walk on wings, tread in air: Ada kimia <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ada kimia
2014-05-17

Promo Pizza Hut : Italia


Beginilah rupanya dalam kotak


Roti with cheese
Boleh la...


Pizza Italiano ke hape ntah tajuk dia.
Gila tak sedap!!!


Spageti apa ntah nama ni, pun tak sedap


Ni je yang aku boleh telan.

Semalam aku melayankan kehendak Redza nak makan pizza. Sebab bapaknya demam, En Wan pulak tak kasik aku keluar rumah tanpa dia, maka kita home delivery je lah. Redza suruh aku order pizza Italiana. Dia kata pizza baru. Aku pun order.
Bila box sampai, dia taknak makan.
Alasan pizza tak sedap.
Aku pandanggggggg je muka dia.
Yang ko suruh order tu kenapa.
Dia cakap kat iklan kata sedap.
Nama pun iklan, spender goreng kicap pun iklan akan cakap sedap. Aku try telan pizza tu. Cannot go. Toksah kata nak makan, dia punya rupa ngan bau pun dah buat aku rasa mual. Takleh masuk la pizza pelik-pelik macam ni. Mak ngan bibik lagi la taknak makan. Last-last bibik belakang rumah jugak yang untung. Pizza ngan spageti dia dapat. Yang lainnya kitorang makan. Tak sure la tekak korang boleh terima ke tak, tapi kitorang satu rumah takleh terima pizza ni. Merepek punya resepi.



Ok, sambung jawab soklan kedua.

Chemistry dengan En Wan.

Memang persamaan tu takde lansung. Beza dia macam langit ngan bumi.
Tapi keserasian ada.

En Wan anak bongsu. Dia tak penah terima NO sebagai jawapan.
Macamana pun jawapan untuk permintaan dia mesti YES.
Kalaupun jawapannya NO, someone kena tukar the NO kepada YES.
Kalau cannot YES jugak, kau kena sama-sama tanggung NO tu tadi.

Seksa kan?

Contoh masa dia nak tukar keje dari Shin Etsu ke Nitto Denko.
Ya Allah, tetiba aku rasa macam ada anak kecik. Lagi kecik dari Redza.
Biasa la mana-mana tempat baru, walaupun jawatan kita Senior, kita tetap kena attend training. Itu benda biasa. At least untuk aku, benda ni benda yang biasa sebab aku banyak kali tukar keje so aku tau training tu is a must. Buat cukupkan syarat je.

But to En Wan, jawapan dia NO.
Dia tak suka perubahan. Dia jenis suka kepada comfort. Apa yang dia selesa, jangan tukar.
So bila dia kena attend training, baca notes, ambik exam, dia sangat sangat sangat stress.
Baca note sambil nangis. Nak benti keje la, taknak makan (mogok), marah-marah. Tak pepasal aku kena marah. Tido sebelah tersentuh kaki dia pun dia nak sentap mengamuk.

Mula-mula aku biarkan je.
Style aku memang aku akan biarkan dia handle stress sorang-sorang. Bila aku tengok dia dah start nangis (takde la nangis mengongoi tu), barulah aku pujuk. Sebab time ni dia dah dalam keadaan surrender dan pasrah, so lebih senang untuk aku kawal.

Caranya???

Aku kena sama-sama baca notes tu.
Macamkan aku yang nak ambik exam.
Kalau Nitto Denko nak ambik aku  jadi engineer pun boleh kot sebab aku study sama.

En Wan punya peel macam ni la.
Kalau sesuatu yang NO tu aku tak dapat tukarkan jadi YES, aku have to join the NO supaya dia terasa ringan sikit bebanan.
Dan apabila kau sama-sama baca the notes, walaupun kau faham kau kena purak-purak jadi bangang.
Time baca notes tu nanti, aku akan buat-buat tanya "Eh, kalau powder ni macam ni...so maknanya nanti production dia jadik macam tu la kan?"

Padahal aku dah paham dah flow production tu tapi aku buat bangang so that dia akan betulkan aku.
Bila dia betulkan, dia akan rasa diri dia pandai, secara tak lansung confidence level dia naik.
Bila confidence levek naik, dia bersemangat and looking forward untuk pegi keje.
Maka, hidup aku pun lebih tenang.

Dan En Wan tak boleh kalah.
Walaupun main dam aji ngan Redza, nama dia nak bagi chan budak tu menang takde. Mati-mati dia nak menang jugak. Tu yang sampai skarang budak tu malas nak main ngan bapak dia.
Dengan Redza pun takleh kalah, lagikan dengan aku.
Aku memang takkan penah menang pun dengan En Wan.
Dia memang always menang and selalu betul.

Masa nak kena hantar pi Penang baru-baru ni pun sama gak.
Dia stress sampai taknak makan la, taknak pi keje la. Aku naik risau dia down macam tu. Padahal kena hantar pi Penang je, tapi dia punya down tu macamkan kena hantar pi Papua New Guinea. Last-last aku buat perjanjian, weekend aku akan naik Penang, ataupun aku belikan tiket untuk dia balik Subang. Baru la dia sengih sikit.

Kalau buat open house pun macam tu gak.
Semua menu dia decide.
Kau hanya boleh bagi cadangan je. Terpilih atau tak cadangan kau belum tentu.
Tapi yang bestnya pasal En Wan ni, disebabkan dia rasa diri dia semua betul dan hebat, jadi semuanya dia buat sendiri.

Aku tak penah gi pasar sebab dia kata aku tak reti tawar-menawar.
Bagus, silakan...

Aku tak dibenarkan pegi kedai beli barang dapur. Sebab dia kata aku tend beli lebih dari barang-barang yang ada dalam list. Boros.
Fine, silakan. Lagi aku suka.

Aku tak penah bayar bil-bil.
Yang aku tau masukkan duit bahagian aku ke dalam bank dia.
Dia akan settlekan semua bil dan hutang-hutang.

Aku tak penah servies kereta, aku tak tau bila roadtax mati, aku tak reti buat insuran kereta.
Semua dia buatkan sebab dia kan tererrrrrrrr.

Kalau dia bawak keta, kau kena iyekan apa je dia cakap.
Kau tegur la camana pun, kau yang salah. Dia betul.
Walaupun terang-terang speed limit 70, dia tetap bangkang.
"Sape ntah buat speed limit 70. Bodoh betul. Kan jalan lurus ni, apa salahnya 100 pun"

Kalau kat hiway dia tekan sampai 150.
Bila aku sound dia, nanti dia cakap "Kan naik bukit ni, memang la kena tekan minyak"
Memang ada je benda dia nak jawab.

Paling best jawapan dia so far "Kena la bawak laju, kalau bawak pelan nanti orang belakang langgar"
Tak boleh brain aku dengan jawapan ni.

Dah kena saman pun dia nak menjawab jugak.
Still orang lain salah, dia betul.



See?
Padahal dia salah, tapi dia nak menjawab jugak. Nama nak mengalah takde.

Kalau melancong, memula aku dah pilih nak pi Korea.
Nanti masa nak book tu dia tanya "Awak nak pi Korea ke, nak pi Jepun?"
Padahal dia dah dengar dah aku nak pi Korea kan.
Tu maknanya dia yang nak pi Jepun.

Kalau makan pun sama.
Kalau aku cakap nak makan sushi, ok jom keluar.
Nanti dalam kereta dia tanya "Awak nak makan sushi ke, nak makan ayam penyet?"
Ntah bila masa aku nak makan ayam penyet ntah.
Tu maknanya dia la yang nak makan ayam penyet tu.
Maka, aku pun makan lah ayam penyet.

Even kereta aku pun sama.
Padahal yang nak pakai, yang nak bayar tu aku.
Dah berbulan-bulan aku dok usha Accord ngan CRV, last-last bila nak beli dia boleh tanya balik "Nak Accord ke, nak ASX?"
Tak ke jauh nau larinya tu.
Kalau "Nak Accord ke, nak CRV?", tu lain la kan. Satu brand yang sama.
Ni tetiba melencong ke brand lain.
Terus aku macam, hmmmm oklah ASX pun ASX laaaaaaaa.
Aku saje je panjangkan "laaaaaaaaaaa", tanda protes.
Malangnya dia buat dek je.

13 years, aku dah sebati dengan "kekalahan".
Dah tak rasa apa dah. Sometimes aku boleh senyum sorang-sorang memikir tak sangka ada jugak jenis orang macam ni. Nak menang sentiasa.
Tapi kalau dengan bagi menang tu boleh menyebabkan dia rasa semangat, rasa yakin, takpelah. Bagi je lah.

Sama tak sama tu tak penting.
Yang penting serasi.
Kalau semuanya sama pun belum tentu serasi sebab sama-sama nak menang, sama-sama nak betul. Takde sape nak mengalah.
Jadi sometimes, elok juga bila tak sama, mungkin sebab tak sama tu la maka datang serasi.

Macam Pak Aji jenis yang sangat mengaku kalah. Mak Aji always nak menang je.
Aku pelik apesal bapak aku sabar sangat.
Kadang-kadang aku sendiri bingit sebab Mak Aji selalu membebel.
Aku penah tanya ngan Pak Aji "Papa tak rimas ke, Mama hari-hari berleter"
Pak Aji senyum je.

Bila dah kawen, Tuhan anugerahkan aku suami yang susah nak mengalah dengan isteri.
Now baru aku faham kenapa Pak Aji diam.
Bukan sebab kena queen control, tapi Pak Aji pilih untuk happykan Mak Aji.
Kalau berleter tu bagi dia gembira, maka berleterlah dikau sepuasnya.

Itulah kerja Tuhan yang kita tak tau.
Ada sebab kenapa dia pair-kan aku dengan EnWan.
Dulu aku ingatkan ex-bf aku la jodoh aku sebab orang kata muka aku ngan dia lebih kurang sama.
Perangai pun lebih kurang, macam satu kepala je aku ngan dia.
Ujung-ujung....

Aku anak sulong yang dah biasa mengalah dengan adik-adik.
Now bila kena mengaku kalah dengan En Wan, aku dah tak kisah.
Kalah pun dengan suami sendiri. Apa yang rugi pun.



posted by aveo757 @ 7:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER