walk on wings, tread in air: Seriesly???? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Seriesly????
2013-11-27

Semalam aku perasan ramai yang update pasal juta-juta-juta-juta.
Malam sikit baru aku tau rupanya RCW dah nak kawen ya?
Aku tau dia nak kawen tahun ni tapi tak perasan pulak dah nak dekat nau. Memandangkan dia pun tak jemput aku, pehal aku nak kisah kan? Hahaha.

Hari ni baca paper BH dorang printscreen komen-komen kat FB pasal wedding RCW yang makan juta-juta. 99% semua bagi komen tak setuju. Pendapat ilmuan agama pun ada gak. Senang cerita kebanyakkannya tak setuju dia buat grand sampai habis berjuta.

Cuma aku teringat balik majlis kawen aku.

Tahun 2001, time tu orang dah tak berapa nak hingin pakai khemah belang-belang.
Time tu orang dah start guna kanopi berwarna-warni.
Orang kampung bapak aku pun time tu buat majlis kawen dah pakai kanopi berlangsir.
Aku yang duduk di bandar and terdedah dengan macam-macam style wedding reception, masih lagi pakai khemah belang-belang. Nak jimat kos, kitorang sewa khemah dari UKM.

At least kat kawasan perumahan Mak Aji, di zaman tu, setiap majlis kawen, mesti ada sesi potong kek pengantin.
Aku takde. Sebab takde bajet.
Aku baru keje setahun dah gatal nak kawen.
En Wan lagi la. Dia tu gaji pertama tak dapat lagi dah selamba badak kawen.
Sampai sekarang, aku teringin nak potong kek kawen. Tapi dulu aku takde bajet.
Toksah kata 2 tingkat, kek setingkat pun takde duit nak beli.

Zaman tu jugak, kebanyakkan kenduri kawen yang aku pegi, mesti bagi bekas telur dari seramik.
Kira macam dah jadi benda yang murah sebab semua orang pun boleh bagi.
Tapi percayalah, plan asal kitorang adelah nak pakai plastik telur yang kaler-kaler tu.
Yang pakai stapler tu.
Bukan sebab nak bagi nampak klasik ye. Tapi sebab takde bajet.
Gila wehhh bekas seramik nak bagi sampai beribu.

Catering.
2001, hampir setiap majlis kawen dah mula guna khidmat catering.
Aku tak.
Masih lagi guna konsep gotong-royong.
Aku ingat lagi, malam nikah, cousin aku 2 orang (lelaki) and Ibal, tido dalam khemah lauk sebab nak jaga lauk jangan dimakan dek anjing.
Bukak pagar jaring kiri and kanan rumah sebab nak pakai rumah jiran untuk majlis makan beradap and tempat letak meja makan keluarga pihak lelaki.
Nak sewa khemah banyak-banyak tak mampu dikkk. Maka pinjam la rumah jiran.
Jiran lagi sebelah (rumah Aunty Faizah, owner The Little White Cafe), dijadikan tempah untuk basuh-basuh pinggan-mangkuk.
Jiran sebelah rumah Aunty Faizah pulak offer rumah dia untuk dijadikan port tempat nak bungkus-bungkus barkat-barkat tetamu.
Buat gotong-royong bukan sebab nak mengeratkan silaturrahim sesama jiran semata-mata.
Tapi nak kurangkan kos.
Catering mahal dikkk. Ahkak tak mampu.

Fresh flowers.
Setahun lepas bertunang, keje aku asikla membeli majalah pengantin.
Apa je la yang ada pasal pengantin, semua aku rembat.
Maka mulalah start berangan pelamin harus besar. Sebab keluarga ramai. Kang pakai pelamin kecik, tumbang pulak pelamin aku kan.
Aku nak fresh flowers keliling pelamin.
Calla lily flowers, feveret flower aku.
Pastu ada lilin-lilin aromateraphy.
Ada flower girl.
Konsep dalam taman.
.
.
.
.
Harammmmmmmmmmmmmm.

Pelamin mahal rupanya.
Lagi banyak kau bubuh atas pelamin, bermakna lagi banyak kos.
Cancel fresh flowers.
Cancel lilin.
Cancel konsep taman.
Aku opted konsep SUKATI.
Maka terhasilkan pelamin multicolor.
Apa kaler ko nak atas tu. Putih? Merah? Kuning? Biru? Semua kaler aku sapu. Ko ada?

Hantaran.
Ni lagi kesian.
Mak Aji ngan Pak Aji selamba je cakap dorang taknak hantaran.
Kalau pihak lelaki nak bagi sukatila nak bagi berapa pun.
Happy kan jadi En Wan?

Untuk hantaran hadiah pulak, kitorang beli ala kadar je.
Mungkin juga faktor zaman tu, tahun 2001. Belum sampai lagi trend hantaran bagi henfon, bagi laptop, bagi kamera, bagi kunci kereta, bagi beg tangan ribu-ribu...alhamdulillah la belum sampai trend tu lagi waktu tu.
Beg tangan campur kasut aku tak sampai RM300.
Takde hantaran barang kemas.
Takde hantaran jam.
Takde hantaran kosmetik.

Honeymoon.
Err..apa tu?
Hahahhhaha.
Sampai bajet honeymoon pun takde!!!
Hoih! Kesengkekkan apekah ini????

Tapi...
Alhamdulillah, keluarga kitorang, especially belah Mak Aji, memang arwah atuk dah didik and serapkan konsep "chip in" setiap kali ada di kalangan adik-beradik and sedara-mara yang nak buat keje kawen.

Aunty and uncle aku banyak bagi sponsor.
Hantaran perfume untuk En Wan, aunty aku sponsor.
Bekas seramik kaca untuk semua tetamu, aunty aku sponsor.
Cookies hantaran, boss Mak Aji sponsor.
Bekas bunga rampai, aunty aku sponsor.
Coklat, aunty aku sponsor.

Nak harap semua duit aku, memang bengkok beb.
Tu pun Mak Aji and Pak Aji sponsor kenduri, pelamin, bilik pengantin. Dah save banyak dah aku kat situ. Aku cuma keluar duit untuk hantaran, bunga telur, bekas kek untuk pihak lelaki, sewa and tempah baju, mekap, kad jemputan.

Sape tak suka dapat sponsor beb.
Ce citer.
Bila orang pertikaikan majlis kawen RCW, aku letakkan diri aku kat tempat dia.
Kalau lah majlis kawen aku dulu ramai orang sponsor, apetah lagi yang sponsor juta-juta, kau taknak ambik ke? Seriesly??????

Cuba bayangkan majlis kawen kau ada pihak yang nak sponsor kau pakai barang kemas juta-juta. Gamak nak tolak???
Beli belum tentu mampu.
Dapat pakai sejam dua jadiklah.
Nak tolak ke??? Seriesly????

Kalau kita ada bajet, tak teringin ke kita nak pakai wedding gown harga 2 juta?
Nak pakai baju harga 2 juta hari-hari dah macam batak sangat la pulak.
Sehari tu je la pun kita nak bergaya lebih sikit dari orang lain.
Sehari tu je la pun kita nak nampak gojes sikit.
Kalau ko ada bajet kaw-kaw, ko tak teringin ke nak buat baju merelip batu swarovski?
Nak pakai jugak baju sewa? Serieslyyyyyyy??

Aku dulu pakkal takde bajet.
Kalau ada bajet, aku dah mintak En Wan belikan aku cincin diamond lapanblas lampir.
Biar atas pelamin orang nampak cincin aku je. Memancor-mancor!
Tapi, kitorang takde bajet.
Dapat la beli cincin kawen tak sampai RM1000.
Cincin tu punyalah halus, tahun kedua kawen je cincin tu patah dua. Apa taknya, aku lenjan bawak basuh baju, basuh jamban, siang ikan segala. Mana tak patah.
Takyah cerita pasal cincin harga ratus ribu la.
Kalau masing-masing ada bajet 10K untuk beli cincin, ada ke yang nak pandang cincin belah rotan harga RM600?? Serieslyyyyyyyy???

Kalau ada orang sponsor kau gi honeymoon, toksah jauh la. Dapat gi Langkawi pun dah bagus.
Nak tolak???

Kalau ada orang sponsor nak bagi kek patblas tingkat, kau gamak cakap "Takpela, kitorang lebih suka bersederhana..."
Seriesli kah??

Betul.
Majlis kawen RCW sangat grand. Boleh dikatakan melampau sampai juta-juta.
Tapi itu kata kita. Kita bandingkan kemampuan kita dengan kemampuan dia, of cos la kita nampak wedding dia melampau. Sebab kita tak mampu.
Ce tanya Marion Caunter. Dia kisah tak dengan wedding RCW?
Wedding dia lagi grand okeh.

Kena paham.
Majlis RCW ni bukan pakai duit dia 100%.
Ada jugak orang lain sponsor.
Dah ada orang nak ringankan beban dia, kalau bagi kat kita, kerat jari la kita tak terima.

Jangan ingat kita je berduit. Dia pun berduit jugak.
Dia keje.
Dia ada bisnes.
Bakal suami pun keje.
Entah sedara-mara dia pun amalkan konsep chip-in sape tau.
Dia nak merasa majlis dia buat besar-besaran, apa salahnya.
Kau nak ke kawen ala kadar??

Jangan hanya pandai keluarkan komen yang bukan-bukan kalau kita sendiri tak cukup kuat nak melaksanakannya bila tiba giliran kita.
Kita kata kita buat majlis simple-simple. Sangat sederhana.
Simple kita tu yang macamana?
Kita kata majlis kita bukak 2 khemah je. Makan lauk kampung. Sanding pun takde pelamin, cuma letak kerusi untuk bergambar.
Jangan lupa, ada orang yang lansung takde sanding, cuma jamu tetamu makan je.
Ada juga orang yang lansung tak buat majlis. Nikah and balik.
Jadi, kita letakkan kesederhanaan tu atas kapasiti apa?

Ingat lagi tak Putra Mahkota Brunei punya wedding?
Aku ingat lagi news dorang cakap "Ini adelah perkahwinan paling sederhana dalam sejarah perkahwinan diRaja Brunei"
Sederhana dorang, tak sama macam sederhana kita okeh.

Cuma silapnya RCW ni sebab dia public figure.
Apa dia buat semua orang tau. Kadang-kadang dia pun tak suka nak war-warkan. Dia pun dah selalu kena hentam, dia takkan bodoh nak canang cerita yang boleh menyebabkan dia dihentam bertubi-tubi lagi. Tapi tu la kan, dah nama celebriti. Padahal kalau anak raja baca news perparation wedding dia agaknya anak raja tu gelak je.
"Ceh, takat banyak tu je???" kata anak raja tersebut.

RCW ni cuma artis je.
Janda lak tu.
Kawen pun dengan artis jugak. Bukan kawen ngan anak raja.
Nak buat grand sangat buat apa.
Berlagak.
Show off.
Riak.

Kan?
Kannn???

Terer kan manusia?
Kita boleh teka dalam hati orang tu ada perasaan riak.
Tapi dalam hati kita ada perasaan dengki kita tak perasan.

posted by aveo757 @ 9:55 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER