walk on wings, tread in air: Pailang la sangat <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Pailang la sangat
2014-06-03



Sakit mata aku tengok video budak-budak baru nak tumbuh bulu ni bergasak dalam sekolah.
Dengar kata sekolah ni kat Kota Samarahan, wallahualam. Ada sesape tau? Macam harem perangai.
Pailang katanya!
Pailang tapi duit nak beli pad pun mintak makbapak bagi. Pailang kebendanya.
Elok dihumban masuk dalam penjara je biar dia tau erti penyesalan. Nak jadik kak yong sangat kan. Biar dia rasa orang lain pagi raya makan ketupat ngan rendang ngadap tv, kau pagi raya makan biskut meri cecah air sirap ngadap dinding.

Lagi satu aku cukup menyampah tengok budak-budak sekolah pakai tudung macam tu. Jenis tudung tak tentu arah, main sarung je. Tak boleh ke kau sarung tudung tu biar kemas sikit? Bukan ke korang dalam kawasan sekolah. Bior la ada disiplin and kemas. Nak pakai cam rabak pun tolong kat luar sekolah. Aku kalau jadi cikgu, budak-budak yang tak berjenis macam ni pakai tudung pun main sarung ikut sempat, memang aku suruh tanggal tudung, sarungkan helmet. At least takde la sakit mata aku memandang kau. Biar kau berhelmet dari pagi sampai tengahari.



Please teachers, kalau nampak budak pakai tudung macam nak taknak ni, tolong hadiahkan pin tudung. Aku tak tau la kenapa tapi bila aku terpandangkan jenis budak sekolah pakai tudung herot-berot macam ni, benda pertama yang lekat kat kepala aku - tudung tu bau hapak. Tak tau pesal.

Heran aku budak perempuan boleh bergasak sampai macam ni sekali. Dalam kawasan sekolah lak tu. Cuma tak berapa nak pailang la sebab bergasak ramai-ramai. Sorang lawan 5. Pailang ke? Tu bukan pailang dik, tu namanya pengecut. Yang aku pelik, dalam ramai-ramai kat situ, takkan tengok je. Takde ke yang nak menjerit panggil cikgu. Pengawas mana pengawas? Bukan ke kalau waktu rehat (aku assume ni waktu rehat), pengawas ada duty untuk setiap tempat? Tak sure sekolah lain tapi sekolah aku dulu, pengawas rehat kejap je sebab kena 'berkawal' kat tempat-tempat yang dah ditetapkan. And budak-budak lain selain pengawas tak boleh berada dalam bangunan sekolah, semua mesti ada di kantin. Kalau ada yang dilihat melepak dalam kelas, tangga, or kawasan bangunan, pengawas mesti tahan and tanya. Tapi kat sekolah budak pailang ni cam pelik pulak aku tengok. Lama kot budak tu kena belasah. Selamba badak diterajangnya. Ni bukan issue sape salah sape betul. Ni issue belasah budak DALAM KAWASAN SEKOLAH. Benda ni tak sepatutnya berlaku. Eh, ke ni memang sekolah untuk budak-budak jahat?


 Pakai tudung dalam kawasan sekolah bior kemas sikit dik, bagi nampak berjenis macam dalam kotak merah tu, boleh?


Time aku sekolah dulu, sekolah la tempat aku paling takut sekali.
First, sebab sekolah penuh dengan disiplin. Aku kan jenis yang tak berdisplin sangat, cuma belum sampai ke tahap sakai la nak bergaduh kat sekolah. 
Dalam kawasan sekolah nak pakai stokin belang pink pun tak boleh padahal sah-sah belang tu tertutup dnegan kain sekolah, punnnnnnn tak boleh. Pengawas siap selak kain nak check stokin. Punya ketat tak ketatnya undang-undang. Inikan nak bergasak. Ini kau dah la pakai tudung bersememeh, pakai brooch kaler merah, siap berkuntau bagai, bawak henfon lagik!

Kesian aku dengan cikgu-cikgu zaman sekarang nak kena handle perangai budak-budak macam ni.
Yang buat perangai macam ni tak ramai sebenarnya. Tapi kelompok yang tak ramai ni spesis buas. Dengan cikgu pun dorang tumbuk. Zaman aku dulu, toksah kata nak bertumbuk ngan cikgu, nak pilih option untuk tak attend detention class pun takut. Dulu time skolah kitorang takat menggelarkan cikgu. Ada sorang cikgu kitorang, guru HEM (Hal Ehwal Murid), disebabkan dia garang dan muka selalu muncung, budak-budak ni gelarkan dia BULLDOG. Tapi kat belakang je, kat depan haram semua tak berani. Takat menggelarkan cikgu, tu je la pun abis kuat pun. Tapi bila HEM tu lalu sebelah, takde sorang pun berani panggil dia bulldog. Semua pakat tunduk senyum 'Assalamualaikum cikguuu". Tau takutttt.

Dulu kita takut kalau anak lelaki kita terlibat dengan benda-benda macam ni.
Now, ada anak peremapuan pun sama takutnya. Sebab takde beza.
Sorry kalau telahan aku salah, tapi ikut pemerhatian aku menjak bersekolah sampai ke U, sampai ke keje (dulu aku rajin bagi speech kat student matrik/U), jenis yang perangai 'pailang' macam ni, selalunya bukan dikalangan budak yang ada future, budak yang takde impian, yang hidup dalam dunia syok sendiri. Terasa diri femes, terasa diri kuat, terasa diri kebal, terasa diri orang respek....

Aku rela jadi yang kurang bijak di antara yang bijak.
Sebab walaupun kita kurang bijak, tapi bila dikelilingi oleh orang yang bijak, setidaknya persekitaran tu akan buatkan kita ada drive untuk belajar. Tapi kalau dah kau masuk kelompok yang taunya nak bergasak, nak memekak, kau bijak pun boleh jadi bangang. Sebab persekitaran malas tu meresap dalam diri. That's why aku tak layan orang-orang yang negatif. Aura negatif takkan bawa kau kemana.

Aku bagitau Redza, syarat aku satu je. Aku nak dia mantain dalam kelas dia skarang. Tu je syarat aku. Sebab aku nak kekalkan persekitaran tu. Kalau kau turun kelas, aku akan tukarkan kau terus ke sekolah tahfiz kat kampung sebelah ni. Bukan sebab tahfiz tak bagus maka dia jadi pilihan kedua. Tapi kalau pelajaran kat sekolah kebangsaan kau takleh carry, aku taknak paksa. Mungkin memang bukan bidang kau. Meh aku masukkan kau sekolah baca Quran. Mana tau sekolah tahfiz ni adelah bidang kau kan.

Beza betul budak skolah dulu dengan budak skolah skarang.
Tu pun dulu cikgu dah kata kitorang jahat.
Jahat sebab apa?
Sebab kau memekak dalam kelas.
Sebab tak buat homework.
Sebab ada pakwe/makwe time skolah.
Sebab pakai seluar skolah bell bottom.
Sebab baju tak butang sampai atas.
Sebab pakai stokin belang merah.
Sebab pakai gelang kaki.

Tu je la tahap jahat budak-budak dulu.
Tapi nama nak tumbuk cikgu, nak calarkan kereta cikgu, NEVER.
Nak bergaduh dalam sekolah pun tak berani sebab apa?
Sebab HORMAT.




posted by aveo757 @ 8:55 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER