Seblom kita baca entry sentap, kita cuci mata dulu nak tak?
Aku lepak Little White Cafe semalam.
Tekak nak sangatttt makan creme brulee. Terasa-rasa kesedapannya makan kat Taaras last week.
Lalu aku pun mengkontek aunty Faizah aka owner Little White Cafe.
Aku ingatkan nak order bawak balik.
Sebab dulu aku penah order satu tray besar bread pudding.
Kot la kan ada orang penah buat creme brulee dalam tray for tapau. Takde rupanya. Takpelah, pasni agak-agak teringin nak makan pegi je la kedai tu.
Creme Brulee
Sedapppppp. Tapi aku tak tahan makan benda yang too sweet, jadi gula kat atas tu aku tolak tepi.
Dengan stoberi-stoberi sekali aku tolak. Sebab aku tak suka benda masam jugak.
Spageti Bolognese.
Kat Taaras hari tu tak puas makan spageti dia lansung takde daging, ok kali ni best, lengkap semuanya. Tapi baru makan 2 sudu aku dah rasa pening-pening. Penangan creme brulee yang aku makan before spageti.
Ya, aku tau creme brulee tu sejenis dessert, patutnya makan last.
Tapi sukati aku la nak makan awal ke, tengah ke, akhir ke kan.
Agaknya aku termakan gula bakor kat atas tu, terus tersentap kat otak, mabuk kejap.
Aku tak kuat makan manis. Teh O pun setengah sudu kecik je.
Kalau terlupa masukkan gula lagi bagus.
Fried rice tetamu kehormat aku.
Actually LWC takde jual nasik-nasik semata-mata.
This fried rice sebenarnya pair dengan either fish, roasted chicken or lamb.
Ni pair dia - rasted chicken.
Orang punya, maka aku tak rasa.
Tapi sebab habis dia makan, so aku agak sedap la kot.
Tak pun kebuloq.
Apa-apa hal, dua beradik ni jangan lupa ditapau.
Ni namanya cupcakes dua beradik - red velvet and real choc.
Ni namanya cupcakes dua beradik - red velvet and real choc.
Memang sedap. Sape nak, boleh ke sana. Kalau risau habis, call je nombor aunty kat atas tu, mintak dia simpankan.
Pagi tadi aku nampak ni kat newsfeed. Tak tau la sape punya, ada orang share.
Kesian aku tengok dua-dua ni.
Yang sorang kesian duit lesap, yang lagi satu tu kesian sebab tak tau hukum berhutang.
Dah pinjam duit orang boleh pulak nak kerek.
Aku penah berdepan dengan situasi kekerekkan lebih kurang macam ni.
Rupanya jenis manusia macam ni memang wujud. Bukan sorang, entah-entah ramai.
Bangsa yang tau pinjam, tak tau bayar.
Dah la tak bayar, boleh pulak nak sound kita balik "Kau keje bagus, gaji besar, pun nak berkira ke pinjam duit kat orang?"
Ha'ah memang iye.
Memang mak bapak aku hantar aku blaja tinggi-tinggi, aku boleh dapat gaji besar sebab nak bagi kau pinjam duit. Kan?
Bila aku baca balik sms kat atas, gila takleh nak brain rupanya wujud jugak orang yang tak reti berterima kasih. Time sesak, menyembah orang mintak pinjam. Dah dibagi pinjam tak reti nak bayar. Bila dimintak balik pinjaman, boleh pulak memaki.
Makhluk jenis apa ni?
Jenis macam ni bawak-bawaklah sedor-sedorkan diri.
Dah tau kita ni meminjam duit orang, tak boleh nak bayar balik pulak tu, cubalah ada rasa segan sikit.
Aku serik dah terkena macam ni.
Kalau jenis yang pinjam tapi sedar diri takpe.
Ni dapat jenis yang meminjam pastu tak sedar diri, ada hati pulak nak ceramahkan kita supaya jangan berkira dengan duit.
Dia tak sedar, disebabkan aku tak berkira la maka aku bagi pinjam.
Kalau aku berkira dah lama agaknya kau kunyah tayar kereta.
Sebab serik la maka aku cukup berhati-hati nak tolong orang sekarang.
Mintak maaflah sangat-sangatnya. Aku belum terbukak hati lagi nak simply percaya kat orang bab-bab duit ni. Bukan kedekut, bukan taknak berkongsi rezeki, mungkin yang pernah terkena je tau macamana berbulunya dalam hati.
Some tu aku nampak dia benar-benar jujur, bagi salinan IC, bagi phone number, bagi alamat rumah, alamat ofis....cam gaya-gaya nak buat loan bank kekdahnya. Bukan aku taknak tolong. Pernah aku terima email dari sorang yang mengaku reader nak pinjam 4K untuk bayar ansuran kereta tertunggak. Takut kereta kena tarik. Disebabkan aku dah serik nak lalui proses mintak balik pinjaman, aku cakap aku cuma boleh bagi around RM400 je. Aku niat ni kira bagi terus je la. Malas la aku nak pikir-pikir kutip hutang apa semua. Tapi, aku terkejut bila dapat reply dari dia "Kalau setakat RM400 saya boleh pinjam kat kawan-kawan ofis je kak.."
Wow.
Gila terpana aku kejap baca reply dia.
Setahu aku, orang yang dalam keadaan terdesak, kita hulur RM50 pun dia takkan tolak. Sebab dia memang dalam keadaan memerlukan. Walaupun RM50 tu jauh sangat nak compare dengan nilai pinjaman yang dia nak, at least boleh la buat-buat topup apa-apa yang patut kan. But bila dia perlekehkan niat aku nak tolong RM400, aku syak budak ni takde la terdesak mana.
Sukati ko la dik, selamatttt duit aku.
Toksah buat-buat main hal-hal hutang ni.
Kalau meminjam, mesti bayar.
Kalau meminjam dengan niat taknak bayar, tak salah aku hukumnya haram. *boleh betulkan kalau silap*
Kalau pinjam tapi belum mampu nak bayar balik, cakap baik-baik dengan yang bagi pinjam tu kita belum mampu nak bayar balik. Apa la yang susah sangat.
Orang kalau dah berbudi kat kita, kita ni biar lah berbahasa sikit.
Jangan pulak nak bahasakan orang tu balik. Tu namanya tak reti bahasa.
Orang yang tak paham bahasa mulut ni, kadang-kadang kita bagi bahasa kaki pun bolehhhh.