walk on wings, tread in air: Sekuntum mawar merah sebuah puisi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
2013-10-23



See???
Berpekdah jugak ada henfon canggih ni.
Takyah korang merempan kalau stuck kat jem.
Buleh aje tengok tv tidak kira dimana jua anda berada.

Aku selalu nampak ramai nau yang meroyan kat newsfeed kalau stuck dalam jem tak dapat tengok Mr Arrogant. Hentikan kemeroyanan mu. Aku memang tak layan sangat drama pukul 7 ke, kul 9 ke, kul 11 ke. Aku suka tengok cerita yang habis takde sambung-sambung. Sesape yang layan drama series, silakan ambik application ni. BB pun boleh. Dulu masa aku pakai BB, aku penah try downlod tapi asik hang je. Last-last aku buang balik.

Ada cerita sedih.
Menangis aku semalam.
Tak pasal je En Wan kena denda bawak aku dinner kat SR.
Padahal dia tak salah apa-apa pun.
Tapi sebab dia orang Tganu, dan akak tu orang Tganu jugak. Aku tak dapat maki akak tu, jadi aku denda En Wan.

Kan aku ada tempah 2 helai baju untuk pakai raya puasa tahun ni kat Tganu kan.
Tapi siap sehelai je. Tu pun gedobos gila dia buat.
Pastu balik raya haji ni aku mintak mak mertua aku tolong ambikkan. Aku bagitau mak aku baju aku tu kain dia hijau, baju kaler merah hati and aku mintak letak batu-batu macam crystal tu.
Ok, fine. Mak aku gi ambikkan.

Ahad lepas, mak aku call tanya betul ke baju aku camni camni camni *dia describe sikit*
Aku iya kan la sebab kaler yang mak aku describe tu betul dah.
Semalam, aku gi fetch mak aku, dalam kereta mak aku aku cakap "Mok ambik doh baju Diana. Tapi bakpe darat sangat? Kak Long kata macam dop caye je Diana tempoh gitu"

Oh my myyyyyyyyyyyy.
Baju apa yang mak aku ambik ni??

Bila sampai rumah, mak aku huluq kat aku.....



Ketar badan aku tengok baju aku jadik gini.
Aku tension sampai nangis!
Nak dijadikan ceritanya, semalam patut En Wan yang gi ambik mak macam selalu.
Tapi mak call aku bagitau dia dah sampai stesen tapi call call En Wan tak berangkat.
Aku call pun tak angkat.
Last-last aku cakap takpelah, dah pukul 5.15pm dah ni, memang aku nak balik rumah dah pun. Biar aku ambik. Rupanya En Wan boleh terlupa yang mak dia sampai semalam. Boleh?
Gila busy sampai phone tak berangkat.
En Wan kata dia dah sampai depan Proton, baru teringat mak balik PH petang tu. Terus dia call aku just nak make sure kot-kot la aku ambik mak.
Silap time la ko call aku time tu kan.
Aku tengah mengongoi-ngongoi nangis pasal baju tetiba kau call.
Memang macam petir la suara aku.
Tetiba je aku nak memetir kat dia.
Aku geram gila!!!!

Dah la masa aku explain suruh buat gitu gini kau tak ambik note.
Pastu aku suruh kau letak batu-batu crystal kaler turquoise, kau pi letak pearls kaler merah pink biru siap ada bunga ros merah menyala *what the................??????????*
Kalau kau letak kat hujung lengan and kaki baju like aku suruh tu takpelah, aku tahan lagi.
Ni tetiba memandai-mandai tak tau hujung pangkal pi letak sulam pearls and bunga ros segala kat tengah-tengah baju. Aku suruh keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

En Wan pujuk "Jangan la nangis. Bukan Di takde baju. Baju melambak sampai lupa nak pakai. Apa salahnya hilang satu. Dia pun nak try jadi designer jugak"

Ni lagi sorang.
Ni pujuk aku ke, perli aku?
Kot ye pun nak test design baju, test lah kat kain kau.
Jangan lah test kat kain akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
RM170 upah jahit baju and segala tok nenek ros.
Kain aku beli asing, RM100.
RM270 gone macam tu je.
Murah memang murah. Kalau nak consider pearls dia yang sarat tu, kira harga tu murah la.
Tapi aku tak mintak pearls-pearls ni semuaaaaaa.
Aduiii letih.

Ni la akibatnya suka nau try-mentry.
Aku ni pantang je orang suggest, aku mesti nak cuba.
Bila mak aku cakap tailor ni jahit boleh tahan, murah, aku pun try la.
Bukan satu baju jahanam ye. Dua-dua sekali out.
Cuma tak gamak je aku nak publish nama tailor kat sini. Biar korang pun terkena gak. Hahahaha.


 I am wearing Shawl Code BD8 (dah habis, ni aku punya)


Ni gamba baju dia.
Aku sengaja beli kain and baju sama kaler macam design peplum beriben aku tu.
Sebab aku suka combination kaler ni, jadi aku nak buat satu baju kurung pulak.
Kebetulan raya sana, so tempah je sana, balik raya boleh collect terus.
Rupanya tak dan nak pakai.
Tapi syukurlah tak sempat siap.
Gamaknya kalau siap and rupa dia gini, boleh terbatal puasa aku maki hamun tailor tu.
Memang rezeki dia la nak dapat duit upah jahit ni sebab mak aku yang tolong ambikkan.
Kalau aku yang datang collect, memang aku tak ambik baju ni rasanya. Silap-silap aku lempar.

Aku tak tau la apa nasib baju ni.
Memang dalam lemari aku je la jawabnya.
Kalau ada sesape yang rasa baju ni cantik di mata, silakan lah beli dari aku.
Kalau tak, maybe aku pass kat bibik Lenny je la.

Baju ni bukan tak cantik.
Cantik.
Cuma aku tak mintak gini design dia.
Aku mintak letak crystal turquoise and aku dah atur camana harus batu tu disusun.
Last-last ai dapat sepi sekuntum mawar merah. Gitu.



Aku kat opis, bibik call cakap barang aku dah sampai.
Perfume yang aku order tu la - Chloe.
Kali ni aku dah pandai dah, beli yang 50ml je. Tak beli dah 100ml.
Dah berbotol-botol beli baru nak pandai. Lama betul hidup dalam kebangangan aku ni.

Bau Chloe ni mengingatkan aku kat arwah nenek.
Terbau-bau akan-akan bau lemari nenek aku.
Nenek aku ni rajin berwangi-wangi.
Bedak dia je St Micheal okeh.
Aku pun pakai bedak Johnson and Johnson je. Tu pun kalau teringat. Selalunya main blah macam tu je tak pakai bedak pun.

Bila bibik kata barang sampai, sanggup aku balik rumah kejap semata-mata nak bau.
Bau dia hmmm...maybe sebab mengingatkan pada nenek aku so otomatik kepala aku cakap bau dia macam bau nenek-nenek. Perfume ni antara perfume yang dilistkan terbaik sebab tu aku nak try. Rupanya tak serasi ngan hidung aku. Maka, sesape nak beli, silakan lah email aku. Aku beli RM290 (50ml). Aku nak let go RM230. Postage takyah. Kalau takde sape nak, maka aku simpan je la.

Ok, guwe nak pi jumpa customer.
posted by aveo757 @ 9:57 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER