2013-10-03

Achtung!


Frens,

Tadi aku check email ada 2 orang bagitau tracking number dia takde dalam rekod, tapi ada jugak yang dah email bagitau parcel dah sampai.

Just bertenang, ini masalah biasa.
Sometimes, barang dah otw tapi dalam sistem masih tak keluar apa-apa rekod.
Sometimes, ada rekod dalam sistem tapi bila collect barang takde. Hahhaha. Ok, tak klaka.


 3rd batch


Kelmarin pos laju ambik 7.30pm. Lambat.
Staff yang datang petang tu terpaksa balik ke PPL untuk ambik van kosong sebab tak muat nak bawak masuk parcel korang dalam van.
Kelmarin another 240 kotak aku pos.

So now samada dorang tak sempat nak update all atau tak sempat nak pos all.
Minta jasa baik kalau sesape yang sehingga petang ni kul 5pm tak sampai gak, please email aku.

Yang 1st batch and 2nd batch semua aku pressume selamat terima sebab takde dapat apa-apa email mencurigakan so far.

Lagi satu nak cakap :

1. Kelmarin sepatutnya satu order ni aku release sekali dengan 3rd batch, tapi nama dia hilang dari database, tak boleh nak trace. But this customer dah buat payment via CIMB. Kalau tak salah aku, email address dia start dengan huruf S. So kalau sesape yang belum terima tracking number dan bayar guna CIMB, tolong email aku supaya aku leh trace balik dalam mailbox. Aku just perlukan email address untuk trace balik.

2. ROSWANI BINTI AB.RAHMAN, UMMU HARISAH BINTI MOHD, HANISAH BINTI NASSHORUDIN. Nama-nama ni aku tak dapat trace payment untuk siapa sebab email nama lain, akaun bank nama lain. Please contact aku segera.

3. 4th batch (final batch) seperti yang aku dah email kepada semua yang berkenaan, insyallah aku pos Isnin depan.


Today, aku mobile.
So kalau lambat reply email sorry ya. But aku akan respond once dapat duduk setempat.