2013-10-04

Last Day : HCM, nightmare!!


Lepas tu kitorang ke War Remnants Museum.
Kalau korang ke HCM, luangkan masa ke sini. Series tak tipu, ni lah tempat palinggggggggggggg best di HCM aku rasa. Mula-mula masa En Wan ajak ke sini aku macam .. alahaiiii asik pi museum lagiii. Tapi, museum ni lain.


 
 Kipas tu aku dapat masa kat Handicraft. 
Kipas dari paperlama.
Kebetulan kena hujan, terus benyek.


 

 

Aku tak berapa tau sangat sejarah Vietnam War ni. Yang aku tau dorang ni perang macam dah lama la. Macam kita dulu-dulu la, nak bebas dari penjajah. Macam dorang nak bebas dari jajahan France. At the same time, si Ho Chi Minh tu tubuhkan parti komunis kalau tak salah (pandai-pandai la korang gugel), so macam dah konflik kat situ sebab US taknak kasik Vietnam ni dijajah komunis sebab takut komunisme merebak je negara-negara jiran. Pastu dorang sama dorang pun fought each other jugak (between south Vietnam and north Vietnam)...bla bla bla.....

Kat museum ni dorang tunjuk masa zaman perang dengan Amerika dulu.
Banyak gamba-gamba kat sini ihsan photografer (wartawan) yang ada masa kejadian. Sedih juga baca how ada suatu kelurga ni dibunuh, gamba mayat yang dah lunyai tinggal isi perut ngan kepala je je, gamba kesan dari phosphorus attack, etc.


 

 

  


 

 

 

 

 

 
 Surat terakhir dari sape ntah aku lupa, before dia dijumpai mati.



 

 
 Aku suka bahagian AGENT ORANGE.
Kat sini dorang tunjuk kesan-kesan selepas perang, semuanya melibatkan manusia yang jadi cacat kesan dari DIOXIN.


 
 




Sape bawak anak, boleh letak anak korang kat sini. Baru lah dapat bertenang-tenang tengok musuem.




Sebab hujan, so tak dapat bergamba dekat-dekat, ambik tang jauh je la.


Ok now baru lah bermulanya kisah sangat penting dalam tour ni. Hahahhaha. Gelak dulu apa-apa hal.
Ni kalau En Wan baca ni mampuih seminggu tak selera nak makan dah terkenang-kenang.

Kan kitorang gi tour ni naik beca kan.
Ok kisah dia cenggini.
Kitorang jumpa si beca lahabau ni masa on the way balik dari pasar bin thanh nak ke hotel. Dia tahan kitorang offer untuk gi tour HCM. Aku malas, sebab aku tak boleh nak plan pukul berapa meeting aku habis. Tapi En Wan kan dia pi sana ikut aku, so dia memang dah plan dalam kepala yang bila aku abis keje, dia nak jalan-jalan pusing HCM. Kebetulan beca ni tunjuk satu kertas dorang akan bawak tour 15 tempat dalam HCM dengan bayaran 1,500,000.00 Dong (RM255). Pulak tu bayaran tu untuk 2 orang. So kira ok sangat la harga tu, 15 tempat, sorang just RM127.

Tapi aku tak berapa nak setuju sangat awalnya sebab dah la naik beca, pastu beca dorang bukan macam beca Melaka tu. Beca dorang jenis yang seat satu, sorang-sorang naik. So kalau aku gi berdua ngan En Wan kena naik 2 beca. Dah la beca dia jenis yang nak naik kena jongketkan dulu baru customer leh naik. Kadang-kadangkan aku rasa ada bagusnya juga aku ni ada perasaan takut yang luar biasa. Bila aku takut, aku akna lebih hati-hati. Aku kan semua benda pun takut, katerbang takut, beca takut, naik kuda takut, naik roller coaster apetah lagi. Tu neraka dunia namanya.

Tapi En Wan ni nakkkkkkkkkkkkkkkkk lah sangat tour HCM.
Aku malas nak bertekak-tekak ngan dia kat tengah-tengah dunia tu, lagipun mengenangkan dia meneman aku keje kat sana, so aku layankan je la permintaan (read : paksaan) dia. Si beca ni pulak ada tunjukkan satu buku, konon macam buku autografh la. Sesape yang pernah naik ngan dia akan tulis kat situ sebagai review. Ada la 3-4 komen dari orang Malaysia. So bagi kita ni konfiden la sikit yang dia ni ok. Beca ni kata takpe, dia leh hantarkan kitorang balik ke hotel FREE, nanti lepas habis meeting, dia akan datang tunggu depna hotel. Aku macam huh??? Free?? Ada lagi ke orang nak bagi free ride skarang? Kat foreigners pulak tu. Selalunya ngan pelancong la kita nak sembelih kaw-kaw.

Dia bawak kitorang balik ke hotel tapi bentikan jauh sikit, tak betul-betul depan hotel pun. Kiranya bell boy hotel tu pun takkan nampak tempat dia stopkan kitorang. So done kat situ. Naik bilik jap letak barang pastu aku start keje.

Masa tengah meeting tu hujan turun.
Aku macam oh okk...dah hujan. Takyah la gi jenjalan, tido lagi bagus.
Habis keje, En Wan kata beca tu ada kat tempat dorang turunkan kitorang tadi.
Aku cakap nak buat apa jalan, hujan ni. Takyah. Takyah.
Pastu En Wan gi kat beca tu, ntah apa dia cakap ntah, pastu dia datang kat aku cakap beca tu ada cover. Hmm...oklah fine. Pegi je la.

Sepanjang-panjang ride tu, asal aku kuarkan henfon nak snap gamba je mesti doa suruh simpan, tak kasik ambik gamba takut nanti ada orang snatch. Same goes to En Wan. En Wan nak check kamera dia pun dia suruh simpan tak kasik. Ok lah, tak kisah. Kau nak menjaga keselamatan harta benda aku. 

Lepas habis kat War Museum tu En Wan suruh bawak pi restoran Vietnam Delight, nak makan dulu. Tak lunch lagi ni. Aku dah memekak kelaparan. Pastu si beca ni bawak kitorang pi satu kedai, kat suatu lorong jalan yang jauh dari jalan utama. Kiranya kedai-kedai kat situ takde tarikan pelancong so takkan ada pelancong masuk area tu. Haaaaa....seram tak? Seram tak? 

Aku kan beca asing-asing ngan En Wan, so masa beca berenti tu aku tanya la En Wan "Nak gi mana ni?"

En Wan kata beca tu suruh stop kejap sini untuk tulis autograf kat buku dia.
Aku cam pelik la. Apesal nak kena benti sini tulis. Kan ke aku nak pi makan, kat restoran tu takde meja ke untuk aku tulis? Lagipun awat tak sabar-sabar sangat, kan ke banyak lagi tempat nak pegi ni. Kata 15, aku baru gi 5 je ni.

Aku pun tulis la sikit lebih kurang kat buku tu.
Pastu beca tu kata kat tempat area hotel tu jalan utama, ada banyak peragut, so dia mintak kita bayar duit kat situ. 
Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn???
Aku masa ni dah menggelegak darah. Bukan ngan beca tapi ngan En Wan. Sebab aku dah tau mesti akan jadi macam ni punya sebab macam pelik suruh stop kat situ. Ko tak pelik ke kita sebagai customer nak pi jalan-jalan, tapi beca ni boleh benti stop siap minum air coke bagai. 

Tu yang si beca.
Yang si tua aku bawak ni, lagi haru nak handle.
En Wan ni seriesly aku cakap dia memang jenis yang diam and tak banyak cakap sangat. Dia hanya akan cakap kalau dia tau. Dia hanya akan bertindak kalau takde orang lain nak bertindak. Tapi aku je yang tau how kalau dia meletup. NGERI I tell u.

En Wan start la question kenapa nak kena bayar ada banyak tempat lagi tak pegi.
Si beca ni macam-macam la alasan. So En Wan kata ok fine, dia bayar half dulu. Si beca ni boleh berani cakap "No..no..no...u pay me all. I bring you later". Dia siap pegang wallet En Wan untuk ajar En Wan berapa keping lagi nak kena bagi kat dia sebab mula-mula En Wan bagi 500,000 Dong je. Silap besar la kan. Aku sendiri tak berani selak wallet En Wan. Kalau ada gamba pompuan lain dalam wallet dia pun aku takkan tau sebab aku memang tak berani sentuh wallet and henfon dia. Ini kau si beca yang ntah sape-sape berani nak pegang wallet dia. En Wan tengking beca tu, ntah apa dia cakap, tapi aku dah nak nangis sebab aku takut sangat. Ye la, takkan ko tak rasa pelik apesal dia bawak ko tempat yang secluded, pastu aku tengok depan kedai yang dia benti tu banyak motor tapi kedai takde orang. Aku syak ada orang dah standby kat dalam kedai je.

Pastu yang buat En Wan baran sampai bangun nak aduiyaiii...aku rasa kalau aku tak lari memang En Wan dah bertumbuk kat situ. Tak tau la apa nasib kitorang pastu. S beca ni kata 1,500,000.00 tu just untuk sorang!

Sorang RM255 untuk tour 15 tempat????
Bukan aku suruh kau berjayuh sampai Hanoi, keliling HCM je, and tempat tumpuan pelancong kat HCM ni dekat-dekat je semua.

Oklah fine, ko penat berkayuh.
Aku cakap kat E Wan bayar je la, bukan takde duit kat dalam wallet tu.
Tapi En Wan berkeras sebab En Wan kata mula-mula dia cakap 1,500,000 Dong for TWO, alih-alih untuk sorang. Dah la baru pegi 5 tempat mintak ful payment. Lanch.

Masa En Wan tengking-tengking tu aku dah ketakutan, aku lari ke jalan besar.
Dah macam filem Tamil okkk.
En Wan jerit panggil aku suruh stop.
Seriesly aku rasa itu tindakan aku yang paling baik.
Sebab kalau aku tak lari, En Wan akan terus berkeras and aku rasa manusia-manusia yang standby kat dalam tu akan keluar. Mampus keras aku kat HCM kang.

En Wan ambik balik buku aurograf tu, depan-depan si beca dua orang tu dia siat-siatkan.
Omigod aku takut gilaaaaaaaaaaaa!!!
Aku tau sangat En Wan kalau naik hantu macamana. Hantu pun gostan okeh.
Lepas bayar aku nak naik taxi je, tapi En Wan suruh beca tu jugak hantar balik.
Kalau aku, memang tak la. Aku blah je naik taxi, tak kosser aku nak naik beca tu dah.
Seperti dijangka, beca tu turunkan kitorang jauh dari hotel.
Kitorang syak beca tu ala-ala taxi haram. Sebab tu dia tak berani benti kitorang depan-depan hotel, masa dia turunkan kitorang kat tempat kitorang pegi tu semua dia akan tunggu kitorang kat celah-celah building jauh dari beca-beca lain. Pastu baru kitorang perasan beca-beca lain ada macam pakai uniform, but beca yang kitorang naik ni takde. So now kitorang tau la yang beca haramjadah ni memang beca penipu. 

Rupanya bukan aku sorang yang pernah kena. Masa aku up status naik beca kat FB, ada 2 reader inbox aku cakap dorang penah kena tipu ngan beca. Sorang tu kena macam aku gak, dibawak ke loring sunyi. Tapi suami dia mati-mati taknak bayar ujung-ujung ada 2 orang backup keluar dari kedai. Oh gila. Kalau aku dah pengsan kat situ ketakutan. Yang algi sorang cakap dia berdua dengan husband, tapi dia memangku anak umur 4 tahun. Dengan anak tu sekali dia charge RM200. Boleh?

So, biar aku jadi teladan untuk korang.
Nak pi HCM JANGAN NAIK BECA tak kira la dia pakai uniform ke tak.
Naik taxi sudeyyy.
Taxi dorang semua pakai meter, tak pakai sedap anak tekak.

Tu pengalaman ngeri aku la kat HCM.
Disebabkan En Wan rasa bersalah sangat, aku membebel sampai ke malam dia senyappppp je.
Kang bila tak ikut cakap dia, derhaka. 
Bila diikutkan sangat jadi macam ni.
Kang aku membebel lebih-lebih kang sentap.
Tapi kalau tak dinyanyi-nyanyikan kat telinga dia tu kang sampai bila-bila tak paham-paham.
Bla bla bla bla bla....tau-tau dah azan Maghrib. Baru aku stop membebel. Seb baik azan henfon aku kuat, kalau aku mutekan, memang aku sambung membebel sampai pagi besok.


 Lepas Maghrib, gi dinner kat Vietnam Halal.
Ni la tempat kitorang nak pegi lunch siang tu tapi sebab aku membebel kaw-kaw, sampai En Wan takde mood nak makan sampai terus tetido. Dia tido siap berdengkur, aku tak abis-abis membebel.

Vietnam Halal ni dekat je ngan hotel aku.
Before jumpa Kampung Melayu, akan jumpa Vietnam Halal dulu. Dekat nau.


Miss Selekeh


Restoran ni aku rasa bukan restoran orang Malaysia. Aku rasa laaa..
Sebab takde apa yang melambangkan Malaysia sangat melainkan frame keris and plak Jalan-Jalan Cari Makan. Selalunya orang Malaysia kalau bukak restoran kat negara orang mesti proud nak tunjuk itu restoran Malaysia. Aku rasa ni restoran Melayu Champa kot.


 Sweet sour fish


 Squid masak apa ntah, lupa.


 Vietnam Tom Yum

Kali ni pekena Vietnam food.
Tak sedap.

Aku rasa Vietnam cuisine sedap, cuma Vietnam Halal Restoran ni tak sedap.
Tak berkenan betul aku.
Dengan suramnya, dengan tak sedapnya, dengan takde ciri-ciri yang meyakinkan aku itu restoran halal. Seb baik nama restoran tulis halal. Kalau tak, mesti aku tak masuk.


 
 Lepas makan, kitorang gi tengok Water Puppet.
Kat Vietnam, water puppet show ni popular.
Kat airport pun dah letak pamplet water puppet ni, so sape pi HCM, ni tempat yang must go.
Tapi kena naik taxi, dari hotel aku 1 km.


 
 Seat bernombor, so jangan risau tak dapat seat.
Kitorang punya seat row atas sekali.


 Walau dalam gelap, kita mesti bergamba.

 
 Water puppet ni cuma aku tak paham je bahasa dia. Takde subtittle. Nasib baik pamplet dah tulis apa yang dorang nak sampaikan, so boleh la paham jugak. Cuma dorang boleh perbaiki lagi di masa-masa akan datang, kalau ada subtittle lagi best.
Yang best tu sebab dia pakai live musician.
And sampai skarang aku tak jumpa jawapan kat mana orang-orang ni menyorok untuk gerakkan puppet. Takkan kat bawah kolam tu? Kau berendam ke?






 Masa ni best gila sebab macam kita tengok tarian hidup.
Cara dia gerakkan puppet-puppet ni so beautiful. Like real.


 Lepas habis show, dorang ni semua keluar dari belakang tabir rumah tu.
Ni la dia orang-orang yang gerakkan puppet.
Still aku tak tau kat mana dorang beroperasi.
Lepas dorang masuk ke dalam, pastu tangan-tangan dorang keluar dari dalam kolam melambai-lambai kat kitorang.  


 Lepas show, berduyun-duyun pelancong beli puppet.
En Wan nak beli gak, aku kata toksah. Malas aku nak simpan patung pelik-pelik dalam rumah.

 

  Lepas tengok show, aku ajak En Wan pi area Kampung Melayu, saje nak perabiskan duit. Malas nak bawak balik duit Dong. Aku suggest, kalau korang nak carik baju kurung kain chiffon cantik-cantik with manik-manik yang kualiti, carikla kat butik-butik like this. Konfem puas hati.


 
 Sangat beza dengan kebanyakkan baju yang aku nampak kat pasar Bin Than and nite market.
Ko boleh compare sendiri. Rasa kain and check manik. Manik kat butik ni ada weight. And sangat padat and heavy.
Baju ketiga and kelapan dari kiri aku beli.
Sape nak beli, beli kaler lain eh? Hahaha.
RM110 only!!!!!
Mau tak sawan masuk sini???

 
Tu diaaaaaa. Ntah bila time En Wan snap gamba ni. Mest dia tensi tengok sawan aku sampai.
Orang lain masuk sini takde yang sampai bersila. Aku siap bersimpuh bagai punya la nak memborong. Kalut tokey ni melayan tebiat aku. Semua baju la aku tunjuk. Tunjuk tu, sat gi kang tunjuk ni pulak. Semua aku berkenan.Aku tak tau bila kala aku nak pakai semua baju-baju ni.
Tapi takpelah, macam biasa la kan konsep aku - beli je dulu, time nak pakai nanti dah ada. Gituuu.

Korang kalau nampak aku macam ni jangan malu-malu nak ngaku member ya.


 Ni pemandangan waktu malam Kampung Melayu, meriah.


 Esok paginya flight aku 11am.
Breakfast dulu kat Kampung Melayu.


 Ni situasi biasa kat sana. Sama la pun kat sini. Time kita tengah makan la dorang sibuk nak meniaga suruh beli itu ini. Kalau nak, beli. Kalau taknak cakap je taknak.


 Begitu gembira dapat memakan nasik lomak walau kat Vietnam.


Pada pandangan aku, kalau pi HCM semata nak bershopping, day trip pun boleh sebab takde apa sangat yang ko boleh aim selain baju kurung, telekung and shawl. Shawl pun aku rasa GZ lagi cantik and variety. Kat sini kebanyakan baju kurung cotton keras, lycra and chiffon. Tapi pesen semua lebih kurang je. Kalau yang tak minat shopping baju kurung tu rasanya HCM not a place for you to visit. Bandung lagi best kot.

Duit tu terpulang nak bawak berapa. Aku bawak 3K je hari tu. Tapi sebab aku banyak beli perhiasan, lukisan and frame so 3K tu takde la dapat banyak barang. Kalau beli baju mungkin kau bawak balik Malaysia 2 beg tambahan.

Kalau aku takde keje kat HCM maybe aku takkan pegi lagi kot sebab takde apa sangat yang menarik. Tapi tu pendapat aku la. Jangan ikut pulak. Maybe pasni kita try Hanoi pulak. Yang penting jangan naik beca! Tapi kalau nak naik gak pastikan kau mainkan dia balik. Hahaha.