walk on wings, tread in air: Azam <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Azam
2014-01-02


Sebenarnya la kan...sebenarnya...aku tak penah ada azam pun setiap tahun baru.
Sebab kalau aku nak buat sesuatu or nak buat perubahan sesuatu tu ikut sukati aku nak buat bila.
Kalau terlebih semangat, jam-jam tu gak aku tukar.
Raya tahun lepas, dek sebab terlebih semangat lepas baca magazine ID (Interior Design), jam-jam tu gak aku ajak En Wan gi Macy terus beli 2 set sofa, sekali kapet pastu terus pi beli bunga baru kat Nilai. Dari hujung ke hujung aku drive. Sebab tu En Wan kalau beli majalah Anjung Seri senyap-senyap tak bagitau aku. Dia takut tetiba aku menyawan bila baca magazine macam tu.

Itu kalau semangat dia nak mengemas sampai la.
Tapi jarang semangat macam ni muncul.
Setahun pun tak sekali.
Kalau semangat tido, semangat mentekedarah, semangat untuk taknak pegi keje, ok yang ni 3 kali sehari dia datang.

Tapi tahun ni aku nak test la kot-kot azam aku ni menjadi kan.



1. Azam pertama : Stop beli perfume (katanyaaa!!!)

Sebenarnya bulan-bulan terakhir 2013, aku telah menstart semula gerakan membeli perfume. Kali ni aku beli semua kat kaunter sebab En Wan kan dah warned aku takleh beli online dah. Tapi this time kotak pun aku simpan. Mana la tau kan kot-kot tetiba semangat nak membersihkan laci datang lagi, takde la menyusahkan aku nak balut perfume dengan bubble wrap segala. Tapi, buat masa ni, semangat nak beli perfume tu macam dah takde. Series takde. At least, setakat jam ini. So aku sangat-sangat berharap azam untuk tak membelikan perfume untuk diri sendiri tu tak akan muncul untuk sepanjang 2014. Kalau terasa nak beli, mungkin aku akan paksa En Wan yang belikan.

Payah nau aku ni nak berjinak-jinak pakai perfume. Takat ni aku cuma rajin beli je. Rajin pakai belum ada lagi. Aku rasa macam deodorant Rexona and Nivea tu macam dah wangi nau. Takyah dah pakai perfume. Tapi tetap gak nak beli perfume, buat syarat.

SAY NO TO PERFUME SEHINGGA HABIS 2014.


2. Azam kedua : Stop beli kasut.

Apa yang aku perasan kan, aku ni suka nau beli sesuatu yang sebenarnya aku tak rajin guna pun.
Contohnya perfume tadi la.
Beli rajin. Pakai tak.
Same goes to kasut.
Beli rajin. Lemari kasut yang kitorang baru buat kat porch tu 5 rak penuh dengan kasut aku je.
Tapi keluar pi keje tetap kasut Bata.
Keluar pi jalan selalunya pakai selipar Comfit.
Kadang-kadang masuk keta lansung tak pakai kasut. Tau-tau je kang dah sampai kat destinasi.... ehh????

Sebenarnya kan, aku ni nak mendidik diri sendiri.
Aku jenis yang tak suka berwangi-wangian, so nak ubah diri, maka aku beli perfume. Konon takde alasan la untuk tak berwangi-wangian, macam-macam jenis perfume ada dah dalam laci, tinggal nak sembur je. Harammmmmmmmmm.
Kasut pun gitu jugak la.
Beli yang flat, yang wedges, yang 2.5 inch, tu belum lagi kuar masuk kuar masuk page custom made shoes. Cukup rajin. Tapi semuanya jadi tukun. Ujung-ujung Bata jugak yang aku sauk.
Jadinya, aku sangat yakin, azam tak beli kasut lagi ni boleh dijayakan. Syabas!! *belum apa-apa dah syabas*


3. Azam ketiga : Tido awal, before 12 malam.

Aku dah start semalam.
Baring memang awal. Tido tetap lepas pukul 12. Sebab sambil baring sambil reply email customer.
Takpe...usaha tangga kejayaan.
Malam ni cuba lagi untuk membuta awal.
Aku dah nak elakkan diri dari keje all the time tahun ni.
Tahun lepas average aku tido 3-4 jam sehari. Siang malam kalau tak mengadap laptop, aku merayap sana sini. Kereta aku baru 2 tahun beli mileage dah 140K. Kalau ada 1000 orang macam aku, kerajaan memang taknak wujudkan lansung rebate TnGo. Tiap-tiap bulan memang boleh claim rebate kau. Seb baik dah hapus.

Seminggu dua ni mata aku makin teruk.
Tengah-tengah syok buat keje tetiba nampak double triple vision. Pastu tengok tv jarak 3m pun dah tak leh baca subtitle. So semalam pi check mata, hajat tu nak tuko contact lens la. Mencanak naik power aku. Orang kedai tu kata better aku buat treatment. Ni semua non-stop hadap PC punya pasal la ni. Pulak tu, aku jenis yang bukak lens time nak tido je. Aku memang dah stop pakai spek sejak tahun 1997 lagi sebab bawah mata jadi lebam. Tapi aku pakai lens yang can use up until 20 hours punya. But still, tak bagus untuk jangka masa panjang. Still have to wear glass. Tapi now, aku malas nak pikir pasal glasses, aku nak try LASIK. Masih tengah pikir-pikir bila nak buat ni.

Semalam, aku borong buku kat MPH.
Tak banyak mana tapi sampai RM350. En Wan berbulu la kan dengan aku.
Bila aku check mata semalam and power makin tinggi, dia memang dah jumpa point nak hentam aku la "Tu la...baca buku banyak sangat!"

Motif???


4. Azam keompek : Stok sambal ikan bilis

Buat masa ni, stok ikan bilis ada sekilo setengah. Belum masak apa-apa.
Tapi stok ikan bilis yang digoreng dah ada. Ni untuk anak-anak aku. Si Redza tu tak reti makan nasik putih with lauk melainkan ko bagi nasik ayam, nasi beriyani, nasik minyak. Kalau nasik putih, lauk dia memang ikan bilis goreng saje. Kiranya dia macam bapak dia la, nak kena ada budu. Cuma Redza ni dia punya bilis tak sempat jadi budu.

Stok sambal ikan bilis kering blom ada. Belum ada masa.
Tapi kalau stok karipap ikan, karipap sardin, samosa daging, memang banyak. Aku kan kuat mentekedarah. Jadi benda-benda yang memudahkan aku di kendian hari like frozen food and sambal ikan bilis kering ni semua kena ada. Seb baik aku tak reti buat serunding. Kalau reti, serunding pun aku nak stokkan.
Akan sebab itulah, misi tahun ini memastikan sambal ikan bilis kering musti sentiasa ada. Musti! Musti!


5. Azam kelima : Membakor sesuatu secara constant.


Semuanya gara-gara Kitchen mixer KMX84 ni.
Disebabkan adanya bendalah ni, maka azam tu terhasil. Tapi belum tentu lagi. Tapi takpe, azam mesti mau ada. Belum boleh start lagi azam ni sebab barangnya tak dapat lagi sebab blom habis bayor. Hahahahha.

Aku order barang ni last month, sempena sale Xmast, beli online kat Rose's Treats (search nama ni kat FB). Dia bagi aku good price. Disebabkan barang ni ship directly from UK, jadi kena pre-order dulu. Dah sampai nanti baru bayar habis. ETA Feb/Mac. Semoga azam aku tak pudar sebelum mixer ni sampai.

Aku sebenarnya sangat suka baking. Dulu, masa kat rumah lama, aku rajin bakor-membakor kuih and kek. Pakai mixer cokia je pun. Mangkuk dia pun plastik. Yang bangsa button dia ada sampai 3 tapi kau hanya boleh tekan takat nombor 2 je sebab kalau kau tekan nombor 3, dia punya bergegar sampai mangkuk tu boleh terkeluar dari landasan. Tu belum lagi bunyik dia yang macam orang drill pintu.
Aku tak kiraaaaaa.
Macam drill pun drill lah. Janji oven aku berguna.

Tapi one thing about baking yang aku tak suka adelah dapur menjadi kecah. Tang tu aku pantang sikit. Dah la kitchen rumah skarang ni konsep open kitchen. Orang masuk je pintu depan dah nampak dapur aku dulu. Sebab tu aku malas nak baking sebab taknak dapur aku semak. Tapi tahun ni aku berazam nak start baking. Nak dijadikan rutin memang tak la kot. Mana nak keje lagi, mana dengan aku punya outstation lagi kan, tapi insyallah, aku akan cuba start dengan twice a week. Sabit nak guna bendalah ni je kan. Agak-agak malas sangat nak membakor tapi nak guna jugak mixer, takat bancuh telor je pun bolehhhhhhh.

Nantikan resepi-resepi dari azam nombor lima ni ya? *bajet chef*


6. Azam keenam : Bercakap dengan jin


Seriesly, inilah azam yang palingggggggggggg aku tak berapa yakin boleh buat.
Sebab tu dia duduk di nombor enam.
Sebab tak berapa yakin jadik.

Tapi, cuba baca apa gamba tu kata.
"Talking to yourself is a sign of higher intelligence..." katanyaaaaaaaaaa.

Aku memang kuat berangan.
SANGAT KUAT berangan.
Tak caya tanya Ima, tanya Ibal, tanya mak bapak aku.
Ima pernah witness macamana aku boleh tertonggeng dalam parit dek kerana berangan and bercakap sorang-sorang.
Ibal cukup menyampah tido dengan aku dulu sebab dia kata aku menakutkan. Bilik dah gelap, semua dah baring senyap tetiba bunyik aku gelak sorang-sorang.
Mak Aji pernah sergah aku sebab bengang sangat bila aku tetiba gelak sorang-sorang sampai keluar airmata. Semua ingat aku bercakap dengan something.

Series tak.
Aku tak penah cakap dengan hantu ke apa ke. Tapi aku mengaku imaginasi aku memang tinggi.
Aku memang kuat berangan.
Dari kecik sampai sekarang, aku suka cakap depan cermin especially dalam bilik air. Berkat dari suka bercakap sorang-sorang ni la kot menyebabkan aku jarang gugup bila public speaking. And maybe sebab tu aku sangat sesuai join sales and marketing. Aku rajin nau bercakap. And aku tak penah sunyi sebab kalau takde orang nak layan aku sembang, aku leh cakap sorang-sorang. No hal. Kadang-kadang sambil cuci lantai toilet tu aku leh berangan jadi Cinderella. Sambil mandi dalam shower tu tetiba aku menari zapin. Cantik pulak koreografi aku tu. Hahahahahah.

Masa kecik-kecik kan, aku suka berangan jadi bos.
Kalau aku main opis-opis dengan Ima, Ima mesti jadisekretari, aku mesti nak jadi bos. Aku suka nau bab-bab sign-sign dokumen, sign-sign cheque ni. Macam bajet-bajet bagus nau sign-sign cheque ni kan. Pastu, aku suka main baju-baju Mak Aji. Aku suka berangan pakai baju cantik-cantik, mix m and match baju-baju Mak Aji. Habis la tudung (dulu zaman pakai scarf) Mak Aji aku transform jadi headband la, ikat senget kat pinggang la, jadikan pario la. Tak cukup ngan scarf, rantai Mak Aji aku transformkan jadi gipsy headbad kau. Pastu dulu-dulu style orang pakai tudung kat dada tu nanti selitkan brooch (ala-ala style tudung Fareeda). Tapi tudung Fareeda tu brooch dia kekal. Yang zaman dulu brooch dia asing. Brooch yang tu pesen klip. Disebabkan telinga aku tak bertindik, brooch klip tu pun jadikkkkkk. Aku klipkan brooch tu kat telinga. So now lengkap sepersalinan.

T Shirt Mak Aji yang labuh sampai lutut bila dipakai. Dah jadi dress.
Scarf Mak Aji ikatkan di pinggang. Dah jadi tali pinggang.
Rantai Mak Aji letakkan kat dahi. Dah jadi gipsy band.
Brooch klip, ketapkan kat telinga. Dah jadi subang.

Now I am ready!!!
Yeahhhh.

.....dah macam rupa negro tak jumpa jalan balik rumah.


Sekian azam-azam saya.
Doakan saya berjaya.

Selamat Tahun Baru to all my frens!

KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET


posted by aveo757 @ 1:56 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER