2013-11-11

Pergilah. Doakan aku sekali.





Reader ni cakap dia rasa dia tak banyak ilmu, dan banyak dosa. Rasa tak layak untuk ke sana.

Meh kita pandang dari sudut yang lain pulak.

Aku bukan motivator.
Tapi hampir setiap hari aku dapat email dari reader yang berkongsi masalah dengan aku and tak kurang yang minta pandangan.

Kenapa ya?

........Kerana semua itu terjadi dengan kuasa dan izinNYA.

DIA yang menggerakkan hati-hati manusia untuk berkongsi cerita dengan aku.
Dan DIA juga yang membuka laluan untuk reader ini datang kita ke rumahNYA.

Kalau Tuhan dah bagi laluan untuk kita ke sana, jangan lagi ada was-was, ragu-ragu, takut dan sebagainya. Pergi lah.
Bagus lah kalau kita ada perasaan kesal dengan dosa yang kita dah lakukan.
Kalau kita akui kita ni statusnya adelah hamba Allah, maka selayaknya kita ada perasaan kesal dengan kezaliman yang kita dah lakukan pada diri sendiri.
Atas sebab itu, gunakan peluang ke sana ini dengan sebaiknya.
Bukan semua orang dapat ke sana.
Kita kesana adelah atas jemputanNYA.
Kalau DIA tak jemput, DIA tak buka laluan, DIA tak izinkan, kita takkan sampai.
Bila lagi kita nak ke sana.
Sape tahu mungkin sepanjang hayat kita di dunia ni, selama 14 hari itu sajelah peluang untuk kita ke sana. Kalau dapat datang berkali-kali, alhamdulillah. What if kalau 14 hari itu sajelah rezeki kita?
Pergilah.
Jangan fikir-fikir pasal dosa.
Kita semua memang buat dosa.

Tak teringin ke kita dapat pahala yang berganda?

Satu perbuatan di Tanah Haram Mekah adalah bersamaan seratus ribu perbuatan yang sama di tempat lain. Just imagine, kalau kita berzikir satu satu sebutan 'subhanallah' di Mekah adalah bersamaan dengan seratus ribu sebutan yang sama di Gold Coast (contoh la).

Satu solat sunat di Mekah adalah sama dengan seratus kali solat sunat di tempat lain.

Sedekah satu riyal di Tanah Haram adelah bersamaan seratus ribu riyal di Airport Jeddah, walaupun dekat.

Datang ke sana dan beramallah, untuk gandaan ibadat yang tak terkira. Tapi jangan lupa, amal buruk juga diganda sedemikian, na'uzubillah.

Kita sebagai orang Islam janganlah taknak berkorban untuk melakukan amalan agama Nabi Ibrahim ini, yang hanya ada di Tanah Haram. Datanglah, berkorbanlah. Tinggalkan kesenangan kita di rumah, tinggalkan urusan kerja kita buat sementara, keluarkan duit saku dan belanja, sahut cabaran melaksanakan amalan agama Nabi Ibrahim ini. Kalau kita tak buat pun, berduyun duyun manusia lain sedang buat meninggalkan kita. Allah tidak perlukan amalan kita untuk DIA menjadi kuat. Dia Terkaya, Maha Kaya. Belanja kita untuk ke sana tidak akan mengkayakan Allah. Semuanya untuk diri sendiri, maka pergilah. Buat persediaan serba-sedikit tentang ilmu dan amalan-amalan umrah melalui pembacaan atau tanya kepada mereka yang lebih pandai.

Pergilah yang ini dulu. Biar ada sikit persediaan dan pendedahan sebelum sampai masa dan kuota kita untuk ke haji. Sekurang kurangnya kenal dan ingat penjuru-penjuru kaabah. Kalaulah boleh dijadikan rujukan, boleh refer pada entry Umrah aku dulu. Tolong doakan aku sekali ya.



Iklan 1
  


Stem cell product.
Bertahun-tahun yang lepas, one of customer aku, a doctor kat Hospital Ampang buat research pasal stem cell. Dek kerana selalu assist project dia, sampai skarang aku ingat lagi apabenda reagent and chemical yang perlu ada untuk kajian stem cell ni. Now customer aku dah sibuk buat kajian pasal lain, aku bajet lagi 4-5 tahun orang akan keluarkan produk based on technology research yang aku dok assist skarang....

Aku tak try product stem cell ni, so aku takleh nak explain lelebih. Kalau nak tau, sila contact sendiri orang yang jual stem cell produk ni : cdot (019-2992009)
Kalau dari sudut science aku just boleh bagitau yang stem cell ni adelah ibu cell, yang berupaya untuk membiakkan diri sendiri (mitosis) dan transform menjadi apa-apa sel pun. Itu dari segi sains. Kalau dari segi produk ni, kena tanya cdot ya.


Iklan 2





Iklan 3

PER: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN BULANAN GOLONGAN ASNAF FAKIR MISKIN & PENGURUSAN MADRASAH YANG MEMERLUKAN RM420,000.00 SETAHUN Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,

2. Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telah beroperasi sejak tahun 1994 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 60 orang pelajar lelaki, 30 orang pelajar perempuan dan 7 orang tenaga pengajar. 12 buah unit flat yang disewa untuk kediaman dan tempat pengajian pelajar lelaki berada di Blok A, Flat PKNS, Kg. Baru. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di sebuah rumah teres di Jalan Datuk Abdullah Yasin, Kg. Baru.

3. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz (hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Sejak bermulanya Madrasah sehingga sekarang, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada setiap pelajar adalah bertujuan ikhlas kerana Allah swt. Kesemua tempat penginapan dan pengajian (RM10,000), makan minum pelajar (RM5 x 100 x 30 hari RM15,000), elaun tenaga pengajar
(RM1,000 x 7 RM7,000), dan pengurusan Madrasah adalah sentiasa diharapkan daripada sumbangan masyarakat umat Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah RM35,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon sokongan dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.

4. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbangan Infaq, Zakat, Fidyah atau Derma daripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.

5. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad atau Maybank Islamic Bank Berhad diatas nama
"MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI"

CIMB BANK NO. AKAUN 1411 0000 4931 03
MAYBANK NO. AKAUN 5640 9850 1934

Resit pengecualian cukai, boleh diuruskan untuk setiap sumbangan RM300 keatas. Mohon hantarkan slip bank sebagai bukti sumbangan besertakan nama penuh (seperti di dalam K/P) atau nama syarikat (seperti di dalam pendaftaran), alamat penuh (besertakan pos kod) dan nombor telepon untuk
pengurusan penghantaran resit.

6. Akhir sekali jutaan terima kasih dan moga-moga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.

Sekian. Terima kasih.
Yang benar,

Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad
(Mudir Al Yamani)

No. 12H, Tingkat 8, Blok A, Flat PKNS, Jalan Raja Muda Musa, 50300, Kg.
Baru, Kuala Lumpur

Tel.: 019 341 2805 (Ustaz Emran), Faks: 03 2726 8899, emel:madrasahtahfizalyamani@gmail.com