2014-04-27

Garang



Rasanya yang follow blog ni dari awal dah boleh bajet kot sape yang lagi garang.
Pak Aji tak pernah garang. Jarang marah. Seingat aku, 2 kali aku penah nampak Pak Aji rasukan ablasa. Satu ngan Ima, satu ngan Ibal. Tapi ni semua time kecik-kecik dulu la.
Dua ekor tu memang kaki protes. Memang kau mendapat la kan.
Yang pastinya, orang yang jarang marah ni kalau sekali dia marah memang sangattttttttttttttttt menakutkan. Sampai skarang aku ingat lagi camana Pak Aji balun Ima ngan Ibal kaw-kaw. Aku yang tak kena tibai ni pun boleh ingat, apetah lagi yang kena sesah tu. Kalau tak ingat jugak memang sengaja la.

Aku tak penah kena pukul ngan Pak Aji, tak penah kena marah ngan Pak Aji.
Tapi, kalau Pak Aji slow talk ngan aku, mesti aku takut. Tak tau kenapa.

Mak Aji jangan cakap la.
Kalau dia tak marah kitorang sehari tak sah. 
Satu deret rumah tu tau dia garang. Sebab balik-balik suara dia je yang menjerit. Jiran-jiran Mak Aji semua jenis anak ramai, tapi aku tak penah dengar mak dorang terpekik marahkan anak. Padahal anak dorang nakal-nakal gak aku tengok. Samada mak dorang bangsa yang redha anak nak buat apa pun, ataupun Mak Aji ni suara dia memang high pitch.

Mak Aji ni tak garang pun sebenarnya, tapi dia fussy.
Disebabkan dia fussy maka semua benda selalu tak kena di mata dia kat dalam rumah tu.
Bila ada je yang tak kena dek mata, kat situlah start dia punya bingit. Secara tak lansung nampak macam dia garang, padahal tak garang pun. Bising je. Tapi berdesing la telinga kau.



Contohnya macam gamba ni la.
Kalau kitorang mengangkang depan TV, time tu nanti dia perli dari dapur "Dalam rumah ni sorang takleh harap!". Tu ayat standard Mak Aji.

Tapi kang kalau kita tolong , "Haish, korang ni buat keje macam orang takde tulang. Lembik! Dah keluar..keluar keluar... Takleh harap. Biar aku je buat keje. Lama-lama sok aku yang mati kat dapur ni."

Hek eleh.
Masak pun sampai nak mati-mati segala. Tak paham aku. Hahahha.

Dulu, rutin kitorang adik-beradik memang dah ditetapkan.
Mak Aji jenis satu kali cakap je. Dia takde cakap 2 kali.
Kalau dah masuk 2 kali cakap tu, dia pun percakapan akan datang sekali dengan pakej pelempang.
Contoh kalau dia cakap "Sebelum tido malam, buang sampah".
Sekali je ya.
Kalau next time dia bangun pagi tengok kat dapur sampah malam tadi tak berbuang lagi, kau siapla.
"Berapa kali nak dicakapkan, sebelom tido buang sampah. Seblom tido sampah. Tak paham-paham!" PANGGGGGGGGGG!! satu kali pelempang sampai.

Pak Aji lebih kepada pendekatan menegur.
Mak Aji lebih banyak gunakan tangan.
Aku tak takut kena belasah ngan Mak Aji sebenarnya. Sebab aku tau aku jarang buat salah.
Semua yang dia suruh aku buat.
Cuma aku takut bila apa yang dia nak tu tak meet her expectations.
Sebab Mak Aji gila punya fussy. Stress aku.
Disebabkan Mak Aji cerewet, so aku dah berjanji kalau aku ada family sok, aku taknak fussy. Sebab aku tau betapa stressnya deal ngan orang fussy.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, boleh la pulak aku kawen ngan orang yang jauh lebih fussy dari Mak Aji.
Ya ampunnnnnnnn.
En Wan ni kalau kau alihkan jam tangan dia atas meja sebab nak lap the meja, dia boleh spot, sape pegang jam dia tadi sebab kedudukan jam tu dah jadi lain. Aku takleh brain ada jugak orang pesen camni. Jadi laki aku lak tu!

Seb baik la Mak Aji ni duduk kat Malaysia. Kalau duduk kat Sweden agaknya sampai skarang belum keluar dari jail lagi. Mak Aji ni kalau dia rasa nak belasah kitorang, takyah tunggu rotan bulu ayam. Apa ada depan mata dia je dia sauk. Aku kan kalau dengar dia dah ada ura-ura nak bising tu, cecepat aku gerak ke hall. Sebab kat hall tak banyak barang, habis kuat pun dia belasah aku pakai majalah Jelita. Kalau dia marah aku kat dapur wuiiiii sakit oiiii. Kemain banyak props kat dapur tu untuk membalun aku - penyapu, bulu ayam, pemukul lalat...kalau dekat ngan mesin basuh pulak ada hanger. Tu lagi sakit kalau kena. Sekali sebat terus dapat dua calit.

Mak Aji lagi suka pukul aku berbanding Ima.
Sebab Ima ni jenis memberontak sikit. Baru lepas kena pukul pun dia boleh berani masuk bilik hempaskan pintu, Jenis kulit buaya budak ni. Tak lut dengan bulu ayam.
Aku jenis yang tadah diri. Penah dulu Mak Aji tak dapat pukul Ibal, dia pukul aku.
Tu yang aku selalu berdrama tu. Selalunya lepas aku kena belasah mesti aku cuci bilik air.
Sambil cuci lantai sambil berdrama menangisi nasib diri apesal la asik kena balun tanpa sebab.
Sambil sental jamban sambil imagine orang yang zaman keciknya selalu dimarah, esok besar nanti dia mesti jadik senang-lenang. Kawen anak raja.
*nak kawen ngan anak raja je. Kau ingat kau Cinderella??*
Tapi itulah cara aku hilangkan sedih lepas kena belasah.
Kejap je, nanti aku ok balik.

Dulu time kecik yang jadi mangsa pembebelan Mak Aji memang aku la sebab aku je yang ada kat rumah tu.
Now bila semua dah takde, yang jadi mangsa seterusnya haruslah Pak Aji.
Nak tau time bila amukan ni boleh didengari dengan kerap, ha ko tunggu time nak buat kukis raya sok. Hahahaha.
Ni hujung bulan May sok dorang dah nak start buat kukis raya kan, jam tu aku pun sengaja la taknak balik Bangi. Kalau ada keje pun aku singgah je, cepat-cepat aku balik. Tak sanggup aku nak dengar mak aku bising. Dia nak buat kukis sorang-sorang tak larat, maka Pak Aji pun offer tenaga untuk tolong. Sat gi bila bapak aku tolong, mula la ada je yang dia tak berkenan.

Apesal choc chip ni tekan kuat sangat?
Apesal bentuk kukis ni tak sama besar?
Apesal susun kukis dalam balang ni tak muat-muat 50 keping?
Bla..bla bla...

Ada je yang tak kena kat mata dia.
Tapi itu lebih baik sebab kau at least tolong.
Kalau kau tak tolong lagi la pitching dia reach double octave high A sharp aku cakap kau.
Gila bingit hoih.

Tapi, Pak Aji memang lelaki yang sangat penyabar. Kau bingit la macamanapun, muka dia cam takde efek. Last-last Mak Aji jugak yang turun naik darah. Asik la makan pil darah tinggi. Bapak aku rilek je padahal dia yang kena bebel tapi dia ok je takde lansung darah tinggi.

Aku belum penah jumpa lagi lelaki sepenyabar Pak Aji.
Aku penah tanya Pak Aji "Pa, papa tak stress ke Mama selalu bising?"
Pak Aji jawab "Dah memang dia suka macam tu, biarkan lah"
Aku imagine kalaulah aku buat pe'el yang sama macam Mak Aji, dah selamat gusi aku tercampak kena lempang dek En Wan.

Tapi, sebising-bising Mak Aji, apa-apa benda semua mesti aku cerita ngan Mak Aji.
Aku tak tau adik-adik aku camne, tapi so far apa-apa benda mesti aku cerita ngan Mak Aji.
Mak Aji pun kalau ada cerita-cerita yang hot, dia akan bagitau aku punya.


 Clear onion soup with bun


 Scones


 Shepherd pie


  Sausage with cheese toaties


 Red velvet cupcake


Aku tak selesa cerita apa-apa ngan bapak aku. Walaupun sebenarnya cerita ngan Pak Aji dari segi teknikalnya lebih membantu sebab Pak Aji memang background kaunseling, tapi dengan Mak Aji jugak yang best bercerita. Aku leh je melepak ngan Mak Aji kat restoran berjam-jam sembang dari satu cerita ke satu cerita. Bukak je la topik apa pun, topik artis, topik bisnes, topik negara, belasah. Tu gamba-gamba makanan yang aku snap masa dating ngan Mak Aji kat Little White Cafe Jumaat lepas. Dating berdua je sebab Pak Aji lom balik dari masjid lagi. Bapak aku biasa la lepas solat Jumaat dia kena kira duit sumbangan. Dah tua-tua ni jadi akauntan la pulak. So, kitorang tinggalkan dia, bawak Mak Aji je. It's mother and daughter time.

Aku rasa kebanyakkan korang pun ada mak yang macam ni.
Yang jenis bising. Dorang bukan bising marah, tapi memang jenis kalau tak membebel sehari tak sah.
Dulu time kecik aku benga gak, membebel jugak dalam hati.
Slowly bila dah blaja, dah keje, dah kawen and dah ada anak...aku tak regret kena belasah kena bebel time kecik. Mungkin cara didikan dengan tangan ni tak relevan pada semua orang, but tak kisah la. Masing-masing ada pendekatan sendiri.
Tak relevan kat semua orang, sekurang-kurangnya relevan kat aku.