2014-07-21

Weekend yang full


Minggu ni aku buat perangai pelik sikit iaitu terima order kukis dari reader.
Mak Aji sebenornya lama dah tutup order untuk choc chip. Dia dah siapkan semua kukis dari minggu pertama puasa lagi sebab plannya taknak jadi macam tahun-tahun sudah, lagi 2 hari nak raya still lagi gentel kukis. Nan ado. Rupanya sampai la ni duduk lagi menggentel kukis, cuma aku sengaja taknak announce dalam blog sebab nanti sampai ke sudah tak benti buat kuih.

Jadi, Sabtu lepas, berbekalkan semangat mixer baru yang beli dari bulan Mac, bulan July baru nak guna, maka aku pun start buat choc chip kukis. Tak tau la apa rasa sebab aku tak makan choc chip ni.
Aku pun tak buat banyak, dalam 20 balang je. Penyudahnya, rumah aku sendiri takde kukis ni for raya.


Biskut aku nampak lebih gojes sikit dari Mak Aji kan?
Hahahahha



Tapi takpe!!
Tahun ni aku rajin beli kuih tunjuk.
Kuih tart kat atas ni salah satu yang ditunjuk juga dipaksa.
Tukang buat ni sebenarnya tak jual pun kuih, dia cuma ambik order orang-orang yang nak merasa air tangan dia je. Tapi sebab aku pun kategori pailang, jadi aku paksa dia buat.

Tahun ni tahun pertama aku raya tanpa arwah nenek yang terer buat kuih tart.
Menjak nenek aku dah tak larat buat kuih, aku rindu betul nak makan kuih tart nenek. Mak Aji serender taknak buat walaupun dia tau resepi nenek aku. Dia kata buang masa je sebab dia tau takkan sama macam nenek buat jugak. Ok lah, pasrah. Bila nampak budak ni punya gamba tart, eh tetiba nak order pulak. Sebab nenek aku pakai acuan camni la jugak bunga dia lebih kurang, tapi atas inti tu nenek aku letak satu 'dot' tepung.


Blogger Neena Anuar.
First time jumpa Sabtu lepas, after so many years bersembang macam penah lepak sama-sama padahal tak penah pun. Dia lah mangsa paksaan aku. Aku collect tart kat Sunway Piramid and pass to her kukis aku pulak. Barter sistem gitu. Walaupun kejap je jumpa tetap sempat cerita macam-macam.

Kuih tart Neena boleh tahan sedap. Bibik aku pun kata sedap.
Jangan tanya la if sama ke tak dengan tart nenek aku. Of cos lah tak sama, aku dah biasa makan tart nenek dari kecik. Tapi tart Neena ni kategori sedap, sebab tepung dia tak kering berderai. Lemak-lemak rasa tepung dia. Tapi ko jangan suruh dia pos la, aku rasa mana-mana kuih tart kalau pos konfem jadi serbuk punya.



Dalam paperbag yang dia bagi tu, dia ada bagi sekali kat aku pin tudung.
Aku pun baru tau dia jual pin tudung. Murah-murah je. Kalau korang berminat, ni antara pin yang masih lagi instock. Tapi sebab nak raya ni, last pos Selasa (22/7/2014). Kalau berminat, boleh pilih mana nak and email to : pin2it[dot]neenaanuar[at]gmail[dot]com


Tu cara nak pakai.
Eh tapi aku pakai tu salah sebenarnya.


Caranya korang kena sulamkan dia banyak kali and matikan pin tu kat dalam.
Bahagian tajam tu biar belah dalam.
Aku mana tau, belasah je belah tajam terjungkit kat luar, janji melekat kekdahnya.


Ni la yang En Wan tak suka kalau aku dah start buat kuih.
Ujung-ujung, makanan berbuka beli kedai.
On the way balik dari Sunway Piramid, aku teringatkan JM Bariani House yang baru bukak kat Taipan. Sebab last week aku baru singgah secretary company aku kat sebelah and terpandangkan restoran ni. Just nice la, takyah pi SS lagi semata-mata nak beli JM. Tapi hari tu lambat pulak dia nak siapkan order, kitorang nak rush ambik Redza balik tusyen pulak. Rupanya dorang boleh buat delivery. Ok ni lagi bagussssss. Settle masalah dunia.


Mood petang tu masih rajin.
Jom, buat tempeyek (ke rempeyek..??)
Nama resepi ni Tempeyek Dhal. Tapi kalau korang perati betul-betul, tu buka kacang Dhal maaaaaa.
Aku guna badam hancur.
Kan aku baru lepas buat kukis kan. Kukis aku pakai badam hancur.  Semangat nak buat tenpeyek dah ada sekali dhal pulak takde. Eh mana boleh stopkan semangat tu macam tu je. Kenalah teruskan.
Jadi, aku pun tuang badam je la sudeyyy. Maka jadilah ia tempeyek almond. Gitu.



Ahad, En Wan meneruskan misi cat dinding.
Sebenarnya cat asal dinding ni takde masalah pun. Puncanya dia sendiri yang ngada-ngada pi touch up. Hari tu kitorang upah cina datang betulkan grill yang terkopak tu. Pastu kebetulan kena simen sikit tepi frame grill sebab lahabau tu pi ketuk dinding untuk tanggalkan grill. Bila cina tu ada extra simen, En Wan ni pi gatal touch up kat bahagian-bahagian yang ada crack. Padahal crack tu tak obvious lansung. Tapi bila ko dah touch up situ memang konfem la orang tau area tu ada crack.

Punya lah lama dia touchup the crack, baru semalam dia nak cat dinding.
Sabtu mengangkang, Ahad baru nak buat.
Dia beli Nippon Paint Momento.
Cantik jugak bila dah kering, nampak shiny and beralun-alun kaler dia. Macam wallpaper.

Tapi belum siap pun lagi sebenarnya.
Halfway je. Dia kata nak sambung Ahad depan. Malam raya seronok sikit hias rumah katanya.
Ye sangat. Aku nak tengok. Kalau bersopak-sopak dinding rumah ni pagi raya memang aku jirus cat tu kat kereta dia.


Dia tak berpeluang nak pegang berus cat, dapat panjat tangga cium bontot bapak dia tu pun dah habis bangga dah.


Ni last round semalam punya kukis.
Alhamdulillah settle. Tinggal tunggu lagi 2 orang datang collect kat rumah.
Insyallah kalau rajin and takde keje nak buat, aku buat lagi.
Kalau aku buat, aku bagitau.
Manala tau kot-kot ada sesape nak kukis lepas balik raya nanti.
*bajet kukis sedap sangat*


Semalam, ada event kat The Cruise Putrajaya.
Rupanya ramai orang piknik bukak puasa kat tengah-tengah bulatan tu. Baru aku tau.
Rajin betul dorang bukak puasa kat sana, tapi bagus jugak sebab takyah nak terkejar-kejar nak Maghrib, dah sah-sah masjid tertonggok sikit punya besar. Kalau tak pegi jugak memang saje.


Before masuk cruise, lepak dulu kat lounge untuk bukak puasa (minum air je).
Lepas minum, terus solat.



Last week adik si Miza (founder Ephyra) bagitau dorang nak buat surprise party untuk besday Miza kat The Cruise Putrajaya.
Dorang invite Duta Ephyra and some pembekal/stokist untuk join.



Kalau tak salah aku adults RM170/pax and kid RM77/pax
Food ok, sebab kapasiti pun cuma 30 orang, jadi tak boleh nak expect dia bagi wide selection macam kat hotel. But still, variety. Ada sup, ada roti jala, ada nasi beriani, ada kuih, salad, buah, sweet sour fish...banyak lagi.

