walk on wings, tread in air: Lukisan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Lukisan
2014-03-18


Aku dapat tau yang Redza ni akan siapkan homework di sekolah, samada waktu rehat ataupun in between peralihan waktu kelas. Nampak macam bertanggungjawab sangat la kan sampai homework pun taknak tangguh-tangguh, nak siapkan kat sekolah jugak. Padahal dia nak concentrate ngan iPAD kat rumah. Sampai je rumah, tak makan tak minum terus capai iPAD lawan game ngan kawan-kawan dia. Patut la menggelupur siapkan keje rumah kat sekolah. Rupanya ada agenda. Terus bapak dia mengaktifkan undang-undang weekdays tanpa iPAD.

Kalau nak ikutkan undang-undang ni dah lama dah dilancarkan. Tapi tak penahnya aktif!
En Wan mana leh menang ngan anak-anak. Kalau ngan anak-anak dia sanggup kalah manjang. Kalau ngan aku je dia nak menang all the time.
But this time nampaknya Redza benar-benar diuji.
Now, weekdays adelah minggu tanpa iPAD untuk Redza.
Cuma Rayyan je boleh continue guna tablet sebab dia takat tengok Upin Ipin je.

Kononnya supaya Redza lebih fokus la dengan study.
Balik keje tadi, aku tengok dia khusyuk menulis kat buku latihan.
Rupanya buat komik!! Sampai 3-4 page. Kemain gigih lagi.
Cuba kalau aku suruh study. Time tu la tergaruk-garuk, time tu la kau nak tampar nyamuk, time tu la sakit perut.

Aku cuba gak baca komik syok sendiri dia ni, haram tak paham.
Ntah hapa yang klako sangat aku tak tau la. Dia lukis, dia gelak.
Masuk ni, dah sampai 3 buah buku tulis dia punya 'komik'. Tang buat komik kemain lagi sel otak kau memancor-mancor berhubungnya. Kalau aku suruh membaca tu, kemain halussssss lagi suara. Bila aku jerkah buat-buat urut dada. Sakit jantung la konon suara mak macam petir.

Ni semua menurun dari Ibal ngan Ima.
Dorang dua orang ni pun dari kecik memang kaki buat komik.
Ima suka buat komik based on karakter 3 Dara Pingitan. Tak tau la katun ni ada lagi ke tak. Rasanya kartunis dia nama Cabai. Ima memang pandai melukis.



Ini lukisan Ima.
Disebabkan dia berjiwa katun, aku mintak tolong dia designkan tudung kanak-kanak.
Masa dia email aku gamba ni, aku tak tau la nak gelak ke apa.
Tak penah lagi aku tengok hasil sketch seorang 'fashion designer' sebegini cute.
Ko tengok la Ima punya lukisan, siap dipakaikan blusher lagi. Dasar pengkatun.
Aku pass gambar ni kat tailor aku pun, dia gelak. Dia kata comel nau. Dia takut tudung tu nanti tak secomel ni.

Dulu masa Ima darjah 2-3 macam tu, dia aktif buat komik 3 Dara Pingitan.
Memang comel katun-katun dia. Skrip komik tu pun macam kepala otak dia jugak la.
Sampai berpassing-passing buku komik dia. Kadang-kadang kalau aku boring tak tau nak buat apa kat rumah, nak baca buku malas, aku paksa Ima buat komik. Biasa la kan, ciri-ciri seorang boss yang bossy tu memang dah ada sejak kecik. Dan Ima, sentiasa menurut perintah. Tapi dalam menurut perintah tu dia maki-maki aku sekali la.

Lagi sorang yang pakar melukis, Ibal.
Tapi dia lebih kepada lukisan yang bercirikan teknikal sampai apa pun tak paham jadah apabenda yang kau lukis ni. Yang aku ingat buku tulis dia memang nipis. Rajin nau dia koyakkan bahagian tengah sebab nak melukis. Ima and Ibal sentiasa ada idea kalau bab melukis. Ibal punya komik pun best-best. Aku pun sebenarnya ada gak dulu berjinak-jinak nak melukis komik. Rajin baca Ujang. Dan-dan tu nak jadi kartunis. Time melukis tu kemain lagi aku gelak sorang-sorang. Bajet abis klaka la komik ciptaan sendiri ni. Belum siap tapi sendiri dah terbahak-bahak gelak. Pastu halfway aku sendiri tak boleh bajet objek apa yang aku tengah lukis tu. Sebab memang buruk gila lukisan aku. Aku ni kalau disuruh melukis, please bagi tajuk. Sebab kalau tajuk lukisan tu adelah bebas, aku konfem akan terbabas lukis gamba pengantin. Mungkin naluri gatal nak berlaki tu memang dah ada sejak kecik.

Aku memang takde bakat melukis.
Melukis out. Mewarna pun out. Kalau berangan, aku win.
En Wan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la out bab-bab melukis.
Jangan kata melukis, menconteng pun fail. Kalau Rayyan suruh dia lukis Upin and Ipin, dia punya gaya pegang pensil tu mengalahkan Imuda, tapi habis kat situ je la. Habis kat pegang pensil je. Apa yang jadik lepas tu semua masuk kategori jahanam.




posted by aveo757 @ 10:38 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER