Aku ni sebenarnya tak sihat dari Khamis lepas lagi.
Mula-mula dia datang sakit tekak gila kaw-kaw punya sakit tekak sampai nak telan air liur pun terbuntang-buntang mata. Until pagi Sabtu tu terasa darah kat tekak. Rupanya tekak terlalu bengkak, dokter suggest makan eskrim. Gila best ubat aku kali ni. Makan eskrim je?? Of crossssssss.
Dek kerana tibai eksrim macam tak pernah jumpa eskrim, terus dapat pakej batuk, selsema and demam sekali. Hah kauuuuu. Mendapat terus. Sampai aku tengah menaip ni pun selsema belum baik betul, batukl ada lagi sikit, tapi demam dah takde. Cuma tekak pun dah terasa ubat je, terlampau banyak telan ubat kot. Telinga aku pun macam bengang-bengang lagi ni. Aku kalau sekali dapat sakit selalunya dia akan drag sampai seminggu dua. Dia memang kasik betul-betul punya.
Sabtu lepas, walau sakit-sakit tu, tetap jugak aku ke Subang Parade.
Teman En Wan nak carik seluar slack la, kasut ofis la segala. Tapi tak jumpa. Aku pun tak paham apa benda yang dia tak berkenan. Member dah berbelas tahun duduk dalam kilang, dah sebati pakai kasut mesra-kilang, sekali next week kena pindah masuk suasana ofis, terus gelabah nak carik kasut baru. Nak carik slack bagai. Rupanya lagi senang dia teman aku shopping. Aku shopping takde cerewet nak redah sampai 10 kedai. Aku main sambar je sap sap sap sap sap bayor. Orang lelaki ni kalau sekali kena bershopping boleh mabuk aku melayan selera dia.
Last-last barang dia tak dapat, dapat barang Rayyan.
Ahad, birthday Rayyan, 3 November. Genap 3 tahun. Tapi sebab besday Redza hari tu tak buat majlis sebab baru je buat open house raya time tu, so aku janji buatkan sekali harung masa besday Rayyan.
Kat Subang Parade ada kedai toys baru rupanya. Tak besar mana pun, dia combine dengan barang-barang baby. Mainan pun untuk kids below 7 je. So beli je la hadiah untuk Rayyan. Jangankan tidak. Sebab aku penat berjalan tak bawak balik barang adelah merasa sakit hati ya. Jadi, harus bawak balik satu barang. Hadiah Redza takyah sebab bapak dia dah belikan beskal hari tu.
.....dan juga barang aku.
Nak beli facial foam Clinique tu je, tapi dah ada kat kaunter-kaunter perfume kan, aku singgah la jenguk apa ada. Teringat iklan si Julia Roberts tu. Aku pun pegi la kaunter Elizabeth Arden. masa ni aku memang lupa lansung apa brand perfume and nama Julia Roberts sekali. Tapi aku ingat brand dia start huruf E. So it's either Elizabeth Arden or Estee Lauder.
Aku : Apa perfume you yang the latest tu? Yang model dia sape tu, pelakon Pretty Woman. (kampung gila ayat aku nak cari perfume. Macam nak beli tepung beras)
Kaunter : Pretty Woman? Siapa ya? Tapi our perfume yang baru yang ni (tunjuk botol)
Aku : Oh bukan ni. Saya ingat botol dia camne, tapi lupa la. But memang brand dia mula dengan huruf E. Maybe Estee Lauder kot. Takpe ya, thank you.
Bergegas pi kaunter Estee Lauder.
Aku : Nak tengok latest perfume you. Yang model dia pelakon Pretty Woman tu. (seriesly masa ni la boleh terlupa nama Julia Robert)
Kaunter : Huh?? Pretty Woman? Sape eh? Botol dia yang ni ke? (tunjuk botol)
Aku : Bukan..bukan...alamakkk. Boleh terlupa pulak nama pelakon tu. Ala, yang berlakon cerita Pretty Woman dengan Richard Gere tu.
Tang nama lelaki ingat pulak. Dasarrrrrrrr.
Kaunter : Ohh...Julia Robert!
Aku : Hah! Betul..betul..ada tak perfume tu?
Kaunter : Yang tu Lancome.
DANGGGGGGGGGGGGGGG.
Aku : Oh ye ke....sorry ya.
Takyah tunggu orang gelak.
Aku gelakkan diri sendiri dah.
En Wan ikut dari belakang sound "Kalau bab konfiden memang bagi kat dia"
Review dia : Perfume ni wangi. Memang la wangi kan. Mana ada perfume yang busuk. Kalau yang tak kena dengan hidung kita tu ada la. So this new Lancome fragrance tak kena dengan hidung aku sebab bau dia bau vanilla sikit. Quite strong. Tapi sedap jugak. Cuma aku takkan pakai selalu la sebab bila aku sembur terasa macam eskrim vanilla tumpah atas badan. Sape minat bau macam ni, boleh beli. Aku ambik botol paling kecik, 50ml dapat travel pack sekali.
Pastu cam gatal nak sambal Mademoiselle pulak.
Terus pi kaunter tanya "Apa botol paling kecik?"
Hahahahaha.
Ni namanya budget customer.
Jadi, aku sambar botol 35ml. Pun RM198 dah harga dia. Cukupla kot. Aku bukan pakai sangat.
Besday Redza and Rayyan tahun ni buat ala kadar je.
Selama ni celebrate sekali dengan open house raya.
Kebetulan aku pun tak sihat.
Jadi, jemputan hanya terhad kepada makcik dan pakcik saje.
Kek, tarts, pavlova aku order dari Jasmeen Home Delight.
Dulu masa Rayyan umur setahun, aku order dari dia gak.
Seb baik dia nak ambik order, sebab aku bagi short notice sangat.
En Wan la ni. Mula-mula kata nak celebrate, pastu takyah sebab nak pi holiday, pastu eh celebrate la pulak.
Moist chocolate cake. Memang sedap cake dia.
Cuma aku tak makan buttercream, jadi bila aku makan, aku buang cream.
But the cake sedap.
Mini pavlova
Blueberry tarts
Trifle Kak Ngah
Yang kat bawah ni, aku taknak explain.
Aku bagi gambar kronologi je.....
Agak-agak paham tak apa yang berlaku?
Huru hara.
Tetiba si Rayyan dah taknak bergamba pulak dah. Malu-malu la gitu. Nak je aku lempang sekali.
Nak pegang dia 3 saat atas riba boleh berpusing tudung aku.
Tema tahun ni Redza nak Chelsea.
Aku pun tak paham la Chelsea dari mana.
Layankan aje.
Elok je Redza potong cake, kawan-kawan dia sampai.
Ada sorang kawan dia tu sampai patah balik rumah pinjam iPAD bapak dia semata-mata nak snap gamba kek nak tunjuk makbapak. Macam-macam budak-budak skarang.
Sian Rayyan kan.
Kawan-kawan abang dia sibuk hulur hadiah at Redza, dia pun sama-sama berdiri kat situ tunggu orang hulur kat dia. Hahhahaha. Takyah nak buat muka kesian sangat dikkk. Kau tu mana reti main permainan. Main kotak boleh la.
Anuar (cousin) and wife
Makanan lain like satey, mihun goreng, rojak tauhu, nasik impit semua aku letak kat meja dapur.
Sebab yang datang semua family kan, so aku hidang siap-siap kat dapur je. Malas aku hidang kat meja depan. Aku tau dorang lagi santai lepak kat dapur.
Rayyan suka kejerkan piano Pak Aji everytime balik Bangi, so kitorang belikan dia yang ni.
Ahad pasang, hari ni mikrofon dia aku tak tau mana pegi dah.
Sukati ko la nak.