2013-11-04

Hutang


Hari ni aku up status FB berkenaan dengan orang yang berhutang. Status aku tu aku tujukan pada orang yang berkenaan saje. Yang tak berkenaan takyah nak terasa. Mungkin bunyinya macam sama tapi asalkan korang takde sangkut - paut dengan aku, maka sila abaikan. Citer dia camni. 

Aku pun tak tau kenapa or maybe muka aku ada sikit-sikit tempias ceti agaknya. Takde la ramai sangat, ada la a few kenalan dari FB and blog yang mintak aku tolong sikit bila dorang terdesak. Itu takde hal. Sebab aku paham kalau tak terdesak mana ada orang yang sanggup tebalkan muka mintak pinjam duit kat orang yang kita tak pernah jumpa kan? Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Mana yang aku mampu je. Nak lebih-lebih silakan apply Bank Rakyat. 

Yang aku tensi ni bila ada yang pinjam tapi tak reti nak bayar balik pastu boleh gamak mintak tambah hutang lagi. Mintak pulak tak pernah bawah dari 1k. Kalau RM100-200 tu aku boleh la lagi pejam-pejamkan mata. Tapi kalau kali pertama dah 4 angka, kali kedua pun nak 4 angka. Masuk kali ketiga, aku dah naik menyampah. Elok - elok aku kesian dah jadi naik meluat. 

Nak terasa pun terasa la sebab sometimes ada orang jenis tak paham bila kita cakap berlapik. Memandangkan cakap depan-depan pun tak makan, meh sini aku tulis panjang kat blog sebab ko pun sah-sah baca blog aku kan. Mungkin ni lah makan dia.

Aku mengungkit?
Terpulang nak cakap apa pun.
Bahasa kasarnya mungkin mengungkit.
Tapi apa kata kita guna bahasa bank iaitu REMINDER.
Ni kira aku bagi reminder berbentuk entry.
Ni ala-ala MARA punya style la.
Bagi surat tak jalan, ujung-ujung up kat paper.

Ini bukan sumbangan atau sedekah.
Ini adelah pinjaman. And aku ada hak untuk mengungkit sebab kalau aku tak ungkit, yang berhutang takkan teringat dia ada berhutang ngan aku. 

Kali pertama mintak pinjam 4 angka. Alasan anak-anak nak masuk sekolah banyak pakai duit sebab anak yang sulung dapat masuk asrama. Ok, aku paham. Aku pun penah masuk asrama so aku tau memang banyak pakai duit. 

Dan bila dia approached aku melalui email, aku tak penah kenal dia. Dia claimed reader. Tapi aku yakin dengan kejujuran dia sebab dia bagi nombor ic, no tepon, blog dia, alamat rumah semua. Reason dia pinjam adelah sebab anak, jadi susah aku nak bersangka buruk kat wanita yang bergelar ibu. Jadi aku bagi pinjam atas percaya. Kesian kat anak. No, ini bukan sedekah sebab dia yang cakap ini adelah pinjaman. Akadnya adelah 'aku pinjam', bukan 'aku sedekah'. Kalau sedekah buat apa aku nak canang. 

Dia yang janji (bukan aku yang letakkan syarat), akan bayar ansur-ansur RM200 sebulan. Time tu aku iyekan ajelah. Aku taknak bebankan dia dengan syarat. Aku takde mention 'bayar la bila - bila ko ada duit' or 'ko bayar RM50 sebulan pun takpe'. No, aku tak cakap apa-apa. Bila dia kata nak pinjam, aku just mintak bank akaun and transfer. Done. 

After 2 years senyap. 
Aku hampir-hampir lupa until dia sms nak pinjam lagi. Kali ni dia cakap 'Sorry la, aku akan bayar balik sekaligus bila dapat bonus hujung tahun'. 
Fine. 

Now dah masuk November 2013 dah pun. Dah setahun lebih selepas pinjaman kali kedua, dia senyap. Tetiba aku masuk blog,  dia up cerita pasal pi bercuti (kalau aku sebut tempat kang senang lak orang spot). Siap tunjuk hasil shopping. Aku pun try la sms. Bukan nak mintak, saje je nak perli if dia ada masukkan duit ke dalam akaun aku sebab aku check takde. Eh tau-tau aku yang kena sound??? 

Sedap je aku kena sound tak memahami dia nak bawak anak-anak pi bercuti sekali-sekala. Macam aku dah biasa bercuti, dia setahun pun tak sekali (katanya la). Yang agak kelakar bila dia jadikan aku bershopping satu bebanan untuk dia sebab 'takkan kau sorang je nak merasa shopping'. 

Eh? 
Konfius. 

Sebab tiba-tiba macam aku pulak yang salah. Oh kiranya aku lah penyebab ko berhutang ni? Sebab aku cerita kat blog aku pi bercuti so ko tertekan yang kemudian menyebabkan ko terpaksa untuk tak bayar hutang sebab nak shopping??? Lawak apekah ini? 

Jenis macam ni la yang aku maksudkan kat FB tadi. Jenis yang tak tau malu berhutang. Aku tak faham konsep berhutang bertahun-tahun, RM10 sebulan takleh bayar tapi bercuti boleh. Shopping boleh. Walaupun ko claim ko shopping benda biasa-biasa je, cuti pun dalam negara je, adakah itu reason untuk aku halalkan hutang kau? 

Untuk yang belum pernah terkena memang senang untuk kita cakap 'halalkan saje' sebab kita ingat orang tu hutang takat RM200-300 je kan. Kot ye pun takat ratus-ratus, kalau sekali mungkin aku halalkan tapi kalau dah berkali-kali, cuba try satu kali rasa la tengok boleh halalkan ke tak. 

Nak lagi best dapat jenis yang dia berhutang makan tahun pastu melenting cakap kita tak memahami. Padahal aku tak mintak pun hutang aku. Aku perli je. Kalau melenting nampak nau makan cili kan. Seb baik bukti sms ada kat BB aku and BB tu pulak rosak. Kalau tak, aku angkut pi balai. Nak carik pasal pun biar la sedor-sedor diri. Ni dah cukup baik aku tak mention nama okeh. 

Ada satu kali dulu student U email aku cakap boleh tak aku purchase satu kasut ni online. Kena pakai cc tapi dia takde cc. Aku pun order kan lah, around RM900. Budak ni nak pakai untuk bertunang ke hape ntah.  Lupa. Dia janji akan bayar bulan-bulan. Alhamdulillah, less than a year dia bayar full. Walaupun ada satu bulan tu dia bayar cuma RM60 tapi at least dia bertanggungjawab. 

True, kita dapat pahala bila memanjangkan tempoh meminjam. Tapi rasanya kalau kepada yang pinjam berkali-kali tapi bayor tak reti-reti ni rasanya kalau apply konsep yang sama memang sampai ke mati la kejenya berhutang. Pastu bila mati mintak halal. Senang. 

Tu kalau yang pinjam mati. 
Kalau yang tukang bagi pinjam mati dulu?

Jangan nak ajar aku pasal tolak-ansur.
Bertahun aku buat dek, sampai aku sendiri boleh terlupa pasal hutang ni. Tak cukup tolak ansur lagi ke aku? Silap la ko pegi mintak pinjam lagi. Tak pasal aku teringat balik ko penah hutang aku. Patutnya ko gi mintak kat orang lain pulak. Tak gitu?  

Pada yang belum terkena memang la sedap anak tekak cakap halalkan aje. Bukan kerana jumlahnya ribuan maka aku taknak halalkan. Tapi sebab benda ni dah macam jadi budaya kepada si penghutang. Sometimes orang ingat kita senang dapat duit kalau ambik 2-3 ribu apa nak heran. Orang hanya nampak yang senang. Tapi orang tak nampak how susahnya kita nak mendapat senang. Tapi kalau ada yang rasa senang dengan hidup berhutang dan mengenakan orang lain, takpe. Buatlah. Mungkin dengan membagi kau pinjam duit tu akan menyucikan rezeki aku. Tima kasih leeee.

Konsep berhutang ni adelah bila kau mampu bayar, jadi boleh la nak berhutang. Sebab tu ko apply mana-mana loan dia akan tengok dokumen-dokumen segala. Siap ada penjamin bagai. Supaya yang bagi hutang yakin untuk memberi hutang. 

Tapi bila ko sendiri tak pasti kau mampu bayar balik ke tak, takyah la berakad untuk meminjam. Mintak je la sumbangan. Takde sape marah pun. Tapi bila ko yang berjanji untuk bayar, jangan pulak sentap bila orang tuntut hutang. Dah kau yang awal-awal cakap "Aku nak pinjam..." 

Akai ada? 


Diana Ishak
Sent from Samsung Mobile