2014-03-10
Possible?
Hari ni aku tengok ramai orang dah start bagi suggestions untuk gunakan kaedah lain bagi mencari MH370 yang hilang.
Betul.
Dalam proses nak mencari dan menyelamat ni memang sepatutnya kita tak menyerahkan 100% keupayaan pada kebijaksanaan manusia. Tapi rasanya pihak-pihak yang terlibat dah mulakan usaha buat solat hajat. Itu antara usahanya lah. Tapi mungkin ada doa atau ibadat yang lebih spesifik yang kita boleh buat. Ustaz ustazah sila bagi tunjuk ajar. Aku takde idea apa bendanya yang kita boleh buat cuma dalam kepala aku membayangkan kalau-kalau kita boleh gunakan khidmat ustaz yang pandai dalam hal-hal ni. Bunyiknya memang macam tak lojik tapi mengingatkan kes helikopter terhempas kat Bario dulu, mungkin kita boleh consider panggil ustaz-ustaz ni. Manalah tau kan...
Sebab aku yang tak terlibat secara lansung ni pun rasa sesak and lemas memikirkan mana peginya kapal terbang ni. Memang cueless gila. 12 negara punya aset terlibat dalam mencari and menyelamat but none of them nampaknya boleh membantu.
Maybe not yet.
Maybe ada teknologi lain yang kita perlu guna dalam kes ni.
Or maybe kita carik di tempat yang salah?
Ada possibility tak?
After 3 days dengan segala macam explanation dari people from aviation industry, ex-pilot, engineers, still with no clue at all, benda ni dah start berlegar-legar dalam kepala aku sampai aku dapat panic attack. Nak kata crash, lansung takde jumpa sebarang bukti yang dia dah crash. Kalau menjunam masuk ke laut, laut China Selatan tu bukan macam lautan Atlantic yang sampai average 3-4km depth. Tu belum lagi Milwaukee Deep sampai 8km kedalaman! Laut China Selatan average water depth dalam 1-1.3km je tak salah aku. Agak mustahil takde trace lansung.
Atau dorang sebenarnya mendarat tempat lain, tapi kita dok mencarik kat laut. Possible?
Bak kata sorang reader yang bersembang ngan aku kat whatsapp, katakanlah minyak yang dorang jumpa kat laut tu adelah minyak MH370. Maybe the kapten terpaksa dump fuel due to catastrophic power failure on plane. Kapten dumps fuel untuk kurangkan berat plane. And pilot glides the plane towards Vietnam.
They are now on land.
Crash ot not, tu cerita lain. Tapi lojik tak dorang now on land?
Akan tetapi TUDM kesan aircraft maybe berpatah balik pulak.
Kalau patah balik pi Malaysia dah tentu sampai atau land dimana-mana (tak kira crash or not). Tapi takde jumpa sebarang kesan di tempat yang kita dok carik.
What if aircraft patah balik tapi berpatah ke arah Thailand, and landed on Segenting Kra?
Semua orang tau Segenting Kra bahagian genting dan sempit di selatan Thai and di utara Semenanjung. So kalau dorang land kat situ lojik jugak takde orang tau because the area is not heavily populated. Boleh tak mintak dorang search area Segenting Kra sekali? Mana la tau...
Cuma, ada benda yang terdetik kat hati aku bila dengar press conference di awal-awal operasi.
Ada hawa-hawa statement yang agak angkuh dikeluarkan like "..merujuk kepada segala kekuatan dan hubungan strategik.."
And ada jugak statement "..kita akan terus mencari tak kira berapa lama it will takes.." (something like that).
Terkedu kejap dengar jawapan tu.
What if DIA reply "Baiklah, sekarang gunakanlah seberapa banyak masa yang kamu nak"
Aku tau dalam press conference yang dihadiri oleh reporter luar dan dalam negeri, perbezaan agama dan kepercayaan, ditambah lagi dalam keadaan yang sangat genting dengan pressure dari semua arah, manusia tend untuk bagi explanation dari sudut lojik dan teknikal sahaja. Sebab dalam situasi yang formal, kita cuma nak dengar jawapan berfakta. Mungkin ni lah kelemahan kita yang bernama manusia.
No, aku tak salahkan orang yang bagi statement tu.
Kita faham, dia penat, dia pressure, kita tak lalui tekanan yang dia sedang lalui. Diasak dengan soalan-soalan yang menambahkan lagi tekanan, mungkin dia pun tak perasan statement tu agak angkuh untuk kita yang serba lemah.
Tapi dah lebih dari 48 hours mencari, tanpa sebarang clue yang kita dapat, seharusnya kita lebih 'berlapik' sikit bila keluarkan kenyataan. Yes, usaha, ketegasan, ikhtiar itu semua kena buat. Tapi usaha, dengan berlapik sandaran kepada Allah amat perlu. Tak dinafikan dorang memang berusaha kuat untuk carik the aircraft. Cuma mungkin terlupa je. Agaknya kalau aku diasak dengan soklan-soklan macam tu dalam keadaan tertekan, aku pun akan keluarkan statement yang sama. Sebab tu rasanya sekarang ni kita perlu gandakan jugak usaha untuk merayu kat DIA. Walaupun akal kita hebat dan ada segala kekuatan teknologi tapi kita tetap makhluk yang perlu kepada sandaranNYA. Mungkin sejurus selesai operasi ni, walau apa pun endingnya, banyak yang kita semua kena ambik iktibar.
Semua peringkat.
Imigresen, orang awam, kerajaan, "reporter tak bertauliah", those yang keluarkan statement gurauan yang haram tak klaka, standard operasi, etc.
Kita semua kena ambik iktibar.
Sebab kita lemah dan serba tak tau.
Sandaran pada Allah sangat perlu.
*ingatan buat diri sendiri yang sebenarnya lebih perlu bersandar kepada Allah sebab fobia sangat naik flight*
Wallahualam.