik kau ada 6 bilik air, masuk la kot mana pun. Tak kalut lansung nak bersiap ke apa ke sebab kat rumah sendiri. Kalau kat rumah mak or mak mertua pagi-pagi dah kalut nak siapkan laki, siapkan anak, siapkan meja makan, siapkan rumah bla bla bla bla...last-last orang lelaki dah balik dari masjid aku tak siap-siap mandi pun lagi. Tahun ni relax-relax je aku bersiap. Phewwww!


Pagi raya, mak mertua and bibik rileks-rileks je siapkan juadah pagi.
Sian dorang, dari kul 4am tak tido ni.
En Wan la yang seronok. Walaupun tak balik Terengganu, tapi mak ada sini dengan dia pagi raya. Mak pulak buat nasi dagang, lagi la heaven.


Acar timun.
Ni aku yang potong.


Rendang ayam
Sepatutnya takyah buat rendang, tapi sebab menantu hantu ni tak boleh makan nasik dagang with gulai ikan aya, maka mak mertua siapkan jugak rendang ayam.


Gulai ikan aya


Nasik dagang 2 kilo.


See?
Pagi raya di rumah sendiri. Gila santai.
Kalau kat rumah mak-mak jangan harap nak sesantai ni.
Sebab kebiasaannya rumah mak-mak ni penuh ngan anak cucu jadi pemandangan dia takkan setenang ni la.


Tahun ni tema dia hijau.

Dah sama dah kaler baju ngan dinding.
Baju ni kitorang tempah last minit kat PKNS Shah Alam. Menjak beli kain ni kat Bandung tu ari, lansung tak teringat nak tempah. Selama ni baju melayu beli je kat BAK Plaza Anggerik Shah Alam. Tahun ni alang-alang pi Bandung terus beli kain sekali. Hampir-hampir tahun ni tema kaler lain sebab ramai tailor dah taknak terima tempahan. Seb baik ada sorang tailor kat Wisma PKNS nak terima. Cantik jugak jahitan dia. Rayyan memang kena pakai teluk belanga. Bukan sebab cekak musang tu panas. Tapi sebab kepala dia besor. 

Hari tu masa tempah pun dah mintak tailor besarkan leher siap-siap. Tahun lepas beli kat BAK terpaksa merayu beli baju saiz lain, seluar saiz lain. Sebab kepala tak lepas masuk dalam lubang leher. Ngahahahah. Terpaksa beli baju one size bigger.
Takpe dik, bior kepala besor. Jangan besor kepala.



Nak tengok gamba ni kepala tu biar teleng sikit. To the left to the left kekdahnya.

Ni lah gamba raya paling terbaik dari kitorang sekeluarga.
Ni pun dah abis baik dah ni.
Selalunya mana nak cukup korum kalau bergamba. Redza selalu takkan ada dalam gamba.
Tahun ni Redza dah nak bergamba, sekali semua dah stanby si bapak dia ni pulak angkat call ntah Nepal mana wish hari raya. Hamlau betul. Takde yang semenggah gamba raya aku okeh. Ko ingat senang aku nak kumpulkan empat bontot atas sofa ni? Lecak ketiak aku. Dah cun-cun stanby, masa tu lah dia nak angkat call segala. Gamba pulak senget sebab harapkan bibik tolong ambikkan. Eh gasak lah. Janji ada gamba.

Pagi tu dah sarung baju sekali baru teringat aku mana ada tudung nak match ngan baju ni???
Ni la jadiknya bila beraya kat rumah sendiri. Aku jadi terlampau rileks. Lansung tak teringat nak beli shawl ke apa ke. Selalunya seminggu sebelum raya tetiap hari aku try baju. Excited katakan. Tahun ni tak. Pagi raya baru aku tanya bibik mana baju raya aku. Bibik gantung kat mana pun aku tak tau. 

Belek punya belek ternampak shawl ni.
Shawl yang aku beli kat Ariani berbulan yang lepas tapi tak berpakai-pakai. Rupanya tunggu nak dipakai raya gitu.

Besar tak besarnya kepala si Rayyan ni, ko tau tak dia sedang memakai songkok bapak dia sebenarnya? Wakakakakkaa.
En Wan sengaja taknak belikan Rayyan songkok sebab tak sure dia ni bertahan atau tak untuk pakai songkok. Sebab selama ni dia solat pun pakai telekung aku je, mana pakai songkok. Kah Kah Kah.
Tapi bak kata aku dulu kan, Rayyan ni kalau nak suruh dia pakai apa-apa kena pakaikan abang dia dulu. Apa yang abang dia pakai dia mesti akan pakai jugak. So tetiba pagi tu dia mintak songkok. Seb baik kepala dia ngan bapak satu size. Jimat.




Ada jugak yang paham style Jawa bersalam camana.

Yes, aku kan ada tempias Jawa, so cara kitorang bersalam memang macam ni.
Paling kejap pun tunduk 5 minit. Kalau bapak aku bersalam ngan mak dia (nenek), 15 minit rasanya. Tak berbunyik-bunyik, senyap sepi. Nampak kepala nenek angguk-angguk aje.

Yang paling aku proud sekali bila 'salam style Jawa' ni aku dapat luaskan hingga ke wilayah Manir.
Sejak En Wan kawen ngan aku, cara bersalam raya dia bertukar 360 darjah. Kalau tak, dorang punya salam raya macam style orang datang beraya punya salam. Salam sambil berdiri. Now, En Wan salam raya ngan mak dia pun style Jawa. Don't play-play with Jawa ya. Aura dia memang kuat. Tu baru salam, belum yang lain-lain. Hahaha.

Seronok sangat rasanya salam raya kat rumah sendiri.
Dia punya syahdu tu extra sikit sebab time bersalam tu boleh tumpukan sepenuh perhatian. Kalau tak, akan ada gangguan sebab kiri-kanan bunyik suara orang bercakap la, tengok tv la, anak orang tu terpekik, anak orang ni melalak. Tahun ni tenteram sikit aku bersalam. Syahdu? Of cosssss.


...malangnya anak-anak tak berapa nak Jawa salamnya.
Tengok kaki En Wan. Siap dipijaknya kaki Redza sebab Redza salam nak cepat je. Bapak dia pijak nak kasik tahan dia dari berganjak.


Orang pertama yang dapat duit raya of cos la anak-anak.
Tahun ni Rayyan dah pandai pegang duit. Tertido dalam kereta pun tangan dia pegang sampul tak lepas. Aku tarik sampul pun dia boleh tersedar.


Juadah pagi raya kat rumah aku - nasik dagang, gulai ikan aya, rendang ayam, acar timun, serunding daging, nasi impit, ketupas palas and rendang paru tapau dari rumah Mak Aji.


Dah settle bersalam semua, sementara nak tunggu Kak Ngah sampai, kitorang laki bini sapedek dulu.
Rasa bertenang-tenang sangat makan di pagi raya. Rilek-rilek je kunyah nasi dagang kat dapur sambil bersembang menikmati pemandangan ampaian baju.


Tak lama pastu Kak Ngah anak-beranak sampai.
Ni je la pun adik-beradik En Wan yang hampir. Adik dia balik Jabi, Kak Long and abang dia kat Terengganu. Maka, ni la tetamu pertama raya tahun ni.


Agak semenggah jugak la gamba ni.
Rayyan dah macam R.Azmi dengan songkok tinggi.


Kak Ngah, kakak ipar guwe.


Nak buat camana kan. Bibik yang ambikkan gamba.
Ni kira halal la ni. Walaupun terjongket ke atas kameranya.


Lepas lepak-lepak jap, Kak Ngah nak beraya rumah mak mertua dia kat USJ, kitorang pun gerak ke Bangi. Tapi terus ke rumah Mak Usu (adik Pak Aji) sebab makpak aku semua dah gi beraya dek tunggu aku lama sangat. Takpe, memang aku wajib pegi pun rumah ni sebab nenek aku tinggal ngan Mak Usu. Jadi, lambat or cepat kena datang jugak jumpa nenek.


Ni baru real lodeh Jawa style.
Mak Usu aku yang buat, sah-sah la memang akan terhasil lodeh Jawa.
Memang lain kalau makan lodeh Jawa style ni. Belum penah try? Silakan carik.


Lepas beraya rumah Mak Usu, Mak Aji terpaksa patah balik rumah sendiri sebab aku nak salam raya.
Lagipun nak ambik gamba sefamili, pastu barulah bertebaran jalan raya.
Seronok betul tahun ni dapat beraya serentak 1 Syawal dengan dua-dua mak. 
Ko nampak tu Mak Aji beraya ngan tudung Jewel anak dia :)


Aku ingatkan gamba raya aku sefamili dah habis tak semenggah. Rupanya gamba raya Ima lagi huru-hara. Azrul kena kepit dua-dua anak dia, kalau terlepas konfem takkan ada gamba raya dah tahun ni.


Nampak tu?
Kad kawen pun belum tempah, tapi sign JALAN DITUTUP siang-siang bapak aku dah siapkan untuk kawen Ibal nanti. Over. Kemain exsaited anak bujang sorang nak kawen.


Haji Sahak and the boys.

Nama Pak Aji sebenor-benornya bukan Ishak, tapi Sahak. Jawa tak jawanya nama. Sekali dia bagi nama terus SAHAK. Tapi masa aku Form 1 tau-tau je nama bapak aku bertukar jadi Ishak. Bapak aku tuklar nama kot. Tapi IC dia takde pulak Sahak@Ishak. Memang Ishak je. Ntah, aku pun konfius.


Kau kena terima kalau gamba keluarga paling senonoh pun macam ni.
Dah dapat kumpulkan semua pun dah cukup baik. Cuba ko tengok yang belah kiri tu. Betapa bapak dia struggle untuk senyum pandang kamera tatkala anak tengah menggelepar nak boloskan diri.


Jane dengan senyuman ala-ala Julia Roberts-nya.


Lepas bergamba, semua pakat-pakat keluar. Seblom orang datang serbu rumah, kena cepat-cepat berambus dulu sebab nak pi jumpa nenek kat sini. Kang kalau lambat-lambat sudahnya tak pergi.
Alhamdulillah, cantik kawasan kubur ni. Memang sangat terjaga. Punyalah meriahnya kawasan kubur ni sampai kat depan pintu gate ada gerai jual eksrim, jual air tembikai bagai.



Lepas ziarah kubur nenek, kitorang berpecah.
Mak Aji and Ima anak-beranak semua ke Kampung Melayu Ampang beraya rumah Andak aku (adik Mak Aji). Aku anak-beranak ke Bukit Belacan Ampang beraya rumah makcik En Wan.

Best gila, juadah raya dia spageti kauuuuu.
Payah nak jumpa kata mana-mana rumah pagi raya makan spageti. Ada kek red velvet bagai. Ini memang rare. Disebabkan rare, jadi kena makan dua pinggan.

Dalam sejam kot kat rumah makcik En Wan, pastu kitorang ke rumah Andak pulak. Kumpul ramai-ramai kat sana. Dari sana, terus balik rumah. Konon petang nak patah balik ke Bangi sebab Mak Aji nak masak laksa Johor pulak. Sekali masing-masing membuta santak ke pukul 7pm. Memang letih. Padahal bukan beraya banyak rumah pun. Tapi ni kira dah hebat gak ni. Selalunya kalau turn beraya kat Bangi, En Wan membuta sampai bengkak muka dek kerana sangap tak tau nak buat apa. Tak penah-penah terjadi pagi raya di Bangi kitorang berjalan raya. Selalunya duduk rumah tunggu orang datang beraya je. Jadinya, petang tu agak kepenatan. Pukul 9pm baru aku balik Bangi berdua ngan En Wan. Budak-budak semua taknak ikut sebab nak main bungapi.


Malam raya pertama rumah Mak Aji masih lagi meriah dengan adik-beradik and anak-anak sedara.
Kiranya malam raya and raya pertama ni memang penuh dengan adik-beradik mak Aji. Adik-beradik Pak Aji semua pakat datang raya kedua kot. Mujur jugak Mak Aji masak laksa Johor sebab time ni lauk pagi raya semua dah tinggal sendu-sendu je.



Ibal and the cousins.
Bergembiralah kau tahun ni puas-puas, tahun depan waktu-waktu cenggini kau tengah kunyah nasik kerabu kat Pasir Mas. Ngeheheheh.


Macam ni je la cara aku makan laksa Johor.
Takat spageti, kuah laksa and sambal belacan. Daun-daun jangan bubuh. Aku suka laksa aku bersih gitu. First time Mak Aji buat laksa Johor 1 Syawal. Selalunya kalau malam raya pertama Mak Aji akan buat either nasik merah atau nasik tomato. So, aku dah dapat idea nak buat apa untuk open house raya tahun ni. Insyallah laksa Johor. Tapi Mak Aji kena buatkan. Kalau dia taknak buatkan maknanya open house tak jadi buat.



SELAMAT HARI RAYA!




posted by aveo757 @ 6:18 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER