Hari Ahad lepas ramai yang tanya apa tajuk kaler dinding aku.
Tajuknya sampai skarang aku tak tau. En Wan kata dia lupa apa nombor code. Tin dah buang lak tu. Takpe, nanti aku paksa dia carik balik resit beli. Yang tanya aku berapa tin aku guna untuk wall, kitorang (cewahh.."kitorang" konon padahal aku tak tolong cat pun) guna 2 tin 1L. Kitorang tak cat semua dinding. Dua dinding je. Untuk 2 dinding tu cukup 2 tin 1L.
En Wan kata dia beli time ada promotion. 1L cat hijau + 1L cat putih + berus = RM88.
Ni kira 1 pakej.
Jadi total untuk 2 dinding ni cuma RM176.
Takat dua dinding boleh la. Kalau nak cat satu rumah rabak jugak poket aku time-time nak raya ni kan. Ni pun sebab penyangak tu pecah masuk rumah, kalau tak sampai ke sudah tak berganti cat dinding aku. Adfa la hikmahnay kan. Suruh tukar cat rupanya.
Dari Ahad lepas lagi mengecat tapi tak sempat habiskan, baru malam tadi settle.
Kalau guna cat biasa, setengah hari pun dah siap tapi Nippon Momento ni requires special teknik untuk mengecat, jadi proses tu jadi lambat sebab pakai berus khas. Pulak tu dia sorang je yang buat, aku mandor.
Lepas kering sikit, dia jadi macam ni. Masa aku snap ni belum siap sepenuhnya lagi.
Tapi dah nampak macam wallpaper.
Kalau aku tau cat dia cantik macam ni takyah aku beli wallpaper tu ari. Tapi tinggal lagi nak mengecat tu la yang ambik masa. Nak-nak lagi bulan puasa ni kan, daripada mengecat baik aku membuta. Tapi tengoklah, kalau saka aku rajin lepas raya kan, aku nak try cat dinding lain. Kaler lain pulak. Bior macam taska kaler rumah aku.
Semalam pagi aku gi Maybank Taipan nak tukar duit.
Alhamdulillah, tak ramai pun orang. Orang dah balik kampung agaknya, aku baru terkial-kial nak tukar duit. Ni tahun pertama aku tukar duit sendiri. Selama ni pass kat En Wan je sebab kawan dia keje bank tolong tukarkan. Now kawan dia dah tak keje bank lagi so aku decide nak pi buat sendiri. Nak tukar duit je pun tapi gelabah. Sampai isi form pun salah. Nak tukar note RM50-RM50, tapi salah tulis form maka aku dapat note RM100-RM100. Pastu duit RM5 tinggal 500 keping je, maka belennya berkepuk-kepuk duit singgit aku dapat. Takpelah, biar tebal sikit sampul raya budak-budak tahun ni.
Lepas pi MBB, nak pi CIMB pulak.
Aku tak pernah ada akaun bank CIMB, yang ada cuma akaun company je.
Bank pun cam lengang ke kan, okeh la gi bukak akaun.
Masa nak masukkan deposit machine, blur. Tak tau nak guna. Camne pulak aku nak start ni, kad ATM tak dapat lagi tapi officer tu suruh masukkan deposit. Seb baik ada brader kat sebelah.
"Camne nak guna deposit machine ni?"
Brader tu senyum je "Tekan je mana-mana"
Mesti brader tu pelik muka dah tua tapi deposit machine tak reti guna.
Bak kata Pramlee 'Dah tua pun bodoh'. Hahahhha.
Petang tu aku ke Bangi sebab ....
...murtabak Singapore!!
Tak boleh tahan dah tekak teringin sangat-sangat dah ni.
Terus beli yang 3 layer punya. Sampai ke sahur dok makan murtabak lagi punyalah bapak besar murtabak Singapore ni. Tapi puas hati. Bayangkan, sepanjang bulan puasa ni En Wan selalu bawak balik murtabak dari bazaar tapi tak pernah habis. Gila tak sedap okeh. Toksah kata kitorang, yang tukang beli pun tak lalu nak makan dek kerana kemusibatun rasa murtabak tersebut. Aku dah kata dah, toksah beli la murtabak-murtabak biasa ni. Cari murtabak Singapore je. Degil, cakap aku taknak dengar. Penyudahnya, sepuluh kali beli, sepuluh kali humban dalam tong sampah.
Semalam aku bawak balik murtabak Singapore ni, laju je semua orang makan.
Kalau aku beli 2 layer mesti time berbuka lagi dah selesai. Tapi sebab 3 layer, ada lagi dalam esbok tak abis. Takpe, petang kang aku reheat. Jimat, takyah beli kuih petang ni. Main perangat semalam punya je. Raya ni, aku rasa nak buat hidangan tema MAMAK. Untuk itu, aku dah order 10 keping murtabak Singapore 2 layer yang frozen punya, Ahad ni nanti aunty aku bawak balik dari Restoran Zam Zam kat Singapore nun. Ni semua nak buat stok. Kalau orang datang beraya, boleh terus bakar murtabak. Orang kat bandar ni mana nak makan kuih raya sangat kalau pi rumah orang kan. Mesti nak carik benda lain. Meh sini aku bawak murtabak.
Ni kuih Nutty apa ntah, lupa. Macam tempeyek jugak cuma tempeyek moden.
Penuh ngan badam, kuaci and bijan hitam. Aku order kat blogger Shila Shower (FB : Nur Yursila Mar Rani). Lepas kuih ni sampai baru aku tau yang Mak Aji pun buat jugak kuih ni. Tapi dia tak buat jual. Dia buat untuk standby cucu-cucu dia balik mengunyah nanti.
Kuih gunting ni aku order from Tina Zuriana Hussin (FB).
Beli 2 kilo, plan nak bagi Mak Aji sekilo. Tapi aku punya dah tinggal setengah kilo, so nanti aku pikirkan balik nak bagi Mak Aji ke tak. Hahaha.
Agak meriah rumah aku tahun ni banyak kuih.
Yang aku buat sendiri cuma choc chip and tempeyek.
Yang beli tempeyek nutty, tart nenas, kuih makmur, almond London, kerepek bawang, kuih gunting, batang buruk, dan beberapa cekelat and candy standy untuk budak-budak. Tak sangka akhirnya rumah aku ada gak kuih raya. Bertahun-tahun aku tak penah sediakan kuih raya. Main stok bihun je. Asal ada orang bagi salam je aku goreng mee, asal orang datang je aku goreng mee. Kali pertama kedua datang tahan lagi. Masuk kali ketiga asik dibagi bedal mee je, terus troma orang nak datang raya rumah aku. Jadi, tahun ni berbekalkan sedikit pelaburan darti segi duit dan tenaga, aku gagahkan jugak la buat 2 jenis and the rest beli. Beli pun bukan mudah ya. Perlu tenaga jugak. Tenaga nak bertekak ngan En Wan nak bagi alasan kenapa aku harus beli kuih-kuih tersebut. Bukan calang-calang tenaga nak guna ok. Phewwwww!
Dia ni memang macam ni, suka bereksperimentasi dengan fashion.
Aku pun kecik-kecik dulu suka berangan pakai baju-baju Mak Aji, tapi rasanya aku belum pernah lagi improvisasi sampai ke tahap seluar pakai kat kepala. Rayyan cukup suka menggeledah lemari aku bawak keluar apa-apa je la yang dia rasa boleh digunapakai. Dah macam MacGyver anak aku ni. Apa aje yang dia pegang mesti dia akan jadikan satu benda baru. Ko kalau nak jadi macam Jovian pun biar reka baju yang masuk akal sikit ye dik. Kalau dah sampai seluar letak kat kepala, jawabnya memang tak lama la design kau ni.
Yes, fesyen ni namanya "2 ways of wearing seluar-mak-aku".
Selain dari dipakai kat kepala sebagai key, kita juga boleh sarung macam ni ala-ala cocktail dress gitu.
Tidak hanya terhad kepada seluar, serkup kepala nenek jugak boleh diimprovisasikan kepada topeng filter cahaya. Again, 2 in 1.
Ni paling hardcore sekali.
See? Sape kata kita perlukan mainan?
Kita hanya perlukan sedikit daya kreatif saja. Selebihnya carik je dalam lemari mak saya.
Shawl sebagai key. Coli mak sebagai tempat simpan peluru.
Now, I am battle ready!