2014-02-14

Denda light-light je pun



Penyabar sungguh cikgu-cikgu skarang ni.
Apa pun takleh buat kan. Kalau rasa-rasa anak murid cam cilaka, hanya boleh pandang je sambil melemparkan senyuman mesra. Balik rumah masing-masing telan pil hypertension.
Hoih kalau aku la jadi cikgu, aku la agaknya yang paling banyak dikenakan tindakan tatatertib.
Silap-silap aku yang hari-hari kena denda dek pengetua berlari keliling padang.

Aku rasa cikgu-cikgu aku dulu ada yang garang.
Tapi belum penah yang memaki murid.
Kalau takat cubit, pulas telinga, ketuk ketampi, tu semua standard la. Takyah nak balik rumah mengadu sangat la. Lainla kalau cikgu kau hempok kepala kau ngan buku log ke, terajang kau ke, ludah kau ke, sekeh kepala ke, maki ke, okeh, yang tu memang harus kena backhand aku pulak. Tapi kalau takat kena berdiri belakang kelas, berdiri atas kerusi, jalan itik...alahaiiiii. Kena jalan mencangkung pun nak merembes bagitau makbapak keeee. Ni mesti bangsa yang tak biasa berak cangkung, tu pasal menggelupur mengadu. Sekali aku lempang kang.
Aku rasa pemaju perumahan kena buat balik jamban cangkung at least sebijik dalam setiap rumah. Biar semorang rasa camne kena cangkung lama-lama.

Tak buat homework, memang lah salah. Kalau orang lain boleh siapkan homework, kenapa kau tak boleh.
Tak bawak buku - salah.
Memekak dalam kelas - salah.
Rambut panjang - salah.

Orang yang buat salah je yang kena denda.
Kalau ko tak buat salah, buat apa cikgu nak denda.

Ni aku pun heran si Redza ni cikgu skolah dia kata dia baik kat kelas.
Aku tengok anak aku balik skolah dengan kesan tapak kasut boleh ada kat poket baju dia, acaner cikgu ni boleh kata anak aku baik kat skolah??
Ko just imagine kesan tapak kasut kat poket baju!
Poket baju ya.
Bukan poket seluar.
Aku gila muskil.

Dulu, dia terbawak balik beg skolah kawan dia. Kau tak hangin tengok?
Aku pelik macamana dia pegi skolah bawak beg dia, balik skolah terbawak balik beg kawan. Yang si kawan dia pun boleh pulak sama-sama tak perasan terbawak balik beg Redza. Sudahnya dua-dua tak buat homework. Balik skolah aku tanya kena denda ke tak tak buat homework. Dia kata dia sempat siapkan sebelum kelas mula. Eh tau pulak kau takut kan.

Baru-baru ni lagi aku hangin.
Kau percaya tak, Redza pegi skolah pakai seluar dia, balik skolah pakai seluar orang lain?
Aku tak boleh nak brain situasi ni.
Aku perasan pun bila bibik gosok baju. Bibik tanya aku kenapa seluar Redza ni lusuh sangat.
Aku check, cutting seluar ni lain, pastu dah belapuk sikit, pastu labuh.
Aku tanya Redza ni seluar sape.
Dia kata dia tertukar seluar masa main baling-baling seluar.
Hoihhhhh. Dah takde benda lain ke budak-budak skarang ni nak main?
Abis time main baling seluar tu semua melenggeng dengan spender ke masing-masing??
Aku rasa kalau aku la jadi cikgu, memang lunyai si Redza ni aku lenjan.

Walaupun ada parents yang implement konsep mengajar anak tanpa sebatan, aku masih selesa dengan konsep marah and memukul. Pukul untuk mengajar. Bukan pukul untuk mendera. Bagi aku, budak-budak age macam Redza ni, dia belum paham sangat kalau takat slow talk. Dia memang kena bagi dulu, kendian nanti baru ko explain kenapa tadi dia kena pukul.

Memang mana-mana parents tak menggalakkan anak dorang didenda oleh cikgu. Takde sape suka anak kita kena denda. Tapi pihak skolah/kerajaan pun jangan la melampau sangat sampai ketuk ketampi dalam kelas dek kerana tak siapkan homework pun cikgu takleh buat. Come on la...mak bapak tak nampak apa yang anak-anak buat kat skolah. Hanya cikgu yang tau perangai anak kita kat skolah camana. Kalau anak aku tak siapkan homework, tolonglah denda. Dah dia buat salah kan. Nak suruh dia berdiri atas kerusi ke, ketuk-ketampi ke, tolong lah buat. Sebab tu semua pengajaran supaya dorang ingat. Some budak, nak-nak lagi anak aku ni, kalau tak didenda, dia takkan ingat yang benda tu salah. Dan dia takkan improve. Aku kurang bersetuju kekdah psikologi dalam mendidik budak-budak sekolah rendah. Bagi aku, kekdah psikologi like "Bagus, sekurang-kurangnya awak hadir ke skolah hari ini" and kekdah kaunseling lebih sesuai time skolah menengah. Time tu dorang dah lebih matang, boleh slow talk, sebab tu PRS ada kat sekolah menengah, takde kat skolah rendah (dulu takde, tak tau la skarang dah ada).

Dulu, Redza suka gigit kuku.
Aku tegur tegur tegur tak jalan.
Pastu aku tak bagi dia makan. Aku suruh dia makan kuku dia sampai kenyang.
Dia sanggup tak makan ni. Punyalah degil.
Esoknya dia gigit kuku lagi. Aku jentik mulut dia sampai berdarah bibir. Terus menjongkit bengkak.
Kannn.
Aku cakap baik-baik kau tak dengar.
Memang kena tangan aku jugak yang bercakap.
Aku cakap pasni lagi satu kali aku nampak dia gigit kuku, aku tak jentik, aku tumbuk terus.
Terus sampai skang stop gigit kuku.
Pandai pulak skarang tetiap minggu mintak aku potongkan kuku dia. Dah satu hal pulak aku yang kena potongkan.

Denda paling kaw aku penah kena ngan Mak Aji adelah makan dalam bilik air.
Punca didenda adelah sebab terlupa keluarkan bekas tupperware isi mee goreng dari beg skolah.
Dari Jemahat tupperware tu dalam beg.
Hari Ahad, time Mak Aji check beg skolah nampak tupperware dengan mee yang dah basi berbuih kat dalam tu.
Dendanya adelah, bersila makan mee basi dalam bilik air.
Ni kategori denda ke dera?

Tapi itu adelah pengajaran yang sungguh bermakna.
Sampai skarang aku troma dengan tupperware.
Rumah aku takde brand tupperware.
Pakai bekas eksrim je.