walk on wings, tread in air: Raya Haji 2013 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Raya Haji 2013
2013-10-17

Cerita Isnin lepas tak abis lagi..

Isnin lepas, balik dari menghantar rakyat-rakyat aku ke Bangi, patah balik ke PH. Balik umah jap, pastu masuk opis sampai around 4pm camtu. Padahal raya haji je pun, tapi gila lengang parking area opis aku. Ye ye benau orang-orang ni kalau dapat balik raya. Pantang ada raya, belasah la raya apa pun, konfem kawasan ofis lengang. Tapi yang malasnya keje sehari before raya ni camnilah. Asal aku call officer sana, customer sini, semua takde. Semua dah cuti.

En Wan sampai rumah 6.30pm, terus masukkan beg dalam keta, and zasssssssssss......balik Bangi. *bajet cerita cam balik Tganu*
Best gila, orang lain update jalan jem menghala ke sana sini, aku cam takde apa-apa je. Hahaha.
Siap sempat buka puasa kat Bangi lagik.


 
Seperti yang kitorang plan, berbuka hari tu dengan lauk-pauk BBQ je. 
Tapi aku mintak Mak Aji buatkan tomyam sikit, kang tercekik lak bapak aku makan nasik kering-kering gitu. Dek kerana excited and kebulur pun ye gak, dah settle makan sendawa 3 kali, baru teringat tomyam tak hidang. 


Plannya nak angkut BBQ set aku ke Bangi, tapi set tu gabak, nak bukak pun payah. Last-last Mak Aji gunakan teknik kukus grill panggang je. Ayam ni suhu 200C for 30 minits. Gila cantik ayam dia. Bila aku puji ayam ni cantik, terus Mak Aji feeling-feeling Licence to Grill. Marinate simple je, with bawang putih, halia, bawang merah, lada hitam and madu.


Feveret salad aku.
Tofu salad.
Timun + tauhu goreng + tomato + bawang besar + bawang putih + lada hitam + perahan lemon. 
Perap dalam peti sejuk for at least 1 hour. Makan sejuk-sejuk.
Kalau nak lagi sedap, tambah pasta.


Sotong bakar sumbat sambal sikit.
Disebabkan Redza hantu sotong, jadi masa kitorang berbuka, sotong ni tinggal ompek je.


Kuah asam nak cicah-cicah


Mutton cross the road.
Beli 10 keping Australian lamb yang gabak-gabak tu, and marinate sama macam kepak ayam tadi cuma kambing ni ditambah BBQ sos.


Siakap bakor bersambal.
Ni aku dah tak larat nak sentuh sebab aku makan kambing beriya-iya.


Berbuka selain nasik putih, Mak Aji buat mee goreng sekali.
So malam tu semua berbuka mee goreng with panggang-panggang.
Nasik tak bersentuh, esok pagi buat nasik goreng.



Menu pagi raya yang sungguh malas sekali.
Semua ni beli tau.
Rendang dua-dua tu bukan kitorang buat, satu beli, satu orang kasi.
Kitorang memang kalau raya haji tak masak lodeh ketupat semua. 
Selalunya masak nasik-nasik je.
So Selasa lepas masak nasik merah (gamba nasik takde, tak sempat snap). Tapi sebab pakwe aku tu kan tak balik kampung dia tahun ni. Kampung dia kalau raya makan lemang. Jadi, kena la jugak sediakan lemang and rendang kasik dia gumbira sikit. Kang sentap satu hal pulak.

En Wan kata boring gila raya haji tahun ni sebab duduk kat rumah je.
Kalau balik kampung dia, siap beraya rumah orang bagai. Ada kuih raya lagik! Konfius aku.
Orang sini mana la beriya sangat kalau raya haji ni. Baju raya pun tak buat.



Oh yes, baju raya.
Aku boleh terlupa sepatutnya raya ni aku pakai baju kurung yang aku beli kat HCM hari tu.
Sampai boleh terlupa aku ada baju raya.
Sebab selama ni memang tak pernah berbaju raya time raya haji. Selaluya recycle baju raya puasa je. Tu la kan, benda yang bukan kebiasaan tetiba nak dibiasakan, last-last terlupa. Pasni jangan nak mengada beli baju raya untuk raya haji. Tak pernah dibuat tetiba nak buat. Last-last padan muka, tak pakai pun.

Baju yang aku beli kat HCM hari tu pun aku tak tau mana aku letak. Sebab lemari aku dah penuh baju, so aku tak gantung pun baju kurung baru tu. Masih ada dalam plastik lagi. Tu pasal masa packing baju aku tak teringat sebab tak nampak. Aku main sauk je jubah yang aku beli kat Madinah ni. Kebetulan, aku nak ambik gambar shawl baru Fleur so kalau pakai baju hitam lagi senang nak match la kot kan.

Shawl.
Thank you so much pada yang beli and sorry pada yang tak dapat.
Aku pun tak sangka shawl ni fully booked in less than 24 hours. Sebab design tu aku buat simple je. Tu pun design terdesak sebenarnya. Patutnya design lain, tapi bila dah siap satu sample, macam ada yang tak kena je. Memandangkan aku dah lama tinggalkan Fleur sebab tumpu pada keje-keje lain, jadi aku siapkan design yang simple supaya tak makan masa sangat untuk disiapkan. Alhamdulillah, siap jugak shawl ni walaupun sebenarnya aku target nak release before raya. Tak sempat aku nak gunakan model shawl aku. Sian model tu, aku dah janji nak shooting before raya. Kesian lagi Ibal, dia dah ready nak tolong shootkan model. Hahahah.

Buat masa skarang ni, 3 color dah sold out, lagi 3 color ada 3-4 orang belum buat payment lagi, kalau takde today, aku release pada waiting list. Now tengah siapkan next design, insyallah by end of Oct aku cuba release.


Muka Pak Aji tak selera nak bergamba sebab dia sebenarnya rush balik rumah semata nak salin baju and patah balik ke surau for korban. Aku ingatkan dia menyembelih ke apa ke. Rupanya tugas dia cuma jadi MC je. Takat pegang hailer announce "Lembu nombor dua......lembu nombor empat...." Hahahhaa. Jadikla....orang penting gak tu.


Masa ni Redza ikut Acu pi sembelih lembu.
Rayyan terbongkang sampai pukul 10am.
Jadi, sementara Rayyan belum bangun yang akan menyebabkan mekap aku cair, marilah bergamba.

posted by aveo757 @ 9:44 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER