2014-02-11

Writing



Gitu soklannya.

Punya lah lama email ni dalam inbox, bila aku klik link dia bagi tu, page tu dah di-removed pun. Ni mesti kes kena bahan kaw-kaw ni sampai kena tutup akaun terus.

Aku kan sebenarnya ada gak terpikir soklan ni.
Maklum la kan, dah berbelas tahun kawen ngan orang Tganu. Kalau balik kampung En Wan tu memang kerap sangat dengar cerita pasal dadah, pasal AIDS ni semua. Aku tak mengia dan menidakkan link kat atas tu, sebab aku pun tak sempat baca apa dia tulis. Tapi kalau melalui email reader ni, aku syak budak tu mesti cakap orang Tganu ni memang terkenal dengan masalah dadahnya.

Mak mertua aku sendiri penah bagitau yang kat Kampung En Wan tu, memang ramai yang terlibat dengan kes dadah tapi takde la sampai setiap rumah ada sorang wakil. Dalam adik-beradik En Wan takde pulak kes dadah ni. Elok je semorang. Tapi mak mertua aku sendiri cakap kalau kat kampung En Wan tu memang boleh tahan ramai. Dulu masa mula-mula kawen, klorga En Wan kalau bersembang pasal hal En Wan mesti akan terselit ayat "Kawan-kawan abang ni ramai dokter", "Kawan dia satu kelas ada 5-6 orang dokter". Pastu gelak-gelak. Aku ye ye je kagum siap rasa rendah diri lagi. Terasa bangangnya aku. Gila pandai kawan-kawan laki aku ni...engineer la, dokter la. Macam senang nau jawab periksa sampai bersepah-sepah jadi dokter. Rupa-rupanya 'dokter cucuk tangan sendiri'.

Aku penah tanya En Wan betul ke ramai kawan-kawan dia yang jadi mat dadah. En Wan kata yes, ramai. Dia pun tak tau apehal la kat Manir ni ramai nau terlibat ngan kes dadah. Kat area lain aku tak tau la sebab aku kawen ngan orang Manir, so tau takat kes kat Manir je la. Nak kata orang Tganu terkenal ngan dadah, kalau cakap-cakap gitu je tak adil la kot. Bawak keluar statistik dulu la baru boleh cakap banyak.

Tapi kalau ikut apa yang mak aku cerita, macam selalu sangat aku dengar anak orang tu dadah, anak orang ni dadah. Maybe kebetulan kat kampung En Wan tu je pulak kot yang banyak nau kes. Sampaikan mak mertua aku cakap orang kat kampung tu dah paham sangat kalau ada orang yang dikebumi malam, pastu esok pagi bau kat tanah kubur ada bau macam klorox, tu mesti kes AIDS. Aku pun tak penah tanya apesal orang yang kes mati AIDS ni dikebumi malam and disimbah klorox kat keliling kubur dia. Memang standard prosedur ke apa? Anyone tau?

Tapi yang aku perasan, kat Tganu ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gila mat rempit!
Series guwe tak tipu.
Toksah cakap orang la kan, ni ha laki aku ni sendiri ala-ala mat rempit jugak time skolah menengah dulu. Dek kerana merempit sangat sampai menjunam masuk dalam parit nak elakkan kambing punya pasal. Ni set-set bak kata Adnan Sempit "Tak penah tengok mat rempit bersepah derrrrr..??".
Yang tu bersepah atas jalan je der.
Yang laki aku ni versi mat rempit melambung dan terlonggok dalam longkang beramai-ramai.
Dah la bawak moto takde roadtax. Nyaris nak kena tahan. Seb baik kat IC ada nama bapak. Kabel besar katakan. Kalau tak, merasa la ko tido balai.

Kak Long aku penah stuck dalam keta, berbuka puasa togok air mineral je, sebab mat remput berkonvoi halang kereta lalu siap dorang pulak boleh kepung kereta polis sampai polis takut nak keluar kereta. Kitorang sendiri penah stuck kat bandar KT tengah malam sebab mat rempit melepak. Rilek je melepak tengah jalan brong breng brong breng rem minyak tapi tak gerak-gerak. Gila ramai okeh. Aku tak penah nampak kelompok mat rempit yang macam tu punya banyak sampai kereta semua takleh lalu. Dah macam konvoi raya nak pegi marhaban. Tak salah aku penah keluar kat 999 kes mat rempit KT ni. Memang gila bapak ramai okeh.


Semalam aku up-kan status pasal Ariana Rose.
Ada 2-3 orang mesej tanya betul ke aku follow cerita tu sebab macam tak caya.
Ye, aku pun tak caya aku layan Ariana Rose.
Padahal aku layan dari episod 19 je pun. Yang awal-awal dulu tak tengok. Ni pun angkara bibik aku la mintak downloadkan lagu ost Ariana Rose tu dalam henfon dia. Aku cam pelik apesalla suka nau ngan Ariana Rose ni. Masa zaman Mr Arrogant tu pun sama gak. Aku kena gak download lagu Nomad tu. Seb baik lagu best. Mr Arrogant lansung aku tak tengok. Aku memang malas betul nak follow cerita sambung-sambung ni. Cam terencat je otak aku jadiknya kejap-kejap sambung, kejap-kejap sambung. Memang manusia tabah dah penyabar je yang mampu layan drama bersiri.

Tapi aku dah terjebak bermula episod 19. Sebab menjaga Rayyan kat spital, no choice. Mak aku tengok, maka aku pun tengok sekali. Aku tau dah hero dia Keith Foo, sebab ramai nau kat newsfeed yang gila ngan Keith Foo maka aku usha la kejap gamba-gamba dia. Tapi sekali lalu je la. Ok lah, setuju. Memang hensem. Lagipun mata aku ni sangat terarah kepada chinese look, so sangat menepati selera. Hahaha.

Sekali dah terlayan episod 19, dan tengok kemachoan cina tersebut, ohhhhhhhhhhh....dan-dan apek yang baring sebelah aku ni jadi tak laku serta-merta. Bila En Wan dah perasan perangai aku buat dek je ngan dia, maka dia telahhhhhhhhhh.....



Hahahahhahahahah.
Tension punya pasal aku macam bolayan je dia, terus dia suruh aku abiskan je buku ni cepat-cepat.
Settle dalam masa sehari je.
Best novel dia. Memenuhi impian fairytale semua wanita.

Well, perempuan mana yang tak suka fairytales kan.
Semua perempuan membayangkan oneday akan dapat suami yang kaya, hensem, romantik, badan best (ohh, ayat apekah ini??), noty a bit, dan segala tok nenek yang best-best belaka. Walaupun tau in your dreams laaaaaaaaaaaaaa nak dapat laki perfect segala serbi macam tu.
En Wan cukup tak suka kalau aku layan cerita romantik atau cerita yang hero dia suwit and hensem. Sebab dia tau mesti pastu dalam seminggu dua aku wat dek je ngan dia. Angau.
Tapi, mana ada hero yang tak hensem. Ada??
Penyangak skarang pun dah hensem okeh. Inikan hero.

Nak pulak hero Ariana ni chinese, and En Wan memang paham sangat kegatalan aku terhadap chinese-looking-guy. Selagi Ariana Rose ni tak abis, selagi tu la dia berbulu je ngan aku. Semalam dia call aku kul 7.10pm. Ada ke call aku kul 7.10pm??? Memang aku tak angkat okeh.
Dah tau aku tengah tengok, time tu jugak la dia nak call aku. Nampak nau carik pasal.
Kang aku tak jadik naik Penang kanggg.

Tapi episod semalam, tak best la.
Macam hape je. Maybe sebab novel lagi best.




Aku memang minat menulis.
Dari zaman skolah rendah lagi aku suka type skrip and cerpen.
Masa aku Darjah 4 and 5, cikgu BM ada buat perandingan lakonan. Semua grup buat lakonan berdasarkan iklan-iklan atau cerita yang pernah keluar kat tv. Tapi grup aku je yang guna skrip sendiri. And skrip tu aku yang tulis. No no no...bukan kisah cinta. Sebab aku takkan buat kisah cinta yang tak meletakkan aku sebagai heroin. Kah Kah Kah. Memandangkan aku tak layak lansung jadik heroin dengan muka aku yang berkeladak ni, maka skrip aku semua memaparkan kisah semasa atau kekeluargaan. Semua orang tak boleh jadi heroin. Takde heroin dalam skrip aku. Hahahahahahah. Padan muka grup aku.

Pastu masa Form 1, masa ni aku belum masuk asrama lagi. Aku penah buat lakonan untuk subjek BM, and lakonan tu gunakan skrip aku jugak. Zaman tu menaip pakai typewriter Pak Aji je.
Skrip tu kisah keluarga. Biasa la kan budak baru Tingkatan 1, kisah cinta apa sangat la yang ko boleh ketengahkan. Penulis skrip pun tak penah bercinta baiii. Cikgu BM masa tu cikgu lelaki, muda and hensem. Agak garang jugak. Lepas lakonan tu dia tanya, siapa buat skrip ni?

Grup aku tunjuk muka aku.

"Bagus ya, Diana"

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Gila happyyyyyyyyyyyyyyyyy sebab cikgu hensem pujiiiii. Hahaha.
Birah.

Pastu kat Sarawak, aku banyak buat cerpen.
Tulis tangan lagik.
Gigih aku menulis berhelai-helai. Nanti balik semester break, aku type balik cerpen aku and print, simpan. Buat koleksi sendiri. Tak berani nak bagi orang baca. Paham je la kan bahasa tulisan aku camne. Final year dapat ambik generik course penulisan skrip, aku happy gila. Sebab ni lah masanya aku nak hantar skrip-skrip lama yang dah aku buat tu untuk dinilai oleh someone yang profesional. Untuk final paper, aku hantar skrip apa agak-agak? Hahahha.

Skrip how aku jumpa exbf - bercinta - bergaduh - dibelasah - disaiko - whatever...
I got A for this.
Happy.

Tapi aku rasa takyah la aku menulis secara profesional.
Kesian nanti editor banyak keje nak mengedit bahasa aku.
Biar aku merepek kat blog je sudeyyy.