walk on wings, tread in air: Makan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Makan
2013-09-17

Cuti 3 hari plannya nak buat tahlil untuk arwah nenek kat rumah aku.
Sekali dengan besday Redza, tapi taknak buat heavy-heavy la, just nak potong kek je.
Tapi plan nak buat BBQ sekali.

Patut la macam ada je tersekat-sekat plan.
Kek last minit takleh buat pulak.
Pastu plan macam kejap nak buat Sabtu, kejap nak buat Ahad.
Kejap nak beli tu kejap tak jadi.

Rupa-rupanya tak jadik buat lansung sebab En Wan balik Tganu Sabtu pagi.
Aku anak-beranak je la yang tinggal kat rumah.
Lansung tak jadi semua.
Yang jadi cuma tapai mak aku je.
Sian mak aku, siap buatkan tapai untuk tahlil la konon.
Pastu Ima kena ubah balik waktu untuk collect macaroni customer-customer dia. Kesian.

Takpela, tahlil tu bila-bila je nanti boleh buat, takat buat anak-beranak je.
So aku pun takde la plan ke mana hari tu.

Tengahari Sabtu, Ima call cakap nak datang sebab dah tak tau mana nak bawak anak-anak dia jalan.
Meh le kita berparti liar kat rumah mak long.
Pak long kau pun takde ni.


Rayyan so excited tetiba rumah ramai kawan.
Lantas menjadi sangat peramah, sangat aktif dari hari-hari biasa......dan bacin serta-merta.



Macam ada parti kan rumah aku?
Nak buat tahlil katanya!

Aku pun saje la ayat Ibal "Taknak datang rumah aku ke? Ima ada sini. Meh la malam kang kita pekena Mr Food"

Eh tau-tau dah sampai depan pintu rumah.
Sepakej ngan Mak Aji Pak Aji sekali.




Maka malam tu kitorang serang Mr Food.
Lagipun Ima anak beranak and Mak Aji Pak Aji blom sampai sini lagi.
Dah alang-alang semua lepak rumah aku, dan aku pun malas masak, meh le kita makan luar je.

Nasib baik aku buat reservation order siap-siap.
Aku lupa malam tu Sabtu, gila ramaiiiii orang.
Kitorang dengan eksennya masuk, duduk dan plate pun sampai.
Kebetulan semua tengah lapar.
Anak Ima pulak gila berpencak, so senang la sikit mak bapak dia takyah tunggu lama-lama. Terus boleh suap anak makan. Terus diam anak dia.


Biasa la kan....aku mana reti makan binatang lain kalau masuk sini.


Mentang-mentang la Mr Food tu kat kampung dia, pakai baju tido je kuar makan steak.


Ima muka ayu je dinner.
Dalam pada ayu-ayu tu, steak sepinggan setel, spageti bolognese sepinggan pun selesai.


Malam tu our menu :

4 x sirlon steak
1 x lambloin steak
2 x fish and chips
1 x spageti bolognese
1 x lamb burger (tahap Carl's Jr punya burger ni)
2 x orange juice
2 x apple juice
1 x coffee
1 x pineapple juice
1 x icelemon tea
1 x apa ntah air ibal aku lupa

= RM259.00

Murah.
Dan sedap.

Kalau korang nak ke sini, try buat reservation dulu supaya takyah tunggu lama.
Servis dia tak lembab, cuma lagi best kalau takyah menunggu terus kan. Aku kan pelahappppp.

Mr Food (Butcher & Grill)
No. 8, Jalan Putra Mahkota 7/6A,‎
Pusat Bandar Putra Point
47650 Subang Jaya
Selangor.
TEL.: 03-5192 2344 
GPS Info (lat,lon) = 2.995105°N,101.573904°E




Disebabkan cuti yang panjang suami telah meninggalkan isteri keseorangan tiada berteman, maka semalam suami didera. Kena keluar berdua.
BERDUA only.
Walaupun sedih sebab Rayyan dah pandai buat drama spektra. Time aku tukar baju lagi dia dah cepat-cepat ambik tudung aku dalam laci "Ma, nah!"

Ececece....nak jek jek aku la tu.
Aku buat dek.

Pastu aku pakai bedak, dia tala pipi dia kat aku "Ma..." (sua kan pipi dia sambil semyum simpul).
Macam selalu, aku akan tepek sikit bedak kat pipi.

Aku sambung balik buat dek.

Pastu bila aku dah siap-siap semua dia "Ma, ayik kot? Ayik kot?" (Ma, adik ikut?)
Kira dah ok sikit bahasa dia.
Dulu lagi teruk "Ma..kotak? Ma....kotak???" (Ma, adik ikut ke tak?)

Bila aku masuk dalam kereta and bibik dokong dia bawak masuk dalam rumah, dia punya pekik "Maaaa.....ayik kot ma.....ayik kot maaaaa......"
Tang menjerit tu aku tak kisah lagi.
Tang dia pegang grill sambil mencangkung air mata menjejes-jejes tu aku takleh tahan la.
Rasa nak patah balik ambik dia.
Tapi memikirkan yang dalam restoran nanti sudu garpu bakal bertebangan ke angkasaraya, ok tak jadi patah balik. Jalan je la.



Dinner kat Chilis Empire Subang.
Bukan ada apa-apa special pun.
Saje je nak bersembang berdua.
Now kalau nak bersembang kena dating, kat rumah nak sembang dah payah. Anak-anak aku mesti nak duduk tengah-tengah. Tak dapat duduk tengah, dia duduk atas badan aku. Sardin je muka main iPAD sambil duduk atas perut mak dia. Tau la perut mak kau skarang lagi empuk dari tilam Vono kan.


Ni aku punya.
Trio Fajita Classic.


Beef + chicken + udang makan dengan tok nenek sayur cream and cheese.
Lipat-lipatkan dalam gulungan tortilla *jeling Izzat*
Aku makan sekeping je, done.
Tak abis.


En Wan punya New York Steak kalau tak salah.
Mashed potato sedappp.
Tapi dry sangat la steak dia.
Dia masak sekali dengan gravy so takde gravy tambahan, too dry.
Sambil mengunyah sambil komplen "Abang rasa Mr Food sedap lagi....Mr Food sedap lagi ni..."


Bawah dia tu banyak sampah sikit.
Chicken dia too dry, aku makan sekeping je.
Prawn dia ok, half cooked.
Beef boleh la...

Menu :

1 x New York Steak
1 x Fajita Trio
1 x Fruit Punch
1 x Guava Juice

= RM137.00

Sebab namanya Chilis, jadi dia mesti kena mahal.
..agaknya la..







Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
posted by aveo757 @ 4:07 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER