2013-12-26

15 years



23 Disember tahun ni genap 15 tahun anniversary couple.
Gitu kauuuu.
Dah beranak dua kali pun nak celebrate lagi anniversary couple. Muntah remaja-remaja baca.
Memang kitorang lagi excited menunggu 23 Disember rather than wedding anniversary sebab date 23rd tu la yang membawa sampai ke today. Alhamdulillah.

Dah la on the day of anniversary tu dia buat dek je.
Bila aku ingatkan dia pasal anniversary tu gila kering la hati dia, dah la lupa kan, terus tukar topik pasal tusyen Redza. Berangin je aku baca. Tapi sebab dah masuk tahun ke 15 kan, so malas la aku nak hangin lama-lama. Sukati ko la. Sebab aku tau, paling-paling pun akan ada dinner sama-sama. So, takde hal sangat.

Selasa pagi, dia tak gi keje.
Aku ingatkan sebab dia ambik cuti sekali harung nak Krismas. Lagipun anak sedara and kak long ada lepak rumah aku dari last week. Maybe nak bawak jalan-jalan kot. Pikir aku camtu la.
Rupanya dia ambik cuti sebab nak bawak aku lari dari rumah.
Bercuti la konon.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...cuti kat KL je!!
Semata-mata nak berdua-duaan, anak-anak tinggal.
En Wan kata, pasni kalau nak berdua-duaan, hanya ke KL je. Biarla kena book hotel pun, janji kat KL. Dia tak suka travel jauh-jauh tak bawak anak-anak.

Just imagine, kau duduk Subang Jaya, tapi gi bercuti kat mana?
Kat Kolumpo.
Semata-mata nak beromen???
Gila desperate hoih.

Maka pukul 12noon bermula la "percutian" klitorang.
Kebetulan Kak Ngah buiat makan-makan kat rumah dia so satu rumah pegi. Jadi takde la haru sangat nak melarikan diri dari nampak dek panglima.
Dalam kereta, aku ni asik la bertanya, "KL hotel mana, bang?"

"Ada la..."

Aku cuak je ni.
Dia ni selalunya kalau berahsia, hasilnya akan gila bapak "surprise".
Padahal dia tak tau jalan ke hotel tu, tapi dia mati-mati taknak set GPS sebab nak seprise katanya!!!
Until la dah sesat barat, aku geram, aku paksa dia bagi alamat.
Taknak mengalah lagi ni, dia just bagi nama jalan je.
JALAN BABA.
Gila aku tak penah dengar nama ni.
Tapi bila aku set kat waze, nampak jalan tu area Pudu.
Kepala aku dah tune PARK ROYAL!!!
Yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Best! Best! Best!

Dah sampai depan Park Royal tapi dia masuk simpang lain.
Uikss???? Nak gi mana ni??
Aku dah pandang je muka dia.
Dia wat dek je.

Last-last dia masuk simpang shophouses yang entah celah lorong mana ntah.
Pastu stop.

"Ok, dah sampai"

BOUTIQUE HOTEL!!!!!!!!

Aku nangis okeh.
Nangis!
Not because aku tak boleh tido kat boutique hotel. No.
Zaman kecik dulu aku dah biasa dah tido hotel-hotel taraf takde bintang ni.
Cuma aku sedih sebab this is our anniversary. Tak boleh ke kau spend extra sikit just untuk aku?
Ini macam ada hati nak beromen ngan aku?
Nak geli-geli pun aku takde selera okeh.
Dah la celah lorong mana ntah hotel ni duduk. Yang aku tau dia belakang Hotel Furama.
Aku dah nekad time ni nak jalan kaki pi LRT.
Walaaupun aku tak tau celah mana nak naik LRT, gasak lah. Aku nak balik.

En Wan : Apa ni Di...meh la masuk dulu. Tengok dulu bilik dia camne. Kalau tak suka, kita carik hotel lain.

Aku : Macam ni je taraf Di bang? Hotel kedai-kedai? (Drama gila kau ayat aku. Nangis Mr Arrogant dengar)

En Wan : Masuk dulu.....


Lobby.

Aku masuk lobby nampak ramai mat salleh kuar dari lift, and ada yang lepak kat lobby.
Hmm....first impression masuk lobby - ok lah.
Takde la cikai sangat.

Hotel ni ada 5 tingkat.
And dia ambik 2 pintu kedai kalau tak salah aku.
Masa check in tu aku tak join pun. Aku terus duduk kat sofa lain. Taknak campur. Tensi ni.
Pastu En Wan panggil aku.



Receptionist tu mintak aku tick aku nak makan apa for candle lit dinner tonite.

Aku macam....errr???
Honeymoon Menu??
Candle Lit Dinner??

Memang la aku tau kitorang ni nak berhoneymoon, tapi dah la ko bawak aku pi boutique hotel, pastu ko nak aku tick makanan untuk candle lit dinner? Tolong jangan buat aku rebah boleh tak. Cukup-cukuplah "surprise" yang ada ni. Tapi aku nampak perkataan Lamb Chop, tick je la. Janji kambing.

Bila dah tick tu, receptionist tu senyum and cakap kat aku "Ok Ms, this your room access card. Wifi password FAIRYTALE. Your room is MONROE ROOM, one of our best suite."

Ada wifi.
Great.
Takde la aku mati kejung kat atas tu.

Masa bell boy tu (ada bell boy okehhhh. Don't play-play!) tunjukkan bilik, dia cakap "Enjoy your honeymoon, Sir"
Aku macam...yeah rite. Enjoylah sangattttttttt.



TADAAAAAAAAA!!!!!!

Our room.
Monroe.
Aku ternganga kejap. Sebab bilik dia sangat lain dari bilik di hotel-hotel lain.
And aku baru tau for that Monroe room, and kitorang check in on Xmast eve, harga dia almost 1K! Kat luar nampak cam rumah tumpangan hape je kan. Dengan terselit-selit kat celah lorong apa ntah. Tapi kat dalam class.
Rupanya hotel ni selain dari standard room, dia ada theme room.
And Monroe Room ni adelah Premier Honeymoon Suite.
Sebab tu ko tengok shower dia takde pintu. Yang ada pintu jamban je.
Gila kauuuuuuuu.
Sambil ko telentang baca sokabar kat katil, sambil bini kau mandi.
Tahan kau nak telentang je?
Wajib terjun sekali dalam bathtub.
Sape book bilik ni, takyah la bawak baju banyak. Bogel je la sepanjang masa. Senang. Jimatkan masa.





Dapat bilik cun macam ni, dari sentap, terus terasa horny.
Kejap pastu lobby call bagitau dorang setupkan candle lit dinner at 8pm.

Ok la tu, kitorang pun nak gi Berjaya Time nak layan movie kul 10pm. Sempat la makan dulu.


Walaupun lagi 2 jam nak dinner, order tetap order.
Macam biasa, club house sandwich.
Agaknya sebab nak Xmast, dia buat sandwich letak turkey and beef bakor.
Best jugak.
Maybe sebab lapor.
Maybe jugak sebab aku mentekedarah kuat. Apa pun aku balun.


Ni dalam lift, nak naik ke Tingkat 4.
Aku pun tak tau apesal mesti Tingkat 4 sebab coffee house kat lobby.
Tanya En Wan, dia diam je. Nak berahsia sangat lah konon.



Rupanya ada bilik khas.
Siap ada kelopak rose atas lantai dari pintu masuk ke meja makan.



Kali ni betul-betul candle lit dinner.....BERDUA.
Bukan berompek.


Setup kat dalam ni sangat cantik.
Gamba ni nampak cerah sebab aku set kamera nite mode, padahal dia gelap okeh.
Dalam bilik ni memang ada satu meja je.
Just the 2 of us.




Sebenarnya suasana dalam bilik tu gelap macam ni.
Memang sangat bertenang-tenang sekali aku ngan En Wan makan kali ni.
Yang penting takde sudu garfu bergelimpangan kat bawah. Tu yang penting.
Tapi disebabkan banyak sangat course dia, blom sempat main course lagi kitorang dah nak terbelahak kekenyangan. Sebab mushroom soup terlampau sedap, kitorang bantai sampai licin mangkuk. Mushroom soup kan potong selera makan sikit, so blom apa-apa dah kenyang.

Aku suka lagu-lagu yang dia pasang untuk dinner ni.
Sangat honeymoon mood sekali.
Semua lagu slow number from Elvis.



Appetizer.

Sedap, but ai is tekak jawa.
So appetizer gini ai is tak layan.
Lagipun aku mana boleh telah roti yang lembap-lembap like this. Burger aku pun tak penah letak sos and ketchup. Tekak takleh terima roti lembap. Roti musti kering.
Roti ni dah lembab dengan juice tomatoto and pineapple. Aku makan dua suap je.


 
 En Wan biasa la kan.
Aku ambik gamba dia pun nak ambik gamba.
Aku ye ye je sengih, rupanya dia ambik video.


Kiut je meja dia.
Siap ada love 2 bijik lagi.


Ni la dia culprit yang memotong selera main course aku.
Dah la lamb chop. Sian kambing tu aku makan tak abis. 2 suap je, pastu aku done.
Sumpah takleh masuk dah.
Kalau masuk suapan ketiga, konfem butang jeans aku tercampak.


Guwe punya kambing.
Mashed potato sangat mahveles.
Tapi honestly, kambing dia lagi sedap Mr Food.
Takpelah, aku pun memang kenyang pun. Tak abis.


En Wan gatal.
Dia tak suka ikan. And tak penah makan salmon steak.
Tapi konon nak kelainan la.
pastu lansung tak sentuh.
Dia kunyah fries je.
Aku kesian, aku tukar la plate aku ngan dia. Aku kan bangsa kau bagi la apa pun, insyallah kalau tak boleh telan semua, aku gigit la jugak sikit.
Tapi sorry la, aku memang takleh telan salmon sebenarnya.
Dah banyak kali aku try tapi tak jalan.
Semalam, aku gagahkan jugak la telan satu suap.


Ni baru gamba.
Yang tadi tu namanya video.


Pencuci mulut.
Frust betul aku tak dapat enjoy the food.
Pasni kalau nampak ada mushroom soup, tolak tepi!
Gila potong la mushroom soup ni.
Kalau brownies and eskrim ni ada mata mesti dia terkebil-kebil buat muka sardin aku tak sentuh dia.


Movie time!!!
Room gila romantik.
Dinner pun romantik.
Tapi movie layan Jackie Chan.
Boleh?
Boleh la...


En Wan sebagai model Superdry Hoodie dia.
Aku baru update form Superdry dia.
Yang size L kaler navy blue dah sold out.
Pastu ada tambahan size. Dia check rupanya ada sehelai size XL. Kaler grey only.
Nanti pepandai la klik kat link ya.


Kata honeymoon, kerusi bior la couple seat kan.
Hahaha...poyo.

Best gak citer Jackie Chan tu. Cuma tak banyak action sangat. Dah tua kot. Tak larat.



Sampai bilik dah kul 1 lebih.
Sorry la bang ya, aku nak tido.

Actually aku takut tau tido semalam.
Ye la kan, bilik penuh gamba Monroe kot.
Kang dia balik bilik dia kanggggggg.
Tapi sebab kepenatan, lama-lama tetido gak.
Aku tak sure la if KL ni memang tak bising, atau semalam semua duduk rumah celebrate Xmast at home, atau hotel aku ni terpencil nau sampai tak dengar bunyik sebijik kereta mahupun moto mat rempit pun.
Lena je kitorang tido takde bunyik-bunyik lansung.
So this is another point untuk korang stay kat hotel ni - TAK BISING.


Pagi tadi bangun rasa sunyi nau.
Selalunya ada la bunyik-bunyik yang mentensenkan aku nak tido lama sikit takleh.
Tapi bila panglima-panglima ni takde, terasa rindu pulak.

So kitorang decide, bangun, mandi, breakfast and balikkkkkkkkkk.






Food dorang boleh tahan juga.
Cuma takde la macam Hotel Berjaya tu.
Yang ni ada jugak bun, bread, croissant, kek, pasta, mee goreng, nasi goreng, buah.........mushroom soup again!
Best.
Aku tala cukup-cukup mushroom soup dia.
Soup dorang ni lagi best dari musgroom soup Berjaya. Tak tipu.


Ada jual merchandize dia sendiri okehhhh.




Macam ni je entrance dia.
So cikai.
Tapiiiii....bak kata En Wan, MASUK DULU.
Pasti nak datang lagi.
Kalau nak tau, level 4 now dorang tengah renovate untuk tamba new theme room.
Ni aku bagi korang jamu mata antara theme room yang ada kat sana.


Atlantis Room


Blossom Room


City Scape Room


Eiffel Tower Room


Euro Star Room


Fairytale Room
Boleh bawak anak. Ko laki bini tido atas katil. Anak ko tido dalam keta kuda feeling-feeling princess.
Tapi sebab aku takde anak pompuan, aku syak anak aku akan tido atas kuda.


Love Bug Room
Tido dalam keta volkswagen kuning. Ngeri.
Tetiba teringat dialog "Enchekkkk...boleh saya tumpang enchekkkkkk"


MJ Room.


Pink Fantasy Room


Princess Suite
Aku tengok harga dia peak season nak dekat RM1500 satu malam. Memang feeling princess sungguh.


Space Room


The King Room (Elvis)

Best tak?
Best kan???
Tu mesti pasni semua gugel nak book kan? Tapi tak tau hotel mana kan? Sebab aku tak bagitau lagi kan?
Hahahhaha.
MAISON BOUTIQUE HOTEL.

p/s : Aku lupa yang skinny jeans aku tu ada size XXL rupanya.
Nnati aku update dalam form ya.



KLIK HERE : EPHYRA CONTEST
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET