walk on wings, tread in air: Bukit Tinggi - Colmar Tropicale <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Bukit Tinggi - Colmar Tropicale
2013-11-06

Dalam pada jadi tak jadi, jadi tak jadi, akhirnya jadi juga berholiday, walaupun satu malam.
En Wan ni bukan boleh cuti lama sikit. Pantat dia panas sikit duduk rumah lama-lama.
Kilang dia cuti direct Sabtu-Selasa, tu pasal dia tak tentu arah nak keluar dari rumah. Padahal dari Khamis aku dah demam kan, tetappppppppp dia pi book kat Bukti Tinggi. Senyap-senyap tak bagitau aku. Sabtu malam masa pi Subang Parade berdua tu dia bagitau "Isnin kita pi Bukit Tinggi tau. Abang dah book".

Isnin pagi, gerak ke Bukti Tinggi.
Dah la aku tak sihat, jalan pusing-pusing boleh tahan nak ke atas tu. Cuma tak heavy macam naik Cameron la. Masih boleh bertahan untuk tak muntah. 


 
En Wan booked kat sini.
Dia kata sini je family room yang masih available.
Yang lagi satu tu macam lagi cantik je aku tengok. Apa ntah nama hotel dia aku lupa.
 
 Disebabkan sampai sana pun awal lagi, jadi lepas simpan beg kat lobby, kitorang naik ke atas lagi untuk ke Japanese Village. Sebenarnya En Wan yang nak sangat ke Bukit Tinggi semata-mata nak ke Japanese Village ni la. Dia kata kat situ ada taman Jepun paling cantik di Malaysia. Whatever...


Dah la aku ni tak sihat kan.
Kena pulak panjat tangga nak mendaki ke atas tu, ya ampunnnn rasa nak tertanggal tulang-tulang aku. Mak aku daki lagi laju dari aku okeh. Gila semput betul nak jejak sampai atas. Kejap-kejap aku benti. Rasa mengah melampau. Dah la tak sihat, bawak beg yang penuh dengan tablet 2 bijik lagi, bawak perut lagi, bawak tetek lagi...aduiii...mintak nyawa!


 
 Padahal baru berapa tangga je kan dari bawah tu, tapi aku dah semputttttttttt.
Rasa macam inilah percutian yang paling men-torture-kan.


 
 Tapi bila dah sampai atas, eh cantiknyaaaaaaa.
Rasa damai je..


 
 Sampai jugak aku kat sini.
Dah sampai tu takkan nak bergambo je kan.
Aku dah la lapar ni.
Harus la pekena sushi 2-3 bijik.


 
 Sebelum sampai restoran Jepun tu, lalu depan kedai ni.
Ada la sikit jajan-jajan and cerderamata kalau nak beli.


 
 Dah puas mendaki, rupanya nak pi restiran tu kena turun balik sikit. Aduiiii. Hazab.


 
 Kurus ai 500gram turun naik tangga.


 
 Simple je restoran dia. 
Orang pun tak ramai.
Sebab menu dia pun tak banyak mana.
Sushi pun takat salmon and apa ntah satu lagi.
Ebi sushi pun takde.


 

Masa ni takde ramai orang lagi.
After a while baru masuk berduyun-duyun.
But satu benda yang tak best kat restoran ni adelah CASH ONLY.
Aku memang tak suka bawak cash banyak.
Patut la masa kat Gombak En Wan tanya if aku nak keluarkan cash kat Shell. Aku dengan yakinnya cakap takyah sebab aku bajet mesti la tempat isolated macam ni accept debit and credit. Tak pun ada ATM ke kat atas. Dah kau yang duduk terasing dari orang lain, mestilah kena sediakan kemudahan untuk pengunjung kan.

Sekali CASH ONLY!
Aku tanya debit pun takde ke dik?
Takde. CASH ONLY.
Aku pandang En Wan, senyum je la.
Dipersilakan la pakai duit ko ye bang. Hehehe..

Tak patut sangat la tempat macam ni accept cash je.
Patut la tak ramai orang makan.


 View dia cantik juga.
Tapi sebab keliling semua pokok kan, boleh tahan gak berterbangan penyengat.


 
 Tempura Moriawase


Ebi Tempura


Misoshiru

Ni je aku makan.
Yang lain makan nasik dengan all the tempura-tempura.
Aku takdak selera nak telan nasik.
Hirup sup pun tak abis.




Disebabkan aku tak makan, jadi aku volunteer jaga panglima.
Biar la dorang dapat makan dengan tenang.


Lepas dorang lunch, En Wan nak daki lagi untuk tengok taman Jepun tu.
Aku surrender.
Bior le aku menyadaikan diri kat bawah.
Jadik tukang jaga beg pun takpe.
Tak sanggup aku nak mendaki lagi.


Sape yang suka nature memang tempat ni heaven la untuk korang.
Macam En Wan suka la tempat-tempat macam ni.
Aku payah sikit nak ajak bersenggang dalam hutan-hutan.
Aku takut terbawak balik pacat je.
Dah la aku period time ni.
Cepat je pacat tu bau darah.
Aku teringat kes kawan aku period, masuk hutan.
Bila bukak spender, plopp, jatuh pacat kat lantai dari celah kangkang. Bolehhhhhh?????


En Wan kata sungai ni cantik sangat.
Patut la masa on the way ke sana, En Wan kata dia nak tengok sungai berbatu.
Aku konfiden je sangkal "Bukan sungai la...air terjun".
Hahahah. Macamkan penah pegi nak menyangkal cakap orang kan.
Rupanya betul sungai.


Wah wah wahhhh kemain bahgia anak-anak aku mak dia tak ikut naik atas, bapak dia bagi anak-anak makan eskrim bagai walaupun dua-dua tu dah srot sret srot sret berhingus.
Feeling masing-masing makan eskrim mengadap kolam.


Risau je aku bila tengok En Wan snap gamba-gamba ikan ni.
Ni ada kang datang balik sawan dia nak buat kolam ikan kat rumah ni.
Dulu masa mula-mula pindah rumah ni, dia asik la sebut-sebut nak buat balik kolam ikan.
Pastu slow sikit and lama-lama terlupa.
Ni macam ada cara nak jadik balik ni.






Gituuuuu.
Spa dia RM400 okeh.
Tu yang En Wan mengumpan aku sangat tu.
Beria pujuk aku naik atas ni sebab ada spa katanya.
Kalau sampai RM400 takyah le. Baik aku suruh anak-anak aku pijak je belakang badan aku ni.. Lagi best.



En Wan rupanya nak bawak aku naik atas ni sebab nak aku bergamba pakai kimono dengan dia.
La haiiiiii. Awat la tak cakap siang-sianggggg.
Kan dah kuciwa.
En Wan ni suka nau simpan-simpan angan-angan konon nak suprise kan aku. 
Tapi selalunya aku yang akan bagi dia "surprise".
Takpelah, insyallah bulan 3 tahun depan time pi Tokyo nanti aku bergamba le banyak-banyak dengan kimono. Dia berangan nak tengok aku jadik putih agaknya.





 
 Settle kat atas, patah balik hotel.
Aku dah terbayang-bayang sandwich time ni.
Dah start rasa lapar.
Dan aku sangat konfiden mak and bibik pun mesti rasa lapar.
Sebab apa sangat la nasik Jepun tu tadi kan.
Takat alas perut boleh la.



Anak-anak aku berjalan dengan tak berjalan memang rupa dia sama je.
Selekeh je.
Ntah la, aku tengok orang lain pi bercuti sanggup bawak beg berbijik-bijik sebab angkut 10 jenis kasut, 10 jenis tali pinggang, 10 jenis topi. Memang yang ni jenis yang sangat teliti and bergaya. Jenis tak kisah berangkut banyak barang. Aku sangat kagum.
Kalau aku ni memang tak la.
Sepesen je aku ngan En Wan.
Jenis yang kalau boleh baju hari ni, pakai balik besok. Hahahah.
Macam nak cuti kat Bukit Tinggi hari tu, aku empat beranak satu beg je. En Wan seluar bawak selai. T Shirt 2 helai. Aku seluar 2 helai, baju 2 helai, baju tido takyah. Rayyan je bawak 3 helai sebab dia bangsa kuat berlendir.

Mana-mana pegi selipar je.
Aku rasa kitorang anak beranak la yang paling selebet kat sana. Jenis macam ni sebenarnya elok duduk rumah je.



Seblom masuk bilik, singgah jap kat restoran pizza ni tengok apa tajuk-tajuk pizza yang ada.
Dah dapat idea apa nak makan, okeh. Boleh masuk bilik.


Sebelum sampai bilik, lalu depan gift shop jadi harus stop jap untuk bayar cukai.



 Family room dia konsep yang sama macam hotel yang aku tinggal masa gi Cameron.
Dua tingkat.
But hotel ni tak best sangat sebab TV dia sebijik je kat bawah. So aku pilih katil bawah. Mak and bibik tido atas. Sian mak aku, nak tengok Mr Arrogant kena turun bawah.


Ni katil aku kat tingkat bawah.
Aku, En Wan and Redza bergumpal kat sini.


Bilik air kat bawah ada bathtub, tak cantik :(
Tapi ada HOSE!!!!
Itu yang penting.



Bilik mak and bibik kat atas.
Sebab dorang takde tv, maka dorang ada dressing table :)


Bilik air dorang pun besar sikit sebab takde bathtub

Aku tak berapa berkenan sangat dengan bilik dia.
Sebab macam terkepung.
Dah la tingkap kecik, takde balkoni.
Sesak je nafas aku kat dalam tu.
Yang paling tak boleh blah, GPRS je okehhhh.
Hazab gila aku nak habiskan satu hari satu malam kat sana. Dah la bilik kecik, bilik air sempit, TV seketul, internet pulak lembab nak mamfus. Memang la mendamaikan. Kalau sampai internet pun lembab, gila tak damai namanya? Terus jadi tongong okeh.

Dah settle je semua, aku terus order room service.
Benda pertama aku tanya - boleh accept debit/credit card?
Seb baik boleh. Fuh!
Aku order sandwich Colemar Club, nasik goreng and gado-gado.
Makan ramai-ramai, lepas makan, telan ubat, dan tido.
En Wan bawak anak-anak keluar jalan.
Sian En Wan, sumpah percutian yang membosankan sebab bini sakit.


Ni pandangan depan bilik aku.
Hotel dia di atas kedai-kedai.
Aku duduk atas sekali, tingkat limo.



Ada main tikam-tikam!
Tapi takde cash banyak. Maka nganga aje.


Pemandangan dari atas tower.
Aku tak naik, sebab aku tengah tido time ni.


Baru la aku tau ramai gila yang buat rumah kat atas ni.
Gila bapak kaya la dorang ni.
Jenis duit terlebih sangat tak tau nak buat apa dah ni.
Tapi alahaiiii, tak boleh ke ko buat kat tanah rata sikit. Seriau je aku tengok kat lereng-lereng tu.
Kalau la tergelincir tiang tu, tak memasal 6 kaki bawah tanah.
Mesti best damai je kat sini.
Bangun pagi dapat udara fresh gila.





Sebab Acu dia tak jadi nak bawak pi arked sempena besday dia, maka aku la yang ganti. Tak pasal!












Memang betul-betul bahagia la anak-anak aku ikut bapak dia berjalan.
Nak makan eskrim boleh.
Nak berendam dalam kolam boleh.
Tapi bila tengah-tengah malam batuk terkohol-kohol, takde pulak masing-masing carik bapak.
Mak jugakkkkkkk.


Pemandangan dari tingkap bilik waktu malam


View dari meja makan kat restoran pizza



Malam, pekena pizza dan spageti lah kita.
Restoran ni best sangat.
Semua yang kitorang order semua best!


6 pieces chicken wings.
Aku ingatkan wings dia ala-ala pizza hut tu.
Sekali kauuuuuu. Senak aku nak abiskan.
Aku dapat makan 3 je, yang lain aku mintak bibik mak and En wan tolong perabiskan.
Tapi best sangat chicken wings dia. Rempah dia sedap.


Spageti bolognese untuk bibik share dengan mak sebab bajet mesti dorang tak berapa nak telan kot makanan omputih ni. Sekali habis kauuuuu.
Mak aku kata sedap gila.


 
 Fried calamari.
Lain dari sotong goreng tepung yang biasa aku makan.
Yang ni kan ada rasa macam cikedis.
En Wan masa rasa satu "Hmmm...sedap. Macam jangjang"

"Slow sikit bang....jajan. Bukan jangjang"
 

 

En Wan punya marinata spageti (kalau tak salah aku la tajuk dia)
Spageti biasa cuma seafood.
Tapi seafood dia gabak-gabak.
Memang puas makan.


 
Hawaiian Pizza.
Sedap.
Walaupun takde cheese kat tepi-tepi tapi tetap sedap.



Sian anak aku.
Makan spegeti guna tangan je.
Takpelah dik...kita ikut style makan laksa Johor gitu.


Eskrim Redza.
Berani dia order eksrim depan aku.
Mentang-mentang bapak dia approved.





Lepas dinner, layan Redza and Rayyan nak main kat arcade.
Si Rayyan ni macam aku, penakut sikit.
Tapi dia agak over la, naik kereta ni pun takut.
Tapi nak naik, tapi takut.
Bila dia naik tu, aku cepat-cepat suruh En Wan masukkan token.
Bila kereta tu gerak je, dia terus tarik tudung aku "Macuk Ma...macuk Ma.."
Ko ingat mak ko berat lima kilo nak duduk atas ni?? Lima puluh okehhh.

Redza dah boring je kena duduk dalam kerera ni melayan adik dia.



Lama-lama En Wan pulak lompat masuk.
Walaupun bapak dia duduk kat tepi dia tetap nak melompat keluar.
Aku tak paham apesal dia nak takut sangat. (ecehhh cakap orangg)


Esok pagi breakfast kat sana, tak best.
Makanan tak banyak.
Ala-ala macam kat A Famosa Resort je. Tak best tak best tak best.
Aku just makan mee 4 suap.
Mee pun tak sedap. Masin.






Lepas breakfast, round jap sebab semalam siang aku tido so tak dapat tengok pemandangan.





Aku rasa bukan aku sorang yang rasa tempat ni boring, ramai jugak kot.
Sebab memang takde apa sangat nak dibuat kat sini.
Tempat ni sesuai untuk beromen je la.
Sape baru kawen elok la pegi sini, memang damai la untuk korang.
Ataupun yang suka aktiviti flying fox ke, jungle tracking ke, horse riding ke, boleh la.
Aku checkout kul 10am. ramai yang checkout waktu yang sama. Gamaknya dorang pun boring.


posted by aveo757 @ 12:57 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER