walk on wings, tread in air: Kenan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kenan
2014-02-05

Duduk hospital hari tu berjaga siang malam berdua ngan mak mertua, banyak betul cerita yang mak aku turunkan. Memang tak mengantuk lansung jaga Rayyan sakit sebab mak mertua aku banyak nau cerita dia bagi. Antara topiknya - Kenan. 

Selalunya orang kaitkan kenan ni dengan perempuan mengandung. Aku time mengandung dulu pun cukup takut kot la terkenan sesape kan. Maklum la, mulut aku ni takde handbrake. Main langgar je. Tapi pandai pulak aku jaga mulut time mengandung. Kemain dara pingitan lagik terkemut-kemut nak bercakap. 

Masa first time mengandung dulu aku keje kat KL. Tak pandai drive lagi. Maka berulang alik la aku dari KL ke Subang Jaya hari-hari naik komuter. Tau je la kan hazabullah komuter time balik keje camne. Padat tu aku tahan lagi. Boleh gak la capai tiang ke, sandar kat pintu ke, janji aku tak menyembah bumi. Yang tak boleh tahan tang bau tu. Ya ampunnnnnn. Bukan calang-calang bau okeh. Ni bangsa bau pekat punya. Walaupun mulut aku ni senyap tapi hati tu tetap la menyumpah-seranah ntah ketiak sape la bau macam mama kotai. Hapak! 

Aku ni dah la mengandung. Time tu aku alergik dengan bau nasik yang tengah mendidih. Just imagine la kan, bau nasik putih pun aku nak muntah, inikan bau ketiak. EVERYDAY aku akan standby air kotak oren Peel Fresh time balik. Semata-mata nak togok supaya aku tak terbelahak dalam komuter. Ada satu time tu aku berdiri tepi pintu. Ada la mamat tu dia nak pegang tiang tak dapat sebab orang penuh bersenggayut kat tengah-tengah tu. Dia hulur tangan dia pegang kat dinding pintu tapi tangan dia lalu atas kepala aku. Kalau aku toleh kanan, hidung aku konfem cecah ketiak dia. Kau tau, ketiak dia hijau! Bukan kuning lagi dah. Tapi hijau!! Bau toksah cakap la. Dah macam bau air rendaman spender. Aku pelik dia ni tak bau ke ketiak dia hamis semacam? Ko keje apa yang sampai musibatun sangat bau kau ni? Padahal pakai baju kemeja lengan panjang siap tie simpan dalam poket, takkan keje cuci bangunan kot. 

Mulut aku tak berbunyi tapi hati aku ni maki hamun kaw-kaw. Lepas tu baru aku teringat aku mengandung. Orang tua-tua kata jangan main-main time mengandung nanti terkenan. Kandungan yang first ni gugur. Takde rezeki. Takut jugak aku. Kang tetiba terkenan. Walaupun Ustaz Kazim kata kenan-kenan ni tak wujud, tapi mana la tau kan. Tetiba kang anak aku keluar-keluar je busuk. 

Mak cerita, anak sedara aku yang kat Tganu dulu (anak kepada abang En Wan) kenan ular. Masa umur 2 bulan tetiba takleh terima susu. Air susu meleleh keluar kat tepi mulut. Tak masuk ke perut. Macam tercekik je. Pastu tergeliat-geliat budak tu. Mak aku dah rasa dah ni mesti kenan. Dia panggil abang ipar aku tanya apa yang dia dah buat time bini dia mengandung. Baru dia teringat dia bunuh ular yang masuk rumah Kak Long. Caranya, dia pi jerut kepala ular tu dengan tali pastu dia masukkan dalam guni and pukul. Mak cakap mungkin tu pasal anak dia macam tercekik susu. Susu tak masuk ke perut. Then badan tergeliat tu sebab dia pukul ular. Mak aku mintak abang aku carikkan kulit ular (carik ular yang bersalin kulit), ambik sikit je kulit tu and bakar. Mak cakap kulit ular ni macam plastik. Bila kena api dia cair. Then mak aku lumurkan minyak kulit ular tu ke badan cucu dia. Alhamdulillah molek-molek ada bak kata mak mertua aku. Terus baik. 

Lagi satu kejadian abang ipar aku ni jugak la. Dia lupa bini dia mengandung, dia pi tembak tupai. Kebetulan agaknya, anak dia lahir mata kecik sebelah. Maka cakap terkenan abang ipar aku menembak. Kan time menembak tu kita aim mata kita kecik sebelah kan. Kesian baby tu pun mata kecik sebelah. Sampai now anak sedara En  Wan tu mata dia kecik sikit sebelah tapi tak ketara sangat dah banding masa kecik dulu. Mak cakap orang tua-tua kata mata tu akan slowly balik pada asal bila habis salin gigi susu. 

Aku ni pun time kecik dulu sebenanya ga ga ga ga gagap! Aku still ingat lagi kegagapan aku. Tak tau la kenan sape. Payah gila aku nak sebut satu-satu perkataan tu. Rasa macam dah habis sebut rupanya tak sampai-sampai. Now dah baik ni terus takleh benti-benti cakap. 

posted by aveo757 @ 7:07 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER