2014-01-14

Devil


Aku sangat-sangat suka tengok cerita The Devil Wears Prada.
Masa aku tengok cerita tu for the first time, aku dah rasa suka gila.
Aku nak sangatttttt jadi macam Miranda Priestly (Meryl Streep). Berangan gila one day jadi macam tu. Ditakdirkan tak lama pastu aku dapat boss sebijik perangai macam tu!




Aku penah blog about it - 2007.
Series guwe tak tipu, bos terakhir aku ni memang macam Miranda Priestly.
Dari segi gaya dia jeling staff dia, dengan sakastik dia, dari cara dia bercakap dengan monotonous voice, dengan senyum sinis dia, pehhhhhh.
Tapi dia la boss yang paling aku suka sebenarnya.
Aku penah ada bos kat MOSTI, penah ada bos kat Prudential, penah ada bos kat 2 Biotech company lain sebelum aku join company terakhir aku ni. Tapi bos di company yang last ni memang banyak bagi kesan kepada aku.

Masa aku blog pasal ex-bos aku ni, aku baru join the company hari kedua tapi aku dah boleh nampak ke-mirandapriesty-an beliau. Takde de dia treat pekerja baru like new staff. Dia terasa nak belasah, dia belasah. Aku rasa memang aku ditakdirkan untuk bekerja dengan dia for some reason yang aku sendiri tak tau kenapa waktu tu.

Since we are in the same market, nak riki pasal dia ni sangat senang.
Tapi bila aku tanya feedback orang, semua bagi feedback "She's one tough lady". Even customer aku pun cakap macam tu. Ada yang bagitau "She's a no nonsense lady"
Takde lansung feedback yang kata dia ni ok to work with.
Memandangkan company dia takde melayu lansung, adelah satu benda yang agak menakutkan jugak bila dengar respon respon macam tu sebab takut aku jadi lauk je kat situ.

Masa dia interview aku pun aku dah boleh syak dia ni jenis stern.
Selalunya interviewer manis muka sebab nak bagi orang seronok and selesa nak join the company.
Tapi ex-bos aku ni takde.
Dia memang tunjuk diri dia yang sebenar.

First day aku kat company tu, dia dah bantai sorang budak sales kaw-kaw time meeting.
Agak scary jugak la untuk aku yang baru hari pertama join ni kan.
Actually sebelum aku join the company pun, ex-bos aku di company sebelumnya ada warned aku akan kemungkinan aku dilaukkan. Aku interview kat company ni 2 kali. Mula-mula aku dah reject the offer. Tapi masa tu Sales Manager dia yang interview aku. Aku dapat, tapi aku tolak sebab aku tak dengar satu komen yang positif lansung tentang bakal bos baru. Aku jadi tak konfiden nak jump.

Malam raya, aku ada kat Tganu. Aku received call from her. Dia sendiri yang call and cakap dia nak set for a new interview sebab dia nak tau kenapa aku reject their offer. Lepas interview dengan dia, aku rasa nak join pulak. Nampak nau cakap-cakap orang tentang dia tak semuanya benar. Bila dah berdepan sendiri, dia tak lah seteruk yang digambarkan.

Company dia takde punch card.
Kau datang ke, kau tak datang ke, sukati.
Yang penting every Monday kau kena ada kat ofis sebab Monday is meeting day, sehari suntuk.
Dan pastikan sales report kau meet her expectation dan hit target otherwise don't bother to come to ofis that day.
Urghhhh...bab meeting ni memang horror.

Dia ambik aku join the company sebab dia nak setup consumables division.
Consumables ni division yang handle semua purchase pakai-buang like reagents and kits.
Consumables la yang palingggggggggg busy sebab hari-hari ada request, hari-hari customer purchase. Tak macam instrument, orang tak beli hari-hari.
Hari pertama join company tu kebetulan meeting day.
Lepas habis meeting dia bagitau aku next week dia nak aku present report semua sales consumables sejak tahun 2005.
SEMUA!
Sebab dia cakap rekod sales dulu semua tunggang-langgang.
Dia tak reti nak trace consumables progress sebab dia bukan orang molecular. Dia tak paham DNA DNA ni semua.
Dia adelah orang chemistry.
So dia nak aku compile data and present supaya dia paham.

Masa dia ambik aku tu, consumables division baru di-setup, and aku adelah satu-satunya orang yang keje kat division tu. Memang aku sorang yang kena extract data lama, run the division and come out with sales plan. Luckily aku memang dari market yang sama, so pandai-pandai aku la nak trace customer, nak carik new customer, nak plan promotion, nak atur inventory, bla bla bla bla.

NANGES.
Memang aku nanges nak siapkan report.
Next week tu, report aku tak memuaskan. Selamba tapir dia lempar report tu kat muka aku depan semua orang dalam meeting room.
Memang aku expect pun dia akan mengamuk sebab aku pun naik pening tengok data-data yang berselerak. Mana nak study produk lagi. Mana Mana nak buat daily routine lagi.
Tempoh dia bagi cuma seminggu.
Tapi aku tak salahkan dia.
Sebab aku yang taknak 'berkorban'. Dah tau data banyak, masa pulak just seminggu, tapi aku tak stay back.
Nak stay back pun satu masalah gak.
Aku stay back sampai 9 malam pun En Wan dah bengang.
Balik rumah bawak keje-keje pun En Wan dah masam muka.
En Wan cakap dia tak suka tengok aku obses dengan carrier.
Masalahnya bukan obses. Dia tak tau ex-bos aku spesis puaka.

Adat and budaya serta kepercayaan membuatkan kita terpaksa bataskan kebolehan kita.
Orang melayu, Islam, especially perempuan berkahwin memang payah sikit nak keje long hours.
Kena jugak balik rumah, uruskan rumahtangga, kita nak kejar dunia sangat pun tak boleh jugak kan.
Sometimes situasi macam ni agak payah nak explain.


 Report bulan terakhir. Sehingga Sept je sebab pastu aku dah benti.
Tapi forecast aku sempat buatkan sehingga Dec.



Aku masih simpan semua keje-keje aku dulu.
Report-report ni semua sangat bagi kesan kat aku.
Memang report-report ni berjaya ubah cara keje aku.
Bukan 2 sheet je okeh.
Tapi 8 sheet, EVERY WEEK.
Memula kena buat summary, pastu kena ada sheet tunjukkan pecahan segala tok nenek.
Forecast pun takleh main hembus je "Next month I target 3 juta"
Memang nanges la kau kalau tak cecah 3 juta next month.
Kena tunjuk dia how kau boleh dapatkan 3 juta tu semua dengan secara detail siap costing, cara kira, bla bla bla...

Report-report lama ni la yang jadi template sales report aku skarang.

Since insiden report kena lempar kat muka tu aku jadi makin geram ngan dia and aku nak tunjuk kat dia, dia takleh kalahkan aku. Hahahahah.
Memang selepas kes tu, every Ahad, aku akan emailkan siap-siap report aku pada dia supaya dia boleh go thru and pahamkan before aku present next day.

Ex-bos aku ni macam Miranda Priestly, ko jangan tanya dia soalan yang jawapannya ko boleh carik sendiri. Dia punya statement and arahan selalunya pendek-pendek je.

"Arrange for monthly lunch"
Jangan tanya nak makan apa, dia prefer makan kat mana..just don't.
Dia jenis tak kisah. Janji lunch.

"Make copies"
Jangan tanya berapa banyak.
Just pastikan yang dia suruh buat copy tu dokumen apa.
Berdasarkan dokumen tu ko kena identify siapa yang perlu diberi, banyak tu la ko buat copy.

Mula-mula memang sakit jiwa, sakit hati!
Tapi lama-lama aku blaja banyak dari dia secara tak lansung.
Walaupun dia tegas, tapi dia sangat jaga kebajikan yang aku tak dapat dengan ex-exbos yang lain.

Ex-bos aku ni American Chinese.
Aku suka sangat dengar sleng omputih dia.
Kalau dengar kat phone, memang kau ingat ko cakap ngan minah salleh.
Masa bulan puasa, meeting berlarutan sampai 830pm.
Takde sape ingat aku sedang berpuasa sebab aku sorang je islam dalam company tu, and takde dengar bunyik azan. Tapi rupanya dia dah tengok waktu Maghrib pukul berapa hari tu. Tepat waktu berbuka, dia cakap "Diana, you got 10 minits".
Walaupun aku sempat minum air seteguk je sebab nak kejar waktu solat, but at least dia sedar yang aku sedang berpuasa.

Paling best, every month ada monthly lunch and semua orang akan dapat giliran untuk pilih nak arrange lunch kat mana. Time aku, aku pilih Hilton PJ. Biasa la. Ai mana reti makan warung. Kah kah kahhhh.
This is the only time kitorang boleh sembang dengan dia macam fren.
Dia memang akan buang jauh-jauh position dia sebagai boss time monthly lunch.
Siap boleh jalan ke kerusi sorang-sorang tanya "How's the food? You guys want more food?"
Dia sangat susah hati kalau kitorang makan tak puas.

Masa aku hantar surat resign, dia tanya adekah aku nak jump ke company lain, sebab kalau yes, dia takkan benarkan. Dia willing to naikkan gaji aku.
Tapi aku bagitau dia yang aku memang nak set up bisnes sendiri.
Bekerja dengan dia buatkan aku yakin aku dah cukup bersedia nak setup own company. Memang keberanian ni datang antaranya disebabkan dia.
And aku sangat happy bila dia offer aku continue work together with her

It's a win-win situation sebenarnya.
Dia takde pengganti yang boleh handle consumables division sebab aku yang create customer database. Selama ni hanya aku sorang yang handle customer comnsumables, so dia percaya tak mustahil aku akan convert customer untuk guna produk aku pulak. Jadi dia offer aku untuk carry produk dia with a very good margin.
Hmm...why not kan?

Walaupun aku ada good relation dengan customer, tapi nak promote brand baru akan mengambil masa. Apa salahnya at the same time aku continue carry brand dia. Takde la aku makan pasir sementara nak majukan brand sendiri.
Hidup kena bijak. Jangan sombong tak tentu hala :)

Dalam tempoh setahun tu, ada 3-4 kali aku ke opis dia untuk urusan stock.
One day tu aku datang on Monday, meeting day dorang.

Meeting room dorang bukan dalam bilik tertutup tau.
Company ni siling dia tinggi.
At the corner of the ofis tu, dia buat satu level yang dijadikan meeting room.
Tak berpintu, kau boleh dengar apa yang dorang meetingkan.
Masa aku datang tu dia tengah amukan dengan budak-budak sales dia.
"....she called the technical team at midnight just to confirm if she understands the instrument correctly. Effort! You do not have that!"

GEDEBANGGGGGGG.
Ntah apa la yang dia hempas.
Masak lah korangggg.

Pastu PA dia keluar sebab nak pass dokumen sambil senyum "She's telling others about you.."


Everytime aku baca balik email dia, aku akan jadi sebak.

Sejak sorang reader ni bagi aku link Devil Wears Prada, EVERYDAY aku bukak.
Tengok scene-scene yang boleh mengingatkan aku kat cara keje ex-bos aku.
Thank you Allah, for the memories.




KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS