2013-10-03

Day 2 lagi : City Central


Sepanjang-panjang aku melayan En Wan nak berjalan-jalan tu hujan.
Best eh?
Dah la hujan, naik beca lak tu. Hujan turun hala kat depan muka. Memang bersememeh aaa.
Tapi sebab mithali punya pasal, aku layan kan je la. Cuma kadang-kadang tu membebel dalam ati.
Takpe, dalam ati dia tak dengar. Hahahaha.


 Lalu sebelah makcik ni umangaiiiiiiiiii...gila sedap bau dia.
Macam kuih kapit sekali pandang tapi macam ada letak inti. Tapi bau dia sedap.
Sape tau kuih ni halal ke tak? Sangat memanggil-manggil untuk merasa.
Tapi aku telan air liur je la.

 

Next stop pi Ho Chi Minh City Central Post Office.
Pos ofis pun nak pegi katanya.
Tapi Pos Ofis HCM ni memang antara tempat tumpuan sebab stuktur binaan dia bercirikan typical colonial French features. Design building ni pun adelah dari arkitek yang sama mendesign Eiffel Tower. Orang macam aku yang belum cecah Paris, boleh la feeling-feeling bergamba depan pos opis ni. Sama whatttt?? Cuma tajuk dia takde perkataan EIFFEL je. Hehe.

Kiranya building ni memang lama gila, antara yang tertua kat sana.
Aku ngan En Wan memang ada minat yang sama kat tempat-tempat macam ni. Cuma En Wan lebih pada kekaguman dengan struktur binaan and sejarah, aku lak kalau masuk tempat macam ni akan carik cerita-cerita misteri. Pastu sendiri takut.


 
 Kau mampu gi tour pakai seluar tido?
Dengan tudung instant tak pakai shawl, seluar tido, baju pi meeting tak bersalin, siap kuyup bagai kena hujan, jinjit beg plastik....dem. Selekeh siot.


 Orang tua dalam gamba tu la Ho Chi Minh - Vietnamese communist revolutionary leader dan juga bekas Prime Minister.
Senibina pos ofis ni memang cantik.
Kiranya boleh feeling-feeling ada kat France jugak la.


 Style kan dia punya tempat letak mesin ATM?
Dah macam pondok telifon.


 Memandangkan dorang tau sini tempat tumpuan pelancong, so kat sini dorang jual perfume made in Vietnam. Harga ratus-ratusan RM gak, bukan perfume cikai-cikai. Yang pink and lavender color tu bau dia sedap gak, tapi aku tak beli la, sebab En Wan ada kat sebelah. Kalau aku kata nak beli konfem kat situ gak bersoal-jawab perfume kat rumah sape nak pakai...bla bla bla bla...
Moral, kalau nak beli perfume, jangan bawak En Wan.


 Yang botol putih aku tengah cium tu new fragrance. Tapi tengik.
Tapi aku sembur la gak 2-3 das kat baju aku sebab aku gi sana tak bawak perfume.


 Aku rasa yang ramai-ramai kat sini bukannya orang yang berurusan dengan pos tapi pelancong. Semua pakai beli poskad and send kat keluarga.


 Ni antara specility Vietnamese.
Perhiasan dari kulit telur itik.
Vase yang aku pegang tu ada la kot 15 kali pegang letak pegang letak, last-last letak.
Sebab pikir-pikir balik aku tak tau nak letak mana dah dalam rumah aku.
Kang tau-tau je si Rayyan buat main time mandi.
Macam shaker Ephyra aku ada la 3-4 bijik dalam bilik air bahan untuk dia main.
 

 Calendar dorang pun cantik-cantik.
Dorang ni pandai buat ukiran kertas so kalau benda-benda yang melibatkan paper ni memang awesome la.

 
Kat sini ada jual buku-buku hasil fotografi.
Ada pasal menetek, ada pasal motor yang bawak beban besar, ada pasal mata yang pelil-pelik..
Tapi tak la kenapa gamba buku ni je yang sempat En Wan snap. Muskil aku.
 

 
Kat pos ofis ni ada kedai-kedai jual souvenir.
TRUST ME, barang kat sini cantik-cantik, dan tak dijumpai kat Pasar Bin Thanh!
Walaupun harga dia mahal sikit, tapi cantik banyakkkkkkkkkkkk.
Nasib baik aku tak beli T shirt ke, beg ke, kat pasar Bin Thanh, kalau tak mesti aku menyesal sebab kat sini T Shirt dia lagi cantik, lagi kain sedap, lagi rare design dia. Sometimes kan, walaupun barang tu mahal, tapi kalau lagi kualiti bagus, aku rasa better pejam mata and beli je lah sebab bukan hari-hari aku pegi HCM kan.

Aku terbayang kalaulah aku bawak Rayyan masuk sini, sekelip mata je ko akan nampak dia dah duduk atas rak tepi tu.


Masa ni aku dah 70% lupa aku bawak laki.
Fokus hanya pada baju.



Muka tu dah la tak berapa nak melayu.
Beli pulak cap ada cop ala-ala komunis, dah macam tali barut je aku tengok.



 Opposite Post Office ni adelah Saigon Notre-Dame Cathedral (Basilica).
Kat HCM ni, mercu tanda dia yang terkenal cuma Notre-Dame and Pasar Ben Thanh.
Dulu nama dia cuma Saigon Church je. Lepas dorang install Notre-Dame statue, terus nama dia bertukar. Memang cantik binaan dia, mana nak jumpa church binaan macam ni skarang kan. Nak jumpa banyak-banyak kalu kat France banyak la kot.


 
 Next stop - Fine Art & Handicraft
Actually tempat ni bukan dalam list visit kitorang pun tapi si beca ni benti kat sini suruh kitorang tengok kot-kot nak beli perhiasan kat sini. Aku layankan je la. Agaknya dia penat berkayuh kot.



One of the staff explain process dorang buat perhiasa guna kulit telur itik.
Actually masa kat sini la baru aku tau perhiasa Picasso kitorang tu dibuat dari telur itik. Mati-mati kitorang ingatkan dia pakai serpihan-serpihan mozek je.

Yang En Wan lagi hamlau.
Biasa la kan pronunciation Asian kalau cakap omputih ni pelbagai, just like Malaysian jugak la, ada style dia. So this lady cakap gila laju takde noktah pastu sleng Vietnam. Sampai kat part dia cakap "....wi-yes-dok-ek-in-dis-pwoses...". 

Boleh la pulak si tua ni tanya aku dengan muka pelik "Huh?? Dog egg?? Anjing bertelur ke?"

Tak bangggggggggg.
Anjing tak bertelur.
Yang ada telur tu kauuuuuu.

Aduiyaiiiiii.
Aku nak gelak takde selera okeh sebab masa ni aku dah start lapar.


 Antara bahan yang dorang guna. Shell.


 Dok-Ek


 Ni la serpihan kulit telur itik yang dorang pecah-pecah kan and tampal. So nanti bila dorang cat and varnis, permukaan yang bertampal kulit telur tu akan timbul.
 



 
 

Kat Fine Art & Handicraft ni dorang target pelancong omputih.
Semua price tag in USD.
Memandangkan aku bukan omputih, so aku tak beli. Gituuu.

Price lagi mahal dari harga kat Post Office.
Tapi corak dia lagi cantik-cantik. Pilihan lagi banyak. Not just pasu kecik-kecik, but pasu besar, tea set, almari, semua ada. Kalau aku tak masuk sini, aku pun tak tau rupanya sampai ke almari segala dorang buat guna kekdah kulit telur itik ni.