2013-06-02

My Reader


Semalam aku ngan En Wan attend wedding invitation oleh blogger and also reader blog ni - Lord Zara. Ohemji, this reader (also a blogger) rasanya antara pembaca blog Green Apple yang terawal. Aku ingat lagi masa kes pertama blog ni diplagiat oleh someone yang menggunakan nama Zara Zarith, dia antara yang hantar komen "Bukan saya". Hehehe.
Ye, aku tau bukan dia.
Dia tak saiko.
Zara adelah penulis blog Dunia Sebelah Zara. Dan tak salah aku dia juga adelah salah sorang team TERFAKTAB (correct me if I'm wrong).
Tapi blog dia sangattttttttttttttlah jauh beza dengan blog aku ni ha.
Bahasa melayunya tersusun rapi, sangat bertatasusila.

Bila dia mesej untuk mintak alamat, aku dah boleh agak, ok the time has come.
Actually last week yang aku dok berangan nak bercuti lah konon tu kan, memang plannya adelah ntuk tido kat Philea Spa Resort Melaka, park rakyat jelata aku kat sana and aku with En Wan akan zassss ke Ledang. In fact, hari tu sape eh beli Ephyra kot and dia pun asal Ledang, aku tanya if Ledang ada hotel-hotel untuk aku stay. Zara mesej aku kat FB if aku dah dapat kad kawen dia, aku cakap aku tak dapat datang dah ada program lain. Cewahh konon nak surprisekan dia la ni tetiba aku JENG JENG sampai. Hahah. Cam sial plan. Tetiba hotel tak book lansung. Aku yang surpise sudahnya.




Rupanya husband dia orang KL.
Ok, kita jumpa kat KL je la jawabnya.
Jumaat lepas aku paksa En Wan jangan stayback kat ofis. Pulang dengan kadar segera sebab aku nak attend jugak wedding budak ni.

Tak pernah berjumpa.
Tak pernah bercakap kat phone.
Tak pernah chat.
Tak pernah.
Tak pernah.
Tapi happy and terharu dia invite pi wedding dia.



Reception kat Dewan perdana Keramat Mall.
Pengantin lom sampai lagi.



Takpe, kita makan dulu.
Kalau pi makan kenduri kawen, lauk aku memang ayam goreng je.
Aku tak reti makan kuah dal, kuah lemak, kuah rendang segala.
Aku nak menikmati nasik beriyani bogel-bogel tanpa kuah.
Nasik dia sedap. Tak lembap.


Nak ambik gamba pengantin, pengantinnya tak sampai lagi.
Ambiklah gamba sendiri dulu.
Macam tak biasa kan.



Pengantin in pink.
See? See?
Sape kata lelaki pakai pink tak cantik?
Tengok pengantin laki tu cantek je pakai pink.
Nasib ko lah bang, tahun ni raya pink jugak. Tak kira!


Pengantin tak bersanding, terus ke meja makan.


The bride and the groom
Tak dapat nak ambik gamba dengan pengantin sebab pengantin tak abis makan lagi, aku nak balik dah sebab En Wan tetiba ajak pi Kinokuniya.
Tapi tak jadi pegi pun sebab terlajak simpang. Hahahahha.
Ntah apa-apa masuk KL pun sesat.


Tadi, lepas Marghrib kitorang shoot jap pi KLCC.
En Wan kena buat presentation pasal apa ntah, so nak kena carik buku rujukan Jepun.
Teruja kejap aku ngan Redza tengok KLCC waktu malam. Kesian aku kan. Pelancong pun tak jakun macam aku.

Masa ni masuk Adidas jap, pakwe aku tu nak carik kasut.
Kasut keje.
Aku pun tak paham apesal kau nak pi keje pakai sport shoe?

Dah lama dah rasanya aku tak masuk KLCC, paling last pun bila ntah. Tapi masa tu aku lepak ngan member-member kat Chilis kot. Lama dah tu. Sebenarnya aku malas masuk KL. Kalau keje takpe, tapi kalau bersenggang ni malas pulak. Pastu aku tak reti nak carik apa kat KLCC. Macam tempat orang kaya-kaya, bergaya-bergaya, aku je tercengang-bangang kat situ.



Ingat nak dinner kat Dome.
Lupa pulak pakwe ni mana boleh kalau tak makan nasik.
Aku ngan Redza dah terbayang-bayang spageti semua, last-last masuk fod court je lah, layan Sushi King lagi dan lagi.



Bersungguh betul Redza makan MekDi dalam Sushi King.
Wajah kesungguhan sebeginilah yang diperlukan untuk buat advert.
Nampak cam sedap benar burger tu.
Yang aku heran tu fillet-o-fish.
Kalau kat rumah suruh makan ikan kemain payah siap terjuek-juek segala, tapi burger ikan ni boleh pulak kau makan.



Aku pun tak berapa pasti aku nak buat apa sebenarnya ni.
Macam gaya-gaya nak buat gwiyomi tapi pegang sushi.
Yang penting dagu berlapis.
Pun tak ingat-ingat nak benti makan.
Plis lah Diana..



Aku lupa apa tajuk makanan dia ni tapi udon la.
Tak sedap lansung. Macamana ntah dia boleh hadap semangkuk besar macam ni.
En Wan kata kat Jepun dulu boleh dikatakan ni la makanan ruji dia.
Patut la ko kerempeng. Makan mee je hari-hari.
Dah la tak sedap.

Pegi Kinokuniya aku merembat lagi 4 buah buku.
Tak tau la bila nak start baca yang ni.
Yang aku beli dulu pun tak start-start lagi.
Aku rasa dulu time aku bekerja dengan orang, aku lagi banyakkkkkkk masa untuk membaca. Now sejak keje sendiri makin takde masa. Masa tahun-tahun pertama dulu dapatlah jugak habiskan satu buku sebulan. Now, dapat habiskan tiga chapter sebulan pun dah satu kejayaan besar.

Esok insyallah kitorang pi bercuti.
Ganti balik yang tak jadi last week tu.
Harap dapat baca buku dengan tenang.



Jeng jeng jenggggg.
Cantik tak?
Fridge magnet namanya ni.
Hadiah dari reader blog ini, nama dia Sya.
Aku pun tak sangka dia buatkan benda ni untuk aku. And gamba-gamba ni semua rasanya gamba dari FB and blog.



Yang paling mahal tu nampak tu???
Gamba Gor Gor aku!!
Memang betul-betul loyal reader ni sampai tak lupa buat satu magnet gamba pakwe aku. Pandai pulak tu ambik gamba paling hemsem.

Actually aku order sticker Fleur Closet dari dia. Dan juga sampul raya.
Over kan aku?
Puasa pun blom, sampul raya dah sampai.

Sticker tu asalnya aku nak letak kat plastic baju-baju peplum kurung aku before pos kat customer.
Tak sempat. Dah habis jual baru sticker sampai.
Aku ingat nak tunggu sticker ni siap baru pos baju tapi cam kesian pulak customer nak baju cepat, so aku pos je la baju dulu. Takpe, sticker ni boleh guna jugak kendian-kendian.

Harga aku lupa, aku main order je, suruh dia kira total pastu bayor.
Kalau ada yang berkenan nak dia buatkan sticker, sampul raya, envelope, props untuk party (props party Redza and Rayyan last year dia yang sponsor).
Jangan main-main, ini olang punya bisnes sudah masuk Wanita Hari Ini tau.


  
Ni antara benda yang dia sponsor untuk party anak-anak bujang aku last year.
Kalau berminat, boleh KLIK SINI
Ok mau tido. Doakan esok aku benar-benar dapat pergi bercuti. No more "surprises". Tak larat dah aku.



Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
My New Shawl : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here