walk on wings, tread in air: Game <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Game
2014-04-24

Entry semalam buatkan aku dapat a few email dari reader yang keje kerajaan.
Semua cakap "tak sangka Kak Di dulu keje government".
Aku laaaaaaaagi tak sangka okeh.

Dah lama aku tinggalkan keje government ni, tak sure if situasi dia masih sama atau tak.
Tapi melalui pemerhatian aku kalau aku ada keje kat agensi kerajaan, kebanyakkannya masih sama - sopan, wanita mostly bertudung, kalau lelaki tu smart-smart je. Maybe sebab dress code.

Aku tak fully bertudung masa keje ngan MOSTI.
Gi keje pakai, tak keje tak pakai.
Dulu, aku ingat bila ko join government, ko kena pakai tudung sebab payah aku nak tengok orang yang keje kerajaan tak bertudung, maka tudung bawal Mak Aji la yang aku rembat everyday nak pi opis.
Bukan takat shawlnya, dengan baju-bajunya sekali aku belasah.
Walaupun waktu ni berat aku cuma 40-41kg, aku pedulik apa pakai baju rebeh bahu. Janji baju kurung aku pi opis silih berganti. Sorang tak tau aku rembat baju-baju Mak Aji. Semua ingat aku muslimah sejati pakai baju pun yang labuh-labuh longgar longgar, padahallll.


Kemain runcing lagi muka ai.

Masa ni MOSTI masih lagi di Sime Darby Jalan Raja Laut.
Nilah cubicle aku, yang dishare dengan Zana, partner in crime kat MOSTI. 
Kecik je meja aku, beg tangan pun cinonet je, sumbat celah ketiak pun boleh.
Skarang, sebesar-besar meja kat opis pun masih lagi boleh terbarai dokumen aku ke lantai.


Amekawwww.
Tudung bawal labuh tutup sampai ke pusat okehhh. Jangan main-main.


Alhamdulillah la, walaupun masa ni gaji cuma RM1400, lepas tolak gitu gini, dapat la kot RM1200, disebabkan aku duduk ngan family, sikit sebanyak dapat la jimat. Dapat simpan untuk kawen tahun depannya. Mana tak jimat kan, duit sewa tak bayar, baju tak penah beli, rembat je baju mak aku. Tudung pun tak payah, lemari mak aku banyak tudung, macam-macam kaler ada. Brooch pun belasah je Mak Aji punya. Dengan lipstik dia sekali aku rembat. Pehh, bergaya gila aku pi opis. Semua barang pinjam. Aku nak masuk keje ni cuma keluar modal beli henbeg ngan kasut pengawas. Henbeg pun beli kat kiosk je. Kasut semestinya Bata la. Sampai skarang aku dok lenjan kasut pengawas Bata lagi. Apa adehalll.

Cuma duit abis kat komuter ngan LRT je la. Tapi tak banyak mana pun. Boleh lagi. Tima kasih sebab dulu takde online shopping. Selamatttt. Jadi adik-adik di luar sana, kalau gaji sikit, jangan risau. Mesti cukup punya. Camne nak kasik cukup, itu sendiri mau pikir, okeh?



Tadi adik aku hantaq gamba ni.
Mengundang memori sungguh. Tapi rasanya 80s lagi mainan ni dah ada sebab aku dok main ni zaman skolah rendah lagi. Kalau la ada orang cipta mainan ni secara online, nak sangat aku main lagi. Baru best kan, main ramai-ramai. Mau mengagau masing-masing nak carik nama negara huruf Q.

Standard kalau main ni wajib ada : Nama, Negeri/Negara, Buah, Benda...tang binatang aku tak perasan pulak ada. Itu pun dah cukup susah dah rasa nak dapat fullmarks. Maklumlah, main time skolah rendah, banyak mana sangat la perkataan yang kau tau kan. Kalau main dengan set-set poyo siap suruh letak nama kereta, nama artis bagai. Pastu masing-masing main bedal bubuh nama artis omputih. Ntah ye ada ntah tak. Siapalis perangai sekor-sekor. Orang lain bawak keluar nama artis omputih sikit punya gempak, aku balik-balik kalau H tu tak Herman Tino, Hazlina Kamsan. Itu je la tahap aku.

Kalau B pulak semua balik-balik Beetles. Punyala nak bubuh nama omputih gak.
Aku mesti menang punya sebab modal aku kalau nama artis huruf B ni mesti tak lain tak bukan - Ben Nathan. Sape kenal Ben Nathan? Pak Aji siap beli kaset dia lagi okeh. Kitorang adik-beradik sampai skarang hafal lagi lagu-lagu Ben ni. Asal balik Tampin je, kalau tak kaset Francisca Peter, mesti bapak aku pasang Ben Nathan.



Ni amik ni aku up lagu Ben Nathan seketul.


Kalau kena huruf E memang gelabah.
Sebab tang Buah, semua mesti letak Epal. Takde chan nak dapat 20 markah.
Pastu tang negara, kalau tak England, mesti Egypt. Tapi aku selalu dapat 20 markah kat negara ni sebab aku akan letak El-Selvador. Semua macam fuiyooooooo...tererrr. Padahal sampai skang aku tak tau El-Salvador tu celah mana.

Main tembak-tembak guna buku tulis matematik tu pun dah takde orang buat. Suka aku main tembak tu. Boleh latih kita meng'aim'. Kalau aim aku mengena kat 'musuh' memang baekkkk punya aku tenyeh. Kadang-kadang sampai tembus buku hamba Allah tu. 
Pensil 2B wajib!! Tak main la pensil HB.

Rindu la game-game menguji minda macam ni.
Sekarang pun ada, tapi semua kena ngadap henfon. Paperless kata omputih.
Tapi tak thrill la sebab tak koyak buku.
Game dulu-dulu semua kena pakai kertas - baik join titik-titik, baik SOS, baik Bingo, semua pakai kertas. Mana tak nipis buku latihan aku. 

Mak Aji : Apesal buku kau nipis ni?? Kau koyakkan eh?? Buat main kan?

Aku : *angguk* (jujur sangat lak tu pi angguk)

PAPPPP!
Satu kali jentik kat dahi.
Terus jadi blur sampai skarang.



PROMO EPHYRA RM180 + MP3
posted by aveo757 @ 11:24 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER