walk on wings, tread in air: Aku tak boleh istiqomah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Aku tak boleh istiqomah
2014-07-26


Gambar belah kiri tu gambar bulan Februari 2014 kalau tak salah. Gambar kanan gamba 2 hari lepas.
Gambar kiri tu kemain berlumba-lumba pipi aku nak keluar tengok dunia kan. Hahahah. Bila aku tengok balik gamba tu gelak sendiri. Bukan gelak tengok pipi tapi gelak ngan tahap konfiden diri sendiri. Padahal pipi dah macam bola baseball, masih gak nak tepek gamba kat FB. Nak buat camne kan, dapat laki pun jenis yang tak membantu. Asal aku tanya "Bang, Di gemuk tak?". Manjang je jawab tak. Pastu kejap-kejap ajak aku gi makan. Aku pun apa lagi, dah laki tak tegur, aku pun konfiden je la badan macam Kate Moss. Badan aku pulak pinggang ke bawah jarang naik, dia naik dari perut ke atas. Jadi susah nak detect aku sedang mengalami pengembangan dalaman. Dalam keadaan muka tembun pun masih boleh muat seluar lama. Kalau nak tau badan berisi ke tak, adelah melalui bra. Kalau rasa-rasa sendat je, tu petanda nak kena diet la tu.

Tapi hakikatnya aku tak penah berdiet.
Puasa sebulan telah berjaya mengecikkan pipi aku sikit.
Ni lagi satu teori yang membuktikan takyah la aku nak ikat perut sangat makan tu tak boleh, makan ni tak boleh. Puasa je, konfem ko jadi kecik. Provided kau tak balun kaw-kaw time berbuka la. Kalau kau puasa 14 jam tapi melantak macam tak makan 14 hari, rentikanlah berangan nak ukur lilit tu mengecik.

Puasa sebulan bulan Ramadhan ni memang jauh lebih senang nak laksanakan berbanding puasa sunat. Maybe ketidakhadiran setan di bulan Ramadhan tu banyak membantu (kot). Sebenarnya, bulan Mac April lepas aku ada buat satu test ke atas diri sendiri. Masa tu kat newsfeed aku boleh tahan ramai cerita pasal diet. Yang diet vege, yang diet atkins, yang diet makanan organic...macam-macam. Sebagai seorang yang malas berdiet, aku pun nak kurus gak. Tapi apekah cara untuk aku kurus tanpa exercise and tahan makan nasik.

Until satu hari tu aku terdengar satu ceramah pasal Istiqomah.
Ustaz tu cakap "Kalau kita boleh istiqomah makan sepanjang hari, istiqomah puasa bulan Ramadhan, apakata kita istiqomah puasa Nabi Daud (puasa selang sehari)".
Phewww! Puasa Senin Khamis pun terbabas. Inikan nak puasa selang sehari.
Tapi the idea of puasa Nabi Daud tu macam best pulak dengar. And aku nak tengok samada puasa ni boleh membantu tak untuk aku berdiet.

Rupanya diet yang disertakan dengan niat ni lagi mudah nak dibuat, lebih-lebih lagi kalau kita berniat melakukan sesuatu kerana Dia yang didorong oleh kemahuan yang dipohon dariNya. Memang suprisingly, puasa yang aku rasa berat nak buat tu jadi mudah.
Dulu masa aku dengar orang berpuasa Nabi Daud, aku cam terfikir dorang ni tak rasa lapar ke sebab puasa di bulan selain Ramadhan ni dugaan dia lebih sikit.
Rupanya bila ko dah start puasa Nabi Daud dalam 2 minggu gitu, ko dah takde rasa apa.
Sebab bila sehari kau puasa, sehari kau tak puasa, lama-lama perasaan tu jadi sama.
Rasa lapar and rasa kenyang tu dah takde beza.
Cuma tu la, nak istiqomah tu yang susah sebab 2 minggu pertama tu macam-macam dugaan datang. Time tu la member ajak breakfast sama, time tu la laki ajak lunch sama, time tu la customer ajak discuss over lunch.

Tapi istiqomah aku tu bertahan sebulan setengah je. Sebab bulan May aku dah start travel ke sana sini. Tak sampai ati aku nak puasa biar En Wan makan alone (cewahh padahal kau yang kuat mentekedarah). Maka istiqomah yang tak berapa nak istiqomah tu tahan sebulan setengah je. Tapi, hasilnya memang menakjubkan.
Nak kata kurus kaw-kaw takde la jugak.
Tapi dalam seminggu berat aku turun 3kg dengan sitausi aku masih boleh belasah eskrim choc chip Baskin n Robbin, masih boleh makan nasik 2 pinggan, jajan toksah cakap la.
Banyak sebenarnya yang kita boleh dapat time 'berdiet' cara Nabi Daud ni.
Kau dapat diet, kau dapat pahala (mudah-mudahan), orang yang berpuasa doa dia mustajab, kau dapat kawal diri dari buat benda-benda merepek sebab kau sedang berpuasa....banyak lagi benefit yang kita nampak kalau kita bukak mata hati. Tinggal lagi tu la - istiqomah.



"..janganlah melampaui batas.."

Maksudnya, jangan sampai jadi jumud. Dah sah-sah puasa Nabi Daud tu cuma sunat, kalau undangan makan tu tak boleh nak ditolak, aku makan je. Nak lagi kalau laki aku yang call ajak lunch sama. Bila lagi nak paw. Time ni la.

Bak kata ustaz tu, memang banyak benda yang nampak susah dibuat.
Puasa sunat, solat malam, tutup aurat.....memang susah nak istiqomah.
Tapi dalam keadaan tak sedar sebenarnya banyak benda yang kita buat secara istiqomah.
Istiqomah bangun pagi gosok gigi.
Istiqomah seblom tido malam gosok gigi.
Istiqomah punch card before 8am.
Istiqomah balik keje sharp 5pm.
Istiqomah tidur 8 jam sehari.

Hakikatnya, manusia memang boleh buat banyak perkara secara istiqomah (konsisten).
Adelah menjadi satu pembohongan kalau kita cakap "Saya tak mampu istiqomah".

Dont' worry, aku tak cakap pasal sesiapa.
Ni cakap tentang diri sendiri yang liat nak istiqomah.




posted by aveo757 @ 11:52 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER