2013-12-10

Cuti yang melendirkan


Takde maknanya surprise!!

Kalau dah nama bawak bala tentera tu kan.
Tentera pulak bangsa yang bukan calang-calang punya tentera.

Jumaat pagi, around 9.30am kitorang gerak dari rumah, drive je. Park keta kat Skypark.
Patutnya pegi balik naik Berjaya, tapi Berjaya call dia terpaksa tukar saat akhir. Pegi naik Firefly, balik kang baru naik Berjaya. Elok gak, kalau tak, tak merasa aku naik Firefly.


Hari tu ada reader email aku tanya pasal skinny jeans.
Sebenarnya skinny jeans dah park dalam rumah aku ni nak dekat 3 minggu, tapi aku busy tak sempat-sempat nak upload. Kendian-kendian aku cerita pasal ni ya. Cuma nak tunjuk seluar yang aku pakai ni adelah salah satu dari warnanya.


 
 Aku berdoa janganla flight delay. Tak sanggup aku nak melayan silat gayung anak aku ni. Kerusi banyak kosong lak kat dalam tu, banyakla keje dia nak buat kan. Melompat dari satu seat ke satu seat pun sedap ni.
 

 Trip kali ni, aku berjaya simpan kegelabahan aku.
Kalau nak ikutkan, memang wajib aku gelabah sebab kali ni katebang pakai kipas okeh.
Dah la aku duduk tepi kipas tu. Orang kata naik Firefly ni bising, tapi aku rasa macam tak je. Macam biasa je. Cuma seriau la, kejap-kejap mata aku menjeling kat kipas. Mana la tau kan kot time aku duduk kat tepi dia tu jam tu la bilah dia nak bersepai, kang tak cukup tanah aku nak berlari kat dalam tu.


Rayyan memang takkan duduk ngan bapak dia la. Dia memang kalau boleh nak duduk celah kangkang aku terus. Berkepit dengan aku je pulak skarang ni. Dua minggu before berangkat, aku memang tak tukar doa lain selain dari mintak Rayyan ni behave kat atas tu. Over kan aku siap nak berdoa sungguh-sungguh padahal diri sendiri pun takut naik katebang. Bukan apa, aku ni sedia maklom la memang penakut so aku taknak la menambah stress aku kat atas tu mana nak handle aku nyer sawan lagi, nak handle Rayyan bersilat lagi.



Alhamdulillah, ditakdirkan Rayyan behave sesangatnya!
Apa taknya, flight belom take off dia dah padam. Pergi and balik lak tu.
Dia sedar dari tido masa touch down. Jangan kata dia, dengan aku aku sekali padam kat atas tu. Flight pun ok, tak gegar, cuaca cerah, memang smooth je la. Cuma masa keluar dari gate tu kan bunyik bising katebang kan, ok masa ni dia dah cuak. "Ma, gagok (takut). Kita balik laa..."
Cantekkkk muka kau mintak balik??

Aku tak sangka pulak dalam pada kau berkuntau tu rupanya penakut naik katebang jugak. En Wan syak Rayyan terkenan perangai aku time gi Gold Coast. Masa gi GC dulu, aku mengandungkan Rayyan 4-5 minggu kot, masa perjalanan balik tu AA gegar kuat 3 kali! Sampai aku benamkan muka aku kat celah kangkang En Wan la.
(Motif sorokkan kepala celah tu??)
Tapi perasaan aku time tu macam nak menyelamatkan diri la.


Firefly ok jugak, bagi juice, muffin and peanuts.
Tapi aku tak dapat la sebab aku membuta.


Landed :)
Langkawi pun cuaca cerah. Tak panas sangat, just nice.



Berjaya Hotel hantar orang untuk fetch kitorang, tapi En Wan lupa nak bagitau dorang yang dia sewa kereta. Senang sikit nak berjalan. Kitorang ambik Myvi, RM170/day.
Ok la, kereta pun baru.


Keluar dari airport, terus tuju hotel sebab badan aku dah berlengas, aku nak mandi dulu.
On the way tu nampak warung apa ntah tajuk dia lupa dah aku, tapi makanan dia bagus, banyak pilihan. Ada stall ikan bakar.


Aku punya : Cencaru bakor with kuah asam banjir and kerabu mangga


En Wan punya : Ayam bakor with sambal kerang


Redza dah tak nampak benda lain bila terpandangkan kepok lekor


Desert adelah cendol.
Bagus warung ni, sesape yang bangsa gila mentekedarah macam aku, warung ni adelah one stop solution untuk makan. Sebab dia ada lauk pauk, dia ada kuih-muih, dia ada cendol ABC lai ci kang segala. Cendol dia pun best, cendol banyak and kuah pun just nice.


Our Myvi :)


 Bila aku nampak pintu gerbang ni baru aku perasan aku pernah sampai sini dulu, tapi bukan ke hotelnya, cuma sampai ke cable car je. Tapi masa tu lama dah, zaman aku free hair lagi. Patut la on the way nak ke sana En Wan asik la tanya "Ingat tak Di masa kat sini dulu.....", "Kan kat sini dulu kita...."..... sorryyyyyyyyyyyyyyy. Guwa blur! Aku memang jenis payah nak ingat jalan kalau bukan aku yang drive, so jangan nak sentap la kalau aku tak ingat.


 
Hotel dia tersangatlah cantiknya.
Sangat privacy, sesuai kalau nak pi honeymoon.


 
 Kat sini shuttle sangat penting, sebab konsep dia adelah chalet.
Macam chalet aku ni walking distance je dengan lobby, tapi ngada-ngada nak naik shuttle gak.
Tapi kalau yang duduk dalam-dalam tu, kalau takde shuttle, mau lecak ketiak kau nak menapak. Tapi boleh kurus. Shuttle service sangat sangat sangat efisien. Kalau kau nak keluar pi makan kat lobby, just dial 4 and mintak shuttle datang. Kau boleh pilih untuk tunggu tepi jalan berhampiran chalet masing-masing, atau boleh tunggu dalam room je. Once shuttle sampai dia akan call kau.


 Jalan ke chalet kitorang.


 
 En Wan book Premiere Chalet.
Sangat pueh hati.


 
 Kitorang mintak extra bed.
So dorang datang pasang bedsheet kat sofa yang sedia ada ada dalam room tu.
Nice, takyah semak dengan tilam tambahan. Plannya Redza tido sini. Harammmmmm.
Penyudahnya, En Wan yang tido sini sampai ke sudah. Pastu nak muncung-muncung ngan aku kan. Eh kata nak bercuti bawak anakkkkkkkkk.
Pendamkan ajelah apa-apa hasrat di hati tu. Sape suruh.


 

 

 

 

 
 

Kepada yang belum sampai sini, meh aku bagitau korang chalet mana korang boleh pilih untuk lebih keselesaan.

Nampak tak yang aku bulatkan tu?
Ok yang tu chalet aku.

Yang berdepan dengan chalet aku tu betul-betul atas air adelah Executive Suite.
Masa aku sampai dalam room aku tu, aku macam tak puas hati sikit la sebab tak betul-betul tepi pantai kan, and aku nak kalau boleh dekat dengan pool. Masa ni aku belum nampak map Berjaya ni lagi. So aku call la front office kalau aku boleh tukar ke chalet Executive Deluxe ni. Tambahan RM500/nite cuma front office tu kata Premier Chalet aku ni lagi cantik sebab dah renovate. Yang Executive Deluxe ni dia kata unrenovated. Bukan la maksudnya Executive Suite tu tak elok, cuma dia masih all-wood. Aku rasa dorang slowly akan renovate suite tu.

So dia suggest aku ambik 'Premier Chalet on the water'.
Interior sama macam bilik aku, cuma dia atas air tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii hujung sekali.
Ko nampak map atas tu? Ok, Premier Chalet on the water tu belah kiri sekali, dekat dengan Thai restaurant. Yang tu tambah another RM350/nite on top of bilik aku duduk. Sabit dia duduk atas air je.

Bila aku tengok map ni baru rasa bersyukur aku punya chalet tu dah kira dekat dengan pool and laut.
Memang walking distance je pun rupanya. Kiranya, chalet aku tu di tepi laut, yang depan aku tu, atas laut. Just imagine yang duduk belakang-belakang tu. Aku rasa yang tu memang orang yang benar-benar cintakan kehijauan dan keamanan. Oh yes, sape taknak bersantai bersama monyet kat balkoni, sila ambik chalet depan-depan sikit sebab aku syak yang chalet belakang-belakang tu mesti banyak monyet tumpang lalu.


 
 Ni chalet Executive Suite depan chalet aku. Kalau air pasang, memang chalet ni duk atas air la.


 
 Ni Rainforest Chalet, dia dalam-dalam woods sikit.


 

 
 See?
Dekat je ngan laut.
Yang depan tu berderet semua tu Executive Suite.


 
Tebiat aku kalau masuk je room, benda pertama yang aku akan buat adelah check room service menu, lantas mengorder. Padahal tadi baru lepas lunch.


Selalunya, memang aku la yang nampak buruk lantak.
Sebab asik aku je yang order.
Tapi kan, ujung-ujung yang senyap tu la yang dulu-dulu kedepan makan.
Mushroom soup with garlic bread, 2 scoops eskrim and Berjaya Resort Club sandwich.



Lepak kejap, makan-makan, mandi, pastu zasssss terus keluar.
En Wan tak sesabor nak naik duckboat.
Sepatutnya petang tu aku jumpa member aku kat cable car tu. Dia dah call bagitau dia nbaik cable car kul 4.45pm. Aku pun cakap ok lah, aku nak keluar dah ni.

Tapi elok je aku sampai sana, lagi 10 minit duckboat nak gerak.
Takde rezeki nak jumpa member, padahal dah dekat nau.

Duckboat ni rupanya ada kat Malaysia jugak.
Masa kat Gold Coast aku nak sangat naik bendalah ni sebab nampak macam exciting gila boleh masuk dalam air bagai. Lagipun kat Malaysia takde, so everything kat negara orang semuanya nampak best kat mata. Padahal kat Langkawi ada dah. Cis.


 

 
Ducktour ni sejam sekali.
Tiket pun jual ikut seat, so dont worry, takde yang kena berdiri kat atas tu.
Kebetulan masa beli tiket cukup untuk 4 seat, just nice la untuk kitorang empat beranak. Sape yang pergi 6 orang terpaksa la tunggu next trip.

Tapi yang tak best tu seta dia kebanyakkannya 3-3. Macam aku takkan dapat duduk selonggok. So kalau korang nak pe ducktrip ni pandai-pandai la nak rebut seat. Kebetulan hari tu Redza, Rayyan and En Wan dapat duduk row depan sekali. Pegi la korang tiga beranak, biar aku rest kat belakang.


 

 

 

 
 Tour tak jauh mana pun, kat bay around situ-situ gak. Lalu depan kedai roti Tun Mahathir.
Cuma panas sikit la. Sebab cuaca pun kebetulan kering, takde angin sangat, pastu duckboat ni spesis itik tua kot, gila lembab bergerak. Berlengas muka aku. Kalau putih takpela jugak kan. Ni dengan berlendir, berpanas, memang pakej lengkap membiratkan muka la.


 

 

 

 
 Purple building - Kedai roti Tun.
Lalu depan ni tetiba sebak je...
Sangat mengimbau memori zaman keje dengan bos lama.


 Gamba harus blur la kan. Guwe pakai short kot time ni. Year 2007.
Kat port yang sama, cuma time ni waktu malam, berdepan kedai roti Tun.
Hujung sekali ex-bos aku yang gila garang. Rindu pulak nak dengar dia bertempik.


Yang ni boat untuk mencandat sotong.
Sebab tu banyak lampu-lampu.
Dari balkony chalet aku, malam-malam boleh nampak bot-bot tengah laut dengan lampu kaler hijau kuning. Dorang tengah mencandat sotong la tu.


 
 Masa untuk naik semula ke darat.


 
 Balik dari ducktour, terus masuk ke dalam Oriental Village tengok apa ada dalam.
Tak plan nak baik cable car petang tu sebab budak-budak sibuk nak mandi kolam.
So kitorang just masuk untuk beli seluar untuk dorang mandi.


Kesian anak aku.
Tak penah nampak kuda.


  
 Nak abiskan masa, layankan je la budak-budak ni bagi ikan makan.
Tapi tetiba si tua tu yang lebih-lebih.
Mula-mula aku pegang makanan ikan tu bagi kat Redza and Rayyan sorang sikit untuk tabur.
Tetiba je aku rasa macam fish feed tu dah ada kat tangan dia. Pastu dia pulak yang paling kedepan. Ujung-ujung dia naik syok bagi ikan makan.


 Balik dari Oriental Village, terus masuk room.
Aku dah taknak keluar dah. Aku nak rest.
Dorang ni semua tak reti penat. Salin seluar and keluar balik ke pool. Kali ni En Wan kata dorang tak panggil shuttle, nak jalan kaki je ke pool sebab dekat.




 Disebabkan aku tak join, so gamba pun tak banyak sebab tukang ambik gamba takde.

 




 En Wan ni memang rajin layan anak-anak.
Sebab dia pun suka berjalan. Tak macam aku. Aku memang lagi suka memerap. Lepak dalam bilik, makan, tengok tv, membuta. Eh kata bercuti, nak rest kan. Lagipun aku pi pool pi beach, bukan aku leh mandi pun. Kosser.


 
Macam tak penah jumpa air kan anak-anak aku?
Tak cukup kat pool, terjun pulak dalam laut, pastu masuk bilik, berendam pulak dalam bathtub. Apa tak kecut ke kulit dorang ni?

Nampak tak 'window' tu?
Aku mula-mula ingat ada kaca tau rupanya memang rompong macam tu. Dia tutup dengan blind je. Anak-anak aku ni bangun dari katil terus lompat masuk bathtub. Aku mati-mati ingat dia tutup kaca engan blind rupanya dia letak blind tu untuk tutup cover rompong tu je. Kensel terus plan nak mandi jemaah dengan En Wan. Tak dapat aku imagine tengah-tengah aku buat strip dance dalam tub sekali Rayyan selak blind "Ma, nak susu".  Mati syahwat.

 
Kat sana, every nite, dorang akan ketuk pintu and hantar kudap-kudapan.
First nite, dapat dodol.
Aku tak makan dodol, jadi En Wan bedal sorang.