walk on wings, tread in air: PD again <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

PD again
2013-06-04

Ya ampunnnnn, mata aku bengkak dah ni wehhh.
Dah berderet 3 malam dok bantai tido pukul 3am.
Rasa lembab je pergerakan aku hari ni.
Rasa nak muntah pun ada.
Series tak cukup rest.

Aku rasa macam aku pi bercuti kelmarin tapi makin penat lagi ada.
Rasanya kalau aku pi outstation alone pun tak penat macam bercuti ni (konon la bercuti).
Aku rasa salah satu sebab kenapa everytime aku bercuti aku makin penat adelah sebab percutian aku selalunya singkat-singkat. Satu dua malam je. Kalau dua malam pun mesti malam ni tido sini, malam esok tido sana. Berangkut berpindah-randah. Kalau aku pi bercuti overseas lagiiiiiiiiiiiiiiiii la teruk penatnya. Nak lagi kalau ikut cara En Wan berjalan, tobattttt. Dia ni kuat berjalan. I mean BERJALAN KAKI. Dia suka style free an easy, jalan kaki jauh-jauh sambil pegang map, ikut gerak hati nak berjalan dia jalan, terasa nak naik tram naik tram, jap gi terasa nak naik beca naik beca pulak. Dia ikut sedap kaki dia je. Takpelah kan orang kurus kerempeng. Jalan pun bawak kamera ngan map je. Aku ni bawak beg isi segala macam tok nenek air, cikedis, wet tissue, telekung, nak bawak tetek lagi, bawak perut yang berlapis-lapis ni lagi. Hoih, banyak keje aku okeh?

Percutian kali ni adelah percutian terdesak.
Jangankan tidak, janji boleh bawak Redza keluar cuti time cuti skolah ni.
Bukan nak bercuti sangat pun. Kesian orang-orang kat rumah ni terperap je. Macam kitorang ni hari-hari pun keluar dari rumah so takdela rasa bosan sangat. Nak pegi jauh-jauh aku tak larat nak berhiruk-pikuk dalam kereta. So pegi yang dekat je. Pegi semula Grand Lexis PD.
Last aku pi 2 tahun lepas (Click) , masa tu Rayyan baby lagi, belum setahun pun umur dia.

Kitorang gerak hari Ahad, lepas zohor sebab Redza ada soccer class pagi tu. Kena tunggu kelas dia habis dulu. Sampai PD around 3pm, tapi singgah tapau KFC dulu aku dah lapar gila.
Hmm...takde perubahan pun dari segi proses check in and check out. Gitu jugak la dari 2 tahun yang lepas. Kaunter pun masih lagi banyak itu. Berderetttttttt panjang orang beratur nak check in. Pastu ramai yang merungut bilik tak siap lagi, dah la beratur panjang, kena tunggu for another berapa punya lama lagi. Yang ada anak kecik tu kesian la kan, budak-budak meragam semua. Seb baik bilik aku dia kata dah ready.

Dulu aku duduk Premium Pool Villa, so kali ni ubah selera pulak duduk Sky Pool Villa.
Besar la sikit dari bilik dulu, sesuai la untuk panglima aku ni berpencak.




Picture google je.
Aku dah malas nak snap.


Ada garden yang besar.
Sesuai nak sidai baju. Dah la kena tempat matahari, memang garing baju-baju aku.

Masuk-masuk je bilik, aku tak sempat nak letak bontot kat katil lagi budak-budak ni semua badan dah separuh dalam kolam. Pastu bertempik ajak aku ngan En Wan mandi sekali. En Wan pulak sibuk nak makan dulu, so aku la terpaksa terjun kolam. Cewahh, kali ni aku bawak swimming suit. Maklom lah pool dalam bilik kan, ape ade hallll. Selama ni swiiming suit aku tu dok tergantung je tak berpakai-pakai. Best gila dapat mandi pakai balik swimming suit. Salin-salin baju semua, booshhhhhhhhhh dalam kolam.
Sejuk nak mampos air kolam kat sky pool. Sebab bercampur dengan hawa angin. Duduk tingkt 6, pool kat luar gila punya open air, pastu angin punyalah kuat hari tu, memang bergetar-getar gigi aku tahan sejuk. Ada gak la dalam sejam aku berendam sampai naik biru kuku kaki, pastu En Wan take turn terjun.

Time nak mandi salin baju baru aku perasan alahaiiiiii spender ngan coli lupa bawak. Betapalahhhhhhhhhhhhhhhh meriahnya percutian ini dengan tak bawak spender kan? Camana lah aku boleh lupa?? Ni semua kalut punya pasal la ni. Sabtu tu dah la tido pukul 3 pagi, bangkit kul 630am, pastu siap-siap hantar Redza gi soccer club kul 8am, lepas hantar Redza kitorang gi breakfast then po Giant beli groceries pastu singgah opis aku jap ukur bilik nak beli new workstation. Balik rumah aku mengadap laptop balik semula sambung apa-apa keje yang patut sampai kul 1pm baru terkial-kial nak pack baju semua. Aku ni dok la terjerit-pekik ingatkan semuorang bawak berus gigi, bawak ubat gigi, bawak stokin kot-kot sejuk, bawak itu bawak ini, last-last sendiri punya spender ngan coli tinggal.

Abis nak wat camana ni? Hahahah. Abis takkan nak togel terkibai-kibai 2 hari tak berspender kan. Sape lagi dalam rumah tu yang satu size dengan aku. Haruslah spender En Wan jadi mangsa. Aku tengok kemain banyak lagi spender dia bawak macam nak bercuti seminggu. En Wan suruh aku takyah pakai spender. Dia kata sape pun yang nampak.
Memang lah takde sape yang nampakkkkkkk. Tapi gwa tak biasa la berjalan-jalan di tepi pantai dengan celah kangkang togel. Kot ye pun musim panas skarang takyah la sampai tak pakai spender lansung kan. Dengan konfidennya aku sarung spender En Wan. Barulah namanya cinta bersatu. Kami bukan takat berkongsi bantal, malah berkongsi spender. Oh, suwitnya kami. Hahaha.
Size memang muat, cuma tak bernapas je la pusat aku. Dah biasa pakai spender bawah pusat, main tali-tali je.
Sekali hah kauuu, dah la getah spender sejengkal, tutup pusat lak tu. Semput pusat kau nak bernapas.
Takpe, macam tak biasa kan.
Aku rajin pakai spender En Wan kalau time mengandung. Biasa la kan kalau perut orang mengandung ni macam tak tetap sangat kedudukan dia. Spender pompuan ni kan bangsa getah halus, maklom la takde apa yang nak ditampung, so pakai je la getah lite-lite. Muat-muat sangkut kat bawah perut je. Bila perut dah besar rasa macam tak best perut tu terkibai-kibai. So aku pakai spender En Wan. Spender laki kan getah dia tebal supaya apa yang ditampung berada pada kedudukan yang tetap tak berkeliaran ke sana-sini, so bila aku pakai tu rasa selamat je perut aku.

Bra? Bra tak menjadi masalah sebab malam takyah pakai bra. Hahha. Takkan nak pinjam mak aku punya kot. Kot ye menantu kesayangan, takyah la sampai bra mak mertua pun nak sapu kan. Kau dah la tak penah belikan dia bra. Pastu bra dia pulak kau nak pinjam. Cis.


Walaupun 'dalaman' kita agak tunggang-langgang hari itu, kita harus bijak menonjolkan muka yang konfiden sewaktu bergambar. Ni kat restoran apa ntah. Tak sempat pulak aku nak tengok nama restoran.
Tak kisah la janji ada seafood.



Dah nama makan berdua je, so memang takde la kitorang nak order makanan lebih-lebih sangat. Ikan 3 Rasa and Tomyam Campur. Ikan dia besarrrrrrrrrrrrrrr nak mampsss.
Aku dah kata untuk makan 2 orang, dia still bagi yang gabak.
Eh tapi lichen jugak kitorang makan.
Sedap gila ikan dia.
Garing sangat-sangat.
Cuma tomyam ni banyak sampah dari isi.
Aku konfius aku mintak tomyam campur ke tomyam bawang?

Pastu tapaukan mak, bibik and Redza makanan.
Then balik hotel. Takleh nak bersidai lama-lama sangat sebab En Wan bawak laptop bagai nak siapkan keje.



Bergambo tengah-tengah malam kat garden tingakt 6.




Masuk-masuk bilik tengok budak-budak ni dah terjun balik dalam kolam.
Gila tak sejuk apa dorang ni??
Dah la malam, pastu angin tengah kuat. Aku duduk bertenggek tepi kolam tu pun dah kejap-kejap rasa nak terkencing. Sampai pukul 11pm dorang berendam dalam ni. Tu pun bila aku bertukar jadi tarzan. Kalau tak, mau sampai besok pagi tak naik-naik.



Sampai je bilik terus order banana split.
Tak sedap.


Pagi esok aku bangun tengok En Wan dah mengadap laptop semula.
First time bercuti sambil siapkan keje.
Baik duduk kat rumah je kan.



Bird haruslah di-mosaic-kan.
Bird mahal tu. Jangan main-main.



Breakfast.
TAK SEDAP!

Takde kemajuan lansung Grand Lexis ni.
Ingatkan bila tukar nama resort, banyak la pembaharuan dia buat.
Macamana aku pegi 2 tahun lepas, macam tu la jugak kelmarin.
Makanan dia tak sehebat rating hotel yang dikatakan 5 bintang tu.
Nasik goreng out.
Sosej out.
Porridge out.
Nasik lemak so and so. Rasanya lagi sedap nasik lemak kat Seri Malaysia Kangar.
Mee goreng je boleh tahan sikit.
Untuk harga RM37/sorang, rasanya sangat rugi. Makanan memang banyak tapi tak banyak yang boleh lalu kat anak tekak aku.



Wearing Shawl FCA5 (tapi dah sold out. Yang ni aku punya)
Lepas breakfast, ajak mak and bibik jalan-jalan jap kt area Pool Villa kat laut.
Tapi kejap je la sebab cuaca panas sangat.
Panas pagi pun dah mampu menambahkan kehitaman aku. Memang payah nak bergamba sebab panas terik satu macam. Gamba semua jadi gelap.
Jalan kat tempat redup je.
Last-last hantar dorang semua naik bilik, kot nak terjun kolam ke apa ke.
Kitorang berdua turun balik untuk sessi berpeleseran.
Masing-masing sila ambik tempat bersesuaian dengan fitrah masing-masing ya.
Yang kurus sila ke patung kurus.
Yang gemuk sila ke patung gemuk tetapi gojes itu (patung je yang gojes)
Bila dah berdua-duaan maka pose-pose gedik sebegini pasti akan ada.
Jadi silalah pasrah saje melihatnya.
En Wan nak try bakat memanah.
Alahaii, aku tengok tangan tu pun aku dah tau takde bakat punya. Wakakakka.
Tapi sebagai seorang isteri yang tak pernah jemu bagi semangat, kita layankan aje la.
Wah, dah nampak bersemangat sangat dah ni.
Kalau tak pandai memanah tu buat cara tak pandai ya.
So kena mintak tunjuk ajar dulu dari yang pandai.
Aku : Pandai ke shoot ni bang? Kang tershoot bontot orang sebelah tak pasal je dia balik mengengkang.
En Wan : Sharp shooter okeh??? Tu yang dapat 2 orang hero tu.
Ok, gaya dah lulus.
Pehh, dah macam Red Indian dari blakang.
Ye ye je gaya dia.


Hah, kau.
Sharp shooter sangattttt.
Bertempiaran panah dia aku tengok.
Sampai ke atas pun ada.
Sharp shooter katanya!
Puiii.


Pastu aku teman dia main Segway.
Mula-mula aku nak main tapi aku tengok yang main tu ada yang sampai terlanggar tiang semua, terus tak jadik. Pass je la kat En Wan.
Mula-mula terhuyung-hayang gak En Wan nak balance-kan bendalah ni.
Masa dia nak balance-balance tu dia kata 'Patut la Di taknak, abang pun cuak ni'
Tapi kejap je.
Dorang allocate sorang boleh 2 round je.
En Wan tak sampai 2 minit dah habis 2 round. Dia boleh merempit pulak kat dalam ni. Adik yang jaga tu pun kata En Wan bawak cepat gila. Kalau semua bawak cepat macam En Wan takde la aku menunggu gila lama macam semalam. Berlendir okeh!
Tapi kalau aku yang bawak tadi mau setengah jam kot. Habis kon-kon ni semua aku lenjan gamaknya.


Masa dia kona ni laju gila.
Aku takut je terbabas.
Kalau terbabas memang aku gelak.
Ni je la yang aku main - beskal.
Dah panas terik macam ni baru ko nak ajak aku bersiar-siar kan.
Bini ko kalau putih bak salju takpelah jugak nak berbeskal bawah matahari kan.




Balik bilik, En Wan nak mandi satu kali lagi before balik.
Tapi aku tak join sebab swimming suit aku dah kering aku malas nak basah kan balik.



Yang ni pemandangan dari bilik aku.
Bawah tu ada bilik yang pool dia kat luar.
Kesian kan, takde orang nak mandi sangat sebab panas!!
Aku boleh bayangkan air tu mengegelegak je bila kena kulit aku.
Aku tak tau apa tajuk bilik tu.
Kalau nak pergi, ambik bilik yang pool dia covered la so senang anak-anak ko nak mandi tak berpanas berhujan.
Kul 11 lebih, check out sebab aku ngan En Wan masing-masing ada keje nak settlekan that day.
Sampai je rumah, letak barang and terus keluar semula tapi aku ngan En Wan je la.



Sementara En Wan settlekan hal-hal dia, aku menikmati masa yang singkat dalam kereta tu untuk baca buku yang dah 5 kali ulang with Tutti Frutti. Sape blom baca buku ni, silalah baca. Sangat best dan legend. Ni kira ala-ala buku sama legend dengan Salina A Samad Said and Tenggelamnya Van Der Wijck Hamka. Berbelas kali print pun tetap sold out and forever best seller.

Sekian saje la percutian saya yang meletihkan.
Series aku penat lagi ni.
Bangun pagi terasa nak sambung cuti tapi membayangkan aku dah janji macam-macam dengan customer aku so bangkit la jugak dengan mata yang agak bengkak.



 This is me today, appointment kat UPM and UKM, wearing Shawl FC1
Mata kanan sepet sebelah sebab ada ketumbit kat dalam.



Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
My New Shawl : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here
posted by aveo757 @ 7:13 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER