walk on wings, tread in air: Ski <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ski
2014-04-03

Lepas dinner, kitorang ke Hard Rock Tokyo Ueno-Eki.
Mudah sangat nak pegi sebab HR ni located kat train station Ueno-Eki. 
Sambil tunggu train, sambil shopping perabiskan duit.
Kalau nama Hard Rock ni memang syurga En Wan la. Dia memang pengumpul baju and sweater Hard Rock. Aku, no no no. Tak minat.


Nampak yang aku bulatkan tu?
Tu namanya panglima terselit.
Dah siap-siap ambik jacket yang dia berkenan.
Bapak pegang jacket dia pun sama naik nak jugak.


Beli dan terus pakai.


Pak Aji sambar hat seketul.
Dah macam Inspector Gadjet.
Tapi aku paham sangat bapak aku ni, dia beli hat tu bukan untuk dia pakai pun. Sebenarnya nak belikan untuk anak bujang dia tapi dia rasmikan la barang sejam dua. Buat syarat.


Kali ni cukup payah nak ambik gamba seklorga.
Mesti tak cukup korum.
Ada je la yang 'busy' buat hal lain, contohnya si seluar kuning tu.
Dah elok-elok aku susun semorang, time aku nak snap tu la dia nak pi check pintu kedai.


Masa ni dah nak pukul 10pm, tapi station masih ramai lagi ngan orang baru balik keje. Cara-cara malam pun station masih full, apetah lagi kalau balik on time 5.30pm. Memang berlaga-laga tetek dalam train. Rakyat Jepun memang workaholic kan? Keje sampai tak ingat nak balik rumah.
Aku heran dorang ni balik rumah takyah masak, takyah basuh baju, takyah kemas rumah ke?


Sebab tu la dorang mampu tido macam ni sekali dalam train.
Menyenget sampai nak menyembah bumi pun masih boleh nyenyak lagi. Tak paham aku. Rare.


Sampai kat train station near hotel, Mak Aji and Pak Aji taknak join kitorang dah. Dorang nak naik bilik. Dah tak larat ikut kitorang jalan. Aku empat beranak sambung jalan. Kalau ikutkan badan, memang aku nak terlentang je tepi jalan. Letih sangat dah, tapi En Wan asik la bacakan mantera dia "Habis beribu datang Jepun tapi nak tido, RUGI!".
 "Habis beribu datang Jepun tapi nak tido, RUGI!"
"Habis beribu datang Jepun tapi nak tido, RUGI!"
Berbekalkan mantera ni, aku gagahkan jugak kaki sambil menyumpah-nyumpah dalam hati.



Tokyo Dome ataupun dipanggil Tokyo Big Egg :)
Tokyo Dome ni baseball stadium.


Lepak lobby jap sementara tunggu En Wan gi kedai beli mineral water and nasik instant.
Padahal dah makan tandoori kat Raj Mahal tadi tapi kitorang lapar balik.
Aku rasa, aku and En Wan ada 'chemistry' dalam bab-bab mentekedarah. Dia memang layankan je kehendak aku kalau tengah-tengah malam aku nak makan. Dia pun jemaah makan sekali. Dan dia tak  penah cakap aku gemuk.
*berani nak cakap aku gemuk????*




Bila anak-anak dah tido, kitorang pekena nasik instant with sambal ikan bilis and telor masin sambil hirup teh o ais, layan TV. Sekali ada gameshow melibatkan kumpulan SMAP la pulakkkk. Meloncat la pakwe aku ni nampak Kimutaku dia (yang kaler merah). SMAP ni kalau kat Malaysia, boleh diibaratkan KRU la. Living legend gitu.

En Wan memang minat dengan Kimutaku, dia kata macho. Tang mana yang macho aku tak tau sebab aku tak minat. Dek kerana minat melampau la dia guna nick KIMUTAKU dalam chatroom ALAMAK dulu. 

Aku tanya En Wan, Kimutaku dah kawen ke blom?
Dia cakap dah. Tapi dia lupa apa nama bini Kimutaku ni.
Aku pun gugel. Bini dia nama Shizuka Kudo.



Bila aku tenung muka perempuan ni eh macam penah nampak.
Tahun 1990-1991 dulu, aku ada layan satu Japanese drama. Sampai malas nak pegi tusyen sebab nak tunggu drama ni. Hero dia hensem. Time tu aku rasa hero tu dah abis hensem dah. Disebabkan cerita tu best, sampai sekarang aku ingat lagi muka semua pelakon. Jadi, bila aku nampak gamba Shizuka ni, aku syak dia ni salah sorang pelakon drama tu.

Maka, bermulalah aktiviti penyiasatan.
Godek sana sini...jumpa!!!!


Sape penah tengok citer ni ketuk meja!
Tapi heroin dia bukan bini Kimutaku. Hero juga bukan Kimutaku. Bini Kimutaku berlakon jadi awek yang di-reject oleh si hero sebab heroin drama ni lagi cantik.



Gigih aku carik drama ni. Jumpa pun.
Ni episod akhir. Episod akhir ni aku ada rekod zaman-zaman video tape dulu.
Sampai putus tape tu aku kejekan asik rewind play rewind play episod akhir.

Malam ni adelah malam last kitorang kat Tokyo sebab esoknya kitorang gerak ke Osaka pulak.
3 malam kat Tokyo memang tak sempat nak pegi semua tempat. Ambik yang dignificant je. Ni pun aku rasa macam dah padat. Kalau ikut En Wan punya itinerary, dia nak bawak aku pi Ginza, pi Tokyo tower, etc.Takyah la...len kali.



Esoknya, pagi-pagi dah bangun.
Before ke Osaka, kitorang ada satu lagi tempat nak pegi.
Ni pun bukan agenda asal. Ni agenda dalam KIV.
En Wan suruh aku pilih samada nak round-round Tokyo lagi esoknya atau nak main ski.
La haiiii...apake senang sangat option ni?? Of cos la aku pilih skiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

So the next morning, kitorang ke Gala Yuzawa.
Gala Yuzawa ni everyone's dream destination. Kalau korang datang Tokyo, usahakan sampai ke Gala Yuzawa. Could be a chance in a life time.
Lagipun nak main ski ni kan ikut musim. Time sejuk je ada. Kalau ada peluang pegi, pegilah sini.
200km dari Tokyo. Jauh. Sejam naik shinkansen. Kalau naik bas atau train biasa, maybe ambik masa yang lagi lama.
Tapi lagi senang ko naik shinkansen sebab Gala Yuzawa ni ada bullet train station dia sendiri.
Keluar-keluar je shinkansen terus sampai tempat dia.


Disebabkan perjalanan shinkansen ambik masa sejam, aku ambik peluang tido dalam train.
Ngantuk okeh, orang lain baru nak bangun gi keje, aku dah ada dalam train.
Tengah sesedap membuta, En Wan kejut "Di..Di..tengok tu apa".

Wahhhhhhhhhh saljiiiii. Jakunnya sayaaaaaa.


Kau boleh pilih samada nak main ski atau nak main snow je.
Jadi rental dia bergantung kepada berapa banyak ski, sled, poles, boots yang kau nak.
Macam aku ambik 2 set ski je, pastu sled set 2, the rest baju seluar and kasut.



Kat sini ramai pelancong omputih.
Ada gak la jumpa 3 keluarga from Indonesia.


Ok part ni aku bengang ngan En Wan.
Dia cakap dia ngan Redza je naik cable car sampai puncak sebab dorang je yang nak main ski. Aku and the rest kat bawah je main-main snow and ambik-ambik gamba. Ok, great. Lega. Aku pun dengan riangnya dan excited nak main salji.
Rupanya aku dikencingkan hidup-hidup!!
Siap boleh gelakkan aku beria-ia. No such thing as "main-main salji kat bawah".
Semua pun kena naik cable car sampai puncak. Tempat main memang kat atas nun.
Seb baikkkkkkkkkkkkkk mak bapak aku ada sekali dalam cable car tu. Aku hanya mampu beristighfar je. Kalau makpak aku takde.....siaplah!! Aku terbalikkan cable car tu.




View dari atas cable car


Budak yang paling happy.
Semua pun happy.


.....kecuali sorang makhluk menangis.
Siap berpaut kat tingkap lagi. Macam la kalau bendalah ni jatuh kau tertinggal kat atas kan.

 Series cakap, aku memang takut pada ketinggian yang bergerak-gerak.
Kalau nak tinggi, biar tinggi saja. Kalau nak bergerak, biar bergerak saje.
Ko jangan nak tinggi sambil bergerak. Aku boleh bertukar jadi beruk nanti.


Sorang tengah peace-peace. Lagi sorang tengah mengaji ketakutan.
Dari bawah sampai ke puncak habis 30 round ayat Qursi aku baca. 
Kalau terjatuh pun dah beriman sangat ni. 
Tetiba boleh la pulak kat tengah-tengah tu si cable car ni nak benti kejap. Gurau kasar betul.


Terik tapi sejuk.
Ramai dah rupanya kat atas ni.
Tapi tempat ni memang besar dan ada macam-macam jenis slope, jadi tak crowded.


Redza paling enjoy.
Mula-mula bapak dia ajar cara nak main ski, pastu kitorang lepaskan je dia main sorang-sorang.
Berpuluh kali jugak dia tergolek. Licin kot.
Tapi takpe, nama pun budak baru blaja. Jatuh takde hal. Anak jantan.


Redza dari jauh.


Hmm...apa aku nak buat ni.


Macam takde orang main je ni.
Macam boleh try je ni.


Macamana nak guna ni?
Letak kaki kat mana eh?


Alah, tak reti la pulak.
Pijak je la.


Janji gaya mau ada.


Di tempat yang sama, dua zaman berbeza.
Dah makin luas dahi laki aku nampaknya.



Membazir je aku sewa jaket.
Tak pakai pun. Sebab jaket aku ni pun dah cukup tebal.



Memandangkan aku tak main ski, jadi aku layak bawak bendalah ni je la dok mengusung Rayyan ke sana sini. Nasib baik dia tak boring. Tapi aku yang sakit pinggang sebab tali dia singkat sangat.


Walaupun atas tu sejuk, tapi tetap ada kedai eksrim kat atas.
Kesian dia penat-penat bukak kedai. Kang tak beli kecik ati pulak.
Maka terpaksa la kitorang beli.


Marion Crepe namanya.
Lahzatsssss.


Percaya atau tak, panglima ni boleh tido kat atas.
Dengan tangan tak pakai glove. Selamba nyenyak.


Kitorang ada kat Gala Yuzawa sampai pukul 2pm.
Shinkansen nak balik ke Tokyo ada lagi 40 minit nak sampai, so kitorang decide solat dulu. Tapi nak solat kat mana?? Ingat orang jepun ni nak allow ke kita solat kat ski resort ni? Dah la kawasan tu ramai foreigners, lagi la dorang nak jaga imej. Pikir punya pikir, ok, solat kat bilik persalinan.
Kat kawasan locker, ada bilik persalinan tapi tak ramai yang salin kat dalam tu sebab dorang semua salin je kat depan-depan locker tu, apa ada hal kan. Tapi jangan kunci bilik persalinan tu. Mana la tau kot ada orang tetiba nak guna. En Wan tak kasik aku solat pakai telekung, nasib aku bawak stokin. Bukan apa, kawasan ni kawasan pelancongan. Kita kena hormat tempat dia jugak. Mana nak tau kot-kot cara kita yang berselubung dengan telekung tu timbulkan rasa tak sedap hati pada pihak pengurusan and pelancong.

Alhamdulillah, takde orang lansung masuk bilik persalinan time aku solat.
En Wan and Pak Aji solat kat bilik persalinan lelaki, pun sama. Takde orang masuk time dorang solat.
Kitorang kena jugak solat kat Gala Yuzawa sebab lepas sampai Tokyo nanti, nak terus checkout dari hotel and zasssssssssss ke Osaka. Takut tak sempat sebab perjalanan ke Osaka ambik masa 3 jam naik shinkansen. Kalau sesape plan nak datang sini, boleh solat dalam bilik persalinan je.


 Kali ni ke Osaka, naik shinkansen 2 tingkat :)


 Tengah aku mamai-mamai dalam train, En Wan kejutkan aku.
Macam cemas je "Bak henfon! bak henfon!"
Rupanya nak snap Mount Fuji. La haiiii, aku ingat apa la.
Padahal dah banyak gamba dia kat Mount Fuji time blaja dulu.


 Study tak kira tempat dan waktu.
 

 Sampai kat station Shinsaibashi.
Lalu depan kedai Takoyaki, WAJIB benti beli.
En Wan kata Osaka terkenal dengan Takoyaki.
Selama ni makan Takoyaki kat Malaysia, ni dah sampai Osaka takkan taknak makan Takoyaki di Osaka lak kan. Harusssssss.
 




 Takoyaki kat sini lagi besar and sotong dia pun besar-besar.
Pueh ati. 



Kat Osaka kitorang stay kat Nikko Hotel.
Yang bestnya Nikko Hotel ni, hotel dia di atas mall. Pastu station Shinsaibashi tu kat bawah mall. Jadi senang lah sangat-sangatnya!
Rate mahal sikit dari Niwa, tapi takpelah, janji selesa.

Nikko Hotel memang terkenal dengan Japanese food dia. Even nak makan Japanese food yang sedap di KL, memang Hotel Nikko KL la tempatnya. So kitorang memang plan kat Nikko Osaka ni nak pekena Japanese buffet for breakfast untuk kesemua 3 hari. Lagipun makanan Jepun kan ada nasik. I is Jawa okeh. Jawa mesti nak kena ada nasik, kalau tak kebulur menggigil I nanti.


 Bilik kitorang 1416. Mak Aji punya bilik jauh sikit. 
Kang kalau sebelah-menyebelah dia dengar lak aku dera cucu dia.


 
 Room
Yang penting mangkuk jamban tetap ada seat warmer. 


 Letak je beg, semua bertumpu kat Takoyaki.

 
 12 bijik.
Redza alone makan 6 bijik. Aku dapat sebijik je.
Konon beli sampai 12 bijik nak bagi Mak Aji ngan Pak Aji rasa sekali. Tak dapekkk.
 

 Rajin En Wan.
Lepas makan je, dia asingkan baju-baju kotor angkut pi carik tempat dobi. Ntah mana la tempat dia dobi aku tak tau, pandai-pandai dia la. Aku nak teman dia tak kasik. Dia kata nanti aku bising kalau kena tunggu lama. Bagus, dah semakin memahami perangai bini nampaknya.


 
 Esok breakfast Japanese buffet.
Ni ruang makan untuk makanan Jepun.
Tapi sebab kitorang ramai, jadi dia bagi bilik khas.
 


 
 Bilik ni kitorang seklorga je makan.
Bagus jugak takyah campur orang lain sebab kau tengok la panglima aku tu kan. 
Dia dah bukak bunga silat dah.
 





 Aku punya tray.
Yum yum yummmmmm.
Ikan tu kalau ada sambal kicap pehhhhhh, konfem terangkat.


 En Wan punya tray.

Yang kesian Pak Aji and Mak Aji.
Dorang tak berapa boleh telan sangat makanan Jepun, jadi dorang ambik nasik je pastu makan ngan sambal ikan bilis. Seb baik menantu perihatin, dia dah syak mesti makpak mertua dia tak reti makan Japanese food, lantas dia menapau sikit sambal ikan bilis siap-siap.


 Sesape yang gila shopping, aku suggest duduk la kat Hotel Nikko Osaka ni.
See?? Betapa indahnya pemandangan depan meja makan aku ni - Fendi, LV, Tiffany, Cartier, hujung belah sana ada Dior. Betul-betul depan entrance Nikko ni, ada Daimaru. Kat Daimaru tu segala bapak branded labels semua ada. Shopping la korang sampai lebam.



posted by aveo757 @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER