2013-07-08

Bon Odori


Sabtu malam, En Wan ajak pi Bon Odori.
Selama aku kawen ngan dia, tak penah lansung aku terhingin nak pegi even dia berkali-kali ajak sebab aku malas bersesak-sesak. Sejak-menjak dah pandai mentekedarah sushi ni, baru la aku nak pegi. Tu pun sebab En Wan umpan aku dengan Sushi King. Oh boleh jeeeeee.

Kitorang pi lepas Maghrib, masa ni dah tak sesak sangat.
En Wan cakap Bon Odori ni start petang, so malam tak ramai sangat. Yang datang pun sebab nak tengok fireworks. Tak salah aku nama dia Hanabi kot. Tak pun Hannibal. Wakakakka. Ok tak klaka.
Kitorang gi bawak Rayyan je sebab Redza busy melayan iPAD. Skarang aku dah buat rules, iPAD cuma boleh layan Jumaat malam until Sunday malam only. PSP and PS2 pun sama. Other than that layanlah katun. Memang la kurang sikit ketagihan dia tapi dah jadi satu masalah pulak nak ajak berjalan. Taknak tinggalkan iPAD sebab iPAD ti wifi je. So takleh la layan all the time unless melepak kat mana-mana yang ada free wifi. Eh sorry la aku nak bagi tab aku kan. Dah la iPAD tu dah jadi hak dia, kang esok tab aku pun sekali harung dia punyakan terus. No wayyyy.



Kat depan pintu masuk stadium je dah nampak bersepah-sepah orang pakai kimono.
En Wan kata memang patutnya celebrate perayaan ni kena pakai kimono.
Aku takde kimono. Kimono cardigan je ada. Aci tak?

En Wan kata Malaysia satu-satunya negara yang Jepun pilih untuk celebrate perayaan dia.
Next yang buat is Korea.
En Wan cakap Bon Odori ni perayaan yang Japanese sambut untuk menyambut kepulangan tok nenek moyang dorang (ikut kepercayaan dorang la). So aku tak sure kita-kita yang takde kena-mengena ni apa hukumnya kalau join sekaki. Aku tengok ramai je orang-orang Melayu yang ikut sekali menari.  Not sure la if tarian yang dorang perform tu ada baca-baca doa-doa ke apa. Rasanya tak kot.



Sweet-la hai nampak pompuan-pompuan pakai kimono berkumpul kat stadium.
En Wan kata mana-mana yang budak pompuan melayu yang pakai kimono tu mesti budak UM and UTM Jalan Semarak program ke Jepun. Sebab dia pun sama naik gak celebrate dulu.



Rayyan agak behave sebab kejakunan dapat kipas tangan free.


Gila ramai orang datang Bon Odori.
Tapi masa kitorang sampai acara main gendang baru je abis.
Masa kitorang sampai tu tengah perform tarian melayu. Agaknya performance dari student-student gak kot. Not sure.


Tapi yang ni belom start lagi.
So En Wan ajak tunggu yang ni.
Yang ni tempat dorang menari.



Sementara nak tunggu dorang menari, jom pi mentekedarah dulu.
Of crossssssss la Sushi King.
Padahal the night before tu aku dah blasah sushi gak.
Tapi takpe, sushi ni makanan kesihatan. Hehe.


Tapi tak beli pun. Bergamba je.
Sebab ebi sushi aku semua dia dah letak wasabi. Aku taknak ada wasabi even sikit pun. Golden Ball takde. Chicken sushi with cheese takde. Yang ada tuna, salmon, semua aku tak berkenan.



 
Ok yang ni yang aku tak suka kalau berjalan dengan dia. Dia suka tau buat warung orang macam warung dia. Just like masa makan sotong kat Warung Pok Nong dulu. Sedap anak tekak dia je masuk kat blakang kaunter padahal orang lain semua kat depan kaunter. Aku ingatkan dia buat perangai ni kat kampung dia je. Rupanya kat kampung orang pun dia blasah gak.

Masa ni beli apa ntah nama makanan ni dalam Jepun tapi macam ABC la. Yang si ABC Jepun ni pun satu, semata-mata ais dengan sirap je kau letak. Pastu sikit lak tu. Takkan aku nak kemam ais je kot.
Tapi aku takde la sound kan sebab kita pi tempat orang, so aku just bajet maybe memang camni kot cara makan dia.

Rupanya tak.
Memang pompuan tu letak sikit sangat.
En Wan sardin je gi mintak susu pekat, tuang sendiri. Mintak sirap tuang sendiri. Dah macam dia pulak yang menjual. I is very the malu. I is go away.

Mesti di sana menyesal ada customer macam di sinun.
 

Dia makan apa ntah benda ni tapi aku tengok pun rasa tak lalu kat tekak kot. Tapi En Wan bedak cukup-cukup macamkan sedap sangat. Yang best tu dia beli mee goreng. Tapi mee goreng Japan punya. Ntah la aku tak kosser nak rasa. Tapi nampak cam mee goreng cuma macam rencah dia takde. Cam kosong je. Yang mee ni dia tak makan kat situ, dia bawak balik.
Rupanya patut la tak makan kat sana. Nak balik rumah makan dengan keropok.
Cehhh, kalau dah Tganu tu Tganu jugak la. Toksah la nak makan mee Jepun la bagai. Puiii.



 Macam ni la rupa dorang menari. Simple je like pusing-pusing keliling tu. Yang ni En Wan yang ambik, aku ngan Rayyan melapak kat tepi tengok tang jauh.  Nampak kan ada budak pompuan pakai kimono with tudung? Tu mesti set-set student tu.




Ni aku ambik gambar kat album En Wan masa dia sama naik berjoget kat Jepun.
Tapi yang aku tengok hari tu dorang menari sikit punya gemalai. Apesal laki aku punya tangan ni macam kejung je? Ko memandai je bang buat step sendiri. 


Ok yang ni gamba selingan sebab aku ternampak gamba ni dalam album dia.
Guys will always be guys - poster ELITE kat blakang.
Muntah.
Tamparan wanita katanya.
Meh sini aku tampar nak?  



Semalam gerakan photoshoot untuk shawl and Superdry.
Actually shawl yang aku nak upload dalam website ni memang shawl twin border yang aku pernah publish kat blog dulu. Tapi yang tu 5 design je. Patut semuanya 10 tapi sebab aku tak sempat nak ambik gamba lagi 5 helai jadi aku pause-kan dulu. Tak tentu arah betul aku skarang nak handle keje. Insyallah now dah ada orang yang boleh handlekan bab-bab marketing and design ni harapnya kurang la sikit keje aku.

So semalam aku punya part cuma shawl je. Yang blom up cuma 5 design, yang 5 design awal dah sold out cuma aku snap jugak la nak letak kat web so that aku leh track product-product aku. Memang penat betul menyengih depan kamera. Patut la kalau kat studio dorang pasang muzik kuat-kuat pastu aakan ada team yang akan terpekik-pekik kat blakang kamera supaya mood kita naik. Seriesly kalau dah masuk pakaian yang ke-5, rasanya dah penat nak senyum. Memang kena ada orang yang buat lawak kat depan supaya boleh dapatkan balik mood. Mood aku semalam dibantu oleh En Wan. Dia takyah buat apa-apa pun. Aku tengok dia posing je aku dah gelak. Hahahhaa. Keji tak aku?
 
 
  Superdry windbreaker in the house!
Tengah tunggu green lite dari En Wan baru aku upload.
Model adelah dari kalangan anak-anak sedara.
Jimat sikit.
 
 
 Dan juga Superdry Kids limited edition.
Ni pun tunggu green lite.



Budak suruhan 



Malam semalam kitorang gi Subang Parade sebab aku nak makan TGI.
Aku cakap kalau aku tak makan semalam, maknanya lepas raya la baru aku dapat makan sebab puasa-puasa kang konfem la takkan keluar malam punya. Paling-paling pun lepas terawikh gi mamal je. Kebetulan En Wan nak carik spender. So boleh la pegi sekali.

Laki aku ni kalau pi Subang Parade mesti beli spender. Asal beli spender mesti gi Subang Patrade. Beli dengan voucher lak tu. Nama dia nak beli spender dengan cash takde la. Benda lain dia leh pakai cash. Tapi kalau spender mesti dia nak pakai voucher je. So terpaksa la bini dia ni bershopping kat Parkson selalu. Kalau aku tak shopping, kang tak dapat voucher kang tak bersalin pulak spender laki aku. Wakakkakakak.


Oh yes, dah beberapa hari aku mengumpat BB aku kat FB.
Tapi sampai skang belum temui jalan penyelesaian nak beli baru ke tak.
Rasanya aku masih mampu bersabar.
Tapi kadang-kadang tercarut jugak la sesekali sebab BB ni kalau waktu bodoh dia sampai memang bodoh sangat okeh.


Appetizer : Apa ntah tajuk, Carribean Grilled Wings kot.
Boleh tahan cuma aku takkan order lagi la sebab aku tak suka sos manis.


Aku punya Lamb Grilled.
Sedap, daging lembut, tapi sayur banyak sangat. Bersepah dowh.
Cuma aku lagi prefer kalau gravy dia black pepper. Yang ni mushroom gravy.
Mashed potato dia pun ada letak mushroom. Sedap.


Sirlon steak.
En Wan punya. Tapi aku dah penah makan dah ni dulu.
Sedap.


Cuma lamb aku sikit sangat so blom apa-apa dah habis.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here