walk on wings, tread in air: Caught! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Caught!
2014-03-18

Semalam aku ada up status kat FB pasal terkesimaan aku bila berdepan dengan suami yang tipu bini hidup-hidup. Oh, kes ni melibatkan suami orang lain. Bukan suami aku. Hentikan spekulasi anda. Selalu kes macam ni aku baca kat newsfeed je. Orang dok forward kes laki orang kena rampas, bini orang kena rampas, laki skandal, bini ada boifren, etc. Tapi ni kejadian depan mata. Memang speechless. Siap menggigil lagi. Nampak sangat aku tak pernah bersedia nak berdepan dengan situasi macam ni. Ingatkan dalam drama je ada. 

Nak cerita detail pun macam tak best sebab aku pun tak tau hujung pangkal but bila benda jadik depan mata, sikit sebanyak boleh agak la apa benda yang jadik. Yang follow FB aku dah tau kot kes ni pasal sape and apa. Jadi, aku taknak bukak lagi kes tu kat sini. Yang aku nak luah kat sini cuma rasa frust aku bagi pihak isteri tu tadi. 

Aku cuba letakkan diri aku kat tempat dia (isteri) . Walaupun aku tau perasaannya takkan sama sebab aku cuma melihat, tak sama macam dia yang benar-benar melaluinya. Tapi sikit sebanyak aku boleh bayangkan macamana sedihnya dia bila suami tipu hidup-hidup. Dah terang nyata kau merendek ngan pompuan lain depan bini, tapi lagi mau kencing. Aku cuba gak bersangka baik. Aku anggap the lady yang merendek ngan suami orang tu adelah close fren, sebab fren aku kebanyakannya pun lelaki. And some of them memang sangat close dengan aku. En Wan pun tau how rapat aku ngan kawan-kawan laki aku. Aku pun kadang-kadang risau jugak kalau ada yang menyampai-nyampai and menokok-tambah perisa ni. Mana la tau kan kot nampak aku lunch ngan customer lelaki, tup-tup keluar citer aku bela anak ikan. Seb baik En Wan dah faham sangat nature of work aku. 

Kalau akulah isteri tu, bila aku nampak suami bermesra dengan pompuan lain, first thing aku akan cuba anggap itu adelah kawan dia. Walaupunnnnnnnn... kejadahnya yang mesra sangat??? 
Insyallah aku akan cuba anggap yang baik-baik je dulu. 

Tapi yang aku takleh terima bila isteri tu call suaminya tanya suami tu di mana, the suami reply "I kat opis", sedangkan masa tu suami berada di restoran tanpa realize isterinya juga ada dalam restoran yang sama! 
Oh my myyyyyyyy. 
Ok, tang menipu ni yang aku takleh terima. 

Aku yang tengok live show tu pun rasa tak tentu arah apetah lagi yang kena tipu. Tapi aku respek dengan isteri tu. Dia tak serang pun suami dia. Dia boleh pandang aje dari jauh. Tapi pandang dengan airmata bergenang. Memang sedih beb. Aku yang tengok pun sedih. The wife lagi la. Sedih satu hal. Malu satu hal lagi. Of cos dia akan rasa malu ngan aku. Aku ni orang luar. Bukan kawan baik pun. Cuma mesra je sebab dah kenal since 2007.

Aku rasa kalau situasi ni dapat kat member-member aku memang terbalik meja tu dorang kejekan. Lagi setengah jam konfem satu geng dah sampai restoran tu membagi 'sokongan'. Tak cukup bagi sokongan, dorang bagi lempangan pulak. Yang ni konfem! 

Sabar je nampaknya wife tu. 
At least itulah yang aku nampak. Dia nampak sabar. 
Mungkin dia sabar sebab taknak create scene. 
Mungkin dia sabar sebab taknak keruhkan keadaan. 
Mungkin jugak dia sabar sebab nak jaga reputasi and air muka dua belah pihak. 
Mungkin jugak dia sabar sebab malu aku ada sekali di situ.
Mungkin dia sabar sebab....punca jadi begitu adelah disebabkan dia jugak? 

Selalunya kalau jadi macam ni kita orang pompuan selalu meloncat marahkan lelaki tapi kita kadang-kadang kena pikir gak punca suami tu ada skandal. Maybe ada kronologi yang orang luar ni tau tau. Jadi, kalau tak tau, lebih baik kita diam aje. 

Still, tak kisah la apa pun puncanya, tapi the idea of menipu hidup-hidup tu memang aku takleh accept. Walaupun kau ada niat nak menipu, jangan la sampai kantoi big time. Apa salahnya kau cakap "I kat luar, jumpa member". Kan ke sedap sikit bunyinya. Takde la wife tu sentap sangat. Ni tak. Wife tu nampak kau tengah melepak kat restoran tapi kau dengan selamba tapir cakap kau kat opis. Kalau dapat kat aku memang aku tembak balik "Jadi waiter part time ke?" 

Kalau aku kenal rapat the laki and bini, memang aku masuk campur. Silap-silap aku yang over buat drama kat restoran tu. Tapi sebab aku tak berapa kenal sangat, jadi aku taknak la ambik port. Cuma curious gak la nak tau apa kesnya. 

Buat yang bertanya kat aku semalam "Apa kes?" 
"Tak tolong sound laki tu ke? "

No. 
Aku tak buat. 
Aku tolong tengok je. 
Sebab aku tak tau hujung pangkal.
Kalau nak ambik kira situasi suami dia tipu bini hidup-hidup, memang nampak macam si suami yang buat perangai. Tapi, semua benda jadi apa sebabnya. Kita tak tau mungkin ada punca lain yang menyebabkan suami dia ada skandal. 
Wife too busy ke.
Wife tak layan dia ke. 
Wife menyinga kat rumah ke. 
We never know kan. 

Cuma tang menipu hidup-hidup tu memang aku takleh terima. Kalau laki aku buat perangai cenggini, memang dia yang aku tanam hidup-hidup. 

posted by aveo757 @ 11:19 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER