Semalam punya
Hari ni punya
Aku tak tau kenapa, yang pos semalam, aku check 1-2 ada yang dah sampai ke PPL berdekatan.
Tapi rasanya dorang deliver Monday kot sebab hari ni 1st sat Pos Laju cuti.
Yang dihantar Khamis, some masih belum dapat semalam. Hari ni punya, aku pos Monday. Sape nak, sila buat payment so aku leh bungkus sementara cuti ni.
Jangan risau.
Sebab itu perkara biasa.
SELALUNYA, hantar hari ni, esok sampai.
Tapi ada certain cases, hantar hari ni, lusa baru sampai.
Those yang masuk dalam batch penghantaran Khamis, sepatutnya paling lewat hari ni dapat. Tapi memandangkan hari ni cuti, jadi insyallah Isnin dapat. Kalau Isnin tetap tak dapat, baru email aku ya.
Tapi 1st jan hari tu ada jugak yang email aku "Kak Di, seluar dah sampai tadi".
Rajin pulak posmen keje 1st Jan. Tak paham aku jadual dorang ni.
Jeans : Semua size dah habis except size L ada 3 helai je lagi (red & green).
Ok, nak bagitau.
MP3 untuk Ephyra memang seminggu lepas aku launch dah habis.
So jangan expect dapat MP3 dalam masa terdekat ni.
Shopping bag and travel bag also habis.
Jadi, aku akan bagi semula handbag organizer. Insyallah, soon akan ada best punya gift :)
@Genius Aulad Putra Heights
Yang tanya pasal entry Rayyan first day at skool - takde.
Sebab skolah Rayyan start Senin depan.
Cuma, 1st Jan hari tu ada parents induction. Agak kalut jugak la nak menyiapkan Rayyan ni.
Sebab dia ni tak suka pakai lengan panjang and suar panjang. Memang huru-hara la pagi tu 3 orang nak menyiapkan dia. Tapi aku paksa-paksa gak dia pakai baju skolah. Sebenarnya takyah pakai pun takpe, bukan orientasi pun. Tapi aku nak dia biasakan.
Nasib baik kat skolah dia ada 1-2 orang yang pakai baju sama, baru dia senyap sikit.
Now ni dah too excited la pulak.
Tido malam pun pegang henfon and galas beg!
Mak mertua aku emosi kau.
Cucu yang dia jaga dari kecik dah nak masuk skolah la katakan. Mau tak emosi.
Siap nak ikut menghantar sama. Senin ni pun dia dah cakap biar dia tunggu kat skolah. Aku nak pi opis, pegilah. Aku dah jeling-jeling je kat En Wan. Aduiyaiiii mak aku ni. Risau benau dia aku aniaya cucu kesayangan dia. Sampai sanggup nak tunggu kat skolah.
Redza tahun ni dapat henfon.
Aku tak tau apa mimpi En Wan sampai dia belikan Redza henfon.
Henfon memang takleh bawak pi skolah. Tapi aku takut jugak kes-kes mak bapak lupa ambik anak ni. Mana la nak tau kan tetiba aku pulak dijadikan terlupa nak ambik Redza ke apa ke. Harap Redza dengar la pesan aku hanya guna henfon di luar waktu sekolah, di luar pagar sekolah.
Ni video dari kamera Ibal kurun ke berapa ntah, dia godek-godek henfon lama dia sekali jumpa video ni and send kat aku. Sebak pulak tengok. masa ni Rayyan too small, Redza pun masih dengan 'trompet'nya lagi. Isnin depan, yang too small ni dah nak masuk skolah dah. Dulu kat NICU aku teragak-agak dia ni sempat ke tak besar, sempat ke tak besar. Alhamdulillah...dah jadik panglima dah pun.
Semalam kat newsfeed, aku ada nampak sorang tu up status pasal baby dia thalassemia (kalau tak salah aku). And dia nampak risau. As a mother, yang jadi ibu memang faham sangat perasaan kalau berdepan dengan anak yang sakit. Apetah lagi kalau ibu tu memang ada pengalaman berdepan dengan situasi kritikal melibatkan anak. Sangat-sangat faham.
Aku pun thalassemia sebenarnya.
Tak ramai tau. Sebab aku pun malas nak fokus kepala aku kat benda-benda negatif. Masa aku tau aku thalassemia, aku banyak carik info-info and baca about it. Masa tu aku rasa macam takut aku tak sempat grad, takut tak sempat kawen, takut tak sempat keje, takut tak sempat ada anak. Lama-lama aku start to realized that penyakit ni semua hanya penyebab. Mati tu memang dah pasti.
Mak Aji and Pak Aji kata masa kecik, aku sampai dah boleh cam hospital tempat aku check darah. Nampak je hospital tu aku dah menjerit.
Mak aku cakap, masa tu ada sorang lagi baby same age yang also thalassemia but umur dia tak panjang. Aku, alhamdulillah, Tuhan masih bagi peluang. Mak Aji kata aku thalassemia minor. Ni lah jugak salah satu sebab kenapa aku rajin pitam and rebah dulu. Even masa aku keje kat MOSTI before kawen dulu pun pegi bilik air pun berteman sebab aku takut rebah. Tak tau kenapa, aku cepat sangat pitam. Penah jugak masa MOSTI masih lagi di Jalan Raja Laut, depan-depan ofismate, aku rebah menggelungsur kat tangga. Oh, yang ni bukan kes berangan bercakap sorang-sorang sampai tergolek. Ni memang kes pitam dah rebah.
Nasib baik En Wan bukan thalassemia carrier.
Jadi, anak-anak aku free from thalassemia.
Sila jangan ragu-ragu nak terima pinangan anak aku esok ya.
KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET