Kat Berjaya, kitorang breakfast and dinner kat hotel je.
Lunch je baru makan kat luar sebab sekali harung berjalan-jalan.
Food kat Berjaya ni memang gila bapak best.
Aku frust gila tak dapat enjoy the food.
Nak enjoy cemana kan. Si panglima tu bukan boleh aku leka sikit. Depan bijik mata aku pun dia sudu garpu boleh terbang, apetah lagi kalau aku leka seminit dua. Entah-entah meja pun terbang.
Tapi at least dapatla aku diamkan dia barang 15 minit. Itupun sebab ada ikan bilis. Rayyan sebut ikan bilis - KOYIS. Dia memang suka rata ikan bilis. Sama je ngan Redza. Senang idup aku kan. Ikan bilis je anak aku mintak. Kaya dengan protein lak tu. Kaya dengan omega. (kata-kata dari seorang mak yang malas masak)
Pilihan makanan dia punya lah banyak.
Desert je aku rasa dalam 15 pilihan.
Kaunter salad dia je dah sampai 10 pilihan.
Aku ingat kat tengah-tengah je ada makanan, rupanya kat tepi-tepi tiang pun dia letak stall-stall makanan. Jenuh memusing nak tengok apa food ada.
Tapi aku jenuh pusing la, makannya tak sangat pun. Dah busy sangat menjaga Rayyan sampai aku pun hilang selera nak makan. Fenat okeh. Anak aku ni bateri dia long-lasting.
Tak main la anak ketam.
Ketam dia besar-besar penumbuk aku okeh.
En Wan dengan takde rasa bersalahnya ulang alik ulang alik cedok ketam.
Sardin gila muka kunyah ketam depan bini yang terkulat-kulat meriba anak.
Aku tak tau la nak nangis ke nak redha.
Crab corn soup!!!!
First time aku rasa soup ni masa aku outstation ke Bintulu.
Tinggal sorang-sorang kat hotel takde keje nak buat, aku order makanan. Masa tu aku nampak crab corn soup??? Ok, try. Sekali sedap.
Pastu kalau aku nak makan soup ni, aku akan beli soup segera Maggi. Maggi pun ada soup ketam ni tapi takde corn la, dia isi ketam (entah-entah artificial flavour) je.
Chef kat tepi soup ni baik.
Dia siap suggest aku patut makan soup ni dengan apa.
Mungkin dia tak tau aku ni jenis tolak batu ngan kayu je.
Takde bun pun takpe Chef, aku ni bedal aje apa yang ada. Janji sedap.
Chef tu suggest bun yang kat tray nombor 1.
Bun tu kalau kau makan sesaje, memang tawar hebeh. Macam kimex sket rasa dia.
Tapi betul cakap chef tu, cicah ngan soup crab corn tu terus klimaks. Sebab ada rasa manis-manis sikit.
Menjejes air lior.
Okeh yang orange jelly (tapi kaler merah) with mango ni aku ambik sampai 3 kali!
Dalam pada merungut kena jaga Rayyan tu, sempat gak aku rembat 3 round. Cuba kalau Rayyan takde, mau dengan dulang-dulang ni aku angkat pi meja.
Sedap gila jelly ni weh.
Pi Kedah tapi tak makan laksa, maknanya ko blom smapai Kedah lagi ya.
Laksa ni sebenarnya aku tak makan pun. Bukan taknak makan tapi tak sompek nak makan.
En Wan makan sampai nangis sebab dia kata pedas gila tapi sedap nak mampos.
...dan bini pun sedut bau je la.
Ni la sebab kenapa aku suka beli tote.
Sebab pengakhiran beg aku semuanya gini. Tempat letak barang dorang. Barang aku terselit kat tepi sekali - purse. Sampaikan spek bapak dia pun aku kena simpan dalam beg aku. Camana la tak rebeh bahu aku memikul beg. Sebab tu sape beli Ephyra aku bagi handbag organizer, mana la tau kot-kot ada yang senasib dengan aku kan. Hahaha. Start hari ni, aku dah up new promo untuk Ephyra. Pasti orgasma berganda korang nanti. KLIK HERE
Malam pertama kat sana, takde keluar ke mana-mana pun sebab masing-masing keletihan. Budak-budak tu pun tido awal sebab penat berjimba dalam kolam kat pantai semua. Dengan bapaknya sekali tumbang awal. Maka, dapatlah aku sambung baca buku. Gila best dapat baca buku dengan tenteram. Ingat nak baca buku kat balkoni la kan, konon menghirup angin laut sambil tengok bulan. Tapi aku takut tetiba kang nampak langsuir melintas terbang cantekkkkk depan mata. Dah la semalamnya tu aku pi layan telemovie Rumah Banglo kat tv. Cilanak betul cerita tu. Gila seram okeh. Sape tengok? Dia buat berdasarkan kisah benar banglo kat Shah Alam tu. Aku rasa telemovie tu sepatutnya replace filem Highland Tower.
Good Morning Day 2!
Ni chalet aku.
Rumah yang sepesen macam chalet aku ni semuanya kat tepi pantai.
Ada yang sebuah-sebuah, ada yang berkembar.
Interior sama, cuma yang berkembar tu sebab ada connecting room.
So kalau korang datang 3-4 family boleh la request satu building berkembar tu.
Macam chalet aku tu just nice la kalau aku datang sefamili - aku sebilik, sebelah bilik aku bibik and mak. Pastu mak aji boleh duduk atas, sebelah bilik dia pulak Ima and family. Camtu la kekdahnya.
Pagi tu jalan kaki je ke lobby.
First round...konon la.
Rupanya first and the last.
Plan nak makan macam-macam la pagi tu balas dendam dinner tak puas makan.
Tapi En Wan dah potong nafsu makan aku bila dia kata "Pasni kita naik cable car"
Dem!
Breakfast memang ok sesangatnya!
Dia punya mashed potato with mushroom sampai skarang aku terasa-rasa lagi.
Kali ni percutian aku lansung tak sentuh nasik lomak. Selalunya kalau breakfast tu aku belasah nasik lemak dulu, tapi kali ni tak. Sebab makanan yang sedap-sedap lagi banyak. Ai keliru nak makan mana satu.
Begini punya panjang nak naik ke???
Kem salaaaaaaammmm.
Aku paling nyampah menunggu. Kalau menunggu Remy Ishak buat show tahan la lagi. Ni menunggu nak naik cable car. Memang tak la. Aku kalau boleh nak lari je dari situ. Sorry la beb nak suruh aku naik. Alangkan katebang yang ada tukang bawak pun aku seriau, ni kan naik cable car buta-buta aku je kat dalam tu.
Tetiba dia buat announcement perkhidmatan tergendala sebab angin kuat.
Tak dapat la aku imagine cable car yang kat tengah-tengah tu tetiba stop sebab angin. Terbuai-buai je la ko kat tengah-tengah tu kan. Sumpah scary dowh. Aku sanggup kena denda cuci public toilet dari naik cable car.
Membawa la hati yang lara pi pekan Kuah beli cekelat.
On the way tu ingat nak masuk Makam Mahsuri nak kenalkan kat Redza. Padahal dah penah bawak dah tapi masa tu dia umur 4 tahun kot, tak paham apa pun. Now, bila aku ceritakan pasal kisah Mahsuri dia excited nak tengok makam tapi parking penuh la pulak. Takpelah, lain kali kita datang lagi ya? Susah-susah sangat balik kang bior aku je berlakon jadi Mahsuri. Konfem ko nangis tengok mak ko menghayati watak. Lagi sedih dari cerita Mahsuri. Konfem!
Dia ni pandai bergaya kalau bergamba.
Tapi gaya dia cenggini la.
Yang menyakitkan hati aku.
Buat badan bengkok, pandang tempat lain, sengetkan muka.
Motif please?
Borong sampai 40 botol minyak gamat.
Nak buat mandi.
Ok, inilah tujuan aku ke Langkawi.
Tidak lain tidak bukan, gi ziarah Haji Ismail.
Dapat pulak parking depan pintu, perghhh. Terasa diberkati niat murni tersebut.
Walaupun aku tak makan coklat sangat, baru berjinak-jinak nak makan coklat, tapi aku suka rumah aku ada snack. Sebab mudah kalau ada orang buat lawatan mengejut kat rumah, senang je, aku hulur je cekelat. Tapi kena check expiry ya. Cekelat kat sini bukannya fresh pun, dah berzaman duduk dalam ni, so pandai-pandai ko la carik cekelat yang boleh tahan lama sikit. Tapi aku rasa kalau expiry date dia January pun takpe lagi kot. Kit-Kat aku beli 3 paket Sabtu lepas, semalam aku tengok dah tinggal sepaket je. Redza buat Kit-Kat macam makan nasik.
Mula-mula bawak bakul, ujung-ujung tolak troli terus.
Masa nak bayor tu aku check apehal la banyak sangat cekelat dalam troli ni.
"Balik rumah nanti, Redza nak bibik masukkan dalam plastic kecik-kecik cokelat ni semua, Redza nak bagi kat kawan-kawan mengaji".
"Ada apa kat skolah agama?"
"Takde apa. Redza nak sedekah".
Kauuuuuu.
Insaf kejap aku.
Pastu beli ikan bilis pulak.
Ohhhhhhhh gila bestnya dapat jumpa port ikan bilis.
Dah la murah gila.
Ikan bilis yang biasa aku beli kat pasar tani PH ni RM4.80/100g.
Kat Langkawi ikan yang sama RM3.60/100g je.
Atas suggestion salah sorang reader yang komen yang FB, maka aku pun carik la Artisan Pizza ni.
Bagus, kedai baru open. Blom ada pelanggan lagi time ni.
Tapi aku tapau je.
Tak tenteram aku nak makan kat dalam kedai ni bawak Rayyan.
Yang ni tajuk dia double cheezy ke apa ntah. Tapi berlapis-lapis cheese dia. Sangat sesuai dimakan oleh mereka-mereka yang konfiden dengan berat badan walaupunnnnnnnnnnn......(sambung sendiri)
Redza makan 3/4!
Tapi anak aku tu memang hantu pizza.
Ni aku punya.
Mushroom soup with apa benda ntah roti ni tapi tak sedap.
Macam berangin sikit roti ni. Macam ada mint.
Aku kan cukup pantang makanan yang ada hawa-hawa mint.
Gula-gula mint pun aku tak berapa suka.
Teh sarbat pun aku tak suka sebab terasa nau kehanginannya bila minum.
Spageti cheese baked.
Boleh tahan, tapi aku prefer cheese baked Pizza Hut.
Lepas lunch, En Wan and anak-anak keluar. Nak naik cable car jugak jugak!
Silakan....aku memilih untuk melepak dalam bilik.
Lagipun aku migrain.
Aku kan cas puteri lilin takleh kena panas. Tapi aku puteri lilin yang special kes la. Kes-kes terpencil gitu. Dia spesis tak berapa nak cerah tapi still takleh kena matahari sangat, memang konfem migrain. Kira spesis rare la.
Kalau la Malaysia ni takde TV and sumber-sumber media, orang Langkawi mesti tak tau Pahang tengah banjir. Sebab Langkawi tak hujan lansung time aku pegi tu. Panas boleh tahan, sampai migrain kepala. Terus takleh berjalan. Melepek dalam bilik. Beli bam gamat kemain lagi secarton, tapi boleh pi tinggalkan semua dalam kereta. Maka aku pening la sorang-sorang dalam bilik tu letak towel basah je sudeyyy.
Ni pandangan bilik aku dari arah pantai.