Ok, berkatalah benar walaupun pahit.
Sape penah buat camni?
Aku penah.
Tapi takde la sampai menipu sangat cam aci ni.
Walaupun aku iras-iras aci juga, cuma aku gojes la sikittttt.
Dulu mana ada webcam nak ambik gamba jam-jam tu jugak pastu terus attach kat chat.
Henfon pun aku takde kamera lagi time ni.
Aku malas sikit sebenarnya kalau dah masuk bab bagi gamba.
Aku paham kalau dah kenal dalam chat sembang berhari-hari best la sikit kalau dapat tengok orangnya camne kan.
Tapi ni yang set-set baru intro 5 baris dah mintak tengok gamba.
Biasa la ni, stok-stok yang nak kena tengok gamba baru boleh consider nak teruskan chatting or not.
Kira kalau cun boleh layan.
Kalau tak, sign off.
Esok masuk chatroom pakai nick lain.
Gelabah.
Bajet sangattt.
Masa blaja, aku tak reti lagi nak hantar-hantar gamba.
Kecuali kat En Wan (after 4 bulan berutus surat and chat), and sorang budak lelaki study kat Korea yang akhirnya jadi kawan En Wan (time En Wan holiday kat Korea stay rumah mamat ni) and 2-3 orang kenalan pompuan yang dah lost contact.
Masa aku dah keje aku continue chat dengan En Wan (masa ni dah tunang), kadang-kadang time nak tunggu En Wan sign in tu aku sembang la ngan budak-budak lain.Until oneday this one guy nak jumpa aku kat stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Dia kata dia pun selalu guna komuter situ. Aku cuak sebenarnya tapi sebab aku balik keje ramai-ramai dengan kawan aku, so takde hal la. Lagipun dia tau aku dah bertunang, aku bajet boleh la kenalkan dengan sorang member aku yang still single.
Macam jantan gatal buah kerandut okeh!
Aku takut gilaaaaaaaaaaaaa.
Macam terasa dirogol.
Kawan aku tarik tangan aku "Eh, apa ni?"
Disebabkan aku tak kenal dia, so aku blur la kejap, mamat ni sape? Apehal kau ni?
Rupanya tu la dia budak yang aku dok sembang kat chatroom selama ni.
Ok fine, aku cuba taknak nampakkan gabra walaupun aku dah rasa macam nak lari je ni.
Naik komuter, takde tempat duduk pulakkkk.
Sesak lak tu time balik keje. Aku terpisah sikit dengan kawan aku. Aku bersandar kat pintu.
Yang si mamat ni boleh la pulak kepung aku dengan tangan dia (dia sandarkan dua-dua tangan dia pada pintu yang aku sandar tu).
Ya ampunnnnn.
Romantik la konon buat camtu.
Kalau Shah Rukh Khan yang buat camni tahan la lagi.
Aku dah nak nangis.
Tapi aku tahan. Tahan...
Dalam kepala aku satu je, takpe, dalam ni ramai orang. Dia takkan berani buat apa-apa punya.
Aku dah lupa apa yang aku sembang ngan dia dalam pada takut-takut tu, sebab aku just nak kill the time. Menghilangkan gabra.
Tetiba kan dia buat call.
Tau dia buat apa?
Dia buat drama tamil!
Dia boleh cakap dengan nada yang agak kuat (tak semua dengar la sebab komuter kat bising) sabil pegang phone tu.
"Daddy!!! Your son wants to marry!!! I've found my lady!!"
Alahaiiiiiii.
Takyah nak bajet berverly hills sangat la i found my lady i found my lady bagai.
Buah kau ni dekat je ngan tangan aku.
Sekali aku jentik kang, setahun kau kencing ikut bontot.
Masa ni aku dah bengang sangat.
Tapi aku tak sampai hati nak malukan dia kat dalam tu walaupun aku rasa aku dah cukup malu dah sebab orang akan nampak kegatalbijikan tu pada aku. Aku berdoa cepatlah sampai stesen UKM.
That's the last time aku nampak dia, aku tak chat dah dengan dia dah pastu, nasib aku tak pernah bagi nombor ofis aku, tak pernah bagitau dia mana aku keje, tak penah bagitau mana aku tinggal, semua yang penting-penting aku tak bagitau.
And pastu aku dah tak masuk-masuk chatroom ALAMAK dah.
Aku layan En Wan kat YM pulak.
Tu la antara situasi paling ngeri selepas kes ex-bf aku.
Saiko ada dimana-mana.
Skinny Jeans : Click here and fill up the form
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form