2014-06-04

Yakin



Memang menjak kes Cadburry ni keluar, aku dapat a few emails mintak review kes ni.
Tapi baru semalam aku up kat FB status. Ni aku tepek status kat sini, untuk share status aku.
Memang aku sengaja taknak bagi respon sangat dengan kes ni. Keadaan masih ribut, biorlah yang berkenaan settlekan dulu.

Lagipun masa outbreak, aku kat Ho Chi Minh. Bila balik, banyak benda nak kena settlekan, aku jadi lupa kes ni.
Second, ni bukan kes aku. Kes-kes macam ni under Jabatan Kimia.
Third, aku yakin ini cross-contamination, bukan DISENGAJAKAN.
Fourth, isu ni sensitif, dan dalam keadaan ramai yang meloncat-loncat dengan isu ni siap nak cuci darah segala, aku rasa terbantut pulak nak bagi review.
Isu ni bukan boleh terangkan takat surface je, kang orang yang tak berapa faham akan salah tafsir pastu buat assumption lagi dan lagi.
Sebab tu statement JAKIM kena bash, sebab ramai yang tak faham.
Tapi yang bestnya tu, patut kalau tak faham, tanya. Ni lagi tak faham, lagi buat assumption.
Lama-lama jadi kecoh.
Aku pun jadik malas nak ulas.

Cross-contamination ni something yang di luar sedar dan tak disengajakan.
Perasan tak sometimes balik dari kenduri ada orang yang kena cirit-birit, ada yang tak kena.
Tu cross-contamination lah tu. Mana ada orang saje nak campak bacteria culture dalam rendang.
Cross-contamination ni paling common dalam kes-kes food poisoning.
Terjadi bila ada kuman merbahaya termasuk dalam makanan dari makanan lain, dari tangan manusia, dari equipment atau persekitaran.
Kadang-kadang tukang masak tu batuk pun boleh jadi penyebab.
Kita kat rumah pun ambik mudah benda ni. Beli sayur ngan daging kat pasar campurkan dalam satu bakul. Balik rumah cuci ala kadar.
Benda macam ni kita boleh cegah, tapi kalau nak jadi tu tak boleh nak elak.
Sebab tu kalau masuk lab atau tempat yang requires persekitaran yang bersih, mesti kena lalu clean room dulu. Ni kiranya salah satu cara pencegahan.

Cross-contamination dalam kes cokelat ni pun mungkin dapat dari persekitaran, ataupun tools yang digunakan. Macam-macam faktor, tapi yang pastinya bukan sengaja diletak dalam ingredients. Mustahil syarikat yang dah establish nak jerut leher sendiri dengan sengaja bubuh bahan yang ada sumber babi kat dalam tu.

Semalam lepas naikkan status ni, antara mesej yang aku dapat kat FB bertanyakan tentang kenapa cepat sangat JAKIM istihar coklat tu halal sedangkan nak dapat status halal pun ambik masa berminggu-minggu.

Jangan salah faham.
Memohon status halal memang ambik masa yang lebih panjang. Biasa la kan, mula-mula nak mohon of cos ada step yang lebih banyak kita nak kena lalui. Tapi kalau macam kes-kes outbreak, sabit nak re-check kandungan coklat tu ada trace of porcine or not, proses cuma ambik masa 10 jam the most (termasuk analisis lab). Jadi, bila ada keluar statement kat paper semalam kata haram, hari ni kata halal, jangan pulak kita tuduh Jakim kena beli.
Prosedure nak check semula tu kejap je. Yang lama tu adelah proses nak mohon sijil halal.

Lagi satu ada mesej yang tanya if boleh ke percaya dengan statement halal yang keluar dari someone yang non-Muslim.

Aku tak berapa faham apa maksudnya kat sini tapi aku pressume dia maksudkan 'boleh pakai' ke statement/research tentang halal yang dilakukan oleh non-Muslim.

Halal ni bukan saje dari segi ingredients malah preparation (slaughtering etc).
Bab sembelih tu memang kita takleh nak detect dengan analisis lab.
Tak salah aku dulu aku ada terbaca kajian yang membolehkan kita detect cara penyembelihan. Tak sure dah ada ke tak teknologi ni.
Tapi kalau setakat nak test DNA, orang bukan Islam pun boleh buatkan.
Sebab halal bermaksud 0% trace of porcine.
Analisis ni akan dinilai oleh pakar-pakar atau pegawai lain.
As long as tak ada trace of DNA babi kat dalam makanan tu, maknanya boleh dimakan lah tu.
Regardless sape yang buat the test.



Contoh result tu macam gambar ni.
Nampak tak POSITIVE CONTROL?
Positive control tu bermaksud DNA porcine.
Yang segala tok nenek "FEED" tu adelah sample yang nak diuji.
Apabila DNA sample FEED tu berada dalam kedudukan selari dengan DNA porcine, tu bermaksud FEED ada potential bahan dari porcine.
Jadi, takde wujud istilah "mana tau kot-kot sample cekelat tu ada babi tapi researcher bagitau JAKIM yang sample tu takde babi. Saje nak sabotaj".
Tak boleh berlaku macam tu sebab analisis ni buktinya jelas.

Tapi apa-apa pun, terpulang pada kita.
Kalau rasa yakin, makan. Tak yakin, jangan makan.
Kalau aku, aku yakin je as long as cop Halal.
Dah ada orang tolong testkan, apa lagi yang aku nak kan. Aku percaya je lah.