Aku dapat ni dari sorang reader.
Dia tanya apa pendapat aku.
Pendapat manusia berbeza-beza.
Tapi kalau tanya aku, benda pertama yang aku tanya balik "Apa motif Yameen Ansari ni?"
Aku belum jadi customer Fareeda tapi aku ada gak la 3-4 kali masuk FB Fareeda ni untuk tengok tudung-tudung dia. Aku rasa Fareeda ni ada je jual tudung labuh. Yang labuh macam telekung pun ada. Aku konfius tujuan orang ni bantai Fareeda. Sebab kalau benar dia inginkan tudung yang labuh yang mematuhi syariat, kat Fareeda ada je. Melainkan dia nak pakai tudung yang bertingkat-tingkat tu tapi sebab mahal nau, maka dia twist supaya jadikan isu lain.
Kalau ikut pemahaman aku berdasarkan reply pihak Fareeda ni "kami adelah syarikat yang menjalankan perniagaan dan takde kena-mengena dengan urusan dakwah dan keagamaan" tu adelah dia men-refer kepada persoalan tukang tanya tentang keinginan nak mendidik muslimah bla bla bla bla....
Betul la apa dia cakap tu.
Fareeda tu kedai jual tudung.
Bukan pesantren.
Jangan lah twist kakkkk.
Bukan maksud yang Fareeda ni tak ambik port pasal dakwah.
Dia maksudkan yang core bisnes dia adelah jual tudung dan bukannya mengajar kelas agama orang dewasa.
"...mengambil kesempatan bersifat materialistik.." tu pun aku tak berapa nak faham motifnya.
Tanya balik pada diri kita, adekah penjual tu yang bersifat materialistik, atau kita yang tak sedar diri?
Kalau semua penjual nak ikut selera kita, nak ikut kehendak kita, nak ikut style pemakaian kita, baik kita je ambik Fareeda ni jadi perunding imej. Kita punyakan terus si Fareeda ni. Senang, dia leh custom ikut selera kita.
Belajarlah tepuk poket sendiri.
Tengok diri kita balik.
Pastu tanya, kita mampu ke tak.
Kalau kita belum mampu, silakan carik alternatif lain.
Ada je orang yang jual tudung ala Fareeda, tapi kenapa kita taknak opt for Fareeda yang tiruan?
Kan itu pun alternatif?
Sebab apa kelas pakai yang tak ori kannnnn.
Kang apa pulak member kata pakai tak oriiiiii.
Nanti takde label FAREEDA kat tudung.
Yang tak ori kualiti tak se-best Fareeda.
Yang tak ori, tak secantik Fareeda.
Kaler tak glow lah apa lah.
Bla bla bla bla....
Eh tau pulak??!
Nak cantik, tapi nak murah.
Bukan takde yang murah dan cantik.
Ada.
Tapi bukan kat Fareeda, sayang. Mungkin ada kat kedai lain.
Kalau kita nak jugak Fareeda, maka kita kena bersedialah ikut harga Fareeda.
Bukan dia ikut harga kita.
Macam kita beli beg.
Nak Chanel ori, pegi la kat butik.
Nak yang sebijik sebijon macam tu, beli je la yang gred AAA.
Sama, cuma tak serupa.
Tapi kalau dah kita tak kisah, ape salahnya kan.
Masalahnya, kebanyakkan kita kisah.
Nak yang ori, tapi banyak komplen.
Tapi, bila baca balik..hmmm...betul ke komen tu sebab Fareeda tak mematuhi syariat?
Yang ni apa eh?
Tak cukup labuh?
Labuh macam ni cukup?
Aku tak nampak apa yang tak mematuhi syariatnya.
Ada je pilihan ko nak labuh takat dada, labuh perut, labuh takat peha...antara nak ngan taknak je.
Tapi mungkin sebab yang labuh tak se-gah yang pendek bertingkat-tingkat tu, maka kita twist la isu ni supaya nampak salahnya pada penjual. Yang baik semua kat kita.
Bukan ke pilihan di tangan pembeli?
Gunakan lah hak membeli tu.
Penjual hanya berikan kita pilihan.
Kalau kita rasa A sesuai untuk kita, ambik.
Kalau A tak sesuai, cariklah B.
Takkan la penjual nak jual A manjang.
Dia hanya mempelbagaikan pilihan.
Bila tudung tu pendek, kita kata tudung tu tak mematuhi syariat.
Bila tudung tu dah panjang sikit, kita kata mahal. Pun tak mematuhi syariat katanya sebab menggalakkan pembaziran.
Bila baju tu ketat, kita kata menampakkan tubuh badan.
Bila baju tu longgar kita kata eh baju straight cut pun mahal ke?
Ni semua bukan apa, sebab nak beli, tapi harga mahal.
Ce Fareeda tetiba turunkan harga tudung tingkat-tingkat dia kepada RM40/sehelai, mesti tetiba semua jadi syariah comply.
Same goes to produk Prof Muhaya.
Tadi kata nak pakaian yang mematuhi syariat.
Bila ada orang jual pakaian mematuhi syariah punnnnnnnnnn banyak yang komplen.
"Mahal sangat"
"Biarlah bersederhana"
Yang kena bersederhana ni sape sebenarnya?
Kita ke, penjual?
Kalau kita ada RM10,000, beli baju harga RM400. Itu namanya mampu.
Kalau kita ada RM1000, tapi beli baju harga RM400, itu baru namanya membazir.
Jadi, silakan check poket masing-masing.
Jangan kerana kita tak mampu beli, maka kita anggap semua orang tak mampu beli.
Tapi selalunya yang tak mampu beli ni la yang suka keluar masuk kat kedai/page barangan mahal.
Pastu bila tak mampu beli, keluarkan la segala fatwa dalil ayat Quran nak bagi sedap hati sendiri.
Kalau itu yang boleh menyedapkan hati kita, silakan.
Tapi tolong hormat penjual.
Bukan semua kedai jual jubah harga RM400.
Ada je kedai yang jual jubah harga RM90.
Tapi kalau kita mati-mati nak juga jubah yang harga RM400 tu, sendiri mau ingatlah.
Ada jugak orang yang berpendapat "Belanja ikut kemampuan tu tak relevan sebab menutup aurat tak semestinya dengan pakaian yang mahal"
Ulang balik "....Belanja ikut kemampuan tu tak relevan..."
Kenapa pulak tak relevan ya?
Tak relevan kepada siapa?
Tanya diri kita.
Sekarang ni siapa yang tak mampu?
Kita tak mampu atau semua orang tak mampu?
Adekah bila kita tak mampu beli jubah harga RM300 maksudnya jubah tu terlampau mahal?
Adekah bila kita tak mampu beli maksudnya semorang pun tak mampu beli?
Yakin ke kita yang jubah harga RM90 tu tak mahal?
Tak mahal untuk kita adekah maksudnya tak mahal juga untuk orang lain?
Masih ada orang yang tak mampu beli baju kurung harga RM60 ya.
Jadi "belanja ikut kemampuan" tu masih relevan sampai bila-bila.
Kemampuan berbelanja tu adelah dari kita.
Bukan dari peniaga.
Peniaga tu menjual bukan untuk kita sorang.
Kalau kita tak beli, ramai lagi yang beli.
Kita kena belajar terima hakikat, kat luar sana, ramai gila yang mampu beli baju mahal.
Atas sebab itulah wujudnya butik-butik mahal, sebab ada demand.
Ada demand, ada supply.
Dia wujudkan butik tu untuk crowd yang tertentu.
Kalau kita rasa kita bukan tergolong dalam crowd tersebut, cubalah carik butik yang jual produk untuk crowd macam kita.
Umpama kita masuk butik Chanel.
Kita belum mampu beli beg harga RM17K, lojik ke kita nak tazkirah tokey kedai Chanel tu supaya turunkan harga biar semorang dapat rasa pakai Chanel? Lempang mau?
Kita sebenarnya yang kena tengok diri sendiri sebelum masuk kedai.
Kalau rasa belum layak, cuba gostan balik.
Takde sape nak marah pun kalau kita tak beli.
Konsep butik Prof Muhaya ni adelah SOLAT READY.
Baju untuk dibawak bersolat tak pakai kain lycra nipis jarang, kak long.
Pakai lycra tebal.
Disebabkan nak bawak bersolat jugak, harus fabric yang tak panas dan tak merimaskan supaya solat kita tak terganggu. Sebab itulah mahal sikit.
Apa ingat jual baju tu takat kira untung kat baju je ke?
Kos staff kena kira.
Kos sewa kedai kena kira.
Kos logistik kena kira.
Kos utilities kena kira.
Eh kata kat luar sana pun ada yang sebijik tapi jauh lagi murah.
Dah kalau macam tu, wat pe yang masuk page ni?
Pegi je la yang kat luar tu.