walk on wings, tread in air: Takde duit takyah beli dulu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Takde duit takyah beli dulu
2014-06-24


Tobat lahum aku tak masuk dah Tous les Jours.
Seb baik bukan aku yang bayar. Hahahah.
Ahad lepas aku gi Empire Subang, nak cari apa pun aku dah lupa dah. Yang aku ingat, kitorang lapar. Sebab siang tu busy gerakan memporak-perandakan rumah dari bawah sampai atas. En Wan konon nak makan yang lite-lite je, dia ajak aku masuk Tous les Jours ni. Nampak cam sedap je. Masing-masing belum penah try lagi. Ok, masuk.

Dalam ni roti-roti je.
Sandwich pun cuma 3 pilihan. Nyampah aku.
Aku pilih yang ni : Gruyere Sandwich.
Dia ada option untuk tambah turkey ham, RM1. Tapi tak rasa nak makan turkey pun.
Sandwich bodo gitu je, takat roti ngan cheese, RM15. Hahahhahha.
Rasa nak kunyah dengan pinggan-pinggan sekali. Membazir okeh serdak-serdak roti tu, kena jilat. Mahal weiii.
But again, dah terang-terang dia tulis depan tu "home-made bread", pastu kau pi ambik Gruyere cheese lak kan. So, jangan buat-buat tercekik ya, Diana.
Tapi yang pasti, kalau takat makan camni, baik aku bakor roti Gardenia, selet ngan butter, bubuh Cheddar cheese 2 keping. Lagi best, siap boleh terkangkang tengok Romantika.



Yang sebenarnya aku nak cerita pasal ni.
Penipuan transaksi.
Tapi gamba ni aku cilok kat newsfeed je, ni bukan aku punya.
Gamba ni nak bagi mukadimah je.

Aku pun penah kena macam ni.
Yang satu tu Ephyra.
Dia bagi attachment dari MBB online. Dulu kan M2U tak macam sekarang. Dulu M2U just boleh tengok jumlah duit yang masuk je, time takde, reference number takde. Baru-baru ni je dah boleh nampak nama. So, ada la sorang hamba Allah ni, dia hantar attachment MBB online payment untuk beli Ephyra sekotak. Nak dijadikan cerita, waktu tu aku tengah buat promo RM390/2 kotak. Jadi ramai la yang grab RM390 ni. Hamba Allah ni pulak beli yang normal punya (katanya la).
Yang RM197 tu.

Attachment tu memang real, RM197.
Dengan nombor akaun segala cantik. Sejibik lah kiranya.
Kalau nak check kat M2U pun takde point, sebab bukan boleh nampak time and ref number pun. Selalunya aku accept je. Tak tau la apesal, hari tu aku tergerak nak bukak M2U sambil check payment yang masuk kat email.

Bila aku check akaun aku, kebetulan the same day takde sorang pun yang beli sekotak. Semua beli RM390. Aku pulak blur, puas aku refresh-refresh apesal takde transaksi RM197 kat tarikh ni?? Budak tu transfer from MBB jugak, bukan IBG. Memang tak register lansung dalam kepala aku ada orang nak tipu.
Takpe..takpe.
Tunggu petang kang kot ada.
Tapi takde. Takde lansung duit masuk jumlah RM197. Semua RM390.
Esok tu aku email dia balik mintak check dengan Maybank kot-kot ada apa-apa masalah sebab duit dia tak masuk pun. Mati-mati dia cakap dah masukkan RM197. Aku pun printscreen statement aku kat M2U tu. Aku print semalam punya (tarikh yang dia masukkan duit tu) and hari ni (esoknya) punya sekali. Aku suruh dia tengok sendiri memang semua trasaksi RM390. Takde RM197.
Pastu terus tak timbul-timbul dah budak tu. Senyap sampai sekarang.

Yang lagi satu Fleur Closet.
Yang Fleur Closet ni kebetulan bukan aku yang handle, jadi aku tak tau cerita sangat.
Cuma aku diberitau ada cubaan menipu jugak.

Pelik aku dengan keberanian sesetengah manusia ni.
Ephyra tu benda makan kot. Masuk dalam perut kau. Jadi darah daging. Berani eh?
Pulak tu, banyak masa kau nak edit payment slip ni segala.
Keje edit-mengedit ni banyak makan masa. Apetah lagi kalau mengedit untuk menipu. Lagi banyakkkkkkkkkkkkkkkkk makan masa supaya keje tipu kau tu orang takleh trace.
Dah menipu tu satu hal. Nak membohong lagi satu hal. Penat la okeh. Ujung-ujung satu benda pun kau tak dapat. Silap-silap dapat publisiti orang jaja nama kau. Ni pun dah cukup baik aku tak dedahkan nama. Tak kuasa aku nak retrieve email kau.

Aku paham, masing-masing ada kehendak.
Nampak tu teringin, nampak ni teringin. Tapi duit takde. But itu bukan alasan untuk kau menipu.
Kang kalau aku cakap ukur baju kat badan sendiri, tau pulak marah.
Salahkan kerajaan, salahkan majikan, salahkan suami tak bagi duit, yang paling tak boleh bla salahkan orang lain sebab post gamba kasut baru kat FB.
Sebab kau pos gamba, maka aku datang keinginan nak beli jugak tapi aku takde duit.
Sebab tu aku terpaksa menipu.
Kau yang trigger keinginan aku untuk beli kasut tu sama.
Mula-mula aku tak tepikir pun nak beli.
Tetiba nampak kau post gamba, aku jadi teringin.
So kau yang salah! Kau berdosa. Tanggung sekali dosa aku.

Cewahhhhh.
Kau jangan nak macam-macam ya.
Sekali aku boh penampaq tengok tertanggung ke tak kau.

Plis ya, renti-rentikan la keje-keje menipu ni.
Kalau belum mampu beli, kumpul duit dulu. Belaja-belaja la check kemampuan diri.
Jangan zalim kat diri sendiri der.
Tanya seller tu dulu boleh installment ke tak.
Kalau dia kata boleh, discuss kau boleh bayar berapa kali.
Kalau seller tu dah bagi syarat, ok you boleh bayar 10 kali, sebulan RM50.
Rasa-rasa mampu, proceed. Rasa-rasa masih belum mampu, jangan beli dulu.
Jangan torture diri kau. Kesian la sikit kat diri sendiri. Sengsara roh kau tu nak mengikut kehendak nafsu je.

Benda boleh bincang kot. Biar ada win-win.
Biar kau dapat barang, dia pun dapat duit.
Cuma kena bersabor la sikit kalau ambik installment ni. Jangan ingat kau sorang je yang kena bersabar. Seller tu pun sebenarnya bersabar macam kau gak.

Don't tipu tipu la.

Nak lari mana der.
Ujung-ujung nanti kita semua jumpa balik.



posted by aveo757 @ 4:56 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER