2014-05-19

Nadiah & Aliff


Sabtu Ahad baru-baru ni cousin aku kawen. Jadi, sebagai tukang sibuk, seperti biasa, aku wajiblah sibuk. Patutnya Jumaat aku dah berkampung kat Bangi nak penambahbaikkan gubahan hantaran tapi disebabkan pakwe aku demam, jadi pagi Sabtu baru aku siapkan semua. Nasib baik Sabtu lepas En Wan dah gagah sikit nak berjalan, tu pun aku yang drive ke Bangi sebab kesian dia lemah lagi. Banyak nau telan ubat agaknya sampai sebu badan. Yang si dokter pun satu, dari Jumaat ambik darah sampai hari ni (Isnin) result tak dapat-dapat. Ntah apa-apa. Sampai laki aku dah boleh pi keje la today, result bloood test tak keluar-keluar.



Sabtu lepas, ada wedding reader blog, kebetulan kat Bangi.
Rupanya si pengantin (lelaki) dah invite aku ke wedding dia kat FB tapi almaklumlah aku ni kan bukan calang-calang 'celik' IT-nya. Sampai ke sudah la aku tak tau kau jemput aku kan. Until adik dia invite aku barulah aku tau abang-nya ada jemput aku kat FB.

Ni cakap terus-terang ni, aku kalau bukak FB, benda pertama aku check, timeline aku. Kadang-kadang mesej box pun aku tak check. Kalau boring sangat baru aku check newsfeed. Selain dari tu aku tak reti nak check.


Gambar pengantin takde yang senonoh dalam kamera aku sebab En Wan snap dari jauh, dia segan nak pi dekat. Pastu gegar. Ntah apa-apa jadi gambarnya. Ni aku cilok kat timeline pengantin.


Ni adik pengantin lelaki, tokey sambal itam.


Ada penyanyi tau. Kau ada?
Aku takde. 
Jangankan penyanyi, muzik pun takde.


Mak Aji and the geng, bersama-sama hantaran pihak perempuan.

Cousin aku (pengantin perempuan) dapat ore Kelate.
Nama pun start dengan Wan. Wan Aliff.
Tapi ni Wan Budu la, aku punya Wan Kepok.


The Singaporeans dah sampai Sabtu tengahari. Kesian dorang, penat drive. Muka masing-masing layu je masa time nikah, tapi bila halakan kamera je, mata masing-masing macam spotlite.



Alhamdulillah, sekali lafaz.


Cousin aku, Nadiah.
Dia ni aku rasa baju dia size XXXS kot. Tak dapat nak sewa baju, semua kedai takde size dia. Aku rasa pinggang dia lagi kecik dari pinggang Saloma. Kerengga tengok pinggang dia pun sujud. India yang datang inaikan jari dia malam Jumaat tak berani nak lukis besar-besar sebab jari dia terlampau kecik. Memang ya pun. Apesal kecut sangat badan dia ni aku tak tau la.




Aksi-aksi macam ni memang akan terjadi everytime grup cousin Singapore bergabung dengan cousin kat Malaysia. Kamera masing-masing akan penuh ngan muka-muka yang sama je. Semua macam tak penah jumpa kamera. Pantang hulurkan kamera je, masing-masing pose. Tak kisah la muka kau masuk ke tak, janji pose dulu apa-apa hal. Yang si pengantin ni pun aku heran, padahal ni time jamuan lepas nikah. Mana dia campak laki dia?? Apesal muka dia je ada dalam kamera ni. Laki kau mana?

Lepas nikah, kitorang buat tahlil sikit untuk arwah atuk and nenek. Dah alang-alang semua anak-anak arwah nenek and atuk ada kan, jadi sekali harung. Bukan selalu dapat kumpul semua adik-beradik. Lepas tahlil, dorang semua ke tempat majlis esoknya, nak tengok orang setup pelamin segala. Aku ngan En Wan tak tunggu, kitorang balik sebab laki aku ni dah layu-layu je. Sian dia.



Ni esoknya (Ahad).
Majlis start pukul 11am, kul 10am semua sedara-mara dah mesti ada kat dewan untuk mentekedarah dulu sebelum start bertugas.

Gambar belah kiri tu shawl asal yang aku pakai dari rumah.
Macam tak 'in' je dengan kaler baju kurung so aku suruh En Wan straight pi Ariani Bangi.
Sampai depan pintu Ariani tepat-tepat 10.30am, aku first customer semalam.
Masuk-masuk je terus capai shawl yang aku nak, and masuk fitting room, pakai terus. Melayang RM196.



Sesape yang nak carik catering, aku suggest ini.
Makcik aku ni memang suka dengan catering ni, tak salah aku anak-anak dia yang dulu pun dia ambik catering ni gak.
Ko tengok menu dia, lengkap and sedap. Tak tipu, memang sedap.
Aku dah consider catering ni untuk open house tahun ni, insyallah.
Pakej cuma RM18/pax!!!
Tapi food only la, tak termasuk dewan.




Memandangkan kitorang sampai awal, dapatlah bergamba dengan tenang.
Tak dapat bergamba ngan pengantin takpela, hari-hari aku leh jumpa pengantin tu esok.
Janji bergamba ngan pelamin dulu.
Mak Aji dengan baju baru beliau yang aku tempahkan kat Bandung tu ari dipairkan dengan shawl Fleur Close.
 "Diana, kau bawak tudung-tudung kau yang sesuai dengan baju mama"
Cewah, main order je skarang.



Anak Ima, Jane jadi flower girl.
Baju ni pun aku beli kat Bandung, sekali dengan cekak RM70 je kauu.


Ni pun flower girl gak, tapi spesis yang kembang-kembang sikit.
Flower girl ni tak iring pengantin tapi tukang bagi door gift. 
Ada jugak yang bertugas sebagai tukang  jaga anak.


Pengantin with flower girl and yang baju biru tu kakak Mak Aji, Aunty Salmah.


L-R : Abang Mak Aji, his wife, makcik kepada Mak Aji, mak aku, pengantin, Aunty Salmah, dan mak kepada flower girl.




Kesian pengapit ni, sampai berpeluh dia kena tahan ngan kitorang.
Apa ko ingat senang-senang nak masuk ke dalam? 
Segalanya perlukan duit ya. Takat senyuman mesra aku tak layan.


Nampak tak udang tu?
Aku rasa pengantin cuma jamah setengah ekor je sebab lepas majlis caterer bungkuskan lauk pengantin, aku rasa ada kot dua cekak lidi udang ni kitorang dapat. 
Dah macam makan satey udang.






Honestly kan, everytime aku tengok orang post gamba selfie guna monopod, aku menyampah.
Menyampah sebab nampak batang besi tu. Dah macam orang baru balik memancing. Aku terpikir gak, kat mana cantiknya bergamba dengan nampak batang besi ni??
Bila aku tengok cousin aku ambik gamba pakai monopod takde la pulak nampak batang tu. 
Ke ada cara nak pegang bendalah ni? Bila tak nampak batang tu nampak la cantik sikit. Kalau nampak batang tu macam hmmm....ntah la. Macam tengah menjolok buah rambutan pun ada gak.




Tiga orang ni kepenatan.
Kepenatan bergambar aku rasa.


 L-R : Nabilah, Ima, Ros and Princess Elsa

Lepas Maghrib semalam, kitorang sedara-mara berkkumpul kat Restoran Horizon Bangi. Surprise birthday party untuk Aunty Salmah and wedding anniversary Aunty Siti (adik Mak Aji).


Wedding anniversary ke 30 untuk Aunty Siti aku (yang tengah hirup sup with her husband yang baju kuning)



Alhamdulillah, 50 orang berkumpul semalam for the makan-makan.
Kalau semua balik berkumpul, cecah 100 aku rasa.
Ni la untungnya orang ada anak sampai 13 orang kan. Campur menantu je dah jadi 26.
Belum masuk cucu.
Some cucu macam aku and Ima dah bagi cicit. Mau tak beratus.


Apa-apa hal pun baca doa selamat dulu, lead by Pak Aji.


Happy anniversary Aunty Siti and Uncle Zul (Clifford) :)



Aku lupa apa nama kek ni, tapi makcik-makcik jugak yang buatkan.



Tengok bila anak-anak ambikkan gamba mak bapak.
Cantik. Clear. Sharp.


Tengok bila bapak-bapak ambikkan gamba anak-anak.
Dia main petik je. Tak kisah la kau dah bersedia ke belum, depan kamera ada kepala orang ke tak, janji aku petik. Camnilah jadiknya gamba kitorang.




We had so much fun.
Insyallah, semua akan berkumpul semula bulan Disember nanti.
Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.


p/s : Pembungkusan Ephyra with MP4 dah start siang tadi, esok aku akan email tracking number.