2014-06-19

Underpaid


Aku dah share permintaan reader ni kat FB.
Ni aku nak letak kat sini pulak. Tolonglah panjang-panjangkan mesej ni supaya sampai ke pihak-pihak yang boleh membantu. Kalau kita tak dapat tolong dari segi duit, at least kita tolong usahakan biar mesej ni sampai ke lebih ramai orang.






*end*



Ok cerita lain pulak.

Followers and frens dalam FB aku mesti perasan status aku pasal engineer ni kan?
Seriesly tak sangka rupanya ramai engineer dan isteri-isteri engineer bagi respond. Semuanya bagitau apa yang link tu cakap and apa yang aku luahkan kat status tu adelah benar, tiada yang benar melainkan benar-benar sekali. Gitu.

Lepas aku tau bukan aku sorang rasa benda yang sama, now aku rasa lebih tenang sebab rupanya bukan laki aku sorang yang "weird".

No. Bukan tak bersyukur.
Memang aku bersyukur sangat-sangat sebab En Wan setidak-tidaknya masih ada pekerjaan.
Aku banyak sangat dapat email dari reader yang bagi luahan masalah rumahtangga yang 90% berpunca dari masalah suami tak kerja, taknak kerja, joli duit gaji, etc.
Alhamdulillah, walaupun tak semua engineer bergaji besar macam orang lain sangka, at least laki aku masih ada keje.



Oh by the way, beberapa minit lepas aku up-kan link tu tu diaaaaa, penulis asal entry mesej aku bagitau dia lah penulis entry tu. Ada orang cilok tapi tak bagi kredit. Ni aku bagi kredit :)

Entry tu cerita pasal betapa orang sangka yang engineer bergaji besar.
Bukan maksudnya engineer bergaji ciput. Tak. Laki aku engineer, aku tak kata gaji dia ciput CUMA, orang selalu ingat engineer ni gaji mesti lebat gila. Well, engineer O&G memang takyah sembang la. Semua yang involve dengan O&G walau bukan engineer pun gajinya lebat. Sepupu En Wan ramai yang bukan engineer tapi involve dalam O&G industry. Blaja semua tahap SPM je, tapi now gaji ribu-ribu. Entry Zaren ni pun ada mention yang engineer O&G ada exceptional sikit. Industry O&G ni memang gempak. Tapiiii.....



Ni dia salah sorang makhluk yang keje O&G bagi respond.
Takde life katanya.

En Wan pernah di-offer untuk join O&G. Gaji memang lebat gila. Nak lagi En Wan memang background chemical, ada pengalaman kerja lak tu. Excited aku kira gaji dia. Hahahah. Aku pulak yang excited kan. Nampak nau ada agenda. Tapi, En Wan tak ambik masa lama untuk tolak. Sebab dia ni jenis lelaki yang menempel bawah ketiak aku. Alangkan pi Penang 5 hari pun dah menggelupur nak balik rumah, apetah lagi nak berbulan duduk tengah laut. Takyah tinggi sangat cita-cita tu ye bang. Kang nyusahkan aku je hari-hari nak kena hantar gamba selfie pakai bra. Eh.

En Wan kata engineer ni hebat kat tittle dia je.
Lambang kebijaksanaan gitu. Bila orang dengar kau keje as engineer...wow...terrernya!
Tak dinafikan nak masuk bidang engineering ni, kau perlu jadi cream student.
Mungkin tak semua, tapi kebanyakkannya yes.
Contoh paling dekat of cos la En Wan.
Result exam dia cantik je.
Result aku? Result aku of cos lagi cantikkk. Sebab tu aku sorok. Kah kah kah.
Sorry la aku nak tunjuk kat dia. Sampai skarang dia tak penah jumpa result semua exam-exam aku. Yang dia jumpa cuma gamba aku ambik ijazah je.
Tapi aku syak dah 13 tahun kawen ni dia dah boleh bajet tahap ke-cream-am bini dia. Kerimmmmmm lah sangat.

Tapi hakikatnya, hanya engineer saja yang tau betapa kerjaya seorang engineer ni sangat berat pada tanggungjawab, kebanyakkannya underpaid.
Laki aku, underpaid.
Adik aku Ima, underpaid. Sampai dah benti keje dah pun tak larat nak carry burden keje.
Kawan aku ada sorang engineer jugak, tittle Ir lagi. Dia pun mengaku dia underpaid.
Bebanan keje engineer ni katanya banyak. Keje macam tak benti. Kalau dah ramai nau yang setuju dengan entry budak Zaren ni, ye lah agaknya tu, sebab laki aku pun setuju gak.

En Wan ni engineer kilang.
Orang kata engineer kilang la paling tak best sekali sebab gaji rendah berbanding engineer-engineer lain. Tapi keje mengalahkan operator kilang. Alangkan operator pun ada shift tau.
Aku pernah tanya En Wan kenapa dia nak stay dalam kilang dah tau diri tu underpaid.
En Wan kata dia suka keje dia. Dia memang nak sangat jadi engineer dari kecik. Sebab tu dia tak kisah. Paling klaka masa dia dapat naik AM, dia cakap tak seronok. Aku tanya nape naik AM tak seronok. Dia cakap sebab dah tak jadi engineer. Boleh?
Macam ni punya orang pun ada rupanya.

En Wan kata, dulu masa muda-muda ada gak terfikir nak jump pi industry lain.
Tapi bila dah tua ni, life pun makin stabil, anak-anak sedang membesar - duit dah bukan keutamaan. Dia nak keje untuk hidup je. Janji ada duit nak bayar hutang-hutang, hal anak-anak settle, dapat shopping and jalan lebih kurang sikit-sikit dah kira ok dah tu.

Lagipun bila dah keje berbelas tahun, nak jump pi company lain, tak semua company sanggup nak meet kita punya demand. Apetah lagi bila kau apply managerial position. Daripada dia ambik orang luar, baik dia naikkan staff sendiri. Dah tentu dia lebih kenal and dah biasa dengan cara kerja staff dia.

Bila baca post pasal engineer ni serta-merta aku teringat soklan dari sorang reader dulu. Agaknya dia pun engineer. Dia tanya camana En Wan ada duit untuk bayar rumah, kereta, pergi melancong, shopping, etc. Now aku faham kenapa dia tanya soklan tu. Rupanya semua engineer pun tau yang gaji engineer ni sebenarnya tak banyak seperti yang orang lain sangka. Just imagine gaji pertama En Wan tahun 2001 adelah RM2500. Now, 2014.
Orang dalam industry kilang boleh bajet kot. Aku yang tido sekatil mandi sekali ni pun tak pernah tau berapa gaji dia. Cuma dia pernah bagitau dia underpaid. Tu je.

Tapi dalam pada underpaid-underpaid tu, alhamdulillah boleh jugak la bernapas.
Nak kata mewah tu tak. Tapi cukup.
Aku pun pernah gak merasa di-underpaid-kan.
Aku pun tak tau yang aku ni inderpaid until aku keje dengan satu company lain. Dia terperanjat gaji aku banyak tu je. Mana la aku nak tau aku underpaid ke tak. Yang aku nak tau ujung bulan gaji kena masuk. Tak masuk kalu, aku terajang pintu bilik bos. 

Bab-bab keje and gaji ni aku teringat Ustaz Don pernah cakap "Kalau kita gaji RM2000, tapi kita keje macam gaji kita RM5000, Tuhan akan ganti balik RM3000 tu dalam bentuk yang lain. Kalaupun tak dalam bentuk duit, mungkin dalam bentuk kesihatan, ketenangan, keluarga bahagia. Tapi kalau gaji kita RM5000, kita buat keje macam gaji kita cuma RM2000 (berkira dalam bekerja), Tuhan akan hilangkan RM3000 tu dalam bentuk sakit, keluarga masalah, pikiran kusut, etc."

Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan yang tak berkira dengan kerja.
Tapi tu la kan, asal kita nak blaja untuk menerima rezeki seadanya, mesti at the same time ada setan yang bagi kita second opinion.
Mesti ada bisikan-bisikan yang tak diundang hasut kita untuk mengungkit pasal gaji, pasal keje yang tak setimpal dengan bayaran, pasal keje lebih masa yang tak dibayar OT, bla bla bla. Betul tak?

Aku pun dulu pernah diuji dengan ujian macam ni.
4-5 tahun aku keje kat satu company ni. Gaji memang ciput gila la. Tak setanding dengan bebanan kerja. Dah la komisyen asik tak dibayar. Tapi aku cuba bertahan. Cuba untuk redha dengan gaji yang ada, at the same time lipatganda buat sales supaya boleh dapat komisyen. After so many years aku bertahan, aku diuji dengan keinginan yang melampau-lampau untuk pegang gaji yang lebih tinggi. Akhirnya aku dapat keje baru, gaji baru. Waktu ni, gaji yang aku terima lebih tinggi dari gaji En Wan. Rasa proud gila sebab dapat kalahkan gaji engineer.

Tapi rezeki aku kat tempat baru cuma 9 bulan je.
Bebanan kerja meningkat tapi masa tu aku kata takpelah at least gaji yang aku dapat tu setimpal. Sedapkan ati sendiri sebenarnya ni padahal dah ada rasa sesal sikit. Tapi nak eksyen punya pasal ngan En Wan, ku gagahi jua katakauuuu.
Lama-lama aku realized yang aku terkejar-kejar masa untuk bersolat.
Ofis tu memang takde tempat untuk aku bersolat sebab aku sorang je Islam kat situ. Nak solat, aku kena solat di luar. Maknanya, aku kena set appointment supaya dalam waktu berjumpa customer tu aku boleh selitkan solat. Dah kalau namanya solat pun main selit-selit, mana nak datang khusyuknya kan. Solat sekadar menunaikan solat. Bukan mendirikan solat.
Lama-lama aku cakap tak boleh jadik la macam ni.
This is not right. Last-last aku benti.

Pastu aku start company sendiri dengan ambik gaji takat RM1500.
RM1500 dalam keadaan aku dah ada hutang rumah, hutang kereta, bibik, anak sorang, adelah agak sakit ya. There were times rasa macam nak give up. Tapi kalau dah nama rezeki tu Allah yang bagi, RM1500 tu jadi cukup. Padahal gaji En Wan tak besar mana lagi time tu.
Tak tau celah mana datangnya, tapi tiap-tiap bulan mesti cukup.
Agaknya ni lah kelebihan dalam kekurangan.
Bila kita ada duit yang sikit, kita lebih bijak dahulukan apa yang perlu.
Tapi bila kita ada lebih duit, kita tend to dahulukan kehendak berbanding keperluan.
Bila kehendak dah tertunai, baru nak settlekan keperluan. Bila keperluan tak dapat disettlekan, mula lah datang stress mengadu tak cukup tak cukup tak cukup. Padahal sebenarnya cukup.

So persoalannya, betul ke kita underpaid?
Atau kita yang tak pandai manage duit?
Ataupun kita yang tak jujur dan ikhlas dalam bekerja?

Sesungguhnya ujian kenikmatan dan kemewahan tu jauh lebih berat. Ya Allah, ampunkan kami.