2013-06-08

Thai Famous


Malam semalam gi Thai Famous kat Plaza Masalam buat kali ketiganya.
Aku suka Thai Famous ni sebab makanan dia sedap-sedap especially butter prawn and Thai Fish.
Tempat pun selesa. Yang penting CEPAT.
Memang cepat gila. Tak tau la camne dia buat. Samada tukang masak dia ramai, ataupun dia perangai lauk semalam, aku tak kisah. Janji cepat. Dan aku tak cirit-birit. Dan sedap.
Pelayan dia pun ramai and effisien.
Panggil je, terus datang. Takde la meleseh-leseh jenis bersidai tak tentu arah.

Semalam En Wan nak celebrate anak sedara dia (anak Kak Long) baru grad.
Patutnya plan asal En Wan nak ke Bali tengok anak sedara dia ni konvo tapi clash dengan apa ntah aku lupa pulak. Tapi tak jadi pegi. So semalam bawak pi makan-makan sebab today dia dah nak balik Tganu.

So, aku pilih untuk makan kat Thai Famous.
Ya, aku yang pilih.
Sebab kalau En Wan yang pilih, memang ke kedai mamak Anwar Maju je la aku malam semalam.
Laki aku ni asal boleh je, janji kenyang dia kata.
Kalau nak takat kenyang meh aku gorengkan telo mata makan ngan kicap je kan. Pun kenyang gak.



Seb baik panglima aku ni behave malam tadi.
Terima kasih kepada Upin dan Ipin.
Skang ni mana-mana pegi tablet perlu ada. Boleh jadi malapetaka kalau terlupa bawak tablet. Memang itulah penyelamat keadaan. Kalau tak, mesti aku tercekik nak makan.

And aku pun dah naik seronok melayan Upin Ipin now.
Barula aku tau Upin Ipin ni memang bagus.
Dengar cerita dorang nak bukak Upin Ipin Park kat area Sepang eh?
Kalau betul jadik, memang konfem boom la.
Sure foreigners jakun nak try game upin ipin. Mana nak jumpa kat mana-mana theme park game tarik upih weh?
Upin Ipin je yang ada.
Wah, proud..proud.



Menu wajib - sotong goreng tepung.
Ni namanya makanan Redza.
Dia ratah benda ni je. Budak ni payah betul nak makan, asalkan dia nak makan takpe. Kau nak ratah sedulang pun tak kisah. Janji makan.



Kailan goreng ikkan masin.
Ni order sikit je sebab yang lain tak makan sayur.
Tanya anak sedara En Wan "Yie nak makan sayur apa?"
"Yie tak makan sayur, mokcik"
Huh??
Dokter pun tak makan sayur???
Puiii.



This tomyam is the very very mahbeles one.
Sebab lauk lain semua seafood, so yang ni aku pilih tomyam ayam.


Gamba ikan tak cantik, gegar sikit.
Tapi ikan ni size L, memang besarrrrrrr sangat.
Tapi yang best kat kerabu mangga dia.
Sedapppppp ya ampunnnn sedap nak mamps.



Feveret aku - butter prawn.
Tapi udang dia aku makan 2 je. Telo dia jugak yang aku kikis sampai licinnn.



Muka Yie ni dengan En Wan kalau dari tepi memang sama.
Even gamba dia masa kecik pun aku ingatkan En Wan.



Ni aku nak sampaikan pesanan anak sedara En Wan ni.
Kot la ada yang blom tau kan.
Dia kata iklan cool fever tu salah.
Iklan tu tunjuk (even kat pembalut coll fever tu sendiri) lekatkan cool fever tu kat dahi.
Padahal dia kata kat dahi takde pembuluh darah. Sepatutnya letak samada kat ketiak, kat tengkuk atau kat belakang badan.
Kebetulan Rayyan ni kalau demam memang dia taknak orang ganggu jendul dia. So lebih memudahkan tugas aku, tepek je terus kat belakang badan. Settle.
So lepas ni kepada yang blom tau, sila lekatkan cool fever kat blakang badan.
Kalau nak lekat kat ketiak tu rasanya budak mesti tak selesa kot. Tak tau la anak orang lain, tapi kalau anak aku konfem dia cabut sendiri.



Anak-anak aku semua behave semalam. Aku terkesima.
Baik yang abang, baik yang adik.
Semua macam terpelihara kesantunannya depan meja makan.
Lapar kot.



Dah nama pegang kamera kan, takkan gamba sendiri tak snap.
Sangat mustahil bukankah?



Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
My New Shawl : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here