Tapi aku tak dapat nak makan banyak sebab mabuk.
Padahal cruise tu bergerak tak rasa pun tapi sebab mata tu nampak cruise bergerak, seriesly aku mabuk. Sebenarnya aku menunggu masa je kapal sampai jeti semula. Rasa nak keluar terjun laju-laju. Bukan apa, kalau aku terbelahak dalam cruise ni tak ke dah merosakkan majlis orang. Mau kena pelempang Norman aku ni kang.



Ya Allah, ko tau tak.
Sebelum aku masuk pintu cruise tu aku cakap kat En Wan "Terasa nak makan satey Haji Samuri la, jom singgah RnR balik nanti nak?". Sebab kitorang baru tau ada satey Hj Samuri baru bukak kat RnR Dengkil highway Elite. Sekali masa tengah duduk En Wan letakkan piring ni depan muka aku "Nah, satey".


En Wan punya nasik beriyani.
Padahal baru semalam (Sabtu) makan JM Beriyani.



Sup tulang yang aku ambik tapi tak makan tulang, hirup kuah je.
Aku tak reti pulak camne nak makan tulang kat majlis-majlis macam ni. Takkan nak selamba kokak kot. Eh kalau boleh memang aku buat je.


Sayur campur dia sedap sangat.
Tapi sweet and sour fish ni kureng.
Or maybe masa ni aku dah mabuk so semua makanan terasa tak kena kat tekak.



Cantik jugak Putrajaya ni malam-malam.
Peaceful je.



Dua-dua ni reader and also dealer/stokist Ephyra. Tapi nama aku dah lupa pulak, sorry.
This lady yang baju bunga-bunga ni ada good testimoni for gout patient. Bapak dia sendiri ada penyakit gout, after a few box ambik Ephyra, bapak dia dah boleh berjalan selama 3 jam non-stop tanpa rasa sakit.


Kek Ephyra siap bershaker bagai. Siap shaker ada kaler oren tu tak tahan.
Ni kek sponsored by Duta Ephyra : Mr Norman Hakim and Ms Memey Suhaiza.



Birthday girl buat speech



Group photo


Memey ni memang humble sangat.
Padahal jumpa aku baru sekali time hi tea Ephyra hari tu. Tapi dia yang datang kat aku bersalam "Sorry kak, baru nak salam ni"
Mungkin dia baru perasan aku kot, maklumlah malap kat dalam tu. Hahahaha.
Tapi memang dia ni humble la. Pastu dia bersembang dengan semua orang macam member-member, takde protokol-protokol. Ni la yang dikatakan, kalau nak kenal orang, kena kenal sendiri depan-depan. Kalau belum kenal, jangan cakap banyak.


Tapi aku admire muka dia. Cantik tu dah memang jelas cantik.
Ni ha, kulit dia ya ampunnnnnnnnnn putih melepak!!!
Segan aku masa bergamba dia lagakan pipi dia kat muka aku. Dalam hati aku cakap please la flash...be nice to me flash....be nice. Gitu kau aku berdoa.
Sebab dia ni putih gila!! Gila melepak. Tak pakai mekap pun cantik gojes dah.


En Wan cakap "Badan Norman ni sedap betul"
Agak sesuatu statement laki aku ni. Cuak je aku dengar.


Kotak yang Amiza pegang tu bila dah beli baru aku perasan ada tulis "...for you. This love is real.."
Pastu aku pikir jap...nak bagi ke tak.
Bagi je la. Takpe. Amiza tau aku spesis blur. Bangsa main sauk je.


Seriesly, aku tak rasa cruise adelah satu yang boleh masuk dengan aku.
Aku memang mabuk laut. Masuk je kereta terus capai vicks, sapu kat hidung nak buat hilang loya.
Bagus jugak aku tau yang aku tak fit untuk travel dalam kapal. Maka kensel la plan nak naik cruise nampaknya. Memang takkan!