2013-12-28

Naik


Kesian pulak aku tengok Prof Muhaya kena hentam.
Tapi lagi kesian aku tengok lebih banyak menghentam di luar topik sebenar. Nampak nau memang dari dulu tak suka kat Prof, bangsa yang tunggu time je bila boleh bash. Sekali dapat bash, habis segala benda dia korek yang off topik. Takpela, buat la apa yang korang rasa baik. Dunia ni bulat. Hari ni time dia kena bash. Tengok la lagi seminggu dua kot-kot time kita pulak yang kena. Tuhan tu kan Adil. Dia akan bagi semorang rasa. Cepat ngan lambat je.

Memang semua orang terasa sakit bila segala tok nenek benda naik.
Jangan sesedap anak tekak cakap kau kaya, apa adehal barang naik. Small the pieces.

Sangat silap.

Orang yang bergaji besar, let say sebulan RM50K, perbelanjaan dia bukannya 3K sebulan ya. Perbelanjaan dia menjangkau RM40K sebulan.
Mereka yang bergaji RM50K, selalunya akan beli rumah yang lebih besar, kereta yang lebih mewah, hantar anak ke kolej swasta, belikan kereta untuk anak, bagi anak allowance bulanan, pakai 3 orang pembantu rumah, sekali beli groceries RM2000 terus, etc.
Bila segala tok nenek kenaikan berlaku, dia juga rasa tempiasnya.

Dulu, barang dapur sekali beli, RM1000.
Now barang banyak naik, belanja dah menjangkau RM1500 sekali beli.

Dulu allowance anak-anak sebulan RM500.
Now dengan harga makanan mahal, minyak naik, dah kena bagi RM800 allowance.
Tapi gaji tetap 50K, tak naik-naik.

Kalau dulu sebulan boleh simpan RM5000 kat ASB. Bila semua benda naik, boleh la simpan takat RM3000 je sebulan. Tu pun kalau dia nak kurangkan menyimpan. What if kalau dia memilih untuk maintain simpanan RM5000 sebulan? Maknanya, dia kena kurangkan perbelanjaan yang lain.

Untuk orang yang dah biasa beli barang-barang dapur sebulan RM2000, adelah satu penyeksaan bila kena kurangkan perbelanjaan menjadi RM1000.

Untuk orang yang dah biasa hidupnya siang malam beraircond sampaikan dapur pun beraircond, adelah susah untuk dia downgrade diri dia guna kipas. Nak just on aircond half day pun rasa sengsara sangat. Sebab tak biasa hidup berkipas.

Untuk orang yang dah biasa seminggu 3 kali makan kat luar, adelah susah untuk dia cut perbelanjaan  makan di luar hanya 2 minggu sekali. Tu belum suruh stop terus tau. Baru cut je.

Untuk orang yang dah biasa sebulan shopping RM10K, adelah susah untuk dia kurangkan duit shopping dia menjadi RM5K sebulan.

Semua orang terseksa!
Bukan kau sorang je.
SEMUA!
Tinggal lagi how kita manage and susun balik perbelanjaan.
Samada kita nak atau taknak.

Untuk orang yang berbisnes, lagi la tertekan.
Kita nampak orang tu bisnes...banyak duit.
Itu yang kita nampak.
Yang kita tak nampak and buat-buat tak nampak?

Bila semua benda naik, people tend tu berjimat.
So, apa akan jadi pada orang yang berbisnes tu?
Sales belum tentu rancak, tapi gaji pekerja tetap kena bayar, sewa kedai tetap kena bayar, invoice supplier tetap kena bayar.
Pusing-pusing, sama je la semua orang.
Takyah la nak "merendah diri" sangat seolah-olah kita sorang je yang sengsara.
Semua pun sengsara jugak tapi ada yang memilih untuk do something rather than merungut.

August 2008, adelah bulan terakhir aku keje makan gaji.
Gaji akhir aku waktu tu was RM5K.
Lepas tu aku terus setup company, dan beberapa bulan selepas tu aku ikat perut dengan ambik gaji RM1500 saja.

Cuba letakkan diri di tempat aku pada waktu tu.
Orang yang dah biasa dengan gaji besar (waktu tu RM5K rasa dah besar dah), tup tup dapat gaji RM1500 je. Yes, masa tu kenaikkan tak melampau macam now, tapi kena ingat, waktu aku bergaji 5K tu, aku dah ada hutang kereta, hutang rumah, anak sorang, bibik sorang, dah pakai henfon, dah pakai credit card. Perbelanjaan bulanan aku quite besar time tu. Just imagine camana gaya aku nak susun balik perbelanjaan aku dari RM5K kepada RM1500 sebulan. Dulu, rumah aku bulan-bulan kena bayar around RM2200. Keta jam tu RM700. Blom keta En Wan lagik. Mana nak saving lagi. Mana nak gedebak gedebuk lagi.

Time tu, aku sewa ofis di Seri Kembangan sebab kawasan tu masih murah lagi berbanding nak setup ofis kat Subang Jaya. Tapi, nak pegi ofis, kena lalu 2 tol. Pegi balik, maknanya bayar tol 4 kali. Duit minyak ulang-alik ke opis, tu blom lagi duit minyak ke tempat customer. Masa mula-mula setup bisnes, aku banyak travel sebab nak jual and kukuhkan nama company. And the worst part, aku tak claim duit minyak sebab nak jimatkan duit company. Menangis toksah cakap la. Mujur ada En Wan. Boleh la tolong cover sikit-sikit. Tapi, En Wan pun makan gaji. Kalau Assistant Manager dia pun gaji RM6K, dia yang engineer boleh ke gaji 8K? Tak dapek derrr....bawahhhhhhhhh dari tu gaji dia okeh.

Sebelum tu, tiap kali beli groceries kat Giant, troli aku mesti ada sosej, fries, nugget, cheese, eskrim, jajan bla bla bla...banyak benda merepek.
Bila dah gaji RM1500, aku kena buang semua tu.
Betul-betul beli yang perlu.
Beli la jugak jajan 1-2, cuma dah tak mewah dengan jajan macam dulu.
Waktu tu terasa sedih jugak.
Ye la, kita dah biasa beli barang main sauk campak masuk troli, tetiba kena catu-catu.
Bukan senang nak didik diri mencatu bila kita dah terbiasa dengan sauk-menyauk.

Selama beberapa bulan tu jugak la aku and En Wan stop saving.
Mak Aji Pak Aji, ada pencen, takpe la jugak.
Macam mak mertua aku?
Takkan sebab aku takde duit maka mak mertua aku pun toksah makan?
Duit untuk mak tetap kena bagi.

Aku tak boleh takde bibik time tu.
Bisnes baru nak start, aku kena spend more time kat work, jadi aku sangat perlukan pembantu untuk bantu keje-keje rumah. So, gaji bibik tetap kena jalan.
Jadi, masing-masing kena susun balik perbelanjaan.

Mungkin orang akan cakap takpelah, at least gaji laki kau walau tak banyak macam AM pun masih boleh top up.
True, boleh top up.
Tapi kalau dulu perbelanjaan semua half-half, bila aku dah bergaji RM1500, 3/4 bebanan dah pass pada En Wan. Aku la nampak macam relieve sebab kurang contribution, tapi dia?
Ujung-ujung sama je.

Jangan tak tau, sementara nak tunggu bisnes aku ada di tahap selesa, kitorang penah skip bayar duit kereta.Bulan ni bayar kereta aku, bulan depan bayar kereta En Wan.
Gilir-gilir.
Tiap-tiap bulan bank mesti call "Cik...ada tunggakan ya bulan lepas.."
Tapi bank pun tak kejam, kalau kau skip bayar sebulan dia tak tarik keta kau. Atas sebab tu la kitorang skip bayar kereta. Nak wat camno...duit takdo. Gatal tolo nak bisnes. Hamek kauuu.

Disebabkan kitorang jenis yang suka berjalan, tetap kitorang pikirkan cara supaya kitorang tetap enjoy walaupun tengah susah. Ambik yang basic je. Pergi melancong pun takat lepas duit hotel and flight. Takyah shopping sangat. Tu pun berdikit-dikit simpan duit.

Makan luar tetap makan luar.
Cuma tak selalu.
Kalau dulu selamba makan kat mana-mana takyah tengok harga makanan, main hembus je.
Seminggu 2 kali makan luar.
Bila dah gaji sikit, sebulan 2 kali je makan luar, tu pun kat food court AEON, kat MekDi, kat restoran seafood yang tak class sangat. Jadiklah...bak kata orang, ukur baju kat badan sendiri. Bukan takleh enjoy, tapi berpada-pada. Janganlah buat diri kita nampak sengsara sangat. Enjoy tu perlu juga sekali-sekali untuk lepaskan tekanan, cuma takyah ikut-ikut orang la. Enjoy cara kita. Yang nak enjoy tu pun kita kan, jadi, buat apa yang kita selesa sudeyy.

Now aku and En Wan slowly susun balik perbelanjaan untuk adapt dengan segala tok nenek kenaikan. Insyallah, ada jalan keluar dari kesulitan ni. Yang penting, takyah la nak mengaruk tak tentu hala. Kalau betul nak mengamuk, pi mengamuk kat pembuat dasar. Mengamuk kat orang yang takde sangkut-paut, kejadahnya?



KLIK HERE : EPHYRA CONTEST
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET