2014-05-16

Bebel



Aku rasa ramai gak yang akan hadapi benda yang sama, paling tak pun adik aku, Ibal.
Hari tu dia datang rumah aku dia dah cakap "Mama suruh aku duduk Bangi je lepas kawen nanti, camne eh?"

"Pandai-pandai kau laaaa"

Mak Aji ni memang jenis cerewet and kuat membebel.
Takde geng nak bergaduh pun jadik.
Ddia sorang-sorang kat dapur marahkan kucing masuk rumah pun boleh membebel sampai setengah jam. So, benda tu dah jadi satu kebiasaan. Aku takde rasa apa dah.

Pantang-larang Mak Aji tu memang banyak la, tapi benda tu dah jadi benda biasa kot.
Cuma kepantangan Mak Aji ni banyak sangat.
Pantang lepas masak tak mop dapur.
Pantang bangun pagi tak bukak tingkap.
Pantang masuk rumah selipar tak susun.
Pantang baju tak berlipat lebih dari sehari dalam bakul.
Pantang baju tak bersusun lepas lipat.
Pantang baju masih kat ampaian pukul 6pm.
Pantang plastik main peruk-peruk je dalam laci.
Pantang simpan sokabar lama lebih dari dua jengkal.
Banyak nau!

Paling dia pantang, bangun lambat.

Aku tak penah rasa bermalas-malasan di pagi Sabtu dan Ahad, hanya selepas kawen baru aku rasa nikmat membuta sehingga ke pukul 10 pagi.

Weekdays dah tentu kena bangun pagi sebab nak pi keje.
Weekend kena bangun awal gak sebab Mak Aji akan ke pasar. Sebelum pukul 10am dia dah balik. Kalau dia balik kau masih lagi terkangkang atas katil memang rabak la muka kau kena sepak.
Bangun bukan setakat bangun je ya.
Bangun kena kemas satu rumah.
By the time dia balik pasar je, laman kena sapu, longkang depan kena cuci, baju dah sidai, and rumah dah siap mop. Yang penting TV jangan panas! Ini paling penting. Kalau tv tu panas, memang panas la telinga kau sampai ke malam.

Tapi yang tu kira sap sap soi aku boeh buat sebab dari darjah 2 lagi dah di-trained mcam tu.

Aku tak memberontak sebab aku memang jenis malas layan punya orang.
Sebab tu kalau reader tanya aku petua macamana nak buat dek dengan haters, aku memang takde petua. Memang aku jenis hati kering. Selalunya aku boleh absorb benda-benda simple macam ni. Mak aku membebel ke, balun ke, aku diam je. Balun la puas-puas janji kau puas hati dapat lepaskan marah.

Selain dari membebel, Mak Aji ni hobinya suka mencabar.

Dulu time kecik kitorang cakap "Ma, rumah kita takde makanan la nak kunyah-kunyah. Balik-balik ratah milo"

"Ok, aku nak tengok rumah kau esok apa aje yang ada. Jangan nanti aku datang rumah, kau takde benda nak kasik aku makan!"

Cabaran namanya tu.

Now dia datang rumah bukak fridge aku "Apesal penuh sangat fridge kau ni segala eksrim, coklat, kek...sape yang makan ni?"

Ntah la.
Saka aku agaknya yang makan.

Bila aku cakap aku taknak keje dengan government, nak keje ngan swasta, dia cabar "Ok, aku nak tengok kau boleh tahan ke tak keje ngan swasta. Balik jauh-jauh malam, kena keje Sabtu Ahad, keje luar kawasan. Kau tu dah la lembik. Kejap-kejap pitam kejap-kejap pitam"

Exaggerate kadang-kadang mak aku ni.
Dia suka menakut-nakutkan aku seolah-olah keje swasta tu satu penderaan.
Tapi aku tau dalam pada dia menakut-nakutkan aku tu dia tetap doakan aku.
Alhamdulillah aku rasa aku pilih jalan yang betul, insyallah.

Aku duduk dengan Mak Aji cuma 3 bulan je lepas kawen.
Tu pun bercinta aku nak bagitau aku nak pindah.
Punya la tunggu tunggu tunggu, last-last hari nak pindah tu baru aku bagitau "Ma, kitorang nak pindah tau hari ni. Petang kang lori datang"

"Huh?? Nak pindah?? Eh boleh ke korang ni duduk sendiri. Ko ingat duit korang cukup eh nak duduk kat Subang Jaya tu? Jangan nanti sampai tak makan. Nak sangat duduk sendiri kan. Duduklah, mama nak tengok camana korang nak buat"

Oh biso bonar wehhh.
Dia sound direct. Bukan takat aku, dengan En Wan sekali dia tembak.

Aku terpaksa la buat camtu sebab kalau aku bagitau siang-siang aku nak pindah konfem sampai skarang aku jadi warga Bangi lagi. Mak Aji memang kalau boleh taknak kitorang pindah. Dia macam rasa menantu dia akan aniaya anak dia kot.

Tapi aku pindah bukak sebab stress dengan Mak Aji pun.
Aku lagi suka duduk Bangi, dah sah-sah aku duduk dari situ dari kecik sampai ke tua. Apa ada hal kan. Cuma, aku kesian kat En Wan. Jauh tu dia nak drive hari-hari from Bangi ke Shah Alam. Kadang-kadang kul 7pm baru sampai rumah. Tu cara-cara keluar tepat 530pm. Takkan hari-hari dia nak balik tepat-tepat 530pm kot. Ada kalanya dia kena stay back. Tu belum lagi tengah-tengah malam mesin rosak, tak pasal kena patah balik opis.

Mak Aji ada dalam pada kuat membebel tu, dia tak kacau life rumahtangga kitorang.
Kau nak tengok midnite movie?
Kau nak balik kul 3 pagi?
Kau tak nak balik-balik?
Sukati. Asalkan laki kau jaga.
Cuma kita la yang rasa tak best nak buat macam tu.
Sebab kiri kanan rumah Mak Aji ni jiran-jiran yang sebaya dia. Biasa la kan kaklau berjiran dengan jiran yang pangkat mak bapak ni. Perangai dia pun macam mak bapak mak bapak jugak la. Walaupun dia memahami, tapi takkan kau nak galak sangat keluar pagi balik pagi.

Lagipun, bila dah ada family sendiri ni, kita nak gak merasa ajak kawan datang rumah, ajak mak mertua kakak ipar datang makan-makan. Dorang pun segan nak datang sebab tau itu rumah mak bapak kita. Mak Aji ni pulak peramahnya bukan calang-calang. Yang datang rumah tu kawan-kawan aku tapi ujung-ujung dia yang conquer perbualan. Nak-nak lagi kalau mak bapak kau keje UKM. Tetiba je tajuk perbualan dah jadi kisah dorang muda remaja dulu. Letih aku weh. Aku nak masuk tajuk aku tak masuk-masuk. Balik-balik dia je.

Marah kat Mak Aji?
Marah takde. Tapi kecik ati ada.
Terasa macam dia tak percaya kemampuan kita.
Tapi aku tak salahkan Mak Aji.
Dia mak. Dia tau kuat lemah kita kat mana.
Selagi mak tu merasa dia boleh melindungi, selagi tu lah dia rasa anak-anak dia takkan berdaya nak harungi cabaran. Kalau boleh segala benda dia nak kawal.
Sebab tu orang kata mak kuat membebel tanda dia sayang.
Dia takut kita tak mampu nak berdepan dengan rasa susah. 

Tapi tu la, tiap benda yang jadi tu mesti ada hikmah.
Disebabkan perangai Mak Aji yang cerewet, yang suka mencabar, sebenarnya banyak bantu kat mana aku berada skarang. Kalau dia jenis yang tak mencabar mungkin jugak aku tak berganjak.
Aku rasa aku jenis memberontak dalam diam.
Kau cabar aku, fine.
Kau tunggu, sikit hari lagi aku tunjuk.
Something like that la perangai aku.

Tapi Mak Aji ni dia kalau membebel kat aku, takde la sampai nak drag ke tempat-tempat lain.
Ada sorang kawan aku tu dia bagitau dia cukup takut kalau time mak dia membebel sekali ada call masuk untuk dia. Pernah sekali tu boifren dia call, time tu mak dia tengah membebel. Mak dia angkat call "Ha? Nak cakap dengan Nurul? Nurul tengah berak. Call balik"

Kalau Mak Aji buat camni, memang aku kurung diri dalam jamban sampai besok.
Nak sangat suruh aku berak kan. 

Cuma tu je la, Mak Aji ni pitch dia tinggi.
Padahal dia cuma tegur je, tapi suara dia mak oiiii, macam petir.
Satu row tu kenal la adik-beradik aku.

Asal datang rumah je, mesti ada yang tanya "Ni siapa"

"Diana"

"Ohhh, yang ni la Diana.."

Sebab mak aku kuat menjerit.
Jadi satu row tau nama aku dah. Tinggal nak kenal mana satu orangnya je.

Mau tak kenal.
"Dianaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hujan. Angkat baju!"
6 harakat.

Kalau Ibal lagi panjang harakat dia.

Tu belum lagi kalau aku mandi lama sikit.

Dang! Dang! Dang!

"Hey ni apa yang lama sangat mandi ni? Apa yang kau buat kat dalam tu? Kira bulu?"

Kalau belakang rumah aku dulu rumah orang bujang dah lama brader tu pindah. Tak sanggup dia tercemar dengan kata-kata yang menguji keimanan.

Soklan kedua, kendian hari ya.