walk on wings, tread in air: Punggah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Punggah
2014-06-16

Sabtu and Ahad lepas, projek mengemas rumah.
Semuanya bermula sebab rumah aku dilanda catastrophe besar-besaran.
Lepas settlekan hal banjir taik kepam, kitorang settlekan masalah TV pulak.
Lepas tu gi Nilai nak beli barang-barang hantaran bertunang untuk anak sedara En Wan.
Bertunangnya raya ketiga, jadi segala benda nak kena beli sekarang. Kalau dah masuk bulan puasa sok jangan harap aku nak berjalan sana-sini. Cukup aku nyampah shopping time puasa. Sebab aku kalau pi shopping, walaupun tak beli apa-apa, yang pastinya makan wajib ada. Kalau keluar jalan tapi tak makan cam tak best. Sebab tu aku mengelak merayap time puasa.



Kerja-punggah memunggah stor ni sebenarnya tak masuk dalam agenda pun.
Yang jadik keje ni bila En Wan nak cari warranty kad untuk TV.
TV kitorang yang rosak tu rasa-rasa macam baru 2 tahun lebih beli, so masing-masing berangan kot boleh dapat replacement baru. Tu yang menggagau En Wan carik warranty card nak check if  kitorang ada bayar untuk extended warranty. Rupanya dah 5 tahun lebih TV tu. Takde chan.

Stor ni memang 95% barang-barang En Wan.
Jadi semua jarang masuk dalam ni kecuali dia. Sorang tak berani nak sentuh barang-barang dia.
Bila semua tak berani sentuh, jadi stor ni hanya dia saje yang 'pegang'. Jarang masuk kecuali nak ambik screwdriver ke apa ke.
Sekali malam tu dia punggah, hah kauuuuuuuuuu....



Anai-anai dah beranak pinak rupanya kat dalam!!!
Dalam stor kan banyak kotak-kotak. Memang anai-anai buat pesta la kat dalam tu.
Mabuk kitorang malam tu En Wan spray ubat anai-anai. Segala ceruk dia spray. Muntah aku.

Heran betul aku dengan anai-anai. Ceruk mana pun dia ada.
Hari tu owner ofis datang spray anai-anai gak padahal ofis aku clear je takde anai-anai.
Rupanya ofis orang bawah dah mereput dek anai-anai. Orang bawah ni bisnes apa pun aku tak tau sebab banyak gila kotak. Suka agaknya anai-anai berkampung kat ofis dia. 

Rumah mak mertua aku pun camtu gak.
Sampai berlubang lemari bawah tangga anai-anai kejekan.
Betul-betul rangka je. Dalam-dalam kayu semua hollow.
Jentik je lemari tu, berderai.



Ni satu-satunya kotak aku kat dalam tu.
Kotak isi buku-buku penting zaman blaja and keje. Konon nak buat kenangan la, tak pun esok-esok boleh perturunkan kat anak-anak. Mana la tau kot ada anak-anak yang nak ambik aliran Biotek jugak.
Harammmmmm. Anai-anai buat kenduri. Terus satu kotak ni aku humban ke luar.

The worst part bukan anai-anai ya.
Yang paling worst sekali adelah apabila datang semangat memunggah dan berkemas, pasti akan menyusul semangat menghias rumah pulak.
Kalau hias dengan apa yang ada takpelah jugak.
Ni tetiba hamba Allah tu datang plan nak tambah ini nak tambah itu nak tebuk sini korek situ.

Padahal asalnya kemas stor je.
Tetiba "Kita gi cari wallpaper nak?"

Aku : Nak pasang wallpaper dalam stor?

En Wan : Tak, kita pasang wallpaper kat depan ngan dapur.

Aku : *diam sebab blur*

En Wan : Pastu kita pasang heater kat bilik air tengah (guest room).

Ok, makin blur aku dengar.
Sebab takde kena-mengena lansung okeh.
Aku ingat kot la dia kata nak pasang cabinet dalam stor untuk simpan barang-barang bagi proper ke hape ke. Tetiba je menjunam ke wallpaper. Wallpaper untuk dapur lak tu.

Itulah yang aku jadi malas kalau dah start mengemas.
Perbelanjaan tu jadi meningkat tak pasal-pasal.
Nak dibangkang kang ada yang sentap.
Ikutkan je lah.



Korean Wallpaper kat Puchong buat sale. Tapi sampai semalam je.
Gila ramai orang kat sana.
Masa aku pi tengok Home Fair kat Shah Alam pun tak sesak macam ni.

Rupanya murah gila. Patut la sesak.
Aku rasa dia nak clearkan stock. Tak pun nak tutup kedai terus.
Sebab kau cuma bayar untuk installation je. Wall paper free. Setiap roll dia charge installation RM150. Murah lak kot tu.

Excited sebab wallpaper free, kitorang pun pilihla wallpaper yang berkenan.




Memula aku pilih wallpaper atas tu untuk pasang kat bilik.
Tadi plan nak pasang kat dapur ngan hall je kan? Bilik tak masuk dalam agenda kan?
Bila dah masuk sini, sawan aku pun sampai. Terus nak pasang kat bilik jugak.

Tapi memandangkan wallpaper atas tu banyak sikit kaler pink, En Wan kata "Pasanglah kalau nak. Abang tak tido kat bilik nanti"

Cewahhh ugut.
Ingat aku kesah dia tak masuk bilik??

Takpelah, aku tukar ke wallpaper bawah tu pulak.
Kat pandangan mata aku macam dah sweet dah kaler tu. Ok set. Beli.

Sekali time nak bayar dia kata installation paling awal bulan November.
Kah Kah Kah.
Patut la murah nau sampai takyah bayar harga wallpaper. Rupanya, kena tunggu hujung tahun baru pasang. Kosser aku nak tunggu. Tak jadi beli.



Aku bukan boleh dah pilih-pilih tapi tak jadi.
Kitorang pegi another kedai.
Lapang je kedai ni, tenteram sikit aku nak pilih.
Kalau korang nak beli wallpaper kan, beli yang Korea. Yang Korea warranty 8 tahun and lebar dia besar.

Tengah syok memilih, orang TV dah sampai rumah nak pasang.
Time nak pasang, baru kitorang perasan yang kontraktor TV cabinet dulu tu, buat keje cam cilake.
Kitorang takleh nak tarik keluar TV cable lama sebab kontraktor tu pi himpit cable TV serapat-rapatnya ka panel kayu. Puas tarik tak lepas-lepas. Maka terjuntai la cable tv lama kat belakang.


 ....dan cable TV baru berselirat kat depan.
Cantik sangat lah kan? Musibat betul.
Aku tak tau la apa engineer kat rumah ni bakal buat dengan cabinet aku. Kalau dia tebuk mana-mana part tu takpelah jugak. Aku risau je tetiba dia kata "Jom tukar kabinet baru?"
Memang pitam sedar pitam sedar la aku pasni.


Ni pun satu hal.
Aku dah kata suruh je orang tu angkut TV yang takleh pakai ni. Nak simpan kat rumah buat apa. Buat semak je, kalau boleh pakai takpelah jugak. Ni kang kalau aku tak bising ni, mau sampai raya haji tahun depan dok parking kat sini sampai ke sudah. Tapi En Wan kata dia nak ask around kot-kot boleh repair. Kitorang tanya orang kedai TV, dia cakap kalau kes gambar tak keluar, panel board maybe rosak. Nak ganti panel tu mau RM2K lebih. Baik beli baru. Ada sesape boleh sahihkan?

Kalau boleh repair, boleh gak. Boleh aku letak TV ni dalam bilik aku lak. Besor sikit.
Tapi taknak la bila dah repair kejap-kejap ada je rosaknya. Tu yang aku lagi suka beli baru. Takut banyak pulak penyakitnya bila repair-merepair ni. Sape tau pasal TV tolong bagi pencerahan ya.


Hepi gila aku tengok En Wan plan nak buang woofer ni.
Jangan tanya aku apa itu woofer. Woofer aku tak tau. Whoopi aku tau.
En Wan beli ni zaman dia kat Jepun lagi. Seingat aku dia penah pasang sekali je pastu terus benda ni terperuk dalam stor. Aku tanya tu nak buang tu sebab rosak ke sebab menyemak? Dia kata sebab menyemak. So aku tak sure sebenarnya masih boleh pakai lagi ke tak. Kalau buleh pakai lagi memang untungla lori kutip sampah.


Berabuk.
Bukti betapa bendalah ni dah lama tak dipasang.
Last pasang masa tahun pertama dia balik Malaysia. Pastu tak pakai-pakai dah. Player ni ok lagi cuma radio je takleh pakai, frekuensi tak sampai.
Tapi VCD and Midi Player boleh je pakai lagi.
Sebab tu la benda ni berselimut dengan kain. Ni cara-cara berselimut pun boleh berabuk. Kalau terkangkang entah-entah siap ada busut terus atas radio ni. Aku sebenarnya berharap sangat dia buang benda ni. Semak la okeh. Benda ni besar, aku tak snap speaker dia. Kalau En Wan let go topekong Siam ni, boleh la aku ganti ngan benda lain. Ada sesape nak?


Minggu ni masih dalam mood mengemas.
Aku tak tau la pasni apa lagi yang aku bakal jumpa.



posted by aveo757 @ 3:09 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER