2013-11-21
Takdir
From: Muhammad
Sent: Wednesday, 20 November, 2013 12:12 AM
To: Diana Ishak Subject:
Re:
Salam,
Pertamanya hati-hati dengan niat orang-orang tertentu dalam bertanyakan hal agama kepada kita.
Banyak kes persoalan kecil akhirnya jadi isu besar dan dapat membingungkan kita sendiri contohnya bila dia mula sampai ke soalan :
"kalau semua benda Allah buat, siapa pula buat Allah?"
"Tak logik kejadian tanpa mula ciptaan".
Itu semua mainan syaitan untuk menggoyangkan keyakinan kita dengan cara kita tak sedar. Astaghfirullah.
Berbalik kepada soalan, semua agama biasanya ditegakkan dengan keyakinan.
Keyakinan itu kita namakan keimanan dalam agama Islam.
Begitu juga agama lain, yang mendorong penganut agama menjalankan kehendak agamanya ialah keimanan.
Beriman dengan Allah mendorong muslim menjalankan kehendak agamanya, dan menghalang daripada berbuat larangan agamanya.
Soalan ini jawapannya ada ditulis salam surah Al Baqarah ayat 1 hingga 5.
Alif laam miim,
Inilah Al Kitab (Al Quran) TIDAK ADA KERAGUAN BAGINYA, PETUNJUK BAGI ORANG BERTAQWA.
Iaitu mereka yang BERIMAN DENGAN BENDA GHAIB, mendirikan solat dan bagi sebahagian daripada rezeki mereka, mereka nafkahkan.
Dan mereka yang beriman dengan apa yang diturunkan kepada mereka dan yang turun sebelum daripada mereka, dan PADA HARI AKHIRAT ITU, mereka menyakini.
Itulah mereka yang mendapat PETUNJUK DARIPADA TUHAN MEREKA, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Agama tidak boleh dihujahkan dengan logik semata-mata. Sebab itu seperti ayat di atas, percaya dengan benda ghaib adalah satu syarat utama dalam beragama.
Semua agama ada ketidaklogikan dalam doktrinnya.
TETAPI, Islam membawa tanda-tanda kebenaran dan kekonsistenan serta kitab yang tidak boleh disalahkan.
Cubalah 'ujian mencari salah' daripada Al Quran, nescaya tidak akan berjumpa sesuatupun yang boleh disalahkan.
Sudah banyak Sarjana Non-Muslim yang akhirnya memeluk Islam kerana mencuba ujian ini.
Mukjizat ini tidak boleh ditandingi seluruh jin dan manusia.
Malah, Nabi SAW sendiri adalah ummi, tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis, maka bagaimana seorang yang ummi boleh mereka ayat Al Quran?
Kembali kepada soalan, bagaimana Allah menyusun nasib manusia bukanlah kerja kita untuk menilai.
Manusia diberikan akal, dengan akal manusia boleh berfikir dan menilai.
Benar nasib manusia sama ada di syurga atau neraka telah ditentukan.
Tapi, adakah kita tahu kita di mana?
Kenapa Mr X pasti dia ahli neraka?
Dari mana dia tahu?
Andai manusia yang yang sudah ditentukan neraka baginya,(na'uzubillah) tidakkah wajar Islam menyeru dakwah bagi mengeluarkannya daripada takdir itu kerana tidak ada sorang manusia pun yang tahu siapa dikalangan ahli neraka.
Kalau begitu, apa guna Nabi SAW masih berdakwah di sisi Abu Talib ketika beliau nazak sedangkan Abu Talib dikehendaki Allah untuk berada di dalam neraka (mengikut tafsiran jumhur ulama).
Kita tau sekarang, sekiranya Abu Talib disahkan Islam dengan seruan baginda Nabi, sudah pasti masyarakat quraish akan mengwar-warkan bahawa baginda Nabi menyihir Abu Talib untuk menerima Islam kerana hubungan baiknya Abu Talib dengan baginda.
Allah Maha Bijaksana, lihat bagaimana Nabi diummikan dengan sengaja oleh Allah, menolak sama sekali bahawa Nabi merekacipta ayat Al Quran.
Allah Maha Bijaksana, lihat bagaimana Abu Talib dikekalkan Allah dalam kesyirikan, menolak sama sekali Nabi SAW menyeru dengan sihir dan tipu daya.
Kita manusia, cukup sekadar merendah diri mengikut Islam sebagai agama kita, kita bodoh untuk menilai kerja-kerja Allah.
Bukan martabat kita.
Terimalah agama ini dengan hujah dan cara mengikuti pelajaran. Carilah ilmu. Belajarlah .
Untuk sampai ke persoalan sebegini, kita perlu belajar banyak benda untuk mendapatkan kefahaman yang kukuh. Apabila kita faham ilmu-ilmu lain, dengan sendirinya kefahaman kita terhadap isu ini akan hadir. Seumpama, Al-Quran. Ada lebih 6000 ayat di dalam Al Quran, kenapa Alif Laam Miim yang ingin dicari pengertian?
Wallahu'alam.