2014-06-12

Ephyra : Testimoni : Kegilaan



Aku sangatlah excitednya nak share testimoni ni kat korang yang email aku bertanyakan if Ephyra boleh pulihkan eczema. Nak kata Ephyra yang pulihkan eczema tu macam melampau nau bunyiknya. Tapi, mungkin Ephyra membantu sebab rasanya dah ada 2-3 testimoni berkenaan ruam, bijik-bijik kat muka/badan and eczema aku tepek kat blog sebelum ni. Even testimoni aku sendiri (Rayyan) aku penah share, cuma takde bukti bergamba je sebab aku pun tak pernah terpikir nak ambik gamba tumit Rayyan time tu.

So this is another testimoni berkenaan eczema.
Baca dengan tenang ya.
Oh baru aku teringat pesanan some reader yang mintak aku buatkan column untuk testimoni Ephyra.
Baiklah, ada masa nanti aku susun balik. Nak kena carik satu hal lagi tu. Bagi aku masa ya.

Ok, marilah ke topik yang seterusnya.
Masih berkisar tentang tudung, tapi ni kali Ariani :)
Entry Fareeda baru-baru ni buatkan sorang reader tanya kenapa aku taknak try Fareeda.
Aku rasa mungkin jawapan aku sama ngan peminat-peminat Fareeda. Sebab aku peminat Ariani. Cuma blom sampai ke tahap fanatik.
Kalau Ariani launch new shawl, ada masa aku pegi. Takde masa pegi lain kali pun boleh.
Dapat shawl best, beli.
Shawl best dah abis, takde rezeki la namanya tu.



Baru-baru ni Ariani ada buat sale kot. Eh ke launching new shawl?
Tak sure, tapi aku ada terima sms dorang.
No, aku tak pegi sebab busy.

Tapi yang sale before ni aku ada pegi.
Hari pertama aku dah serang Ariani Bangi. Gambar-gambar kat atas tu adelah 5 helai shawl out of 12 yang aku beli time sale bulan lepas, yang tak pakai-pakai lagi. Tag pun belum bukak. Kalau nak jual balik pun boleh sangat ni. Aku pun tak sure apesal aku beli tapi sampai skarang tak pakai.

Sebenarnya kan, peminat Ariani ngan Fareeda sama je. Sama fanatiknya.
Tinggal lagi Ariani ni banyak cawangan, tudung dia stok banyak and produk-produk dia semua dapat equal share dalam iklan, jadi nampak la yang produk dia pelbagai.
Fareeda pun ada shawl, ada tudung labuh jugak. Tapi dia fokuskan marketing lebih kepada tudung layer tu sebab tu orang dok kutuk tudung singkat tudung singkat padahal ada je tudung labuh and shawl kat Fareeda. Cuma silapnya dorang tak war-warkan sangat.

Sape yang minat Ariani tau macamana rupa kedai Ariani Bangi (aku selalu gi Bangi je) hari pertama sale. 10am dah ada orang tunggu kat depan kedai okeh. Cuma takde la sampai tido baring. Tapi beratur jugak namanya kan. Yang last time, aku ingat aku dah awal dah. Aku sampai tepat-tepat kul 1030am, mak aiiiiiiiii dah hiruk-pikuk kat dalam nun. Nasib baik dia pisahkan ruangan shawl ngan tudung awning. Shawl kat tingkat atas, tudung awning kat tingkat bawah. Bahagian shawl tak berselirat sangat ngan manusia, jadi masih boleh bernafas lagi la.

Shawl and tudung Ariani ni harga lebih kurang je dengan Fareeda. Percayalah cakap aku. Lebih kurang. Shawl yang aku produce untuk Fleur Closet yang ada manik berjurai kat tepi tu inspired dari Ariani. Shawl tu kalau tak sale harga dia RM250 kalau tak salah aku. Kincit jugak la nak beli 3-4 helai. Nak tunggu sale tak tau bila. Jadi aku rembat dulu la 2-3 helai. Bila kata dia bukak sale je, pecut aku dari PH ke Bangi. Sampai je kat sana, aku sauk sauk sauk sauk mana-mana kaler yang aku takde. Sale sampai 50-60% okeh. Mau tak menggila??

Last month punya Ariani sale, aku spent RM1700. En Wan kata aku gila.
Memang la gila sebab dia tak tau kalau harga tanpa sale berapa.
Kalau without sale, mau RM3400  - kalau aku beli time ni, okeh maybe aku gila.
Termasuklah shawl-shawl yang dalam gambar atas tu. Penyudahnya sampai sekarang tak pakai.
Yang biru ngan gold tu shawl Siti Nurhaliza. Tapi licin sangat, macam tak reti pulak nak pakai.
Menjak aku dah terer pakai halfmoon shawl, makin tak aku pandang shawl segiempat. Tu yang lansung tak bersentuh tu. Tengoklah, kalau rasa benar-benar tak perlukan, aku jual dengan diskaun berganda ya?

Masa aku bayar kat kaunter, ada makcik kat blakang aku tanya "Banyaknya beli....nak buat jual ke?"
Aku cakap nak pakai sendiri.
Tau makcik tu cakap apa?
"Makcik pun pakai sendiri jugak. Beli 2 helai je ni pun, tapi sampai ambik cuti hari ni takut tudung habis"

Hah kauuuu.
Sama je peminat Ariani ngan Fareeda rupanya.
Sampai sanggup ambik cuti bagai nak pi sale. Korang je tak tau.
Kalau dah kata minat tu kan, jangankan kata sanggup berabis duit, sanggup korbankan cuti pun ada.
Kekdah dia sama la macam aku minatkan si Leslie ngan Beyond dulu. Sanggup tak makan time rehat semata-mata nak kumpul duit beli kaset cina yang haram sebutir aku tak paham. Tapi dah kata minat. Pedulik la orang cakap apa pun.



Ni pun satu jenis kegilaan jugak.
Ya, aku tau nama dia keropok.
Tapi yang aku minat ni nama dia - KEROPOK TAK KEMBANG.

Aku tak berkenan dengan keropok biasa yang kita goreng dia kembang.
Aku suka keropok yang bila goreng dia tak kembang and macam berminyak je keropok tu. Ok, hat tu aku suka. Kalau aku yang goreng keropok, aku akan masukkan keropok time minyak belum panas. Supaya dia jadi tak kembang. Agak-agak minyak dah panas, aku tutup api, stop jap menggoreng.
Diamkan jap 15 minit, on api balik, and goreng. Macam tu la tebiat aku.
Tutup bukak tutup bukak sebab nak bagi keropok tak kembang. Sejam menggoreng dapat lah 15 keping je kot. Jadiklah, buat aku makan sorang.

Now kan, aku dah advance sikit.
Asal balik Tganu, aku tempah keropok tak kembang.Senang sikit keje aku. Menggoreng dengan minyak panas pun takpe sebab dia memang sah takkan berkembang.
Mula-mula makcik tu bagi free je kat aku sebab dia kata keropok tak kembang ni keropok tak menjadi. Lama-lama aku tempah terus "Makcik, buatkan saya keropok yang memang tak kembang 20 bungkus terus ya. Saya beli"

Now aku adelah regular customer keropok tak kembang.
Makcik tu skarang takyah risau dah.
Keropok kalau tak menjadi, dah ada pembelinya.


p/s : Lupa nak bagitau, kat rumah aku ada stok kukis choc chip and mocha dalam 5 balang each. Sape nak boleh la datang rumah aku. Saje aku simpan kot ada yang nak datang collect kat sini.