walk on wings, tread in air: Catastrophe <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Catastrophe
2014-06-14

Pernah tak korang alami keadaan malang bertimpa-timpa?
Macam dalam satu-satu masa tu semua benda nak rosak sekaligus?

Ok, aku sedang alaminya sekarang.

Benda ni berlaku Selasa baru-baru ni.
Awal pagi, aku dengar bunyik mesin basuh aku mengaum.
Aku tanya bibik dia masukkan terlampau banyak baju ke apa ni, kot overload ke hape kan. Bibik kata tak, cuma masukkan 5kg je.
Oklah takpe, mungkin kejap je ni.
Kita try tengok esok cemana.

Lepas breakfast nak basuh mug, bukak je paip, hah kau menyimbah air paip sampai ke muka.
Aku dah bersiap segala nak keluar basah lencun jadiknya.
Ntah apa kena air keluar dari 3-4 arah.
Tang tepi, tang depan, tang tengah. Macam water fountain sinki aku.
Tapi takpelah. Sikit je ni kot. Bukan masalah dunia pun. Ok, aku diamkan lagi.

Pastu Redza panggil "Maaaaa!!! TV takleh onnnnn".

Dah kenapa pulak si TV ni takleh bukak.
Aku kelebet sana, cucuk sini, tepuk situ, tak dapat gak. Eh dah lah. Tak reti aku. Tunggu bapak kau balik. Tengok je TV kat living hall atas atau TV bilik aku. TV hall bawah ni jangan on kan dulu.
Dah, aku nak pi keje.

Nak keluar ke pintu depan aku terbau bau busuk gila macam bau taik peram.
Puas aku carik tang mana la bau ni.
Aku bukak pintu bilik air bawah, hah kauuuuuuuuuuuuuu.
Bersepah hamps-hampas yang tak diingini. Aku pelik, mana datang air taik ni??
Eh tapi bukan taik. Dia macam air kumbahan ke hape ntah keluar dari lubang kat lantai bilik air tu.
Serentak dengan tu, bibik menjerit kat dapur "Madammmm. Dapur banjirrrr"

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Ni dah kenapa niiiiii???
Aku ni dah lambat. Lepas satu, satu jadik.

Gi dapur tengok air dari mesin basuh tu membuak-buak keluar dari lubang kat lantai.
Aku suspek lubang tersumbek.
Lepas basuh bilik air, mop dapur semua, aku call En Wan bagitau ada catastrophe sedang berlaku kat rumah. Ntah kejap lagi nak runtuh ke hape rumah ni pun aku tak tau la. Petang, En Wan bawak balik plumber. Plumber cakap saluran air kat dapur tu tersumbat, somehow menyebabkan hampas-hampas yang tersumbat kat lubang saliran dapur tu keluar ke bilik air. Bilik air and dapur share satu saluran agaknya. Ntah la, aku pun tak reti nak explain camana, yang aku tau rumah aku bau taik peram.

Pastu En Wan checkkan TV, memang sah takleh on.
Baru 2 tahun lebih kot umur TV ni. Awal nau kau nak mampus dah kenapa.
En Wan pun bawak turun TV living hall ke bawah. Kesian mak ngan bibik nanti nak tengok tv takleh. Mula-mula ok lagi, eh tetiba dia pun nak buat hal jugakkkkkk.
Tetiba je dia jadi blur blur blur dan semakin blur. Now TV tu macam ada kabur-kabur warna hitam kat tepi.

Great.

Kepala paip kat sinki pecah.
Saluran lubang dapur tersumbat.
Saluran lubang bilik air tersumbat.
TV satu dah mampus, satu lagi hidup segan mati tak mau.
Mesin basuh pulak macam mintak kena tendang.
Ok apa lagi agak-agak.

Penah tak dapat situasi macam tu?
Sekali dia datang, terus bertimpa-timpa.
Lepas satu, satu benda jahanam.
Aku rasa dah beberapa kali aku alami keadaan macam ni, tapi tak ingat dah. Yang paling aku ingat masa aku darjah 5. Tahun tu peperiksaan pertengahan tahun buat pertama kali dalam sejarah, aku dapat nombor puluhan. Nombor 21!! Tak tau la apsal bangang sangat time tu.
Dah la cuak nak bawak balik report kad dengan nombor 21 tu.
Boleh la pulak time basuh pinggan tangan aku tersinggung gelas. Berderaiiii.
Memang carik penyakit namanya ni. Takde chan aku nak terselamat dari kena belasah.
Masa aku tengok gelas tu bertabur kan, hati aku cakap "Paling kurang 5 das aku dapat malam ni".
Ok pikir pikir nak buat apa bagi kurangkan sikit chances nak kena belasah.
So aku pun plan gosokkan baju-baju keje mak bapak aku.
Time aku nak buat baik ni la, seterika tu nak 'makan' kain kurung Mak Aji. Berlubang kain hamba Allah tu aku buat. Ok I'm done. Pasrah je la.
Malam tu birat pantat aku kena belasah ngan Mak Aji.
Esok gi sekolah jalan kaki je. Tak bawak beskal. Sakit bodoh bontot aku nak duduk atas seat beskal tu.

Tak sangka minggu ni dapat balik situasi musibah bertimpa-timpa ni.

Seb baik pagi ni dapat jumpa plumber yang bagus, dia dah settlekan bab lubang dapur ngan bilik air pagi tadi. Nampak macam dah ok.
Pastu tadi pegi jugak la gagah kan diri beli TV baru. Kesian mak mertua aku ngan bibik tak dapat nak layan cerita pukul 7pm TV3. Cerita apa aku tak tau, tapi asal kul 7pm je aku tengok dua-dua ada depan TV.

Bukan tak boleh ajak tengok TV dalam bilik aku. Bolehhh.
Tapi semua kena hadap bola je la. Konfem takkan ada channel lain punya dalam bilik aku ni.
Muntah pulak mak mertua aku kang tengok bola hari-hari.

Ok dah.
Update sikit je. Aku nak pi carik mesin basuh lak.


 Aku bergamba dengan jubah baru Fleur Closet and letak kat FB Fleur.
Pastu ada reader email tanya sape mekapkan, dia nak mekap natural macam ni untuk majlis nikah dia.
Dik, akak kau ni tenyeh mekap sendiri je dik. Pakai je apa yang ada dalam laci tu.
Selebihnya, akak serahkan kepada 360.

Ok bai.



posted by aveo757 @ 5:01 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER